Tidak mudah menjadi ibu bapa dalam zaman serba moden di mana segala maklumat hanya di hujung jari. Namun walau sehebat mana kita, jangan sesekali melupakan agama. Memberi ilmu agama kepada anak-anak kita sebagai bekalan dunia dan akhirat kerana mereka ini nanti adalah generasi yang akan menyambung perjuangan sesebuah negara. Begitu juga yang dipraktikkan oleh pengacara popular, Aidid Marcello yang turun memberi penekanan ilmu agama kepada empat orang anak-anaknya.
Menulis dalam posting terbarunya di laman sosial instagram, Aidid menjelaskan betapa menjadi tanggungjawab besar dia dan isteri dalam membesarkan anak-anaknya hidup dengan berlandaskan Islam.
Dia dan isteri Norzie Pak Wan Chek berapa lega kerana telah selesai menyempurnakan majlis khatam anak lelaki sulungnya yang sudah semakin meningkat dewasa.
Aidid turut mengharapkan agar hati anaknya ini akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila-bila kerana Al-Quran merupakan kawan baik yang akan membantu serta mempermudahkan segala perjalanan di alam kubur.
Hari ni daddy sedih + gembira dengan anak boy daddy @imanmarcellosebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni.
Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy utk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam. Daddy & mummy sentiasa mendoakan kejayaan Iman dan semoga hati iman akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila2!
Ads
Kerana seperti yg kita tahu, teman pengakhir kita, x kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macamana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan2 dan pangkat kita, hanya tinggal didunia, manakala Al-Quran lah yg bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur.
Nasihat untuk saya sendiri juga, samalah2 lah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al-Quran. Sepertimana kita resah x check IG & FB, macamtu jugaklah kita kena rasa resah kalau x membaca Al-Quran (susahkan nak buat?).
Doakan juga utk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa dibawah petunjuk yg benar, amin!! Salam utk semua!!
Ads
Respek pada sikap yang ditunjukkan oleh Aidid ini. Walaupun berdepan dyngan situasi dunia yang semakin moden, tetapi tetap tidak lupa memberikan pendidikan agama buat anak-anaknya.
Semoga keluarga ini sentiasa diredai dan diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah.
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Basahkan Wajah Dengan Berwudhu’
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Sentiasa Tersenyum
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Bersihkan Diri Dari Perasaan Dengki Dan Iri Hati
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Dirikan Solat Di Awal Waktu
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Koleksi skaf E For All tampil dengan 10 rekaan eksklusif dan berani. Bercirikan konsep versatil dan tenaga luar biasa, ikon fesyen dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra tampil melebarkan sayap dalam industri fesyen dengan melancarkan skaf di bawah jenama E buat julung kalinya.
Tampil dengan koleksi terbaharu dinamakan E For All, skaf E menjanjikan kelembutan dan keunikan tersendiri yang dihasilkan untuk wanita tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit dan agama.
Rekaan eksklusif dari Negara pernah dikunjunginya
Ezurin yang bertindak sebagai pengasas skaf E berkata, sebagai permulaan beliau mengeluarkan 10 koleksi skaf yang eksklusif bagi memberi impak kepada setiap wanita supaya kelihatan elegan dan berani.
“Sebagai permulaan saya tampilkan 10 koleksi skaf E For All yang dinamakan dari 10 lokasi yang pernah saya lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Milan, Madrid dan Kuching.
“Bersesuaian dengan pelancaran skaf ini saya turut melancarkan kempen E For All yang mana setiap koleksi skaf ini tidak hanya terhad kepada wanita muslimah sahaja, malah setiap wanita tidak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan skaf ini.
“Saya sangat teruja untuk melihat skaf ini dimiliki oleh setiap wanita di seluruh dunia sekali gus menjadi ‘trendsetter’ kepada fesyen skaf yang menjadi trend hari ini,”katanya.
Ezurin atau lebih dikenali Princess E berkata, idea untuk menghasilkan skaf ini adalah salah satu cara untuk dirinya meluahkan kecintaan terhadap seni.
“Fesyen adalah lambang kemegahan bagi mereka yang cintakan seni. Jadi setiap rekaan yang saya gambarkan dalam skaf ini mempunyai nilai eksklusif dan estetika yang tersendiri.
“Setiap idea untuk rekaan pada skaf kali ini adalah inspirasi daripada 10 lokasi yang saya lawati ketika bercuti,”katanya.
Tambah Princess E, kempen E For All boleh dianggap hadiah kepada setiap wanita untuk mendapatkan skaf ini kerana harga yang ditawarkan adalah mampu milik.
“Saya menceburi bisnes fesyen ini bukan untuk mengejar kekayaan tetapi saya ingin melihat setiap wanita bertambah jelita dan bergaya dengan skaf E For All ini.
“Jadi setiap koleksi E For All dijual pada harga RM29.00 secara online di www.eforezurin.com atau boleh didapati dengan 212 stokis berdaftar.
“Saya harap skaf ini akan menjadi satu permulaan baharu kepada setiap wanita untuk menggayakan skaf ini di kepala mengikut cita rasa dan gaya yang anda inginkan,”katanya.
Pada majlis yang penuh meriah dan warna warni dengan tetamu yang begitu sportif menggayakan skaf dari koleksi E For All dan menariknya lagi pengasas E skarf menata gayakan skaf pada tetamu yang bertuah. Ternyata sentuhan pengayaannya lain dari yang lain. Fabrik yang ringan dan boleh digayakan pada empat musim, ya, Ezurin punyai citarasa tersendiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa kata berdiet tak boleh makan sedap? Pelbagai makanan yang berkhasiat ada di pasaran yang penting harus pandai meneliti segala kandungan yang ditawarkan.
Bagi yang mahu mengamalkan diet sihat, perlulah beri perhatian lebih kepada jenis makanan dan kuantiti yang diambil. Sepanjang proses berdiet bukan sahaja kuantiti makanan yang perlu diambil berat namun jenis makanan yang anda makan pun sebenarnya amat penting.
Jenis makanan dan kuantiti gula atau garam dalam makanan tersebut perlulah diberi perhatian lebih kerana ini mungkin penyebab kepada diet anda terganggu. Melalui perkongsian Puan Azzatie Intan Suraya yang sudi berkongsikan tip untuk shopping stok makanan sihat di pasar raya. Menurut beliau yang juga seorang ibu merangkap personal trainer dan fitness coach, tip ini adalah sebahagian daripada groceries shopping lesson untuk support group meal plan yang dikendalikannya.
Oleh itu, buat anda yang mahu mengamalkan diet yang sihat, jom teliti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, lebih ramai yang dapat memilih
NOTA: Klik pada pautan produk ,anda boleh beli terus di atas talian.
Tip ‘Stock up’ makanan sihat untuk yang berdiet
Banyak senarai makanan sihat dan mudah untuk anda dapatkan stock di pasaraya seperti tesco, jaya Tesco, Village Grocer, Jucso, Cold Storage, Aeon Big, Giant dan kebanyakan pasar raya besar. Bagi Pn Azzatie sendiri lebih gemar mencari senarai barangan diet di Tesco.
“Kebanyakan barang yang digunakan dalam senarai ini saya gunakan untuk sediakan hidangan sarapan, makan tengah hari, makan malam serta snek. Apapun, sayur dan buah-buahan segar adalah pilihan yang paling utama, lagi raw lagi bagus ya!” ujarnya.
Bahan Tenusu
Kalau nak cari keju, boleh pilih jenis slim cheese sebab 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal bagi keju cheddar biasa. Bagi yang suka yogurt, carilah natural yogurt atau Greek yogurt untuk breakfast parfait atau sebagai snek. Yang penting, elakkan yogurt berperisa yang manis. Susu pun sama, pilihlah susu segar kalau nak buat overnight oat atau sekadar untuk snacking.
Sos hoisin, plum sauce dan Kicap Enaq sebab ianya non-GMO sebagai bahan perapan adalah pilihan saya. Kemudian, boleh beli parsley, rosemary, oregano flakes, cajun, paprika, mustard dan chilli powder untuk menambahkan lagi perisa.
Kalau nak pilih sos cili, boleh pilih Lingham. Sos cili Lingham ada 3 jenis iaitu Sweet & Spicy, Thai dan Sriracha. Yang Sriracha tu rasanya cuma 19kcal per tablespoon. Tapi jenis ni agak susah nak jumpa.
Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain. Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal. Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain. Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal.
Boleh gunakan madu juga sebagai pemanis semulajadi. Pilih jenis raw honey.
Roti & Jem
Untuk pilihan roti, selalunya saya beli Roti Gardenia jenis Canadian Wheat. GI Value (Glysemic Index) pun paling rendah. Kalau tak ada, wholemeal bread pun dah cukup baik.
Contoh jem yang baik lebih banyak perasa buah. Contohnya jem St Dalfour, ada banyak perisa. Kalau tengok di labelnya ada tertulis yang ia sesuai untuk pesakit diabetes.
Untuk sumber protein segera, boleh makan Tuna Chunks In Water. Kurang lemak dan kurang garam berbanding jenis yang lain. Buat sandwich tuna tetap sedap.
Ada banyak contoh biskut untuk snacking. Contohnya Multigrain Crackers jenama Tesco ini kalau 6 keping baru 143kcal. Saiz besar dan sangat mengenyangkan.
Ramai fitness coaches suka makan Weet-Bix ni sebagai snek. Kenyang dan sedap.
Organic rolled oat jenama kegemaran saya Love Earth, 4tbs 90kcal. Rendam dalam susu atau yogurt untuk buat overnight oat. Boleh juga masak untuk buat bubur atau pancake.
Minyak jenis macam ni saya guna untuk stir fry. Kalau ada yang tanya, saya tak makan deep fry. Saya cuma makan air fry, jadi tak pakai banyak minyak. Rasanya tetap sedap.
Beras parboiled maksudnya partially boiled. Berbanding beras putih biasa, beras parboiled mengandungi dua kali ganda lebih banyak fiber banding beras biasa. Kadar GI pun sangat rendah berbanding beras putih biasa.
Kadang-kadang tak ada masa, mesti nak simpan juga sikit stok frozen food kan. Nak cepat pun, boleh pilih yang sihat. Contohnya wholemeal pau ini sebiji cuma 150kcal.
Ini pula favourite saya, Edamame. Pengganti telur sebab saya tak suka telur. Kacang edamame ni mengandungi sumber protein, kalsium dan zat besi yang baik. 1 paket begini boleh bahagikan untuk 5 kali makan.
Boleh cari dekat area sweet corn, sweet peas. Nanti adalah terselit Edamame ni.
Snek
Macam biasalah, antara pilihan fitbar, muesli, granola untuk fast breakfast. Sesekali sweet cravings tak salah pun nak makan coklat. Pilihlah dark chocolate macam ni. Tak ada gula tambahan.
MUdah bukan nak mulakan diet yang sihat, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pengamal diet. Apa yang penting sebelum beli rajin-rajinkan diri untuk meneliti bahan yang terkandung.
Pencipta kandungan digital (makanan) terkenal dari Lubnan, Abir El Saghir baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dirinya sudah pun bergelar seorang isteri.Abir berkongi momen-momen...