Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Peserta yang berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Ratu Hijabista ialah FIFFY AFRINA,23, MELLYA 23, TINA, 24, dan QILA, 21.
Pengarah Michael Ang galas tugas penjurian di samping Puan Sri Normala Samsudin, penyanyi Siti Nordiana, Faizal Tahir & Khai Bahar turut buat penampilan istimewa di malam kemuncak.
Sepanjang paparan tujuh episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif diberikan kepada peserta.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
IKLAN
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masadepan.”
IKLAN
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabistajuga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka.
Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana.
Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran.
Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain.
Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luarsana,” katanya.
IKLAN
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malamkemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu.
Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Rezeki telah berpijak pada penyanyi, Masya Masyitah apabila telah menjadi juara pertandingan mencungkil bangkat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 20, telah menewaskan penyanyi dari Filipina bernama Phem sekali gus melayakkan dirinya menang hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka. Sudah tentu, final malam tadi sangat sengit. Phem pun ada kekuatan dan peminat tersendiri namun rezeki ternyata lebih memihak kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Jelasnya, pertandingan tersebut sudah berlangsung selama empat bulan dan dia tidak menyangka mampu menjadi juara menewaskan lebih 3000 peserta yang bertanding.
Kefasihan Masya bertutur bahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas telah berjaya meraih perhatian dan membuatkannya menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Penyanyi lagu Halimunan itu telah mendendangkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia pada peringkat separuh akhir berdasarkan pilihan penonton.
Selain itu, personalitinya yang menarik dan menyenangkan membuatkan penonton daripada serantau Asia Tenggara sepakat mengundinya sehingga ke peringkat akhir hingga menjadi juara.
Pada peringkat akhir, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu berjudul Living On A Prayer daripada Bon Jovi dan beberapa lagu bahasa Mandarin dan Tagalog.
Minggu lepas viral kes di mana salah seorang pelawak yang popular sekitar 90-an mengasari seorang pengawal keselamatan warga emas di satu kawasan perumahan. Walaupun tidak ada penjelasan dari pelawak berkenaan, tetapi video yang tersebar di media sosial menunjukkan kejadian sebenar yang berlaku.
Jika berlaku kejadian seperti ini pastilah kesannya akan terpalit pada mereka yang ada hubungan rapat dengan pelawak ini. Namun bagi isteri kesayangannya, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan aktiviti dakwah dilakukan seperti biasa.
Umum mengetahui isteri kepada pelawak berkenaan, Ruby Che Wan yang juga merupakan adik kepada Che Ta sudah berhijrah dengan memilih penampilan lebih santun dan sangat menutup aurat.
Malah jika dilihat di laman Instagram, Ruby juga banyak menyebarkan dakwah kepada followernya dengan berkongsi nasihat atau ajaran yang baik.
Dalam satu posting dia berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang isteri solehah dan masuk syurga. Menurutnya salah satu perkara yang paling diutamakan adalah perlu taat pada suami.
Kita doakan semoga hubungan dia dengan suami tetap kekal utuh dan berpanjangan. Anggalah apa yang berlaku ini sebagai dugaan dari Allah dan sebagai isteri kita perlu beri sokongan tidak berbelah bagi padanya.
UNTUKMU ISTERI SOLEHAH
Nak masuk dari mana-mana pintu Syurga ? Taatilah RABBMU
Taatilah SUAMIMU
Keutamaan isteri yang TAAT pada suami adalah akan dijamin SYURGA. Ini menunjukkan KEWAJIPAN BESAR isteri pada suami adalah mentaati perintahnya. .
Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wanita mana saja yang meninggal dunia lantas suaminya redha padanya, maka ia akan masuk surga.” (HR. Tirmidzi)
Yang dimaksudkan dengan hadits di atas adalah jika seorang wanita beriman itu meninggal dunia lantas ia benar-benar menjalankan kewajiban terhadap suaminya sampai suami tersebut redha dengannya, maka ia DIJAMIN masuk surga. Boleh juga makna hadits tersebut adalah adanya PENGAMPUNAN dosa atau Allah MEREDHAINYA krn redha Allah bersama redha suami.
Begitu pula ada hadits dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika seorang wanita selalu menjaga SOLAT 5 WAKTU, juga BERPUASA (di bulan Ramadhan), serta menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar TAAT pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah dalam surga melalui pintu mana saja yang engkau suka.” (HR. Ahmad)
Dengan ketaatan seorang istri, maka akan terus harmoni hubungan kedua pasangan. Hal ini akan sangat membantu untuk kehidupan dunia dan akhirat. InsyaAllah…
Sebagian istri saat ini melupakan keutamaan taat pada suami. Ada yg menganggap dia harus LEBIH daripada suami dan dia nak suami taati dia krn harta atau pangkat/kerjayanya lebih tinggi.
Wallahul musta’an.
Semoga kita tergolong dlm kumpulan muslimat yang dipilih Allah menjadi Isteri Solehah. Aminnnn YA Rabb
Sedang rancak mencorak kerjaya, juara sulung rancangan Ratu Hijabista iaitu Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman,21, atau lebih dikenali sebagai Qila berkongsi berita gembira mengenai perkembangan dirinya apabila terpilih menjadi hos Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) di platform digital yang akan berlangsung pada 20 Disember ini.
Ujar gadis yang berasal dari Kelantan ini, semestinya dia sangat teruja dengan peluang yang ditawarkan dan akan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
Memang sangat teruja sebab AME seperti yang kita tahu ‘brand’ yang sangat besar di Malaysia ini. Jadi sebab itu bila Qila dapat tawaran ini terus terima sebab ia satu peluang yang sangat bagus untuk Qila kembangkan lagi bakat, besarkan nama Qila lagi dalam industri.
InsyaAllah, mungkin orang boleh nampak Qila mengacara dan sebagainya dan dari situ juga mungkin boleh mendapat peluang berlakon di Astro ataupun mana-mana stesen televisyen.
Persiapan ‘of course’ orang kata Qila banyak mengasah bakat, banyak bertanya dan buat ‘research’ sebab Qila ‘interview’ artis-artis yang mempunyai nama yang besar dalam industri jadi sebab itulah kita perlu ‘study’ dan tahu etika mengenainya dalam bidang pengacaraan.
Qila banyak belajar dan menimba ilmu bersama rakan-rakan penyampai yang sudah pun mempunyai pengalaman dalam bidang ini dan perkara itulah yang Qila terapkan dan cuba sampaikan kepada penonton, InsyaAllah.
Selain itu, Qila juga bakal mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan selepas ini apabila mendapat tawaran daripada beberapa pihak produksi terkemuka negara.
Sangat bersyukur dengan rezeki yang hadir, Qila berharap dia dapat waktu dengan sebaiknya di antara pengajian dan juga kerjaya.
InsyaAllah akan menceburi bidang lakonan selepas ini sebab telah ditawarkan peluang oleh beberapa produksi drama. InsyaAllah, doakan. Masih dalam perancangan tapi doakanlah segalanya dipermudahkan.
Semoga banyak lagi tawaran-tawaran di masa hadapan dan semoga urusan pengajian dan kerjaya Qila dapat diseimbangkan dengan sebaiknya. Itu yang paling penting. Perlahan-lahan orang kata melebar sayap dalam bidang pengacaraan dan juga bidang lakonan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!