Sebut sahaja nama Sherry Alhadad, pasti hijabi familiar dengan pengacara serba boleh yang juga mempunyai ‘sense of humor’ yang tinggi dan sering menghiasi kaca tv dengan telatah ‘tak kering gusi’ serta personaliti menyenangkan yang dimilikinya tidak kira ketika mengacara mahupun berlakon.
Bagaimanapun, pemilik nama penuh Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini mendedahkan bahawa karakter sebenar dirinya dahulu agak pemalu, terutamanya untuk memulakan perkenalan dengan mana-mana lelaki baharu di dalam kehidupan miliknya.
Atasi Rasa Rendah Diri Dengan Personaliti Santai Dan Kelakar
Menurut Sherry perasaan rendah dirinya juga selalu menghantui dirinya dalam memulakan sesebuah perhubungan.
“Mungkin saya tak cukup cantik. Kebiasaannya, kita sudah tahu kritiria wanita cantik itu bagaimana. Bentuk badan yang ideal pula bagaimana. Saya selalu rasa yang saya tak tergolong dalam kelompok itu.
“Jadi, bila saya tahu yang saya ini tidak konvensional cantik, faktor lain yang boleh saya ketengahkan agar orang menyukai saya adalah dengan melalui personaliti.
“Sebab itu saya lebih suka berkomedi agar saya lebih senang untuk didekati dan mendekati. Bila berkenalan dengan mana-mana lelaki, saya akan rasa rendah diri dan tak cukup dari segala aspek,” katanya.
Akui Kadangkala ‘Rasa Sunyi’ Jodoh Masih Belum Tiba
Ads
Dalam pada itu, Sherry tidak menafikan dirinya agak sunyi apabila belum berkesempatan untuk dipertemukan dengan teman hidup.
“Ada kalanya, memang rasa sepi juga. Kadang-kadang bila kita penat dan nak meluahkan kepada seseorang tapi orang itu tiada.
“Kita pun dah berusia dan sudah tentu kita nak mencari teman hidup tapi belum jumpa lagi,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, kesibukkan kerja juga turut menjadi antara kekangan untuk memulakan sesebuah perhubungan.
Ads
“Memang ada keluarga dan kawan-kawan yang cuba kenalkan saya dengan lelaki. Yang direct message saya di Instagram pun ada.
“Ada yang cuba dekat tapi saya pula sibuk dengan kerja. Itu pun masalah juga,” kongsinya lagi.
Sherry Sudah Bersedia Jalani Kehidupan Berkeluarga
Sherry turut mendedahkan dirinya tidak gentar untuk menjalani kehidupan berkeluarga meskipun banyak hal-hal melibatkan penceraian berlaku sejak kebelakangan ini.
“Sebagai seorang yang single, kadang-kala saya jadi tempat untuk mengadu nasib tentang keluarga atau pasangan. Malah, mereka juga ada bertanya, selepas mendengar masalah mereka, saya masih ada niat nak kahwin ke?
Ads
“Namun, saya selalu positif. Pada saya, setiap orang itu punyai pengalaman yang tersendiri. Saya tetap mahu berkahwin. Saya pun mahu merasai pengalaman kahwin saya sendiri.
“Sudah tentu saya mahukan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, ketika ini belum rezeki saya lagi. Saya bertuah kerana semua orang mendoakan saya bertemu dengan jodoh yang baik,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini adalah artikel olahan semula dari Media Hiburan
Pharrell adalah selebriti terbaharu yang mengumumkan usaha berkaitan penjagaan kecantikan tahun ini, selain itu Selena Gomez, Lauren Conrad, dan Patrick Starrr telah mengumumkan koleksi, dan beberapa selebriti antarabangsa termasuk James Charles, telah mengisyaratkan masa depan di ruang kecantikan.
“Kadang-kadang anda perlu menaikkan semangat anda denga hanya perlu membersihkan fikiran. Bukan itu sahaja anda hanya perlu menyingkirkan beberapa kulit mati.” Suara Pharrell Williams membasahi pendengarnya dengan bersih dan sejuk, seperti aliran air yang turun di atas kerikil.
“Kadang-kadang anda harus menyingkirkan beberapa tabiat buruk. Kadang-kadang anda hanya perlu dilembabkan, dihidupkan. Kadang-kadang semangat anda memerlukannya semua itu.”
Dipetik dari artikel siaran Allure terbaharu penyanyi antarabangsa Pharrell Williams meluah rasa apa yang mungkin diperlukan oleh semangat kita, adalah tiga produk penjagaan kulit pembersih, pengelupasan, dan pelembap. Pharell melancarkan produk penjagaan kulit terbaharu Humanrace, yang bakal dilancarkan pada 25 November di laman web.
Pharrell yang terkenal dengan pelbagai bakatnya sebagai produser hit dan artis rakaman, dapat menyatukan peminat kelab negara dan peminat Despicable Me berusia enam tahun di bawah satu bar bass yang mempesona. Tetapi selebriti ini dengan mempamerkan penampilan yang baik baik, selama beberapa dekad menarik perhatian ramai. Wajah selebriti ini seakan tidak dimakan usiasemakin tampan seiring masa.
Pharell seorang selebriti yang menitikberatkan hal penjagaan kulit dari seawal kariernya pertengahan 20-an, sering bertanya kepada model yang berkerjasama dengannya mengenai produk penjagaan kulit, malahan Pharell mempunyai pakar dermatologinya tersendiri.
Pasti ramai yang terkejut, komitmennya terhadap kulit dan kesihatannya pada usia ini, Pharell cukup dedikasi menjalani rutin dan rejimen perawatan kulit. Bahkan selebriti ini amat berminat dengan penjelasan produk yang bakal dilancarkan.
Produk Humanrace memenuhi syarat paling asas dalam rutin penjagaan kulit iaitu menyiapkan, memperbaiki dan melindungi. Tiga produk pembersih, pengelupasan dan pelembap akan dilancarkan dalam talian dan setiap item dibungkus dalam botol hijau hutan.
“Kami percaya bahawa setiap individu berpotensi untuk memahami diri mereka dengan lebih baik, dan bangun setiap hari dengan perasaan yang kuat untuk mengubah niat baik menjadi tindakan. Matlamat kami adalah untuk membantu anda dalam usaha ini.”
Pembersih Humanrace Rice Powder Cleanser: Menghasilkan emulsi ringan yang mengelupas dengan lembut menggunakan asid hidroksi alfa buah (AHA) dan sebatian yang melarutkan ikatan antara sel kulit mati sehingga mereka dapat melayang seperti kepingan salji ke dalam angin. Lebih daripada separuh formula pembersih adalah tanah liat kaolin, “detoksifier”.
Pengelupasan Lotus Enzyme Exfoliant: Untuk memperbaiki wajah anda dari semua kerosakan umum yang dialaminya, anda mengelupas, gunakan Lotus Enzyme Exfoliant. Diformulasikan paling utama dengan asid glikolat bahan kegemaran Pharell, pada kepekatan yang agak tinggi 8 peratus, krim ini mengundang sel baru yang segar di permukaan kulit.
Pelembap Humidifying Cream: Diilhamkan oleh dari atmosfera kepulauan Jepun yang diliputi kabut yang tenang seperti tempat-tempat yang pernah dan disukai Pharell, kampung halamannya di Virginia Beach di Miami,. Ini adalah selembar kelembapan yang padat dan berkrim, diformulasikan terutama dengan ekstrak cendawan salji, bahan organik pengikat kelembapan dengan akar dalam perubatan Cina serupa dengan asid hyaluronik. Menurut pakar dermatologi Dendy Engelman, ukuran zarah cendawan salji jauh lebih kecil daripada HA, yang membolehkannya menyerap ke lapisan kulit dengan lebih mudah. Bagaimanapun, krim ini juga mempunyai HA, ditambah beras yang menenangkan air dan niacinamide. Pharell juga tidak lepas memakai pelindung tabir suria matahari yang masih belum tersedia untuk pasarkan.
Pembungkusan berwarna hijau rumput, 50 peratus plastik yang digunakan berasal dari plastik kitar semula dengan hanya sebilangan kecil plastik asal yang digunakan -dan setiap produk mempunyai bahagian dalam yang dapat ditanggalkan ruang yang boleh ditukar dengan isi semula.
Bagi Pharell, garis perawatan kulit lebih dari sekadar muncul tulang pipi dan pengelupasan berasaskan asid: Ini adalah isyarat kecil selama tiga minit. Dia mengucapkan terima kasih atas pertimbangan anda dan berharap ramai yang menyukai produk penjagaan kulit dari Humanrace.
Rangkaian penjagaan kulit Humanrace, termasuk Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator, Humidifying Cream dan Routine Pack akan tersedia mulai 25 November di humanrace.com. Agak-agaknya produk ini bakal sampai di pasaran Malaysia tak? Pasti ramai beauty junkie teruja untuk mencubanya.
SUMBER : ALLURE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak mengumumkan niatnya untuk bertudung dan berhijrah ke arah lebih baik sejak memeluk Islam, bintang youtuber Maryam You Narae mendapat permintaan tinggi sebagai model berhijab. Malah, ramai yang memintanya untuk membuat tutorial hijab.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan, yang bertemu jodoh bersama Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim ini pernah digelar sebagai selebriti media sosial dengan nama media sosialnya Durian Kimchi.
Penghijrahan Maryam mendapat pelbagai respond dari pengikut-pengikutnya di media sosial.
Meninjau akaun instagramnya Maryam You Narae ada berkongsi tutorial tudung ringkas hingga berjaya menarik perhatian ramai. Pernah dikencam ketika ‘on-off’ memakai hijab, sebagai seorang mualaf pastinya Maryam memerlukan masa untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Melalui sebuah hantaran video yang dimuatnaik Maryam dilaman Instagram miliknya, ramai yang memuji. Cantik dan simple!
Tak melawak tak sah! Pasangan ini pastinya membuat ramai yang terusik dengan gurauan dan cara penyampaian Maryam untuk menerangkan cara dia memakai hijab hanya 3 saat dah siap.
“Hanya perlukan 3 saat untuk siap tudung begitu, pegang bucu tudung kanan dan kiri, yang bucu pendek macam Ryzal, yang bucu panjang macam Ryzal,” selorohnya di dalam video itu.
Perkongsian Maryam raih tanda suka daripada wargamaya, rata-ratanya terhibur sambil memberi tanda sokongan untuk dia terus kekal istiqomah.
“suko dengar Mariyam kecek..
You look fine Maryam. For a start you’re doing good. Slowly but surely.
Kak Maryam lucunya, insyaallah istiqamah 😍 #from Indonesian
Tak kurangnya kata-kata semangat sebagai seorang mualaf yang mahu belajar dan memberi inspirasi pada yang lain.
Cantik bertudung. Semoga Allah SWT permudahkan Maryam untuk terus istiqamah bertudung dan melakukan segala kebaikan. Aamiin ya rabbal’aalamiin. ❤️
Comelnya Maryam 😍 takpe Maryam slow2 berubah… Allah sentiasa permudahkan urusan mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Semoga istiqomah ye. 😍😍
Mashaa Allah Maryam cantik. Semoga sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah
Diberi kepercayaan sebagai model mengayakan koleksi terbaharu jenama hijab tempatan, perubahan Maryam memberi kesan positif dan diterima ramai. Pada permulaannya dia hanya dilihat sebagai model tetapi fikiran ramai meleset kerana bintang media sosial ini benar-benar mencuba menjadi muslimah sejati.
Terdahulu pasangan media sosial ini Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ryna.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Betapa kita tidak tahu bila maut itu akan menjemput. Semuanya adalah urusan Allah SWT. Seperti perkongsian lelaki ini Shukur Yusuf di laman sosial facebook yang mencoretkan sesuatu buat adiknya Fatin Nursyahirah yang merupakan pesakit kanser tahap tiga. Namun sebelum dia pergi menghadap Illahi, Tuhan kurniakan kebahagiaan sementara buatnya untuk dikenang buat yang masih ada. Siapa sangka pada sebelah siang adiknya itu sempat bergelar isteri beberapa jam sebelum maut menjemput pada Subuh tadi.
Meninggalkan keluarga serta suami yang baru dinikahi buat selamanya setelah hampir setahun bertarung melawan kanser tisu tahap tiga.
CORETAN BUAT KAKAK
Kanser? Malas ambil pusing sebab tak kena batang hidung sendiri. Tahun 2017, di PPUM adikku yang kami panggil Kakak disahkan menghidap Kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) pada tahap ke-3!
Sekeluarga tergamam. Mama terus menangis. Abah kelu tak terkata. Seakan tidak percaya akan diuji sehebat ini. Tetapi Kakak yang kami sayangi nampak cukup kuat. Kami sekeluarga terus positif yang mengatakan Kakak boleh sembuh. Hidup bertukar 360 darjah. Segala aktiviti dan perhatian kami dikhususkan untuk Kakak.
September 2017, selesai pembedahan membuang kanser tersebut. Doktor memberi jaminan yang pembedahan berjaya dan insyaAllah kanser tidak akan menyerang lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Cuma follow up seperti biasa. Leganya perasaan kami sekeluarga. Difikirkan berakhir disitu, tetapi tidak.
Disember 2017, Kakak diuji lagi. Kanser datang kali ini dengan lebih agresif. Doktor juga tidak dapat mengenalpasti mengapa kanser ini begitu cepat membesar. Kami sekeluarga terus memberi semangat. Terus yakin. Terus berusaha. Terus bertawakal. Hanya kami dapat memberikan kekuatan psikologi yang amat diperlukan Kakak.
Februari 2018, Mama dan Abah terus setia menunggu diluar bilik bedah. Pembedahan kedua yang memakan masa lebih 15 jam selesai jam 2 pagi. Usai solat Subuh, Mama, Abah dan saya dah terjegat di Cardiacthoracic Intensive Care Unit (CICU) menunggu ulasan doktor mengenai pembedahan tadi. Doktor memaklumkan bahawa pembedahan tidak 100% berjaya. Sel kanser tak dapat dikeluarkan sepenuhnya disebabkan keadaan sudah terlalu rumit dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selesai mendengar ulasan doktor, kami keluar. Masing-masing diam membisu namun akhirnya kami sama-sama menangis. Tak kuat kami menahan air mata. Ya Allah! Sungguh hebat ujianMu kali ini…
Bermula daripada saat itu, kami sekeluarga mula menjadi doktor sendiri. Habis segala macam artikel berkaitan kanser kami baca. Habis segala petua kami cuba. Segala ceruk pelusuk negara kami teroka. Dengan hasrat mencari penawar buat Kakak tercinta. Kakak seperti biasa senyum tanpa luahkan sakit yang terseksa.
Hujung April 2018, kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor untuk Kakak menjalani sesi radioterapi. Maka berulang-aliklah kami setiap hari membawa Kakak ke PPUM. Selesai 30 sesi pada awal Jun 2018, hasil scan terbaru yang dijalankan, doktor memaklumkan yang tumor kanser sudah mengecut. Alhamdulillah. Leganya hati kami.
Namun, tiba-tiba doktor berkata lagi dalam nada yang cukup lembut.. “Tapi…., kanser tu dah merebak ke kawasan yang lain”. Saya dan kakak terbungkam! Pada ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini. Tidak lagi peduli pandangan orang disekitar ruang menunggu PPUM. Hanya kami merasai peritnya dugaan ini. Allah….
17 Jun 2018, Kakak dipinang seorang anak muda yang cukup ikhlas menerima Kakak seadanya. Keluarga pihak lelaki juga banyak membantu dalam proses mencari penawar buat Kakak daripada awal hingga sekarang. Mama dan Abah sangat bersyukur disebabkan keluarga pihak lelaki yang begitu bersungguh menerima Kakak walaupun dalam keadaan Kanser sekarang sudahpun di tahap 4.
Julai 2018. Kakak lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. Sekeluarga terkejut. Tidak kami sangka akan secepat ini. Kakak seperti biasa lebih banyak berdiam diri tentang sakitnya. Namun segala yang Kakak pinta, kami akan cuba usaha untuk jadikan kenyataan. Selang seminggu kemudian, kesihatan Kakak semakin merosot. Kakak mula sesak nafas. Kanser sudah menyerang paru-paru Kakak. Pihak hospital telah memberitahu tiada rawatan lagi untuk tahap ini. Yang ada hanyalah “Comfort Patient”. Fahamlah kami dengan maksud Doktor itu. Lantas Mama terus menangis. Abah cuba memendam rasa biarpun air mata sudah berlinang. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami…
Ogos 2018. Semangat baru buat Kakak. Azzam bersungguh untuk menerima Kakak sebagai isteri. Ikhlas hati Azzam hanya Allah yang tahu. Dalam keadaan Kakak seperti ini, tetap menerima Kakak seadanya. Keluarga Azzam juga begitu. Menyokong penuh hasrat Azzam. Telah menganggap Kakak seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah. Allah hantarkan sebuah keluarga yang cukup bersih hatinya yang sedia menerima Kakak dan berusaha bersama-sama mencari penawar dan memberi semangat.
Pagi 3 Ogos 2018, Kakak dan Azzam selamat diijabkabulkan. Tiada majlis warna warni, tiada baju pengantin menambah seri. Tiada pelamin tanda raja sehari. Yang ada hanyalah pihak keluarga perempuan, pihak keluarga lelaki, tok kadi bersama saksi. Ketika akad sedang dilafaz, esakan tangisan keluarga menjadi muzik latar, menyaksikan penyatuan dua hati murni ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Semoga atas pernikahan ini, Allah kurniakan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat Kakak dan Azzam.
Namun, saat gembira itu tidak lama. Petangnya selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Disamping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.
Kakak pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, Suaminya, Mak Besah serta Saya.
Disaat ini, keluarga redha dengan ketentuan. Buat Azzam dan keluarganya, terima kasih atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan untuk Kakak, serta menunaikan impian Kakak biarpun cuma untuk seketika. Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya budi baik Azzam dan keluarganya.
Semoga Kakak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Fatin Nursyahirah Binti Yusuf
1994-2018
Al-Fatihah
Keep strong my bro Azzam Azmin Kuatnya kau Allah je yg tahu. Salam takziah buat keluarga.
be strong Azzam Azmin salam takziah untuk keluarga .
Inspired true love story . Semoga kau kuat wahai sahabat Azzam Azmin . Kami sentiasa ada support kau selalu Zam. Maaf aku takdapat bersama kau bila waktu sekarang ni, namun hanya doa yang dapat kami terus sampaikan buat arwah. Teruskan semangat kuat kau Zam. . Allah lebih sayangkan dia. Alfatihah untuk arwah Fatin Syahirah .
True love. Salam takziah buat sahabat Azzam Azmin dan keluarga kedua belah pihak. Semoga roh arwah isteri dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman dan solehah. Stay strong brother.
Hijabista ucapkan takziah dan moga arwah ditempatan dalam kalangan orang beriman.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.