Selain kesihatan tubuh badan, setiap wanita atau gadis begitu menitik beratkan penjagaan wajah. Memang jadi kebimbangan jika jerawat tumbuh atau kulit wajah mengalami masalah ‘breakout’ ini.
Boleh dikatakan sebagai mimpi ngeri kerana masalah jerawat atau ‘breakout’ yang dialami menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan.
Bagi gadis menggelarkan namanya Sabreen atau di laman twitter Sabrina Sofiadin ini juga turut mengalami masalah yang sama empat tahun lalu.
Namun dia jenis tak berputus asa dan berusaha memperbaiki kulit yang bermasalah hingga akhirnya menjadi ‘flawless’. Macam tak percaya tetapi inilah antara tip yang dia gunakan.
Perkongsian gadis ini transfromasi kulitnya dimuat turut di laman twitter. Melalui ‘thread’ ini diharap boleh dijadikan panduan terutama bagi gadis yang mempunyai masalah kulit yang sama.
Bayangkan dari mempunyai kulit berjerawat teruk. Kini Sabreena mampu tersenyum kerana kulitnya kini sangat licin dan halus.
Mengalami breakout empat tahun lalu.
Normal kalau tumbuh jerawat.
Guna lokal produk.
Boleh keluarkan toksin
Ads
Tapi kulit lagi teruk, jerawat teruk.
Pakai produk ikut bajet, tapi naik lagi mendadak.
Tak nak kulit puth, tapi nak bersih.
Try berbelanja lebih beli produk lain.
Membantu tetapi harganya mahal. Cari pula di farmasi.
Sebaik sahaja anda mencapai angka tiga besar-oh, banyak yang boleh berubah. Umur 30 tahun bukan sahaja bermakna pembaikan hidup tetapi ia juga menandakan perubahan di tempat lain seperti pada kulit muka anda!
Pengeluaran kolagen berkurangan dan pad lemak muka anda mula menipis, membawa kepada pipi cekung, menurut pakar dermatologi. Seolah-olah itu tidak cukup buruk, anda juga mula mendapat kedutan dinamik! Ini boleh ditakrifkan sebagai kedutan yang terbentuk di seluruh muka anda disebabkan oleh ekspresi muka yang sering berulang.
Moral cerita? Anda perlu mengikuti satu set peraturan penjagaan kulit yang berbeza sebelum anda mencapai usia 30 tahun dan lebih daripada itu supaya anda boleh meminimumkan kerosakan dan mendapatkan semula sejumlah besar keremajaan anda! 8 peraturan emas yang disenaraikan di bawah untuk manfaat anda menurut pakar:
Mungkin kelihatan seperti anda tidak bersalah kadang-kadang melangkau pelindung matahari? Lebih-lebih lagi pada musim hujan? Atau pada hari-hari apabila anda mengembara dengan kereta dan tidak keluar di bawah sinar matahari? Itulah sebabnya penting untuk menegaskan bahawa anda harus memakai pelindung matahari pada setiap masa! Pelindung matahari yang diperkaya zink dengan SPF 30 adalah sesuai. Anda boleh meningkatkan SPF jika anda tinggal di tempat di mana matahari terlalu keras. Dan ini tidak kira warna kulit anda!
Garisan halus, juga dikenali sebagai garis ketawa yang muncul di sudut mata anda, bukan hanya hasil daripada senyuman. Sinaran UV memainkan peranan penting dalam kedutan kulit muka, menyumbang kepada garis-garis mengerikan yang membuatkan anda kelihatan tua. Selain itu, juling mata juga boleh menyebabkan kedutan! Berita baik? Anda boleh menghalang, atau sekurang-kurangnya menangguhkannya, dengan memakai sepasang kaca mata setiap hari. Dan itu termasuk hari mendung!
Kulit Tan mungkin tidak begitu seksi di India tetapi hampir tidak dapat dielakkan kerana matahari yang terik. Terdapat cara untuk mencegahnya, sudah tentu, seperti penggunaan pelindung matahari. Walau bagaimanapun, pakar kecantikan mengesyorkan anda tidak membiarkan diri anda di bawah sinar matahari walaupun anda memakai pelindung matahari. Itu kerana penyamakan boleh diambil sebagai tanda kulit yang rosak. Selain itu, penyamakan berlebihan dan pendedahan matahari telah dikaitkan dengan melanoma, yang merupakan jenis kanser kulit yang paling berbahaya.
Tidur mengiring atau perut anda mungkin sangat selesa tetapi ia tidak baik untuk kesihatan kulit muka. Tidur dalam posisi yang disebutkan di atas boleh memberi tekanan yang tidak perlu pada muka anda disebabkan oleh mampatan otot muka. Ini boleh menyebabkan penampilan kedutan tidur. Tidur telentang adalah penyelesaian terbaik dan dianggap sebagai posisi tidur yang ideal.
Memanglah, penyedut minuman menghalang gincu anda daripada comot. Walau bagaimanapun, hasil menghirup melalui penyedut minuman boleh mendatangkan bencana kepada kulit muka. Setiap kali anda menghisap straw, otot di sekeliling bibir anda bersentuhan, yang kemudiannya membawa kepada pembentukan garisan berbentuk tali dan lipatan di sekitar mulut anda. Minum terus dari gelas dan merosakkan gincu anda nampaknya tidak begitu buruk sekarang, bukan?
Perkara penting seterusnya selepas pelindung matahari untuk anda mestilah krim retinol kerana ia sarat dengan sifat anti-penuaan! Krim yang diperkaya dengan retinol meningkatkan pengeluaran kolagen kulit anda supaya kemungkinan seperti liang tersumbat dan garis halus dapat dielakkan. Selain itu, krim retinol juga membantu menyegarkan kulit wajah anda supaya kelihatan tegang dan tegang. Malah, krim retinol adalah sesuatu yang anda patut mula gunakan sekarang, jadi anda boleh meraih faedahnya walaupun dalam usia 60-an!
Bulu mata mungkin kelihatan seperti bahagian kecil dan penting pada wajah anda, tetapi ia memainkan peranan utama dalam meningkatkan tahap keremajaan wajah. Bulu mata yang melengkung, tebal dan panjang boleh mencerahkan wajah anda serta-merta dan menjadikan anda kelihatan jauh lebih muda daripada usia! Maskara boleh membantu anda mendapatkan bulu mata yang cantik. Pilih yang menjadikan bulu mata anda lebat!
Gaya hidup dan jenis kulit anda sebahagian besarnya menentukan jenis rutin penjagaan kulit yang perlu anda miliki. Oleh itu, dengan mengambil kira faktor-faktor ini, anda harus mencipta rejimen penjagaan kulit untuk diri sendiri yang berfungsi ke arah menyelesaikan masalah kulit anda dan memastikan ia sihat. Jadi, sebagai contoh, jika anda mempunyai kulit kering, anda harus memilih pelembap yang mengandungi asid hyaluronik kerana ia berkesan melembapkan kulit anda.
Jika anda melihat sebarang masalah kulit yang ketara yang anda tidak dapat menyelesaikannya sendiri, anda pasti perlu melawat pakar dermatologi anda. Lagipun, menjaga kulit anda adalah kunci kepada awet muda!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tinggal tak sampai 17 hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal nan mulia. Pastinya tidak sabar untuk menyambut bersama insan tersayang. Namun dalam kita bergembra menanti kehadiran Syawal, ada juga yang menerima khabar duka.
Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare menerima khabar duka apabila pengasasnya, Faziani Rohbani Ahmad, 40 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan di Pattani Thailand jam 10.30 pagi tadi.
Dalam laporan Sinar Harian, berkata kereta Toyota Estima dinaiki mereka terbabit kemalangan di Pattani, Thailanf.
Berita kematian pengasas kosmetik ini disahkan sendiri oleh adiknya Faizol Robhan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian. Sementara itu suaminya juga turut dilaporkan cedera parah.
Faizol memberitahu, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pági tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Sebagai seorang pengasas kosmetik Allahyarham memang seorang yang amat dikenali sebagai ‘public figure’. Malah popularitinya juga setanding pengasas kosmetik lain seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida.
Sementara itu dalam posting terakhir sebelum ini yang dimuat turut di laman instagramnya, Allahyarham ada memberi pesanan yang cukup mendalam.
Dalam posting sehari yang lepas, beliau memberi nasihat agar setiap daripada kita ini supaya perbaiki hubungan dengan orang tua kerana kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusan kita. Ingatan ini diberikan ketika beliau berada di Bogor Indonesia atas satu majlis perkongsian ilmu.
Perbaikilah Hubunganmu dengan orang tua, kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusanmu.
Ya Allah 2500 orang bukan angka yg kecil tapi besar… sangat luarbiasa… Alhamdullilah atas nikmat perkongsian ilmu dan berbuka puasa ini.
Malah ketika di awal Ramadan juga, Allahyarham menyambutnya di Kota Mekah. Ketika di sana, beliau turut mendoakan buat followernya serra rakan-rakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. Juga beliau turut mendoakan agar berjaya dan kaya raya dunia akhirat.
Saya doakan semua followers & rakan2 diberikan kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki dgn rezeki yg berkat & berpanjangan, dijemput menjadi tetamu Allah dlm masa terdekat , berjaya dan kaya raya dunia akhirat, Amin… Salam Isya dari Mekah utk semua kesayangan
Nama penyanyi jelita bersuara lunak, Farahdhiya mula meningkat naik dan dikenali dalam arena muzik tanah air apabila dia mula meraih kejayaan komersial pada tahun 2004 menerusi single sulungnya yang berjudul ‘Bertakhta Di Hati’.
Selain menguruskan karier sebagai anak seni, Farahdhiya juga sering berkongsi aktiviti dan juadah masakan di laman sosial miliknya.
Farahdhiya sebelum ini ketika ditemui team HIJABISTA memaklumkan, “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pergi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.”
Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.
Malah, Faradhiya dilihat semakin rancak di dapur, terutamanya bila menjelang bulan mulia bagi seluruh umat Islam, iai tu bulan Ramadhan, kerana pada bulan penuh keberkatan ini merupakan masa terbaik untuk menjamu selera keluarga tersayang.
Terdahulu, video juadah berbuka puasanya yang pernah dimuatnaik oleh Faradhiya telah meraih puluhan ribu tontonan. Lebih menarik lagi apabila ia turut mendapat reaksi daripada ‘otai’ masakan, Sheila Rusly.
Selain itu, Farahdhiya dilihat tidak hanya hebat menyediakan juadah lauk pauk, malah dia juga mempunyai kebolehan untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dan air!
“Gulai ayam dan telur rebus, sayur bendi pecah telur, ikan masin dengan timun dan sambal belacan, lepat pisang, greek yogurt, chia seeds dan air cincau. Done dan alhamdulillah fortoday.”
Kongsinya, “Kita share sekurang-kurangnya dapat idea apa nak masak esokkan? Bukan ibu-ibu je yang memasak ye, yang single tak kahwin lagi ni pun masak hari-hari juga. Banyak hari lagi ni nak memasak.
Kuih ketayap, ikan keli berlado, lemak putih pumpkin suun fucuk pecah telur, telur dadar (lauk wajib abang saya), buah sedikit dengan air sirap limau biji selasih.
Kecur tengok air tangan Farahdhiya! Pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja cantik tapi rajin ke dapur. Dengan wajah kacukan ‘Mat Saleh’ yang dimiliki Farahdhiya, pasti ramai tak menyangka jelitawan ini sebenarnya amat menggemari masakan kampung.
Sekadar info, Farahdhiya merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau dilahirkan di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Farahdhiya juga mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berketurunan Inggeris dari Portsmouth, England manakala ayahnya berketurunan Melayu yang berasal dari Johor.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.