Siapa tidak kenal dengan penyanyi genre dangdut yang seangkatan dengan Amelina dan Iwan yang pernah popular dengan lagu dag dig dug satu ketika dahulu, Haiza Hanafi yang kini melebarkan sayap ke bidang penyampai radio.
Baru-baru ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Haiza telah berkongsikan satu berita gembira apabila memuat naik gambarnya yang tampil manis dan mempersona mengenakan hijab.
Terdapat kemungkinan sama ada penampilan berhijabnya itu hanya sekadar fesyen yang digayakan, namun rata-rata peminat berharap ianya adalah perkembangan positif serta hijrah terbaharunya.
Ads
Hijabista dimaklumkan bahawa Fara Fauzana merupakan stylist Haiza pada hari tersebut, dan Fara telah membantu mengenakan Haiza mengenakan hijab serta memperagakan penampilan bertudung itu dengan sempurna.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati para peminat memuji kecantikkan serta penampilan Haiza dan berharap agar Haiza terus istiqomah dan terus berhijab.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Haiza dikurniakan hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna, seperti yang dianjurkan oleh syariat Islam.
Solat lima waktu itu wajib di dalam Islam. Sujud merupakan salah satu bahagian yang wajib dalam solat. Buat para wanita muslimah, terdapat macam-macam jenis sujud yang anda perlu ketahui juga ya.
Tujuan utama sujud adalah untuk menunjuk dan membentuk status seorang muslim itu sebagai hamba Allah. Sujud juga ingin menunjukkan rendah hati seseorang itu, penyerahan diri dan pengabdian seorang hamba kepada penciptaNya.
Adab ketika bersujud mempunyai tiga iaitu menutup aurat, mempunyai wudhu, menjaga kebersihan serta menghadap kiblat. Perkara ini sangat penting apabila melakukan sujud di dalam solat. Walaupun secara umum sujud merupakan bahagian gerakan solat, namun sujud juga boleh dilakukan dalam pelbagai kondisi tertentu. Ianya bergantung atas jenis sujud apa yang dilakukan.
Sujud merupakan salah satu daripada rukun solat. Selain itu, sekiranya anda solat dan tidak bersujud maka solat anda akan terbatal atau tidak sah ya.
Ini adalah doa sujud di dalam solat:
Subhaana rabbiyal a’laa wa bihamdih (3x)
Bermaksud: “Maha suci Rabb-ku yang Maha Tinggi dan memujilah aku kepada-Nya.” sumber dari artikel wolipop.detik.com
Sujud syukur ini dilakukan apabila setiap kesempatan yang membuahkan hasil kejayaan atau bebas dari kejahatan yang terjadi dari diri anda. Ianya tidak memiliki syarat jika anda lakukannya tetapi ahli agama memerintah agar menjaga kebersihan dan arah kiblat anda.
Sujud syukur ini berlaku apabila mendengar nikmat tertentu yang terjadi juga. Ia dianjurkan bagi segera bersujud kepada Allah.
Sebagai orang muslim, hendaklah kita berterima kasih kepada Allah atas barakahnya. Akan tetapi, tiada dalil buat seseorang itu mengucapkan takbir pada awal sujud atau taslim selepas itu.
Ramai yang tidak tahu Sujud Sahwi ini merupakan sujud kelalaian. Ia terjadi apabila seseorang itu diperintahkan untuk sujud dua kali sekiranya dia terlupa rakaatnya, maka ia harus melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi mazhab Hanafi dan Hanbali mewajibkan sujud ini. Tetapi buat mazhab lain akan menganggapnya sebagai Sunnah.
Jadi sebagai muslimah, kita perlu tahu tentang sujud-sujud yang perlu dilakukan ini. Akan tetapi sujud merupakan perkara yang wajib di dalam solat.
Sebagai seorang individu Islam, kita digalakkan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dalam melakukan kebaikan dan perubahan dalam kehidupan. Namun, yang sedihnya apabila masyarakat kini gemar mengkritik antara satu sama lain sehingga menimbulkan aura yang negatif.
Jangan begitu! Ia merupakan aktiviti yang tidak sihat hingga boleh mencetuskan pergaduhan. Perkara ini perlu dihentikan kerana ia memberi impak yang tidak baik seterusnya membuatkan orang ramai memandang rendah terhadap Islam.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa individu Islam berpengaruh yang berjaya mempengaruhi kehidupan individu lain dan dalam masa yang sama memberi impak positif kepada orang ramai terhadap Islam. Ayuh kenali mereka.
Dilahirkan di Amerika Syarikat, Noor Tagouri merupakan salah seorang graduan lulusan universiti Kewartawanan yang terkemuka sewaktu berusia 20 tahun dan kini sedang berusaha menggapai impiannya untuk menjadi penyampai berita Muslim berhijab yang pertama di Amerika Syarikat.
Dia kini bekerja sebagai wartawan di Newsy, sebuah rangkaian berita dan video berasaskan Missouri yang menyediakan berita di seluruh Amerika Syarikat.
Noor menggalakkan orang ramai untuk memecahkan segala halangan dan membantu orang ramai untuk mengenal nilai sejati dalam masyarakat yang berbilang budaya. Baru-baru ini, Noor telah melancarkan #TheNoorEffect, rangkaian pakaian yang memperkasa wanita dan memerangi perdagangan seks.
Sekiranya anda merupakan peminat sukan kriket, anda pasti mengenali seorang yang digelar “the beard that’s feared”, iaitu Moeen Ali yang merupakan pemain kriket antarabangsa untuk England.
Sentiasa memberi pencapaian yang luar biasa hingga menjadi bualan hangat dalam dunia sukan kriket dan dianggap sebagai salah seorang pemain kriket terbaik di England, Moeen datang jauh daripada kampung halamannya di Birmingham.
Selain daripada menjadi hero dalam kriket, Moeen juga merupakan duta bagi StreetChange, mengajar dan bermain kriket bersama kanak-kanak daripada kawasan miskin di sekitar UK dan duta jenama global untuk NGO Orphans antarabangsa di Need – malah dia juga mempunyai logo di kayu kriketnya.
Harry Fear merupakan seorang wartawan penyiaran yang telah memenangi anugerah, pembikin filem dokumentari dan penceramah awam. Dia dikenali menerusi liputan unik video live streaming terhadap konflik Gaza – Israel pada tahun 2012, di mana dia telah tercalon di dalam pelbagai anugerah.
Dia juga telah mengembara ke lebih daripada 29 buah negara dan merupakan seorang jurugambar: sempena musim panas ini, dia telah mengembara ke Cairo dan berkongsi kisah pengembaraannya di Instagram (@harryfear) dan Facebook. Harry telah berkongsi gambar-gambar masjid yang cukup indah yang telah dikunjunginya.
Muniba Mazari merupkan seorang artis, model, pengacara televisyen, aktivis dan penceramah motivasi. Selepas mengalami kemalangan kereta yang menyebabkan dia lumpuh ketika berusia 21 tahun, dia tekad untuk tidak menjadikan ia sebagai alasan yang melemahkan semangatnya, memberi ceramah yang digelar sebagai TED Talk di mana dia berkongsi tentang bagaimana pengalaman itu mengubah dirinya.
Menjadi model Pakistan pertama yang berkerusi roda serta pembaca berita untuk televisyen kebangsaan Pakistan, dia pastinya telah membunuh segala stereotaip berkaitan dirinya.
Muniba juga merupakan duta PBB pertama Pakistan untuk wanita, sanggup menghabiskan waktunya untuk berkhidmat kepada orang ramai dan membantu negara luar yang datang daripada dunia gelap untuk kembali mencari sinar dalam kehidupan dan cinta.
Dilahirkan di Somalia, Yasin merupakan seorang jurugambar berusia 25 tahun di Toronto. Karyanya berkisar tentang krisis kemanusiaan global membuatkan dia menjadi tumpuan antarabangsa dan pada tahun 2016, dia telah tersenarai sebagai salah seorang pencetus perubahan Toronto yang layak dicontohi.
Dengan meminjam kamera telefon ibunya, Yasin mula memotretkan gambar kejiranannya, kawasan yang dikenali dengan kemiskinan, keganasan dan dadah.
Pada tahun 2015, Yasin memulakan projek #ShootForPeace – permainan perkataan yang bijak! Menggunakan segala ilmu dan cintanya terhadap kamera, dia telah mengajar dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mengambil gambar yang hebat seperti dirinya, sambil berkata: “Anak-anak dalam komuniti ini mempunyai banyak sokongam dan saya ingim melihat mereka mengekspresikan diri mereka secara kreatif dan berkongsi beberapa emosi yang ada di dalamnya. Disebabkan fotografi merupakan kegemaran saya, saya tidak dapat memikirkan medium lain untuk mengekspresikan diri.
Anda boleh lihat laman webmya atau follow dia di media sosial (@yescene / @shootforpeace) untuk mengetahui perkembangan terbarunya.
Lagu debut Mona yang hebat bertajuk ‘Wrap My Hijab’ menjadikan ia disenaraikan sebagai 25 lagu feminis terkemuka! Lebih menakjubkan lagi adalah dia sedang hamil 8 bulan dalam video tersebut. Wow!
Sejak dari usia muda lagi, Mona sememangnya suka berpuisi. Video muzik itu tercipta selepas terjadi satu insiden negatif di dalam pesawat – hingga menyebabkan dia menterjemahkan insiden itu kepada sebuah seni yang cukup mengagumkan. Sejak daripada itu, Mona menjadi idola bagi wanita Islam yang berhijab untuk memakai hijab dengan bangga dan tanpa sebarang penghakiman.
Semak videonya di YouTube di sini!
Mona bukan sahaja dikenali menerusi muziknya. Malah dia mula dikenali apabila namanya mula viral melalui satu inisiatif dikenali sebagai “Ask A Muslim” bersama-sama suaminya, menawarkan kopi, donut dan bunga secara percuma kepada semua individu yang lalu di hadapannya demi menyebarkan persepsi positif terhadap agama Islam sebagai saah satu cara memerangi Islamophobia.
Selain itu, dia juga mengadakan kelas tentang kerohanian Islamik, penulisan kreatif dan puisi.
Seorang intelektual yang rendah diri, lucu dan genius yang kreatif – Riz Ahmed mencipta sejarah ketika dia menjadi orang Asia dan Muslim pertama yang membawa pulang Lead Actor Emmy Award. Dalam kebanyakan filemnya, beliau sering menangani isu-isu yang berkaitan dengan keganasan. Walaupun dia tidak berada di skrin besar, dia telah melakukan rap bersama pasangannya bertajuk ‘The swet shop boys’.
Dia juga terlibat secara mendalam terhadap penyebab kemanusiaan global, bergabung dengan DEC untuk mengumpul dana bagi krisis Rohingya dan berjaga mengumpul lebih daripada $200,000 untuk pelarian Syria pada Hari Pelarian Dunia 2017.
Tahun lepas, beliau telah dijemput ke Parlimen UK untuk menyampaikan kuliah kepelbagaian tahunan dan memberi ucapan yang penuh bersemangat mengenai kepentingan perwakilan Islam di dalam media.
Amani adalah seorang yang berwawasan apabila berkaitan dengan hal yang menyokong wanita Islam. Sebagai seorang guru teknologi, dia telah mencipta satu website, “MuslimGirl.net” sewaktu berusia 17 tahun. Bermula dengan hanya hits 1000 sebulan, kini dia berjaya mencecah 100 juta hits setahun.
Segala kerja yang dilakukannya berkembang di Amerika Syarikat, di mana ia merupakan satu kesusahan bagi Muslim – terutamanya bagi golongan muda dalam mengharungi perjalanan mereka melalui zaman remaja. Beliau telah menerbitkan buku pertamanya bertajuk ‘Muslim Girl – A Coming of Age’ pada Oktober 2016.
Beliau juga telah mencipta Hari Wanita Islam – 27 Mac 2017; di mana beberapa platform media termasuk; MTV, Teen Vogue & Cosmo telah memenuhi internet dengan cerita positif dan kepelbagaian tentang wanita Islam.
Paul Pogba merupakan antara pemain bola sepak termahal di dunia. Ibunya, Yeo Mariba, yang merupakan seorang ibu tunggal telah membesarkan dia dan adik-beradik kembarnya. Yeo telah diangkat oleh Paul sebagai sumber inspirasinya – dia memeluk agama Islam selepas diperkenalkan oleh ibunya.
Beliau merupakan sebabagian daripada kempen respect UEFA yang mempromosikan kemasukan, kepelbagaian dan aksesibiliti dalam bola sepak. Membanteras segala bentuk perkauman merupakan asas daripada kempen tersebut.
Dia mempunyai 18.9 juta pengikut di laman Instagram (@paulpogba), dan sering berkongsi gambarnya di masjid, mesej tentang Ramadan dan beberapa gambar yang mengagumkan ketika sedang menunaikan haji.
Tengku telah disenarai di Forbed 30 di bawah 30 untuk usahawan sosial Asia, untuk pengasas bersama Skolafund, laman web crowdfunded dengan misi untuk menjadikan pendidikan tinggi dapat diakses untuk semua orang. Ini merupakan kemudahan kepada para pelajar, terutama yang memerlukan, menggunakan dana untuk membiayai yuran mereka ke universiti.
Skolafund bercita-cita untuk menjadi platform kewangan terbesar di Asia dengan memberikan pelajar alternatif kepada penyelesaian kewangan, dan mereka sememangnya berada dalam keadaan yang baik: laman web ini dimulakan pada tahun 2015 dan berjaya meraih lebih daripada USD5000 dalam tempoh masa 4 bulan untuk 6 orang pelajar!
Bayangkan jika semua Muslim muda yang hebat ini berada di dalam sudut yang sama – ia akan mengubah dunia! Pengaruh positif yang dibawa oleh mereka tidak dapat dinafikan, dan ini menjadi sumber inspirasi untuk generasi akan datang.
Sumber: Have Halal, Will Travel
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malangnya, minuman kopi Starbucks tidak selalu sinonim dengan permulaan yang sihat untuk hari anda, atau jemput-jemput petang yang padat. Mendapatkan dos harian kafein tanpa berlebihan semestinya sukar, tetapi apabila anda mempertimbangkan apa yang pakar kesihatan cadangkan ialah jumlah kopi yang “sihat”.
Menu Starbucks boleh berasa tidak berkesudahan, seperti anda memerlukan kopi untuk memilih sesuatu yang menarik dan lazat tanpa meneguk lebih daripada gula sepanjang hari. Mujur ada perkongsian pakar yang mencari minuman yang rendah gula, lemak tepu dan kalori. Jika anda sedang berdiet tetapi masih mahu menikmati keenakan kopi dari Starbucks, kenapa tidak HIJABISTA kongsikannya. Oh ya, boleh juga masuk ke dalam diet vegan dan keto.
Penurunan berat badan, kesihatan dan imej badan adalah subjek yang kompleks, sebelum membuat keputusan untuk menjalani diet, anda disarankan untuk mendapatkan perspektif yang lebih luas dengan membaca artikel tentang bahaya budaya diet.
Mengambil minuman “tall” yang lebih kecil adalah idea yang baik, tetapi jika anda berminat untuk meningkatkan saiz, lihat ciri pemakanan interaktif Starbucks di tapak atau aplikasinya boleh juga rujuk senarai induk pemakanan di sini. Jom semak kopi dan teh Starbucks paling sihat yang anda rasa hebat, serta petua untuk membuat sebarang pesanan Starbucks yang lebih baik untuk anda.
Musim yang selesa memerlukan secawan teh chai yang berwap! Minuman ber rempah ini lazat dengan atau tanpa susu, walaupun anda disyorkan menambah sedikit susu untuk beberapa protein. Langkau pemanis untuk pilihan tanpa gula.
Pencinta teh hijau, inilah pemula untuk anda jatuh cinta! Ia penuh dengan nota verbena limau, serai dan sedikit spearmint. Anda akan mendapat semua kebaikan penuh antioksidan daripada minuman hijau ini dengan rasa bonus.
Pertimbangkan ini versi “minuman merah jambu” yang baik untuk anda. Ia tidak bergula dan mendapat warna yang cantik daripada bunga raya, bunga yang boleh dimakan dengan rasa yang tajam. Anda juga akan mendapat sedikit serai dan epal dalam setiap tegukan.
Pakar pemakanan berkata anda boleh mengurangkan jumlah lemak tepu dan gula dengan meminta susu skim atau susu badam sebaliknya, tetapi melainkan anda bebas tenusu, seharusnya berasa seronok untuk mendapatkan sedikit protein daripada susu lembu.
Misto Starbucks menggunakan kurang susu berbanding latte standard, jadi anda boleh fokus pada buzz kafein yang anda cari. Bertukar dengan susu alt di sini akan mengurangkan kiraan gula dan kalori secara keseluruhan, tetapi melainkan anda bebas tenusu, susu biasa ialah pilihan terbaik yang membekalkan protein serta vitamin dan mineral lain.
Anda perlu menggodam susu dan perisa espreso ini untuk mendapatkan kedua-dua lemak dan gula masing-masing di bawah 10g. Bertukar kepada susu soya, sebagai contoh, akan membawa jumlah lemak kepada 5g dan gula kepada 10g.
Ramuan ini pasti menjadi menu kegemaran pecinta kopi, asas espresso anda sudah mendapat sedutan penuh rasa. Hanya minta sedikit perubahan untuk menikmati minuman aromatik ini dengan kurang gula secara keseluruhan.
Americano jauh daripada membosankan, asas espresso mencipta krim yang kaya yang anda akan suka menghirup pada perkara pertama di awal pagi. Tambahan pula, asasnya tiada gula.
Macchiato mendapat wakil manis yang buruk kerana barista menambah sirap karamel dan hujan renyai manis juga. Anda perlu menukar kepada sirap tanpa gula di sini untuk menikmati macchiato yang hampir kepada 10g jumlah gula. Menukar susu penuh lemak juga akan menurunkan kiraan gula, serta tahap lemak tepu.
Jangan rosakkan perkara yang baik! Buang sebarang taburan atau topping seperti aiskrim manis lain yang dicapai oleh barista. Anda akan mengurangkan kiraan gula sebanyak separuh. Minuman ini sangat manis terima kasih kepada sirap bebas gula istimewa. Selain itu, variasi ais lebih menjimatkan gula anda.
Kunci untuk memesan mana-mana Frapucino ialah memintanya “skinny” atau “light” di sesetengah lokasi, yang akan menggesa barista anda untuk memasukkan sirap tanpa gula jika ada, membuang krim putar dan memilih susu skim atau berasaskan tumbuhan. Meminta minuman dengan cara ini sepatutnya mengurangkan kiraan gula minuman campuran ini sekurang-kurangnya separuh, jika tidak lebih, tetapi sedar bahawa kategori ini pasti mempunyai lebih banyak gula daripada yang lain.
Minuman lain yang anda perlukan untuk “skinny” atau “light”, anda akan membuang sirap manis, topping dan susu penuh lemak untuk pilihan alternatif.
Dengan kemanisan madu, sukar untuk dipercayai hanya terdapat 50 kalori dalam minuman bersaiz besar ini. Anda boleh memotong gula dengan ketara dengan mengurangkan jumlah perasa madu yang akan digunakan oleh barista.
Lebih 20g gula datang daripada 4 pam sirap, jadi menukar pilihan tanpa gula (atau drizzle!) akan menjadikan ini bom gula. Penggantian alt-susu juga akan berfungsi untuk mengurangkan 2g lemak tepu dalam versi latte berkrim dan licin kami.
Susu oat tidak dipam terus ke dalam minuman kopi ini tetapi lebih kepada asas buih sejuk yang dibuat khas (menggantikan susu skim). Anda boleh mengurangkan kiraan gula dengan memilih jumlah buih yang dikurangkan, tetapi kerana kiraan gula tidak terlalu tinggi, anda juga mempunyai ruang untuk percikan susu oat tambahan jika mahu.
Buih dalam minuman vegan ini hanya menambah 4g gula tambahan yang rendah ke dalam adunan. Selain itu, terdapat drizzle sos mocha dan serbuk koko yang boleh anda nantikan.
Dipopularkan melalui media sosial, minuman “putih” mesra keto Starbucks pertama kali dibuat menggunakan asas Infusi Teh Putih Peach Citrus tanpa gula. Tetapi adunan teh sejak itu telah dihentikan di Starbucks, jadi anda perlu menukarnya dengan adunan Peach Tranquility, yang mempunyai perisa manisan nanas, lemon, bunga chamomile dan mawar. Anda perlu menyedapkan minuman dengan alternatif keto kepada gula.
Minuman espresso coklat yang mewah ini masih lazat jika anda membuang rasa manis sama sekali. Anda boleh menikmati rasa mocha sahaja dengan memilih drizzle.
Versi panas yang sering mendapat sentuhan keto apabila ais, adalah bom rasa yang selesa, dengan nota chamomile, sitrus nanas dan pic limau dalam setiap tegukan. Anda pasti boleh menambah pemanis pilihan, tetapi renyai madu segar dan hirisan lemon dalam pilihan tanpa kafein ini pasti hebat dalam setiap tegukan.
Asas teh berkafein minuman latte ini sangat pejal dengan campuran teh hitam, lavender segar dan bergamot. Tetapi kiraan gula datang daripada 4 pam gula vanila standard. Tukar susu pilihan di sini dan pilih sirap tanpa gula atau drizzle untuk membawa kiraan gula di bawah 10g.
Ingat lima peraturan ini apabila meminta minuman Starbucks kegemaran anda – kemungkinan besar, anda akan mengurangkan kiraan gula, lemak dan kalori serta-merta.
Jika anda bercadang untuk memesan minuman yang dibuat dengan sirap berperisa, kebanyakan pam mengandungi sekitar 5g gula dan minuman bersaiz besar biasanya dimuatkan dengan 4 pam sebagai standard. Anda boleh berusaha untuk mengurangkan jumlah gula secara drastik dengan menukar kepada mocha atau karamel menggantikan sirap, yang akan berfungsi untuk mengurangkan lebih daripada separuh kandungan gula minuman anda, jika tidak bergantung pada pilihan susu.
Dan pertimbangkan lapisan buih sejuk sebaliknya. Krim putar boleh menambah lebih daripada 110 kalori yang direndam dalam lemak tepu kepada minuman dan ia selalunya tidak meningkatkan rasa. Lapisan buih sejuk tanpa rasa, bagaimanapun, diperbuat daripada susu tanpa lemak tanpa sebarang pemanis tambahan. Anda juga boleh meminta buih yang dibuat daripada mana-mana susu alt pada menu, termasuk susu oat yang baru ditambah. Ia mungkin betul-betul kekurangan kopi ais anda.
Pemanis tiruan cenderung lebih manis daripada pemanis biasa, bermakna sedikit lebih baik. Cabar diri anda untuk melakukan sekurang-kurangnya separuh jumlah perasa daripada standard 4 hingga 2 pam dan pilih pilihan yang tanpa gula. Makanan utama termasuk vanila, sos skinny mocha dan sirap bebas gula dolce kayu manis, sebagai tambahan kepada tawaran bermusim yang boleh anda tanyakan kepada barista. Pastikan anda menguatkuasakannya dengan minuman bersaiz venti, di mana gula tambahan akibat sirap dan krim atau susu boleh menjadi terlalu tinggi. Akhirnya, anda mungkin boleh melatih citarasa anda kepada hanya satu pam perasa, menikmati profil rasa semula jadi kopi anda dengan lebih banyak lagi.
Terdapat beberapa pilihan bukan tenusu yang tersedia untuk anda di Starbucks seperti susu oat ialah tambahan terbaharu kepada barisan rangkaian dan digabungkan dengan baik ke dalam minuman vegan, tetapi ia boleh mengandungi lebih banyak gula daripada susu badam. Jika anda sedang mencari pilihan tenusu penuh, susu skim adalah pertaruhan terbaik anda untuk mengurangkan kandungan lemak sat minuman anda.
Ini adalah cara yang kurang radar untuk memesan sebarang minuman pada menu dengan sirap tanpa gula sebagai gantinya, susu tanpa lemak dan bebas daripada sebarang krim putar tambahan. Ini penting jika anda menikmati minuman kopi campuran, terutamanya Frappuccino, kerana ini boleh mengurangkan kiraan gula secara drastik dalam pelbagai perisa.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Good House Keeping
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di