Dunia digital semakin canggih namun tidak semudah itu untuk anda terjebak dengan mereka yang tidak bertanggungjawab jual barangan tiruan. Tular peniaga menjual barangan kemas, ramai yang mudah tertipu.
Namun jenama unggul ini, menjadi kepercayaan pengikutnya tersendiri, yang asli dan berkualiti. HABIB Group yang menaungi jenama barang kemas tempatan terulung di Malaysia, HABIB (dahulu Habib Jewels), selama 64 tahun bertapak di Malaysia malah membina kepercayaan ramai dengan pelbagai strategi pemasaran yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Tampilkan pelbagai jenama
HABIB Group mula mengorak langkah dengan melancarkan Pameran Jenama Antarabangsa buat pertama kali yang menampilkan jenama-jenama dibawah naungan mereka di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022, sepanjang waktu operasi pusat membeli-belah tersebut.
Dato’ Sri Meer dan Datin Sri Zarida bersama model-model di hadapan bilik pameran HABIB
Istimewanya pameran ini adalah jenama-jenama yang dipamerkan berada di satu lokasi sekaligus memberikan pengalaman yang baharu kepada penggemar barangan kemas dan perhiasan mewah untuk melihat pelbagai barangan berjenama termasuk aksesori, jam tangan, minyak wangi, skarf, cermin mata dan barangan kulit.
Ads
Dato’ Sri Meer mengambil langkah ini sebagai satu usaha untuk mengembangkan potensi perniagaan yang lebih meluas dalam industri barang kemas dan fesyen. Antara jenama dipamerkan adalah HABIB, Hearts On Fire®, Stephen Webster, Korloff, Pandora, Tous dan Ice Watch.
Jenama lokal setnding jenama antarabangsa
Bermula dengan perniagaan barangan kemas berlian dan batu permata, HABIB merupakan jenama tempatan yang mementingkan sentuhan warisan dalam setiap rekaan.
Semenjak mula beroperasi pada tahun 1958, HABIB telah melalui banyak perubahan untuk menjadi sebuah jenama yang terkenal dengan menghasilkan produk berkelas dunia. Pameran ini juga menyaksikan satu pencapaian bagi HABIB sebagai sebuah jenama tempatan yang setanding dengan jenama antarabangsa.
Ads
ICE WATCH – Merupakan jenama jam tangan yang mempunyai rekaan sangat ikonik dengan warna yang terang dan menarik. Berasal dari Belgian, koleksi jam tangan ini amat terkenal dalam golongan kanak-kanak dan remaja. Malah, koleksi-koleksi terbaru mereka juga banyak menampilkan sisi lain jenama ini yang lebih menonjol kepada golongan lelaki dan wanita secara umum.
Acara kemuncak pada pelancaran ini adalah pertunjukan fesyen dari semua jenama di bawah naungan HABIB Group dengan menampilkan barisan peragawati yang mewakili negara asal jenama-jenama tersebut. Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan koleksi eksklusif yang terkenal daripada HABIB iaitu Oro Italia 916® serta barangan berlian dan batu permata.
PANDORA – Lebih dikenali sebagai barangan kemas yang melambangkan ekspresi diri dan meraikan sesuatu peristiwa dalam kehidupan. Setiap charm yang direka mempunyai jalan penceritaan tersendiri kepada penggunanya menerusi gaya yang ditonjolkan.
Bermula sebagai sebuah jenama yang kecil, kini HABIB Group telah berkembang bukan sahaja menerusi jenama barangan tersendiri, tetapi reputasi HABIB yang dipercayai ini juga telah menyumbang kepada kerjasama dengan beberapa jenama terkenal antarabangsa sebagai pengedar eksklusif di seluruh Malaysia.
Ads
STEPHEN WEBSTER – Berinspirasikan artistik dan inovatif, jenama ini menawarkan barang kemas kontemporari dari London dengan cita rasa ketukangan tradisional yang unggul dan disegani dalam pertukangan British.
Sebagai peneraju kepada jenama barangan kemas tempatan, HABIB Group sentiasa ingin memberikan kelainan kepada peminatnya disamping menjaga kualiti barangan setiap jenama dengan harga yang mampu milik.
Menariknya lagi, sepanjang pameran ini berlangsung, para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dengan menyertai peraduan media sosial yang diadakan. Buat mereka yang berada di kawasan yang jauh, boleh kunjungi bilik pameran HABIB yang berdekatan untuk mendapatkan koleksi terbaru. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di @habibjewelsoffical.
https://youtu.be/HwVUooOKPLU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meneliti gaya hijab figura bersuara lunak ini, pasti ramai mengenalinya. Punyai gaya hijab yang unik, Yuna penyanyi bertaraf antarabangsa membuat kemunculan khas dengan kolaborasi bersama jenama hijab lokal.
Pernah suatu ketika dahulu mengayakan stail hijab turban, gaya Yuna menjadi ikutan hijabi. Bagi Yuna berhijab perlu ada keselesaan sendiri tanpa lari dari akar sebenar berhijab. Tidak pernah mengikuti gaya mana-mana selebriti, Yuna selesa dengan kreativitinya tersendiri.
Hijab Tidak Perlu Mahal Janji…
Menariknya dalam sesi temubual bersama media, Yuna berkongsi pendapat bahawa mengenakan hijab tidak semestinya mahal. Bagi Yuna hijab mampu milik juga boleh memberi impak bagi si pemakai. Asalkan hijab itu bersesuaian dan anda pandai mengayakannya biarpun di mana sahaja.
Sebagai penyanyi yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna tidak pernah memandang rendah pada jenama lokal. Malahan peluang keemasan ini memberi peluang dan ruang untuk menyokong jenama lokal di mata antarabangsa.
Putri N. Rex adalah jenama tudung lokal yang berpusat di Malaysia yang memberikan keselesaan dan hijab dengan kualiti kerja yang unggul dengan harga yang berpatutan. Berada di pasaran selama lebih kurang 5 tahun yang diasaskan oleh Putri Rex. Sebagai permulaan, ini adalah peluang seumur hidup bagi Putri untuk melakukan kolaborasi seperti ini dengan memanfaatkan situasi semasa dan mengaitkannya dengan tanda nama Eid kita “Embracing Sillaturrahim” . Walaupun memakan masa, ini merupakan kemajuan yang menyeronokkan dan Putri harap hijabi selesa mengenakan hijab dari Putri N. Rex semasa lebaran mahupun pengayaan harian.
Apa yang dimaksudkan “Embracing Silatulrahim”?
Perayaan lebaran selalu berkaitan dengan hubungan dengan orang-orang di kampung halaman atau saudara-mara kita yang jauh. Putri dan Yuna telah berkawan lama tetapi jarang bertemu kerana Yuna berpusat di Los Angeles.
Mereka berdua merangkul Silaturahim antara satu sama lain selama Yuna masih tinggal di Malaysia. Merangkul Silaturahim dalam konteks ini juga bermaksud berhubung dengan pelanggan kita, membina kepercayaan dengan mereka dari seluruh dunia, dari seorang wanita ke wanita lain. Kerjasama ini adalah khas untuk pelanggan setia jenama Putri N. Rex, peminat Yuna di seluruh dunia yang mengagumi gaya hijabnya dan termasuk mereka yang dalam proses berhijab.
Putri N. Rex menginovasi Petal Satin, bahan yang kukuh namun lembut dan sejuk yang dilengkapi dengan dua koleksi untuk mengejutkan pelanggan setia jenama ini. Pertama, Set Hadiah Yuna dilengkapi dengan satu set tiga selendang, yang juga termasuk satu kit tudung dengan harga RM 198 sahaja dan terdiri dari empat set yang mempunyai kisah tersendiri iaitu:
KUL-LAX
Lawatan Hilang
Yuna Di Panggung
Cinta Terbaik
Kedua, Grace Easy Hijab telah menjadi koleksi terlaris Putri N. Rex dan sekarang didatangkan dalam Edisi Yuna yang merupakan selendang separa instan dan mempunyai 10 warna dengan harga RM98 setiap satu. Pastikan anda mencubanya kerana ia adalah kegemaran peribadi Yuna!
Kenapa Memilih Yuna?
Yuna adalah ikon wanita fesyen terbaik dan juga menjadi inspirasi kepada wanita lain. Mengemari dan mengagumi Yuna dengan caranya tersendiri. Karier sebagai artis berhijab di Amerika Syarikat merupakan satu cabaran yang membuka mata kami dimana ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuknya diterima di sana. Berhijab adalah terlalu peribadi buat pemakainya. Walaupun menghadapi cabaran, gaya tersendiri Yuna menyerlahkan keunikannya sebagai seorang artis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebiasaannya kita sering membuang banyak sisa makanan seperti kulit buah mahupun batang sayur kerana tanggapan bahawa ianya dah menjadi ‘sampah’. Tapi sebenarnya ‘sampah’ itu boleh dijadikan satu bahan yang sangat berguna!
Eco Enzyme cairan hebat
sumber gambar dari waste4change.com
Dikenali sebagai Eco Enzyme ataupun garbage enzyme merupakan satu cecair hasil dari fermentasi sampah organik yang memiliki berbagai fungsi antaranya sebagai pembersih lantai, sayur dan buah, perangkap serangga dan juga boleh dijadikan sebagai penyubur tanaman.
Eco Enzyme ini juga terkenal dengan kandungan alkohol atau asid asetat yang boleh dijadikan sebagai bahan disinfektan. Kandungan alkohol atau asid asetat yang terkandung dalam cairan ini terjadi disebabkan oleh proses metabolisme bakteria dalam sisa buah dan sayur.
Banyak manfaat Eco Enzyme buat anda!
Seperti sifatnya yang boleh digunakan sebagai bahan disinfektan, Eco Enzyme turut mengurangkan penggunaan bahan kimia malah boleh juga mengurangkan kos perbelanjaan daripada membeli bahan-bahan pembasmi kuman.
Tiada lagi pembaziran kerana Eco Enzyme boleh menggantikan bahan pencuci baju, cecair pembersih lantai, tandas, dapur, piring, penghalau serangga malah ia boleh digunakan untuk membasuh badan dan rambut.
Oleh kerana sifat dan nutrisi yang terkandung daripada saki-baki sayur dan buah dalam proses pembuatan Eco Enzyme, ia juga turut dapat dijadikan sebagai penyubur tanaman.
Buat sendiri cairan sampah hanya di rumah
Proses pembuatan Eco Enzyme sangat mudah kerana bahan-bahan yang anda perlukan semuanya telah ada di rumah anda.
Jenis-jenis ‘sampah’ juga hanya terdiri daripada baki sayuran dan buahan. Sisa daging tidak sesuai digunakan untuk membuat Eco Enzyme kerana ia cepat membusuk dan menghasilkan patogen pada suhu yang tidak terkawal.
Peralatan dan bahan
Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan (segar)– seperti daun, batang, kulit, dan biji.
Gula merah
Air
Bekas kedap udara
Langkah-langkah:
Air, bahan-bahan seperti sisa sayur-sayuran dan buah-buahan, dan juga gula merah di sukat mengikut nisbah 10:3:1 (Sebagai contoh, 10g gula merah, 30g sisa sayur/buah, 100g air).
Sisa sayuran dan buahan perlu di potong kecil.
Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas kedap udara. Perlu pastikan bahawa bekas yang anda gunakan perlu ada ruang dan tidak memenuhi bekas tersebut kerana bimbang gas dari proses fermentasi akan meningkat dan boleh meletup.
Tutup bekas dan biarkan selama 3 bulan di kawasan yang tidak terdedah daripada matahari.
Langkah penjagaan bahan Eco Enzyme
Di peringkat awal proses fermentasi, bekas mengandungi bahan Eco Enzyme perlulah di buka kira-kira sekali dalam seminggu untuk mengeluarkan gas yang terperangkap bagi mengelakkan bekas daripada meletup.
Apabila telah capai tempoh 3 bulan, cecair Eco Enzyme akan bertukar menjadi coklat gelap dan mempunyai bau seperti cuka. Jika cecair bertukar menjadi warna hitam, masukkan gula untuk ulangi proses fermentasi. Jika terdapat cacing atau serangga di dalam bekas, biarkan sahaja keran ia akan terurai sendiri dalam cecair itu.
Anda boleh gunakan cecair Eco Enzyme itu dengan menapis cecair dari bahan-bahan dalam bekas itu. Sisa baki dalam bekas itu boleh dijadikan baja sebagai penyubur tanaman.
Jadi sis semua boleh cuba buat di rumah bila ada banyak ‘sampah’ yang boleh di kitar semula jadi bahan ajaib.
Ramadan merupakan bulan di mana segala perbuatan kita perlu dijaga dengan lebih teliti kerana banyak perkara yang boleh membawa kepada kehilangan pahala puasa kita. Ini termasuk sekali dalam soal fesyen dan menutup aurat. Apa guna kita berpuasa tetapi tidak menutup aurat dan mengekalkan modesty sepanjang masa.
Namun, ini tidak bermakna kita perlu mengorbankan gaya dan stail kita. Mari Hijabista beri beberapa panduan untuk kekal bergaya sepanjang Ramadan.
1. Lilitan hijab
Dek kerana mahu cepat dan ringkas, ramai yang gemar mengenakan shawl instant atau semi-instant. Terdapat banyak cara yang mudah untuk melilit shawl tetapi kekal chic dan tidak rumit.
P.S: Jangan lupa untuk labuhkan sedikit hijab anda ya!
2. Kaftan
Jika anda tidak mahu memilih jubah sebagai busana sopan di bulan Ramadan, ayuh cuba kaftan! Ia bukan sahaja labuh dan longgar, malah ia lebih elegan dan juga lebih banyak variety untuk dipilih dan digayakan mengikut kesesuaian stail anda.
P.S: Pastikan anda memakai inner labuh jika kaftan anda jarang dan sheer ok?
3. Dres flowy
Bila masa lagi anda mahu gayakan dres flowy yang anda miliki kalau bukan sekarang? Jika lengannya 3/4, padankan bersama kardigan atau blazer untuk kekal modest dan sopan.
Gaya dan stail yang high taste tidak boleh mengalahkan attitude yang positif dan humble. Selalulah ingatkan diri bahawa pemakaian busana bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk, ianya bertujuan untuk menutup aurat dan juga memberi impressi baik terhadap diri.