Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan Allah supaya melindungi negara daripada virus berkenaan. Semua pakar di pelusuk dunia berusaha mencari cara mengatasi virus yang tular, tetapi anda juga dianjurkan untuk berusaha dan terus berdoa mengikut syariat Islam.

Allah menurunkan musibah untuk hambaNya terus dekat denganNya. Sejak penularan wabak covid-19, masjid-masjid telah disarankan supaya melakukan Qunut Nazilah untuk memohon perlindungan dari Allah bagi mengatasi masalah ini.

Menurut laporan astro awani Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca qunut nazilah yang terdapat dalam doa qunut ketika solat subuh.

Soalan:

Apakah hukum membaca qunut Nazilah ketika orang Islam ditimpa musibah?

Jawapan:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dalam menjawab persoalan terdapat kisah yang tertulis di dalam sirah Rasulullah SAW, bahawa Baginda SAW pernah membaca doa qunut nazilah ketika mana berlakunya suatu pengkhianatan dan pembunuhan ke atas beberapa sahabat Nabi SAW. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kejadian tersebut, antaranya yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏

Maksudnya: Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.

 Riwayat al-Bukhari (4090)

Ini adalah panduan doa qunut untuk solat subuh secara bersendirian dan secara berjemaah. Malah panduan untuk qunut nazilah juga turut disediakan. Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab. Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

Doa Qunut Nazilah

Makna Nazilah dari segi Bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak. Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.

IKLAN

Doa Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.

Kaedah pelaksanaan qunut nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

PERINGATAN:

Jika  tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut. Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah.

Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu. Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah. Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.

IKLAN

Namun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC.

Doa tersebut ialah;

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعْدَائِنَا، وَنَعُوذُبِكَ مِن شُرُورِهِمْ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِن كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ، يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، اَللَّهُمَّ يَا مُنزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Doa qunut nazilah dalam ejaan rumi:

ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚

Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,

ALLâhumma Baddid Syam-Lahum Wa Farriq Jam-‘Ahum‚ Wa Syattit Kalimata-Hum,

Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,

IKLAN

Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚

Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚

ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚

Yâ Mujriyas-Saĥâb‚

Yâ Hazimal Aĥzâb

Ihzim-Hum… Ihzim-Hum… Ihzim-Hum

Wan-Şurnâ ‘Alayhim

SUMBER: AKU ISLAM

DAN PEJABAT MUSTI WILAYAH PERSEKETUAN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI