Pelakon jelita Izara Aishah dilihat semakin cantik dan berseri-seri sejak bergelar ibu kepada dua cahayamata.
Malah, Izara juga semakin aktif berkongsi perkembangan terkininya di media sosial antaranya momen-momen menghadiri acara fesyen dan kecantikan.
Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sentiasa menitikberatkan soal penampilan serta kecantikan biarpun bertudung labuh dan berpakaian longgar.
Ads
Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham merupakan pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011.
Penghijrahan (bertudung) pelakon berusia 30 tahun ini yang sejuk mata memandang mendapat reaksi positif di kalangan pemgikut serta warga maya yang turut gembira dengan perubahannya itu.
Izara pernah berkongsi, keputusan dirinya untuk menutup aurat dengan sempurna adalah selepas terbaca satu ayat dalam kitab suci Al-Quran tentang suruhan-Nya pada hamba-hamba untuk kekal menutup aurat.
Ads
Menurut Izara, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan.
Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Ads
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri.
Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen.
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Izara Aishah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan senang bagi seseorang yang baru berhijab itu untuk menyesuaikan diri dengan fasa baru penampilan sebagai seorang wanita Muslimah. Ia mungkin mengambil masa dan ketika itu pelbagai perasaan yang bermain dalam fikiran. Begitu juga yang dialami oleh penyanyi Siti Sarah Raissuddin di awal kemunculannya berhijab. Mengambil masa hampir beberapa minggu sebelum berhadapan dengan situasi sebenar bahawa dirinya kini sudah berhijab.
“Sebenarnya Sarah masih orang yang sama lepas balik umrah tempohari. Cuma ketika itu Sarah rasa tak nak tunjuk rambut dan lebih selesa berhijab.
“Dalam masa sama pula ketika itu masih tercari-cari stail bersesuaian memandangkan kita juga adalah seorang penghibur.
“Sarah tak nak penampilan yang ‘sememeh’ bila kita berhijab. Kalau boleh mahukan gaya yang bersesuaian dengan imej Sarah.
“Pernah satu masa Sarah memang rasa janggal untuk berhadapan dengan orang ramai masal awal-awal berhijab,” jelas Sarah yang mengakui niat untuk berhijab sudah lama ada dalam dirinya.
“Hampir beberapa minggu jugalah Sarah bermain dengan perasaan yang macam-macam. Bukan kerana hijab yang dipakai, tetapi ketika itu seperti tiada kekuatan untuk berhadapan dengan orang ramai.
“Sampai pembantu Sara datang rumah tanya Sarah masih menyanyi atau tidak. Sarah akhirnya terpaksa push diri untuk keluar.
Dan Sara akhirnya berjaya mengatasi segala perasaan yang tidak menentu itu, lebih-lebih apabila selesai menjayakan ‘showcase’ lalu,” tambahnya yang tetap mahu jadi seperti dirinya sendiri.
Menurut Sarah tiada keperluan untuknya delete gambar-gambar tidak berhijab di Instagram kerana itu adalah kisah sejarah hidupnya yang lama.
“Biarkan saja gambar-gambar itu kerana kalau delete sekalipun orang masih boleh google diri kita yang dulu. Lagipun itu history Sarah. Dulu Sara rasa diri ini tak layak berrhijab. Sembahyang pun qada-qada. Takut nanti dilabel macam-macam.
“Tapi sekarang Sara selesa dengan penampilan Sara. Masih lagi mencari kesesuaian dan stail bersesuaian dengan penampilan sekarang.
“Jujurnya Sara tidak ada penata gaya pun dan hanya belajar lilit dan reka sendiri. Cuma kalau untuk pergi ke event ada mintak tolong stylist gayakan hijab,” tambah Sara yang suka melihat stail pelakon Rozita Che Wan dan juga Neelofa.
“Sebenarnya Sarah ni seorang yang simple orangnya. Hanya selesa t-shirt dengan jeans sahaja. Jadi bila penampilan sudah berhijab, nak cari gaya yang kena dengan diri kita ini agak sukar sedikit.
“Oleh kerana saiz badan kecil Sarah memang tak sesuai dengan gaya hijab lilit yang keterlaluan. Sara sukakan gaya simple dan tak peningkan kepala. Kalau cuba tudung lilit-lilit tu ibarat ‘Sara hilang entah di mana”
“Kalau tak kemana-mana Sarah gemar sarung tudung macam khimar sahaja. Tapi tidaklah Sarah nak tunjukkan semua dalam instagram,” ceritanya lagi yang pernah memgambil masa bersiap lebih lama dari proses ‘blow’ rambut.
“Sarah masih ingat waktu mula-mula berhijab dan kebetulah nak hadir majlis buka puasa. Bayangkan Sarah try and error tudung yang digayakan lebih lama dari proses blow rambut.
“Sampaikan Sarah terpaksa buka puasa dalam kereta. Waktu itu Shuib macam nak marah tapi tak marah.
“Dia memang cukup supportive dengan Sarah yang baru berjinak-jinak nak berhijab,” tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini yang tetap akan menyanyi kerana itu adalah jiwanya.
Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.
Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini. Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.
“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.
Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.
Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT
Dalam kekecohan masyarakat Malaysia berteka teki bilakah Neelofa akan melangsungkan pernikahan bersama PU Riz, kini adiknya mencuri perhatian warga maya seketika. Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, Ameera Khan atau terkenal dengan nama Little Miss Khan memuatnaik gambar dirinya yang dilihat sudah mula berhijab.
Tampil anggun dan sopan dalam persalinan putih dan berselendang rona kelabu, tulisannya bersama hantaran itu berbunyi هذا اليوم الأولً فانشاءالله atau jika diterjemahkan ke bahasa Melayu ia bermaksud ‘Ini adalah hari pertama, InsyaAllah’.
Tinjauan Hijabista ke InstaStory Neelofa pula kelihatannya usahawan dan selebriti terkenal itu cukup gembira dengan penghijrahan adik perempuannya, dalam salah satu hantaran dia menulis, Alhamdulillah syukur, semoga Allah sentiasa memilih adikku sayang dan doakan Ameera selalu.
.
Ameera yang kini berusia 20 tahun merupakan seorang pempengaruh media sosial yang cukup popular dan juga seorang usahawan yang mengikut jejak langkah seperti ibu dan juga kakaknya. Semoga Ameera istiqamah dalam perjalanan baharu ini dan sentiasa dijaga imannya oleh Allah SWT. Kami di Hijabista mengucapkan tahniah!
Sumber gambar: Instagram Ameera Khan & Neelofa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di