Menghadapi cabaran dalam kehidupan bukannya suatu perkara yang mudah. Apa yang boleh kita lakukan adalah akur dan menerima hakikat itu kententuan dari-Nya.

Melihat dua beradik menjual kek, pemuda ini sayu mengenangkan dirinya yang pernah alami situasi tersebut. Bahkan, mereka itu difahamkan kehilangan bapa dan mak pula berada di hospital.

Artikel berkaitan: “Bersungguh Dia Nak Bayarkan Air Itu…” – Niat Nak Belanja, ‘Cashier’ Terkejut Dapat Hadiah Dari Pelanggan

Gigihnya Jual Kek Demi Ibu

Ditemubual bersama mStar, Wan Muhamaad Qhusyairee Wan Abdullah, 20, terasa sebak melihat nasib dua beradik itu semasa terserempak di sebuah pasaraya di Kota Bharu, Kelantan.

Mesra dipanggil Syairee berkata, budak lelaki itu baru sahaja 8 lapan tahun manakala kakaknya berusia 16 tahun telah kehilangan bapa dan mencari wang untuk ibu mereka yang sedang terlantar di hospital.

“Saya ke Lotus’s Kota Bharu pada Isnin sebab pembantu peribadi nak beli minyak wangi dan saya tunggu dalam kereta. Saya nampak ada dua budak lelaki duduk tepi laluan orang ramai seorang diri,

IKLAN

“Saya buka tingkap kereta, panggil dia nak tanya kenapa duduk situ, bahaya. Bila datang ke kereta, rupanya dia jual kek dengan kakaknya,

“Saya tanya mana mak dengan ayah, terus dia cakap ayah sudah meninggal sakit jantung dan mak pula di hospital. Ya, Allah, terus saya rasa sedih.” katanya.

Melihat keadaan itu, Syariee membeli kesemua 22 bekas kek daripada mereka. Dia juga berjanji ingin berjumpa dua beradik itu pada keesokannya.

Artikel berkaitan: Berniaga Sambil Bersedekah, ‘Carwash’ Lelaki Ini Tawar Khidmat Cuci Van Jenazah Percuma, Rezeki Luas Kini Miliki 14 Lori!

IKLAN

Pernah Lalui Nasib Yang Sama…

Syairee merupakan Perusaha Kosmetik pernah melalui perkara yang sama seperti dua beradik itu. Anak keempat dari enam adik-beradik itu berkata memang sukar namun kekuatan harus ada untuk tempuhi dugaan hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER AIREE BEAUTY (@syairee03)

 “Arwah abah meninggal waktu saya umur tujuh tahun. Saya faham sangat apa dua orang adik-beradik itu alami setelah tengok susahnya mak kami besarkan adik-beradik selepas pemergian abah,

“Saya selau bantu orang susah cuma tak muatnaik ke media sosial. Ada juga saya bantu mangsa banjir, beri keperluan beras dan sebagainya,

IKLAN

“Sejurus memuatnaik video itu, ramai ejen yang ajak menziarahi rumah mereka berdua. InsyaAllah, saya akan jumpa semula sebab hari itu terlalu rushing untuk kami berborak banyak,

“Mungkin bila di rumah mereka akan lebih banyak pertolongan yang dapat disumbangkan untuk meringankan beban mereka hadapi.” ujarnya lagi.

@syairee03 Allahu moga adik kuat ya,, nanti besar adik mesti jadi orang hebat aaminnn nanti abg dtg lagi okey sayang… #kotabharu #kelantan #anakyatim ♬ Takdir Memisahkan – 𝑴𝒉.𝑨𝒃𝒅𝒊_ • 𝑸𝒖𝒐𝒕𝒆𝒔

Sumber: mStar dan Tiktok @syairee03

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI