Viral baru-baru apabila penyampai berita di TV3, Hawa Rizwana yang dikatakan menggunakan ‘kabel’ melalui ayahnya apabila mendapat tempat di stesen Media Prima.
Ayahnya Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman yang merupakan bekas Pengacara Selamat Pagi Malaysia sekitar tahun 1990-an dan kini berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Namun dakwaan itu disangkal penyampai Buletin Utama yang kecil molek ini. Dia yang merupakan pembaca berita di BU sejak 1 Januari lalu yang mana bakatnya mula dikesan selepas tamat praktikal di stesen berkenaan pad 2017 lalu.
Hawa yang juga mula menjadi viral dan bualan netizen kerana dikatakan memiliki paras rupa seiras pengacara serta pelakon popular Neelofa.
Sekali pandang memang gadis yang memiliki ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media (Kewartawanan) dari UiTM ini seiras Ratu Trend ini dengan gayanya ber OOTD yang simple dan sangat menarik.
Ayuh, kita lihat OOTD gadis manis ini yang sangat yakin dan bersemangat tinggi setiap kali muncul menyampai berita terkini di saluran Buletin Utama.
Wany Hasrita antara artis baru yang begitu cepat naik dan diminati ramai. Popular dengan lagu Menahan Rindu dan kini single kedua Rintihan Rindu. Ramai yang suka dengan penampilan Wany Hasrta ini yang cukup santun dan tampil cantik biarpun menggayakan hijab ala budak ‘U’ ataupun ‘orang kampung’. Dia tidak kisah dengan kecaman itu sebaliknya selesa dengan gaya yang digayakan sekarang.
Penyanyi ini yang akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu buat kali pertama tidak pernah terasa hati dengan kritikan yang diterima. Malah dia sedar sebagai ‘public figure’ sudah pasti apa sahaja yang dilakukan mendapat perhatian. Dia juga selesa dengan imej yang dibawakannya sejak menceburi bidang ini.
“Sejujurnya, saya tidak menggunakan khidmat stylist untuk menggayakan tudung seperti yang dilakukan oleh selebriti lain. Saya sedar ada yang berkata gaya tudung saya seperti ‘budak U’, gaya tudung saya hanya biasa-biasa tetapi sejujurnya, saya selesa dengan imej ringkas sebegini.
“Saya tak terasa hati apabila ada yang mulut yang mengata. Semuanya baik-baik sahaja selagi apa yang saya gayakan mengikut syariat dan menutup aurat,” kata Wany pada Astro Gempak.
Dalam masa yang sama, Wany bersedia untuk keluar dari zon selesa dalam penggayaan fesyen.
“Saya akan kekal menjadi Wany yang ringkas tetapi saya mahu keluar dari zon selesa dalam berfesyen jika terdapat sebarang acara yang mempunyai tema tersendiri, seperti contoh Anugerah Juara Lagu 32.
“Apa salahnya saya bergaya dalam sesetengah majlis yang memerlukan saya bergaya, asalkan busana yang akan saya sarungkan tidak melampaui batas dan menutup aurat.
Bagi admin, tiada masalah dengan gaya graduan dari Unversiti MSU ini. Ini kerana gayanya masih dalam santun dan tidak lari dari gaya seorang Muslimah.
HIJABISTA belanja #OOTD Wany Hasrita yang dikatakan seperti budak ‘U’ dan anda nilaikan sendiri.
Minggu ini semestinya saat paling menggembirakan buat pengacara, pelakon dan juga usahawan Neelofa kerana telah selamat menimang anak saudara lelaki. Bayi yang dilahirkan oleh kakaknya Noornabila telah diberi nama Jebat Jayden Ahmad secara rasminya hari ini. Jika dilihat dalam instagram Neelofa, tampak dia tidak kekok memangku anak kecil berkenaan walaupun tidak pernah ada pengalaman sebelum ini. Malah bayi comel ini juga dikatakan iras muka Neelofa setelah beberapa hari dilahirkan ke dunia ini. Netizen juga turut mendoakan agar selebriti ini agar cepat-cepat berkahwin.
Malah baru seminggu dilahirkan Jebat Jayden juga sudah mempunyai akaun instagram sendiri menggunakan akaun nama Jebat Jayden Ahmad. Sehingga hari ini akaun berkenaan sudah mempunyai 33.3 pengikut (semakin meningkat) dengan enam posting.
Ada sesetengah orang memang suka sangat kunyah ais. Ia sampai sudah menjadi tabiat apabila minum air yang berais, pasti ais akan dikunyah sampai habis. Bukan main asyik lagi mengunyah krup..krap..krup..krap…sampai orang sekeliling pun tidak diendah.
Memang tidak dapat dinafikan tabiat mengunyah ais batu seakan menjadi ketagihan pada sesetengah individu. Walau bagaimanapun sebenarnya bahaya tak tabiat mengunyah ais ini sebenarnya? Dan apa yang menyebabkan seseorang itu suka mengunyah ais?
Baca perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
TABIAT MENGUNYAH AIS BATU
Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya. Malah, ia mungkin menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Kebanyakan yang mengunyah ais ini ingin berasa lebih segar dan membantu mengelakkan mulut kering. Walau bagaimanapun, tanpa anda sedari tabiat itu mungkin menyebabkan masalah kesihatan tertentu.
FAKTOR KEINGINAN MENGUNYAH AIS
Pagophagia
Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Keinginan boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. 'Pica' adalah satu terma perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya. Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagophagia boleh menjejaskan orang dewasa dan kanak-kanak.
. Kekurangan zat besi (Anemia)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan zat besi didapati mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais juga akan pulih.
Masalah emosi
Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.
.
Dehidrasi
Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas. Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.
. KESAN SAMPINGAN PAGOPHAGIA
.
Mengunyah dan menghisap ais tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius. Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat ketagihan ais ini:
.
1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.
2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru (choking).
3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.
4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat-tempat awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.
Mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali. Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.
Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.