HUAWEI nova 7 SE adalah telefon pintar terbaharu berteknologi 5G. Apa yang menarik mengenainya ialah harganya hanyalah RM1,499 menjadikannya telefon pintar 5G yang paling berpatutan di Malaysia! Ia bakal menemui korang di pasaran pada 19 Jun ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.

Ganjaran tiga kali ganda menanti anda apabila anda dapatkan HUAWEI nova 7 SE bermula 19 Jun ini:

  • Beli HUAWEI nova 7 SE dengan hanya RM1,499 dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,256
  • (HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage -15GB untuk setahun, ‘nova casing’, Video Huawei ( Di bawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan & ganjaran keahlian yang berjumlah hingga RM1,000* -ganjaran berbeza daripada rakan kongsi)
  • Dapat hadiah percuma HUAWEI AppGallery Carnival 2020 secara percuma
  • Cabutan bertuah AppGallery Carnival. Berpeluang memenangi sebuah Proton X70
  • Warna Bergaya Untuk Personaliti Unik Anda

Menggabungkan teknologi inovatif dan rekaan yang bergaya, HUAWEI nova 7 SE terbaharu ini telah dihasilkan bagi memberikan pengalaman menarik buat pengguna dengan segala ciri-cirinya yang hebat.

Untuk memahami lebih lagi mengenai gajet pintar ini, tontonlah video penerangan daripada pengurus jenama HUAWEI, Isabel Koh bagi mengetahui bagaimana gajet ini mampu memudahkan kehidupan anda!

IKLAN

Anda juga perlu tahu sebab-sebab mengapa anda pasti tidak akan mampu menolak HUAWEI nova 7 SE terbaharu ini!

  1. Warna Bergaya Untuk Personaliti Unik Anda

Untuk mereka yang mementingkan nilai astetik di media sosial, HUAWEI nova 7 Series ini datang dalam pelbagai warna yang menarik. Seperti warna Space Silver, ia menampilkan tiga gradian warna unik yang canggih dan menjadikannya warnanya berbeza jika dilihat dari sudut yang berlainan.

IKLAN

Bagi HUAWEI nova 7 SE, Warna lain yang ada termasuklah Crush Green dan Midsummer Purple. Sekarang anda tidak perlu risau lagi untuk menggunakan casing bagi mencantikkan gajet anda!

2. Ia Lebih Ringan Daripada Solekan Anda

IKLAN

Kita selalu mementingkan soal berat telefon pintar kita. Ada yang berat dan susah untuk dibawa pada masa-masa tertentu. Tetapi, jika kita membuat telefon yang lebih kecil, adakah keupayaannya juga akan berkurang? Jangan risau, Huawei telah menyelesaikan isu ini.

Menggabungkan teknologi dan keupayaan fotografi  dalam satu telefon pintar yang nipis merupakan matlamat utama untuk Siri HUAWEI nova 7 terbaharu ini. Bagi merealitikannya, ia menampilkan rekaan sentris minima untuk ‘software’ dan ‘hardware’ yang bukan hanya mengurangkan ruang ‘processor’, malah menggunakan ‘motherboard’ yang lebih kecil saiznya dan menjadikannya lebih nipis dan ringan. Lebih ringan daripada barangan solekan anda!

  1. Rakam Perincian Yang Lebih Dengan Kamera 64MP AI Quad

    Tidak kiralah sewaktu merakam gambar kenangan bersama keluarga mahupun mengambil gambar OOTD anda, mempunyai kamera terbaik menjadi ciri yang dicari oleh semua Ketika mahu membeli telefon pintar.

    Disokong dengan ‘processor’ Kirin 820’s dan kehebatan AI, anda boleh mendapatkan kualiti definisi tinggi fotografi dan rakaman suasana malam yang indah dengan kualiti video 4K oleh kamera 64MP AI Quad. Bukan itu sahaja, ia juga akan memberikan kepuasan pada pencinta fotografi. Terima kasih kepada lens ‘ultra wide-angle’, lens makro dan lens bokeh daripadanya.

    Swafoto juga selalu menjadi aktiviti kegemaran pengguna muda HUAWEI. Semestinya HUAWEI nova 7 SE 5G ini adalah pilihan tepat buat mereka. Kamera hadapan 16MP dengan f/2.0 aperture besar bersaiz 1.0um piksel memudahkan untuk merakam lebih cahaya dan perincian dalamnya.

    Kamera hadapan juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk swafoto bercahaya rendah. Ia hanya memerlukan dua saat sahaja untuk kamera tersebut menghasilkan gambar potret yang menarik.

    1. Tak Akan Terlepas Momen Dengan Mod Dual- View

      Berjalan di bandar bersejarah seperti di Melaka ataupun mengadakan kejutan hari jadi buat teman teman karib pastinya membuatkan anda mahu merakam segala-galanya melalui kamera. Tetapi, bagaimana anda mahu merekodnya dan mengedit dengan mudah? Jangan bimbang, segalanya ada di sini!

      Siri HUAWEI nova 7 terbaharu ini menyokong mod video Dual-View yang mana membolehkan kamera hadapan dan belakang merekod pada waktu yang sama. Kamera belakangnya menngandungi lens makro yang membolehkannya merakam lebih dekat bagi mendapatkan momen berharga buat pengguna seperti video anak anda berjalan buat pertama kali ataupun melihat pemandangan yang indah di pantai.

      1. Tak Perlukan Powebank Bila Ada Siri HUAWEI nova 7 40W SuperCharge

        Pastinya banyak yang ingin kita lakukan dalam kehidupan seharian kita seperti pergi ke konsert atau melepak bersama teman karib di pusat membeli belah. Dengan banyak perkara yang ingin dilakukan walaupun hanya ada 24 jam sahaja sehari, ia sangat penting untuk kita telefon kita mempunyai bateri yang tahan lama. Namun, apa yang akan terjadi jika anda tergesa-gesa dan mahukan telefon anda dicas penuh?

        Datang dengan bateri 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge, Siri HUAWEI nova 7 ini membolehkan telefon anda dicas sehingga 70% hanya dalam tempoh setengah jam sahaja.

        Ini merupakan berita baik untuk semua. Sekarang, anda tidak perlu risau lagi untuk keluar berhibur apabila mempunyai bateri yang tahan lama!

        1. Dihasilkan Untuk Masa Hadapan : Telefon Pintar 5G Yang Paling Berbaloi Di Malaysia

          Dicipta untuk menjadi rangkaian pertama telefon di Malaysia yang dilengkapi teknologi 5G, pasti akan ada yang risau mengenai harganya. Jangan bimbang! Walaupun dilengkapi dengan prestasi tinggi dan kualiti fotografi yang premium, Siri HUAWEI nova 7 ini akan muncul dengan harga tidak sampai RM 2,000 pun! Hebat bukan? Anda akan dapat segala-galanya pada harga yang sangat berbaloi.

          1. Berkongsi Tidak Pernah Semudah Ini Dengan HUAWEI Share and MEETime

            Ada masa tertentu, kita akan hadapi cabaran untuk berkongsi dokumen atau pembentangan sewaktu mesyuarat ataupun kelas. Bagaimana kita nak lakukan segalanya di hujung jari?

            HUAWEI nova 7 Series ini telah dipasang dengan MEETime untuk menyokong panggilan video 1080p FHD diantara pengguna HUAWEI. Ia juga memanfaatkan teknologi pengecaman wajah HUAWEI yang akan mengoptimumkan kualiti gambar yang mempunyai pencahayaan rendah supaya subjeknya lebih jelas.

            Melalui HUAWEI Share, ciri perkongsian fail membolehkan pengguna berkongsi fail dengan pengguna lain dengan mudah.

             

            HUAWEI FreeBuds 3i – Tinggal pakai dan sedia untuk disambung dengan Siri HUAWEI nova 7

             

            Memperkenalkan HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu! Datang dalam bentuk kon yang ergonomic, maka kita pun dapat mengguna dengan selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.

             

            HUAWEI AppGallery

            Video : https://www.facebook.com/era.je/videos/3216449958386664/

            Anda boleh dapatkan segala applikasi kegemaran rakyat Malaysia di HUAWEI AppGallery in siri HUAWEI nova 7 sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

             

            Raikan Bersama Karnival HUAWEI AppGallery 2020

            Salah satu sambutan terbesar iaitu HUAWEI AppGallery Carnival kini kembali! Bermula, 19 hingga 30 Jun, anda berpeluang mendapatkan tawaran menarik dan memenangi cabutan bertuah yang bernilai RM2 Juta! Terdapat di semua HUAWEI Experience Stores (HES), hadiah yang ditawarkan termasuklah tiga Proton X70s dan 500 skuter elektrik.

            Jika anda tidak sabar menanti 19 Jun, anda bolehlah ke Huawei Store sekarang untuk mendapatkan baucar bernilai sehingga to RM160!  Tunggu apa lagi? Ke sanalah segera dan mana tahu hadiah kereta baharu menanti anda!

             

            Ganjaran HUAWEI Member Center

            Khas buat peminat setia HUAWEI! Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, pengguna akan mendapat pelbagai makanan lazat bernilai lebih RM1,000! Dengan kolaborasi seperti AirAsia Big,Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan lain-lain lagi, anda pasti tahu pelbagai ganjaran dan hadiah anda boleh dapatkan melalui HUAWEI nova 7 SE ini.

            Kami juga tawarkan ganjaran Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!

            Cara untuk menebus ganjaran :

            1. Buka HUAWEI AppGallery > pilih ‘Gift’ > tebus hadiah Free Rire ‘Diomond Royale’ > salin kod
            2. Layari https://reward.ff.garena.com > log in akaun Free Fire anda > masukkan kod penebusan > klik ‘Confirm’

            Segeralah berkunjung ke Huawei Store atau cawangan terdekat Huawei Experience Stores (HES) untuk mengetahui lebih mengenai nova 7 SE. Huawei juga ada menyediakan pelan ‘installment’ yang bermula dengan harga RM 5.20 sahaja sehari untuk meringankan poket anda.

             

             

             

Semak kalendar anda sekarang untuk peringatan bahawa segala yang hebat mengenainya akan bermula pada 19 Jun ini di serata Malaysia! Untuk informasi selanjutnya, klik sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI