Siapa kata tugas sebagai isteri itu hanya duduk goyang kaki di rumah. Dialah doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak. Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya. Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini. Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya. Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya. Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Artikel Berkaitan: Lakukan 10 Amalan Ini Sebelum Mati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajar Yusuf Mengalah & Berlembut Bila Bergaduh, Cara Didikan Hanis Zalikha Dipuji Ramai
Anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa mengujakan orang ramai dengan wajah comel serta telatah mereka yang menghiburkan.
Sering dipuji kerana mendidik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah dengan penuh kasih sayang, cara komunikasi Hanis yang lemah lembut tanpa memarahi juga mencairkan hati netizen apabila dia meleraikan pergaduhan di antara dua beradik itu.
Yusuf pada mulanya merajuk apabila adiknya, Alisa mengambil barang dari tangannya. Hanis kemudian mengajar Yusuf sebagai abang untuk mengalah terlebih dahulu dan menyuruhnya untuk berlembut dengan adiknya itu supaya dia memulangkan kembali barang yang diambil.
Nak record adik-beradik makan pasta, terrecord perebutan 🤭
View this post on InstagramNak record adik-beradik makan pasta, terrecord perebutan 🤭 @theyusufiskandar @thealisaaisyah
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Ramai yang memberi respons positif terhadap cara didikan Hanis ini. Rakan-rakan artis juga turut terhibur apabila melihat video tersebut.
Benarlah pengajaran yang diterapkan oleh Hanis ini. Kadang-kadang bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun sukar untuk mengalah dengan orang lain. Sebenarnya, kita tidak perlu pun cepat melatah tetapi perlu bertindak menggunakan akal untuk mendapat apa yang diinginkan tapi menyakiti sesiapa. Good job Hanis!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salt Bae Hantar Dapur Ke Turkiye! Murah Hati ‘Jamu’ Mangsa Gempa 5,000 Hidangan Makanan Sehari!
Sebut sahaja nama Salt Bae pasti ramai terbayangkan gaya tangan menabur garam yang ikonik, dari Cef selebriti antarabangsa yang sering melatari sosial media satu ketika dahulu.
Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu begitu tersentuh dengan nasib yang menimpa mangsa gempa di Turkiye baru-baru ini.
Sehubungan itu, Salt Bae berjanji akan menyediakan 5,000 hidangan makanan sehari khusus buat mangsa gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye tempohari.
Makanan Merupakan ‘Perkhidmatan Terpenting’ Yang Diperlukan Rakyat Tukiye
Malah, demi merealisasikan janji ini, Salt Bae atau pemilik nama Nusret Gokce kini telah mangambil langkah awal dengan menghantar dapur bergerak ke sekitar daerah yang terkesan bencana gempa bumi itu.
Menurutnya perkhidmatan penyediaan makanan yang merupakan antara sumber paling asas untuk hidup adalah amat penting.
Ini demikian kerana, beribu-ribu penduduk yang ditimpa musibah hilang itu telah kehilangan semua keperluan asas kehidupan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ahli keluarga.
Artikel berkaitan: Kenang Saat Kunjungi ‘Bumi Andana’ Turkiye, Liza Hanim Titip Doa Buat Mangsa Gempa!
Sekadar info, pada 6 Februari lalu, berlakunya satu kemusnahan yang dahsyat melibatkan warga Turkiye, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter mengegarkan negata itu, diikuti dengan gempa kedua bermagnitud 7.7 skala ritcher.
Malah, jumlah angka korban disebabkan oleh bencana itu kini direkodkan meningkat kepada lebih 35,000 orang setakat 14 Februari 2023.
Manakala, Hijabista difahamkan masih terdapat ribuan mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan itu, lebih buruk lagi, masa untuk menyelamat dan mengeluarkan mereka sudah semakin suntuk.
Hijabista mendoakan agar urusan mengeluarkan mangsa yang masih terkandas di bawah tanah dapat dipermudahkan dan dapat dilaksankan dengan segera.
Artikel berkaitan: Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur
Sumber: The Sun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Puji Cara 10 Selebriti Ini Guna Media Sosial Untuk Sebar Dakwah. No 10 Paling Menusuk Jiwa!
Ada macam-macam cara yang digunakan seseorang Muslim itu untuk mendidik. Tidak kiralah mendidik anak-anak ataupun teman-teman. Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk saling ingat mengingati kepada orang lain agar kebaikan yang dibuat berterusan hingga ke syurga.
Bagi kita orang biasa, apa yang kita sampaikan hanya sekadar untuk ingatan keluarga terdekat, tetapi jika mereka yang berstatus ustaz atau selebriti pasti ilmu yang disampaikan menusuk ke jiwa dan disebarkan ke seluruh dunia. Lebih-lebih lagi dengan kecanggihan teknologi yang umpama di hujung jari. Sekali post di laman sosial seperti facebook, instagram atau youtube, akan menarik perhatian netizen yang sering menjadikan medium ini sebagai wadah terbaik mendapat ilmu.
Biasa kita dengar perkongsian ilmu yang disampaikan oleh pendakwah seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda Asyraff, Ustaz Don atau pun motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah dengan pendekatan mereka yang sedikit berbeza. Lain ceritanya di kalangan selebriti yang turut melakukan kebaikan kepada follower mereka dengan memuat turun status mereka yang bersifat untuk mendidik atau perkongsian ilmu di laman instagram masing-masing.
#Irma Hasmie
Antara selebriti yang rajin memuat turut posting menyebarkan ilmu kebaikan terutama berkaitan soal mendidik anak-anak. Baru-baru ini dia memuat turut posting bagaimana 7 rahsia mendidik anak-anak perkongsian Ustaz Farid, Salah satu rahsianya adalah dengan meninggalkan telefon atau matikan telefon ketika bersama dengan anak-anak. Perkongsian ini mendapat hampir 6 ribu like yang turut mendapat reaksi positif atas perkongsian berguna ini.
#Diana Amir
Lain pula perkongsian dari Diana Amir yang memberi ingatan daripada segi pemakaian. Dalam satu posting Diana, dia bertanya apakah trend sekarang menampakkan inner baju. Walaupun bimbang statusnya disalah anggap dan menyinggung orang lain, Diana hanya mengingatkan apa yang tak elok ditinggalkan dan yang baik akan diikuti. Netizen turut memberikan komen bahawa teguran Diana ini bagus, baik dan secara lembut. Ada juga yang memberi ucapan tahniah kepadanya kerana berani menegur.
#Mizz Nina
Artis yang begitu drastik penghijrahannya ini memang membuatkan admin kagum. Setelah beberapa tahun berhijrah, Mizz Nina tetap istiqomah dengan perjuangannya. Jika di tinjau dalam laman IG beliau, Mizz Nina sering memuat naik petikan hadis Nabi yang memberi ingatan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad dan makhluk Allah. Perkongsian ingatannya bahawa perjalanan ke syurga itu tidak mudah dan kita perlu berpegang teguh dengan apa yang telah diwajibkan ke atas kita. Misalnya salah satu adalah dengan mengerjakan solat.
A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on
#Oki Setiana Dewi
Digelar ustazah oleh sesetengah netizen, Oki juga mempunyai cara tersendiri untuk berdakwah. Sering dipanggil untuk memberikan perkongsian ilmunya, Oki sering memuat turut posting yang bertujuan untuk menyebarkan dakwah yang baik. Salah satu adalah perkongsian memuat naik video mengenai kelebihan hafiz yang menghafal al-quran. Perkongsian ni mendapat 181,259 like dari followernya.
#Fynn Jamal
Personaliti ini sememangnya agak berbeza dengan orang lain. Bukan sahaja kerana penampilannya, tetapi keberanian menegakkan sesuatu pendapat yang dirasakan betul dan baik untuk dikongsi bersama. Selain memuatkan momen bahagia anaknya Arjuna, Fynn juga sering memuat petikan daripada Al-Quran untuk dijadikan peringatan kepada dirinya juga orang lain. Misalnya baru-baru ini dia memberi ingatan mengenai azab untuk 3 golongan. Dalam posting yang sedikit sinis, Fynn mempersoalkan kita yang sudah berada di zaman di mana segala cerita telah menjadi mata wang. Seperti biasa, pasti ada netizen yang akan menyokong ingatan yang diberikan Fynn Jamal.
#Abby Abadi
Seronok melihat kebahagiaan Abby Abadi bersama keluarga yang baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan bersama. Abby juga mempunyai cara tersendiri dalam menyebarkan dakwahnya di laman sosial yang dikongsi 444K followernya. Abby rajin memuat turut perkongsian quote dengan paparan layout yang sangat menarik. Antaranya Abby ada mengajak netizen menunaikan solat Dhuha dan menerangkan kelebihan daripada solat itu. Kadang-kadang Abby juga berkongsi ilmu yang menarik sebelun netizen masuk tidur.
#Heliza Helmi
Seangkatan dengan Irma Hasmie dan Diana Amir, Heliza Helmi juga turut memperjuangkan Islam dalam cara tersendiri. Heliza cukup aktif menyokong apa jua penindasan yang cuba dilakukan ke atas umat Islam, misalnya yang berlaku di Palestin dan Syria. Wanita muda ini cukup lantang bersuara dan Heliza turut menggunakan medium media sosial untuk berkongsi ilmu dengan followernya yang berjumlah 2.1M. Beliau sering mengingatkan manusia tentang kehidupan, dugaan yang perlu dilalui dan juga amalan doa yang baik.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
#Prof Dr Muhaya
Insan yang satu ini memang cukup istimewa. Bukan sahaja bijak dalam ilmu perubatan mata, tetapi juga seorang yang pandai memberikan perkongsian motivasi. Suaranya yang lembut dengan pandangan mata yang redup membuatkan siapa yang mendengar perkongsiannya cukup menusuk ke dalam jiwa. Prof Muhaya rajin berkongsi live video yang diambil ketika mahu ke masjid, berada di rumah atau ketika di pejabat. Perkongsian motivasi daripada pakar mata ini sering mendapat like tertinggi daripada follower di IG yang kini berjumlah 604K.
#Neelofa
Penghijrahan figura ini betul-betul mengejutkan para pengikutnya. Seorang selebriti yang begitu trendy dalam mengayakan hijab kini telah berubah sepenuhnya. Mengenakan hijab labuh dan berniqab, dari 4M pengikut di instagram telah meningkat naik terus 8M pengikut. Berkongsi bait-bait cinta pada Allah bukan itu sahaja Neelofa juga berkongsi ilmu pendekatan diri pada sang pencipta.
Semoga semua selebriti ini meneruskan perkongsian yang positif yang boleh menjadi contoh kepada hijabi di luar sana. Jadikan panduan untuk kit sama-sama menuju syurga Firdaus.
SUMBER: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI