Menjadi tanggung jawab seorang anak untuk menggembirakan hati ibu bapanya. Kalau tidak kerana insan ini, tiadalah kita mampu beroleh kejayaan dalam hidup. Seperti perkongsian penyanyi yang pernah cetus fenomena, Najwa Latif apabila menggembirakan ibunya dengan membawa insan paling bertuah ini bercuti di Venice, Itali. Dalam posting terbaru di lama Instagramnya, Najwa Latif memberitahu ibunya pernah menyuarakan hasrat beberapa tahun lalu untuk pergi ke Venice dan menaiki gondola sambil menyanyi.
Tambah Najwa Latif lagi memberitahu kedua orang tua kita semakin tua, jadi tidak salah untuk menghabiskan masa bersama selagi kita boleh. Tidak kiralah walaupun hanya di rumah atau melalui video call.
Tetapi jika boleh melakukan dengan lebih, tidak salah untuk menggembirakan kedua-dua insan ini. Tambahkan lagi ibu bapa kita memang layak untuk menerima penghargaan begitu dari kita sendiri sebagai anak mereka.
Malah dengan restu dan keredaan mereka jugalah menjadikan hidup kita jadi lebih bermakna dan mudah dalam apa jua pekerjaa, dilakukan.
Ternyata penyanyi yang lagu nyanyiannya Cinta Muka Buku pernah menjadi siulan ramai begitu gembira hingga menitiskan air mata apabila dapat membawa ibu tersayang ke Venice sambil melihat insan ini menyanyi di atas gondola.
Ads
Apa yang menariknya nyanyian ibunya yang mendendangkan lagu klasik nyanyian Allahyarham P.Ramlee, Tunggu Sekejap itu telah membuatkan dia rasa sebak hingga mengalirkan air mata.
Najwa Latiff sebak mendengar ibunya menyanyikan lagu Melayu klasik di atas gondola.
Buat masa ini Najwa Latif menghadkan aktiviti seni kerana mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Malaya.
Selain ibunya, turut sama dalam percutian ke Itali ini adalah ahli keluarga lain termasuk kakak Najwa Latif. Jelas terpancar kegembiraan apabila dapat membawa ahli keluarga bercuti sambil menikmati pemandangan cukup indah.
Dalam usia 30 tahun sepatutnya matlamat kewangan yang kukuh sudah dicapai bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan harus setimpal dengan pendapatan dan gaji bulanan yang diterima. Golongan anak muda perlu lebih prihatin dalam soal pengurusan kewangan.
Dalam hidup kita mesti ada matlamat. Jika kita tiada matlamat, kita tiada hala tuju. Ibarat memanah tanpa sasaran. Kita akan buat kerja sia-sia tanpa matlamat dan target.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap, “Alahh, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas. Jom travel dulu. Tengok dunia”
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan sampai berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk mencapai matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
1. MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN SENDIRI
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
2. MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Ini tidak, bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
3. MEMPUNYAI TABUNG SIMPANAN
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting di saat kau menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.
4. MEMBELI SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH RUMAH SEBAGAI ASET
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
5. MEMPUNYAI PELAN PELABURAN
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu.
6. MEMPUNYAI PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk pembiayaan masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.
7. MEMPUNYAI KENDERAAN BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN GAJI
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta yang tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
8. BELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
9. BEBAS DARIPADA HUTANG JAHAT
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang. Kau kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
10. MULA MEMBINA KELUARGA
Saya percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan menjadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah.
Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman hidup yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.
Di dalam islam kita diajar untuk saling menyayangi sesama umat manusia, Ikatan silahturahmi sesama saudara harus selalu kita pupuk. Manusia hidup di dunia layaknya redha dengan ujian Allah s.w.t datangkan untuk kita. Apatah lagi ujian itu dalam bentuk kesihatan.
Ini bertujuan untuk menguji berapa tinggi iman kita kepada yang menciptakan kita iaitu Allah SWT. Ketika kita sedang diuji dengan sakit yakinlah itu datangnya dari Allah swt sehingga kita harus tetap bersyukur, bersabar dan berikhtiar kepada allah swt, kerana dengan ini jugalah bentuk kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.
Bentuk ihktiar atau usaha yang kita lakukan adalah dengan beristirahat, berubat dan menjaga pola pemakanan yang sihat agar cepat sembuh sesuai syariat islam sebagai pedoman yakni “makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Tidak lupa kita harus selalu berdoa dan mendoakan bagi yang sihat untuk orang sakit supaya sakitnya cepat sembuh.
Hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dari Jabir bin Abdillah dia berkata bahwa nabi bersabda :
Artinya : “Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala.” (HR. Muslim)
Bacaan : Bismillahir rahmanir rahim (1) alhamdu lillahi rabbil alamin (2) Ar rahmanir rahim (3) Maliki yaumid din (4) iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (5) Ihdinas siratal mustaqim (6) siratal lazina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alihim wa lad dallin (7)
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai Hari Pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kamu sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah jalan yang lurus (6) (yaitu) Jalan Orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada merek;bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan buka (pula jalan) mereka yang sesat (7).
Dengan membaca surah al fatihah agar kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Supaya saat kita berdoa cepat sembuh supaya dimakbulkan oleh Allh SWT. Kerana surah Al-fatihah ini berisi rangkuman dari al-quran sangat disarankan bagi kita untuk membacanya.
Dan baginda Nabi Muhammad Saw juga membacakan doa ini untuk kesembuhan keluarganya dengan mengusapkan tangan kanan beliau sambil berdoa :
Ertinya : “Ya allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala pentakit, sembuhkanlah,Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan keculai kesembuhan-mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun (HR. Bukhari dan Muslim).”
Dalam hadist Riwayat ( HR. Bukhari dan muslim ), Aisyah R.A berkata bahwa Rasulullah SAW pada suatu ketika berziarah kepada seorang keluarga yang sedang sakit keras. Beliau kemudian mengusapkan tangan kanannya pada kepala keluarga yang sakit tersebut sembari melafalkan :
Dalam Hadist Riwayat Abu Dawud, Attimidzi, dan Alhakim disebutkan bahawa Ibnu Abbas R.A pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa barang siapa yang melawat orang sakit sebelum tiba ajal baginya, Bacakanlah doa ini sebanyak 7 kali, Supaya Allah menyembuhkan ia dai penyakit tersebut. doa cepat sembuh yang di maksud :
Bacaan: “Asalullahal adhim, robbal Arsyil adhim an-yasyfiyaka wa yusfika”
Ertinya: “Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai arasy yang besar, semoga Allah menyembuhkan engkau.”
Banyak doa cepat sembuh yang diajarkan Rasulullah kepada kita untuk orang yang melawat mahupun untuk orang yang sedang sakit.
Rasulullah juga mencontohkan kepada kita bagaimana orang yang sedang sakit untuk berdoa demi kebaikan dan kesembuhan dirinya sendiri, dengan cara meletakkan tangan kanannya pada bahagian tubuh yang sedang sakit sambil berdoa :
Bacaan: “Bismillah A’uudzu Bi’izzatillahi wa Qurdratihi Min Syarri Maa Ajidu wa Uhaadziru”.
Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya, dari kejelekan yang aku rasakan dan yang aku khawatirkan”.
Jika anda mahu atau sedang melawat orang yang sakit parah, Sehingga doktor berpendapat bahawa ini sudah sulit untuk disembuhkan lagi, lebih baik kita mendoakan orang tersebut dengan doa seperti :
Kita juga dapat mengamalkan selawat tibbil qulub agar kita selalu di jaga dari kesihatan, selawat yang memang mengandungi ringkasan untuk dijadikan pengubatan untuk kita . Dibaca 10 kali sambil sentuh bahagian tubuh yang sakit :
Ertinya : “Ya Allah curahkanlah rahmat kepada junjungan kita nabi Muhammad Saw, sebagai ubat hati dan penyembuhan, Penyihat badan dann kesembuhannya dan sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya di dalam jasmani mahupun rohani, semoga selawat dan salam tercurahkan pula kepada keluarga serta para sahabat-sahabatnya”.
Bacaan dan amalan yang ada di atas anda boleh praktikkan ketika anda sedang sakit atau sedang melawat orang sakit.
Insya allah dengan bertawakal dan berikhtiar kepada Allah Swt dan atas izin-Nya penyakit yang sedang diderita boleh di sembuhkan, kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit.
Jangan pernah sesekali anda berputus asa, mengeluh menghadapi suatu penyakit atau masalah. Anggaplah musibah yang sedang di rasakan bentuk ujian Allah kepada kita untuk menjadikan kita lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Semoga bermanfaat untuk kita semua dan lebih mendekatkan diri kepada yang menciptakan kita Allah swt. Aminn!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kecantikan itu tidak hanya memfokuskan kepada kulit wajah semata-mata. Malah, kecantikan yang mutlak terhasil daripada senyuman yang menawan. Gigi yang putih bersih tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan pastinya memberikan keseluruhan penampilan anda sempurna dan anggun!
Malah, ia mampu menambat hati pasangan serta menjamin keselesaan orang disekeliling kita. Ianya sedikit sebanyak menaikkan keyakinan diri kita untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Nak tahu tip terbaik untuk memiliki senyuman yang menarik dan menawan? Ikuti tip ini yang mampu memberikan gigi putih berseri.
Tukar Berus Gigi Dengan Kerap
Pastinya ramai yang ambil tahu tentang kebersihan berus gigi. Namun, masih ada juga sesetengah daripada kita yang tidak hiraukan tentang kebersihan berus gigi. Bagi yang menggunakan berus gigi biasa ataupun elektronik, anda harus menukar berus atau kepala berus sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 bulan. Ini dapat mengelakkan bakteria yang tidak diingini masuk ke dalam mulut. Dan pastikan berus yang digunakan serasi dengan bentuk gigi juga sama ada jenis lembut atau lebih tekstur pada jenis berus.
Bersihkan Lidah
Tidak hanya terhenti pada menggosok gigi sahaja, namun untuk memiliki senyuman yang menawan, bau mulut juga haruslah dielakkan. Nak tahu bagaimana cara terbaik? Gunakan pembersih lidah setiap pagi untuk membuang plak pada lidah. Cara ini membantu menyegarkan lagi nafas anda.
Gosok Gigi 2 Kali Sehari
Ramai yang buntu tentang kekerapan menggosok gigi dalam sehari. Ada yang menggosok sekali sehari dan ada juga yang menggosok setiap kali mandi. Tahukah anda, menggosok gigi selepas bangun dan sebelum tidur amat penting? Ini adalah kerana air liur (yang menghalang kaviti pada gigi) menjadi kering pada waktu malam. Ini menyebabkan gigi mudah terdedah kepada kerosakan. Malah, membersihkan gigi setiap pagi membantu mengurangkan bakteria, plak dan bau nafas busuk yang terbentuk sewaktu tidur.
Mulut Kekal Segar
Pernah tak anda menghadapi situasi dimana anda kurang yakin tentang bau mulut anda? Terutamanya apabila anda berada di depan khalayak ramai. Jangan risau! Untuk menguji bau nafas, anda hanya perlu menjilat belakang tapak tangan dan hidu air liur ketika ia masih basah. Jika mulut anda berbau, ini bermakna anda perlu mengambil gula-gula penyegar nafas. Malah anda juga boleh menggunakan ubat kumur bebas alkohol. Ubat kumur yang mengandungi terlalu banyak alkohol boleh mengeringkan tisu dalam mulut yang menyebabkan mulut lebih terdedah kepada bakteria.
Untuk memastikan bau mulut anda sentiasa segar, kumur mulut anda dengan cecair kumur yang semestinya memberikan kesan yang berpanjangan. Sebaik sahaja anda menggosok gigi dan lidah. gunakan cecair ini dan kumur selama 5 minit. Mudah dan menjimatkan masa!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.