Hijabista kini berada di dalam aplikasi   
Hijabista kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Penangan Khairul Aming, Bekas Simpan Beras & Kek Batik Yang Dibelinya Terus...

Penangan Khairul Aming, Bekas Simpan Beras & Kek Batik Yang Dibelinya Terus Habis Di Pasaran!

The real influencer! Itulah yang boleh digambarkan tentang personaliti media sosial, Khairul Aming apabila barang yang dipromosikan di laman sosialnya terus sold out dibeli oleh netizen.

Khairul Aming pada mulanya berkongsikan keterujaannya menerusi sebuah video apabila bekas simpan beras yang dibelinya sudah selamat sampai di rumahnya.

beli bekas simpan beras pun aku dah excited. perangai mak-mak tu dah datang

IKLAN

Tak lama selepas itu, bekas simpan beras tersebut terus habis terjual kira-kira 1,800 unit selepas Khairul Aming berkongsikan link pembeliannya.

IKLAN

Selepas itu, beliau juga turut berkongsikan mengenai keenakan kek batik yang dibeli oleh teman serumahnya. Tak lama selepas itu, kek batik itu juga terus laris bak pisang goreng panas di pasaran!

IKLAN

Betul-betul hebat penangan Khairul Aming di mata rakyat Malaysia! Alhamdulillah, secara tak langsung review seikhlas hati yang telah dilakukan oleh beliau ini dapat membantu para peniaga menjana pendapatan mereka dengan lebih banyak lagi. Mudah-mudahan rezeki beliau juga turut murah lagi selepas ini!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI