Kerajaan Perancis telah meletakkan larangan memakai hijab kepada pelajar Muslim yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Perkara ini berlaku kurang sebulan dari larangan memakai burqa dan niqab oleh kerajaan Switzerland.
Senat kerajaan Perancis telah mengundi dan suara majoriti bersetuju tentang isu ini sebagai “Larangan di tempat awam sebarang tanda agama yang jelas oleh kanak-kanak bawah umur dan pakaian atau rekaan apa pun yang akan menandakan interiorisasi wanita berbanding lelaki”.
Jika dilihat dari sejarah negara itu, sejak dari dahulu lagi kerajaannya berusaha untuk menegakkan fahaman sekularisme, atau pemisahan negara dan agama. Mereka sering berpendapat bahawa simbol keagamaan seperti tudung bertentangan dengan prinsip pencerahan dan individualisme Eropah.
Ads
Bahkan, Presiden Perancis Emmanuel Macron sebelumnya telah menyatakan bahawa jilbab tidak sesuai dengan cita-cita Perancis.
Ads
Ibtihaj lantang mengkritik isu ini
Terkesan mendengar isu ini atlet lawan pedang USA, Ibtihaj Muhammad yang merupakan atlet muslim berhijab menyelar Tindakan kerajaan Perancis menerusi satu hantaran di Instagramnya.
Ads
“Inilah yang berlaku apabila anda menormalisasikan ucapan kebencian, sikap berat sebelah, diskriminasi, dan jenayah kebencian anti-Islam seterusnya Islamofobia ditulis dalam undang-undang yang menyebelahinya. Semoga Allah melindungi saudari kita. Allhummaameen,” tulisnya.
Umum sedia maklum berhubung insiden malang yang menimpa JAKEL Mall Shah Alam, pada 31 Disember tahun lalu yang hangus dijilat api akibat berlakunya kebakaran yang berpunca dari litar pintas.
Bagaimanapun, disebalik musibah yang melanda, pada tahun ini JAKEL bangkit dengan penuh semangat! Melancarkan bangunan JAKEL di lokasi baharu yang lebih selesa dan kembali menyediakan khidmat menjual busana untuk pelbagai majlis, serta kelengkapan perhiasan rumah seperti karpet dan langsir.
Lebih menarik lagi, musibah yang melanda langsung tidak mematahkan semangat JAKEL untuk turut serta membantu rakyat dari golongan B40 dengan menawarkan pakaian dengan harga Rahmah menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Urusan JAKEL, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel ketika ditemui Hijabista pada majlis pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen
7, di sini hari ini.
“Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan, luar daripada jangkaan kami. Apa yang menjadi punca kepada sambutan hangat ini adalah kerana jualan ‘Rahmah’.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri,” katanya.
Ketika ditanya apa kelainan yang dibawakan JAKEL bagi jualan Rahmah berbanding di kedai lain, Faroz berkata, kali ini pihaknya telah bersetuju menyahut seruan Kementerian dan Kerajaan menerusi kempen Rahmah dengan menawarkan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.
“Harga yang kami tawarkan, dijamin jauh lebih murah berbanding sebelum ini dan lebih murah daripada syarikat lain dan jaminan terbaik dari kami adalah kualiti barangan JAKEL.
“Kami tidak pernah tolak ansur tentang bab kualiti barangan. Malah, JAKEL memang dikenali kerana menjual kain-kain yang bermutu tinggi serta berkualiti untuk semua golongan lapisan masyarakat.
“Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad masih kekal sebagai duta JAKEL tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju melayu percuma.
Gedung tekstil JAKEL baharu ini terletak 200 meter dari premis lama, iaitu di tapak kosong bersebelahan Hospital Shah Alam di Seksyen 7.
Setiap kali membuka almari, balik-balik kita akan lihat warna baju yang sama tergantung cantik. Kadang-kadang terpaksa pakai berulang kali kerana suka pada satu-satu warna itu. Tahu tak sebenarnya warna pakaian itu mencerminkan personaliti diri kita sebenar. Ayuh, HIJABISTA kongsi di sebalik warna itu yang menggambarkan sikap sebenar kita tanpa disedari.
Merah adalah warna yang membangkitkan aura. Merah menunjukkan bahawa kita seorang yang penuh agresif, tanpa rasa takut halangan dan bersedia untuk mencuba benda baru. Selain itu kita juga seorang yang bersemangat, kuat semangat, dan cepat marah.
Biasanya mereka yang suka biru gelap ini orangnya jarang tersenyum. Ia boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan kepercayaan kita. Pada masa yang sama, mereka ini juga seorang yang sangat tenang. Kemungkinan dia boleh menjadi seorang yang serba boleh dan harmoni. Juga yakin kebolehan diri sendiri dan boleh bekerja dengan baik dengan orang lain.
Putih adalah petunjuk bagi orang yang merasakan rasa kebebasan mutlak, juga seorang mempercayai mereka sentiasa ada halangan untuk mencapai matlamat mereka dan bahawa dunia ini penuh dengan kemungkinan. Putih tidak meletakkan sesiapa sahaja di luar, tetapi ia juga mendedahkan sedikit di luar ciri-ciri asas ini secara optimis. Malah ia boleh menjadi penarik untuk pelbagai keseluruhan orang.
Ungu pula adalah campuran merah dan biru. Oleh itu, orang gemar warna ini secara semula jadi mempunyai ciri-ciri campuran semangat dan pemikiran tenang, emosi dan kesederhanaan. Ia merangkumi pelbagai, personaliti tidak menentu seseorang. Jika suka ungu, kemungkinan orang itu juga sentiasa mencari interaksi menarik dan kompleks dengan orang lain. Orang ungu juga suka mempamerkan daya tarikan yang menawan.
Merah jambu selalunya adalah mereka yang fokus pada sesuatu yang lembut. Warna ini mewujudkan perasaan kebaikan, kesederhanaan, perasaan halus. Merah jambu juga adalah campuran merah dan putih iaitu seseorang yang lebih suka ia merangkumi perasaan kebebasan dan tenang supaya boleh mengurangkan kekuatan nafsu mereka.
Bagi orang yang suka hijau, aura misteri adalah kunci kepada daya tarikannya. Bagi orang yang suka hijau sering juga merupakan petunjuk akal seseorang keunggulan, kuasa dan kekuatan. Kita juga mahu untuk disukai, mendapatkan pengiktirafan, takut dan cuba untuk mengelakkan pengaruh orang lain. Kita sentiasa akan cuba untuk mencari ikrar diri.
Seorang yang tenang, mengalu-alukan orang lain sebagai sahabat, dan juga mempunyai sense of humor. Kuning adalah warna relaksasi; keutamaan untuk ia menunjukkan bahawa seseorang sedang mencari kebebasan dan kebahagiaan, serta hubungan yang sangat erat. Mereka melihat ini sebagai satu-satunya cara untuk merealisasikan apa yang mereka benar-benar mahu dalam hidup.
Mereka yang gemar biru cair menggambarkan sikap seorang itu yang riang dan ceria, kerana warna ini yang melambangkan kegembiraan.
Orang yang suka warna coklat gemar melakukan perkara yang masuk akal, munasabah dan rasional. Mereka ini gemar melakukan senaman fizikal, sukakan kedamaian dan ketenangan. Diri mereka sentiasa dihargai oleh orang lain.
Kelabu pula menggambarkan sikap seseorang yang sentiasa berjaga-jaga dalam banyak perkara dalam mencapai matlamat tertentu. Kelabu adalah warna yang paling neutral, tidak terang, gelap atau cahaya. Ia boleh berfungsi sebagai latar belakang yang ideal untuk warna lain.
Bersikap mewah dan penuh elegan. Siapa yang menggemari hitam sebenarnya bukan seorang yang berahsia walaupun dengan mereka yang rapat. Warna selamat dalam apa juga majlis yang dihadiri.
Minat fesyen sejak kecil, Mira Agile sentiasa bergaya walau berstatus ibu anak tiga. Pakaian dengan corak minimum, polos dalam kombinasi monokrom, hitam putih atau kelabu adalah sebahagian daripada trademark gaya wanita jelita ini.
Gaya maksima turut menjadi tunjang utama bagi wanita yang dikenali dengan nama mesranya, Mira.
“Maksud berfesyen bagi saya ialah seperti identiti, dapat menunjukkan keperibadian kita kepada orang lain tanpa kita perlu memberitahu mereka.
“Personaliti biasanya boleh dilihat daripada cara kita berpakaian,” katanya seperti yang dipetik daripada portal Wolipop baru-baru ini.
Fesyen menjadi kegemaran Mira sejak kecil. Malah, dia menjadikan fesyen sebagai panduan dalam penampilannya setiap hari.
Mira mempelajari fesyen di sebuah sekolah fesyen terkenal di Jakarta.
Di tengah kesibukannya menjaga tiga cahaya mata perempuan, Mira sempat memulakan perniagaan fesyennya. Satu jenama tudung telah dicipta oleh Mira.
Bagi Mira, keselesaan adalah kunci utama untuk kelihatan bergaya. Mengikuti trend bukanlah keutamaannya.
“Jika merasa selesa, hati akan menjadi lebih tenteram.
“Hasilnya anda menjadi lebih yakin, gembira dan bersemangat melakukan aktiviti sepanjang hari,” kata Mira yang mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram.
Fabrik tudung yang sesuai dengan bentuk wajah boleh membuatkan gaya lebih kemas. Ketahui material terbaik untuk wajah bulat, oval, panjang, petak dan hati.