Kata orang, anak merupakan kurniaan sebuah rezeki yang diturunkan oleh Allah SWT. Walaupun penat menguruskan, namun begitulah amanah yang diutuskan oleh-Nya kepada ibubapa. Begitulah jua yang dilakukan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang tidak culas menjaga keenam-enam orang anaknya.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya, Dr. Sheikh Muszaphar berkongsikan tentang rutin hariannya bersama isteri yang begitu padat dan sibuk. Bermula dari jam 5.30 pagi sehinggalah jam 10 malam, dia dan isteri, Dr. Datin Halina benar-benar komited menguruskan perihal anak-anak mereka.
Kongsi Dr. Sheikh Muszaphar, rutin mereka bermula seawal jam 5.30 pagi apabila salah seorang dari anak kembarnya bangun. Dari situlah bermulanya ‘kekecohan’ di awal pagi.
Selalunya kekecohan akan bermula pada jam 5.30 pagi apabila salah seorang daripada anak kembar kami bangun dan mengejutkan yang lain. Itulah ‘jam loceng’ kami di waktu pagi.
Penulis boleh gambarkan keadaan di waktu pagi dalam rumah Dr. Sheikh Muszaphar seperti ‘bersilat’ untuk menguruskan perihal anak-anaknya seperti menyediakan sarapan dan menguruskan pakaian sekolah mereka.
Ads
Tambahnya lagi, anak-anaknya juga turut tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas agama, kelas tambahan dan juga aktiviti riadah seperti kelas Taekwando dan kelas renang pada waktu petang.
Pada waktu malam pula, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Datin Halina akan memfokuskan kepada pelajaran anak-anak mereka sehinggalah pada jam 10 malam.
Selalunya pada jam 9 malam, saya akan mengajar Adam dan Noah subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Manakala Dr. Halina akan membantu anak-anak perempuan mengulang kaji pelajaran samaada dari SJKC atau Islamic School
“Terlupa jemput anak kat sekolah..”
Ads
Bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan enam orang anak. Adakalanya, sebagai ibubapa, ada juga kekhilafan yang dilakukan saat menguruskan anak. Seperti Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri, mereka pernah terlupa untuk menjemput anak di sekolah.
Pernah sekali terlupa jemput anak kat sekolah. Nasib baik cikgu hubungi saya. Saya ingatkan Dr Halina yang akan ambil anak di sekolah, dan dia pula ingatkan saya yang ambil anak di sekolah.
Biarpun penat menguruskan anak-anak, namun baginya, ia berbaloi kerana adalah sebuah tanggungjawab. Saat anak peluk kemas dan meluahkan kata-kata ‘I Love You Daddy’, ia membuatkan airmatanya berlinangan kegembiraan.
Ads
Pun begitu, Dr. Sheikh Muszaphar menyimpan hasrat ingin menambah zuriat lagi.
Mencari helaian pakaian dan padanan hijab yang sesuai untuk muslimah bukan mudah di pasaran sekarang. Gaya mengatasi syariah, sudahnya hijabi tenggelam dengan fesyen yang melangkau yang dituntut oleh Islam.
Bertemakan ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’, Munawwareen melancarkan koleksi Munawwareen yang melambangkan transisi baharu jenama muslimah terkemuka ini.
“Terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep ‘Muslimah sejati’ itu tidak sepenuhnya dipraktikkan. Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah.
Menurut pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd., Datin Hajah Aliza Abu Bakar, koleksi terbaharu wanita (Hawa) terdiri daripada telekung, jubah, abaya dan kelengkapan solat, manakala koleksi lelaki (Rijal) menampilkan kurta dan jubah.
Mengutamakan pakaian patuh syariah, asas setiap rekaan Munawwareen adalah memelihara aurat wanita dengan sempurna. Justeru, variasi pakaian jenama ini direka dengan potongan longgar dengan pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.
“Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempurna. Jadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tanpa mengenepikan kewajipan menurut aurat,” jelasnya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi Munawwareen di Hotel Shangri-La baru-baru ini.
Sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian dipentaskan dan kesemuanya akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.
“Tujuan pertunjukan fesyen ini diadakan adalah bagi meraikan perjalanan baharu Munawwareen kepada semua. Walaupun telah dua tahun beroperasi, tetapi akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia, banyak perkara terpaksa ditangguhkan. Selepas membuat penstrukturan semula, ini adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat.
“Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, biarpun perjalanan Munawwareen ini tertangguh sementara, saya yakin perancangan yang dikemaskini ini adalah lebih baik,” ulas Datin Hajah Aliza.
Mendengarkannya buat pertama kali, cukup membuatkan kita bersama-sama bersil dengan sebutan yang berulang..Ya, Munawwareen. Dendangan suara yang lunak dari penyanyi hebat, Ernie Zakri, lagu rasmi jenama berjudul Munawwareen turut dilancarkan pada majlis yang indah. Sudah pasti melodi yang cantik, bait –bait lirik yang cukup bermakna hasil ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun.
Berbeza dengan pendekatan jenama yang lain yang mengetengahkan lagu jenama atau jingle dengan lirik berbentuk promosi secara langsung, lagu Munawwareen mengutamakan perceritaan nilai-nilai Munawwareen dan menurut komposer dan penulis lirik, konsep lagu tersebut mengetengahkan elemen Timur Tengah dan pop. Tambahan dengan penyampaian dan penghayatan Ernie meletakkan lagu ini dalam kelas tersendiri.
Menariknya lagi majlis yang penuh barakah ini didendangkan dengan persembahan dua nama yang tidak asing dalam industri muzik, Tomok dan Syamel. Kemuncak majlis ini apabila aktres dan supermodel prolifik tanah air, Nasha Aziz melangkah dengan anggun di pentas peragaan dengan menggayakan dres jubah berona hijau zamrud sebagai pelengkap pertunjukan fesyen.
Antara koleksi yang dipentaskan telah mula dipasarkan dan boleh didapati di laman web rasmi di www.munawwareen.com.my atau Shopee Munawwareen HQ, dan juga pembelian di butik yang akan membuka pintu secara rasmi di Putrajaya pertengahan Oktober 2022.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekiranya anda ingin mencerahkan wajah, harus cuba mengaplikasikan beberapa peringkat perawatan wajah ala gadis Korea. Selain itu, yang paling penting adalah memilih produk lapisan essence dengan konsentrasi bahan aktif yang cukup tinggi.
Essence juga mampu untuk menjadikan kulit anda lebih sihat dan lembap kerana ianya diformulasikan dari bahan-bahan tertentu yang dapat mengatasi masalah kulit seperti garis halus, kedutan serta kulit kusam. Terkandung sejumlah bahan aktif yang berfungsi untuk menstimulasikan sel-sel kulit baru. Kenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu. Info berikut akan membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk kulit wajah;
Dalam memilih essence, ada dua faktor penting yang perlu anda perhatikan. Anda tidak perlu menganggap bahawa essence mampu melembapkan kulit wajah walaupun dari produk yang terbaik. Sebab, pada dasarnya air memang sulit terserap ke kulit manusia sehingga kondisi permukaan kulit lebih lembap. Jadi, apa sebenarnya kedua faktor yang menjadi dasar pemilihan tersebut?
Pilihlah essence berdasarkan efek yang anda rasakan setelah penggunaan. Setiap orang pastinya memiliki selera yang berbeza dalam hal ini. Anda boleh mencuba tester atau membeli starter pack terlebih dahulu sebelum menggunakannya dalam jangka panjang. Ada essence yang memberikan rasa matte setelah digunakan dan ada juga yang terasa meleket. Hal tersebut akan berpengaruh pada kemudahan pemakaian solekan.
Selain itu, di luar dugaan ternyata banyak orang yang merasa tidak sesuai dengan beberapa aroma essence. Beberapa produk essence memiliki aroma unik sehingga bagi anda yang sensitif terhadap aroma perlu memilihnya dengan lebih hati-hati. Sebelum membeli, sebaiknya anda semak aromanya dan pastikan kulit anda tidak mengalami iritasi setelah penggunaan.
Sangat penting untuk memilih essence berdasarkan tekstur dan aroma yang anda sukai. Hal ini akan mempengaruhi kecantikan Anda. Aroma yang sesuai dapat merangsang area hipotalamus di otak untuk memproduksi hormon serotonin sehingga bagus untuk memperbaiki mood.
Anda tidak perlu mengutamakan kekuatan melembapkan sebuah essence. Produk yang memberikan rasa lembap tanpa kekuatan pelembap yang tinggi sudah cukup untuk digunakan.
Anda perlu memahami kandungan apa saja yang dapat memberikan kelembapan pada kulit. Berikut ini adalah beberapa kandungan yang umumnya dikenal sebagai bahan pelembap.
Seperti jenis perawatan wajah lainnya, essence juga mempunyai banyak varian. Semak produk essence yang sesuai dengan kulit anda seperti di bawah ini.
Jika anda mencari essence yang memberi manfaat anti-aging, maka produk dari Kiehl’s ini dapat menjadi pilihan anda. Mengandunngi ekstrak akar Iris florentina untuk mengatasi masalah penuaan pada kulit wajah anda. Selamat tinggal kulit kasar, kusam, dan kedutan pada wajah!
Selain itu, produk berwarna transparan ini mengandung Lipo Hydroxy Acid (LHA) yang dapat meningkatkan regenerasi kulit sehingga tentu saja wajah akan terlihat lebih cerah. Teksturnya cair dan meninggalkan sedikit rasa meleket. Namun, anda tidak perlu kuawatir, rasa leketnya akan cepat hilang.
Essence dari SK-II ini mengandung lebih dari 90% PITERA™, iaitu bahan alami yang kaya akan asid amino, vitamin, dan mineral. Kandungan PITERA™ ini mampu melembapkan, menutrisi kulit, serta mencerahkan kulit wajah anda yang kusam menjadi tampak berseri alami.
Produk ini telah beberapa kali memenangi penghargaan sebagai essence terbaik kerana manfaatnya yang tidak boleh disangkal lagi. Dengan tekstur watery yang super ringan, gunakan dua kali sehari dan dapatkan kulit yang menawan sebening kristal! Essence ini sesuai digunakan oleh anda yang bermasalah dengan kulit kusam.
Ingin kelihatan awet muda semasa bersantai bersama rakan-rakan sebaya? Cuba sekarang produk perawatan wajah yang terkenal di pasaran Malaysia, L’Oreal Paris menghasilkan kaedah penjagaan yang sesuai untuk kulit wajah wanita Asia. Diformulasikan daripada 92% ekstrak Pure Centella Asiatica yang dapat menghapuskan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Kulit anda akan tampil terhidrat, lembut dan anjal dalam masa beberapa hari. Essence ini berkesan untuk menghilangkan garis halus di wajah serta tekstur produk ini tidak melekit dan meresap terus masuk ke dalam kulit anda dengan cepat
Intipati kandungan bahan seperti kombucha, teh hitam yang ditapai manis yang mensasarkan kesan yang jelas dari pencemaran yang menyebabkan kedut dan radikal bebas. Kesan dari penggunaan essence ini wajah akan lebih berkilau, menghilangkan garis halus, meningkatkan keanjalan, menghaluskan tekstur kulit wajah, menyokong nada kulit yang lebih sihat, dan hidrat selama 24 jam dengan asid hyaluronik. Fresh- Black Tea Kombucha Antioxidant Essence sesuai untuk semua jenis kulit.
Ingin tampil cantik ala-ala artis wanita Korea? Bagi anda yang gemar menonton drama Korea, pasti anda tahu akan jenama Innisfree yang mendapat liputan meluas di Korea. Essence ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dapat membuat kulit anda tampak bermaya dan segar. Untuk wanita yang inginkan perlindungan kulit yang terbaik, produk ini untuk anda.
Manfaat essence ini adalah untuk mencerahkan kulit kusam dan meremajakan kulit wajah anda. Diformulasikan dari kacang soya yang diambil khas dari Kepulauan Jeju, essence ini mampu menghilangkan kekotoran dan menutup cela pada kulit wajah anda.
Laneige, satu jenama penjagaan wajah yang tidak asing lagi dalam pasaran menghasilkan essence sesuai untuk kulit kombinasi (normal to dry). Diperbuat daripada bahan semulajadi, essence ini mampu untuk bertahan selama 24 jam dan meningkatkan tekstur kulit menjadi lebih bersinar.
Dengan ekstrak tillandsia, benih Quinoa dan Hydro Ion Mineral Water, essence ini akan cepat meresap masuk untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan memperbaiki lapisan kulit baru. Fungsi utama essence ini adalah untuk mengekalkan kelembapan dan memberikan keseimbangan buat kulit anda agar kekal sihat.
Anda berkulit sensitif dan tidak tahu produk yang sesuai? Essence dari Benton ini ada jawapan terbaik untuk anda. Dengan mengandungi 90% lendiran siput dan bee venom, ianya mampu menghapus sel-sel kulit mati serta melembap dan menghilangkan kedutan di kulit anda. Bagi wanita berkulit sensitif, anda tidak boleh memakai perawatan wajah yang ada bahan kimia. Essence ini bebas paraben dan alkohol, selamat untuk kulit anda. Tekstur essence ini mengandungi bahan-bahan dari semulajadi, tidak akan menyebabkan kulit anda bertambah iritasi.
Kebanyakkan remaja masih belum mengalami sebarang masalah kulit wajah akibat bahan kimia yang terdapat di dalam alat solekan mahupun asas penjagaan. Garnier, salah satu produk yang terkenal di pasaran Malaysia ini, terbaik untuk anda kerana ianya mampu membuatkan kulit wajah kekal terhidrat dan menjadi segar semasa melakukan aktiviti luar. Diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura dari Jepun, asid hyaluronik, Vitamin B3 dan CG, kulit anda akan kelihatan ‘pinkish’ dan bertambah cerah. Walaupun berjemur di bawah sinar matahari, kulit wajah anda kekal segar dan bermaya.
Essence dari produk Cosrx ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Diformulasikan dengan 96% dari ekstrak mucin (mucus) siput, Advanced Snail 96 Mucin Power ini mampu mengekalkan kelembapan kulit wajah dan menghapuskan sel-sel kulit mati. Essence ini juga dapat menambah nutrien serta perbaiki masalah kulit dengan membuatkan kulit anda bertambah anjal dan kelihatan awet muda. Ianya menghalang kulit wajah anda dari penghasilan minyak yang berlebihan dan teksturnya tidak membuatkan kulit anda terasa melekit.
Essence dari Missha ini diperbuat daripada Fermented Himalayan Purple Barley untuk penyerapan kulit lebih cepat dan memberikan kelembapan yang maksimum untuk wajah anda. Bagi anda yang berkulit kering, produk ini sesuai untuk anda kerana ianya membuatkan kulit terhidrat serta meningkatkan struktur keanjalan kulit wajah dan tampak sihat sepanjang masa.
Dengan mengandungi 80% Yeast Concentrate dan Niacinamide, essence ini menyerap masuk ke dalam kulit wajah untuk membuatkan anda tampil segar dan menawan. Essence ini juga mampu untuk menghalang kulit anda dari munculnya kedutan halus dan tona kulit menjadi kembali sekata. productnation
SUMBER: byrdie & productnation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Minyak wangi boleh membantu untuk membuatkan hijabi untuk menjadi lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Namun ada juga cara untuk yang berhijab kekalkan keharuman dengan semburan minyak wangi.
Tidak hairanlah minyak wangi sentiasa ada di dalam tas tangan hijabi. Terdapat pelbagai jenis minyak wangi dan bau – bau yang dikeluarkan juga adalah berbeza mengikut citarasa orang ramai.
Mudah sahaja untuk kekalkan wangian tahan lama, pastikan tempat penyimpanan minyak wangi adalah betul. Minyak wangi anda berada di tempat yang sejuk, kering serta jauh daripada sinaran cahaya matahari dan juga sumber cahaya seperti lampu dan tingkap. Tidak boleh menyimpan minyak wangi di tempat yang lembab seperti bilik mandi kerana ia boleh menghilangkan bau serta merosakkan kualiti minyak wangi.
Anda digalakkan menggunakan minyak wangi sebelum mengenakan pakaian di badan kerana minyak wangi akan kekal lebih lama apabila dikenakan terus di tubuh badan. Hal ini kerana, minyak wangi akan diaktifkan oleh haba semulajadi di tubuh badan dan akan membuatkan wangian tersebut kekal lebih lama berbanding menyembur minyak wangi pada pakaian anda. Selain itu, menyembur minyak wangi secara terus kepada pakaian juga akan menyebabkan pakaian menjadi kotor.
Menyembur minyak wangi pada badan, sebenarnya perlu disembur pada tempat – tempat tertentu untuk mendapatkan kesan yang tahan lebih lama. Tempat yang terbaik adalah untuk menyembur pada titik nadi badan. Anda disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pergelangan tangan, siku dan juga belakang lutut. Dengan cara ini, minyak wangi akan tahan lebih lama dan baunya juga akan berkekalan.
Terdapat kajian yang mengatakan bahawa minyak wangi akan berkekalan lebih lama apabila disemburkan kepada kulit yang berminyak berbanding kulit yang kering. Cuba untuk melembapkan kulit anda sebelum menyembur minyak wangi ke tubuh badan. Gunakan losyen atau pelembap untuk memberikan kelembapan kepada kulit dan kemudian semburkan minyak wangi. Pastikan produk tersebut tidak mempunyai sebarang bau agar ia tidak bercampur dengan bau minyak wangi.
Ramai yang selalu menggosok minyak wangi selepas mereka menyembur minyak wangi tersebut ke bahagian badan. Elakkan dari melakukan perkara ini kerana menggosok minyak wangi boleh menghancurkan molekul minyak wangi tersebut dan seterusnya membuatkan bau minyak wangi hilang dengan lebih cepat. Terus menyembur minyak wangi ke tubuh badan dan biarkan ia menyerap dengan sendiri.
Kenapa anda perlu menyembur minyak wangi sejurus selepas mandi? Sebabnya ialah kulit anda akan menjadi lebih lembab apabila terkena air dan lembapan semulajadi ini boleh membantu untuk membuatkan minyak wangi tersebut tahan lebih lama. Teruskan menyembur minyak wangi selepas mandi dan pastikan menyembur sebelum anda mengenakan sebarang pakaian atau aksesori. Hal ini kerana sesetengah aksesori akan pudar warnanya apabila terkena minyak wangi.
Tidak ramai yang tahu akan taktik ini kerana ianya tidak begitu terdedah dan tidak diguna pakai oleh orang ramai. Semburkan minyak wangi pada sikat rambut dan sisirkan rambut dengan menggunakan sikat tersebut. Hal ini akan membuatkan bau minyak wangi akan tahan lebih lama sekiranya anda cepat berpeluh di bahagian tubuh badan. Selain itu, minyak wangi tersebut juga akan membuatkan rambut sentiasa berbau wangi. Tidak perlu risau kerana minyak wangi tersebut tidak akan merosakkan rambut.
Elakkan dari menggunakan banyak minyak wangi di dalam satu masa kerana ia boleh membuatkan bau bercampur dan seterusnya bau tersebut akan hilang dengan cepat. Sebaiknya dapatkan satu bau yang anda gemari dan gunakan minyak wangi tersebut sahaja untuk memastikan bau tersebut tahan lebih lama dan tidak dicampuri dengan bau-bauan yang lain.
Julung kali berada di pasaran Asia, gabungan Tembakau Craven ‘A’ dengan debuan Vanilla, Portrayal Woman wangian yang berasap tetapi mempesona. Disatukan dengan Melur sebagai haruman imbasan dan Elemis sebagai haruman dasar, adunan menghidupkan semula semangat kebebasan tahun 1920-an. Wangian flora ini sesuai untuk hijabi yang tenang dan yakin, tetapi anggun dan berani menongkah arus. Ia disemarakkan dengan sentuhan keghairahan Sundal Malam yang bersama-sama menjadikannya wangian yang menawan lagi menggoda.
Botol kaca kristal lambang keunggulan Amouage diperkenalkan dalam kemasan mutiara pendarrona, dihiasi permata biru kristal Swarovski khusus untuk Portrayal. Kotaknya berwarna biru berdebu lembut dengan hiasan jacquard yang memberikan sentuhan keanggunan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.