
Sepanjang tempoh PKP ramai rakyat Malaysia selesa membeli segala keperluan melalui atas talian. Proses ini memudahkan mereka menerima barang keperluan tanpa keluar rumah. Namun permintaan menghantar bungkusan (parcel) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan peningkatan mendadak susulan aktiviti pembelian dalam talian.
Melalui Harian Metro Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim berkata, pihaknya turut menerima peningkatan jumlah pesanan Pos Laju sebanyak 35 peratus sepanjang PKP ini.
“Kami menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.
“Sebenarnya Pos Malaysia dan Pos Laju mempunyai banyak pengalaman untuk menghadapi waktu kritikal seperti ini.
“Oleh itu, kami menambah fasiliti pemprosesan supaya semua barang yang diterima dapat diserahkan kepada pelanggan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, berikutan peningkatan jumlah bungkusan dan waktu perniagaan disingkatkan sepanjang PKP, penghantaran dijangka mengalami sedikit kelewatan. Mohd Azilah berkata, untuk memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad dan kakitangan serahan Pos Laju bertugas bermula 8.30 pagi hingga 7 petang.
“Khidmat tambahan ini mengelakkan berlaku lambakan bungkusan di pusat Pos Laju dan mempercepatkan proses penghantaran kepada penerima,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga menasihatkan pelanggan yang membuat pembelian dalam talian untuk menetapkan alamat rumah terkini.
“Ini adalah kerana penyerahan tidak dapat dilakukan kepada premis pejabat atau perniagaan yang ditutup semasa PKP.
Masih Punyai Masalah Kelewatan
Walaupun Pos Malaysia dan Pos Laju telah meningkatkan perkhimatan, ramai yang masih gusar kelewatan barang yang dipesan masih lambat. Melalui perkongsian wanita ini Maizura Mohamad, Ini cara penyelesaian dan tip untuk mengesan barangan yang belum sampai.
“Kami juga menggunakan perkhidmatan AskPos, ejen pintar maya di laman sesawang kami bagi memudahkan pelanggan kemas kini alamat,” katanya.
Sementara itu, bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil utiliti, telekomunikasi, Internet atau memperbaharui insurans kenderaan dan perjalanan, ia boleh dibuat melalui atas talian (posonline.com.my) tanpa perlu hadir ke pejabat pos.
SUMBER: Pos Malaysia
Hijabi Wajib Ada ‘Pocket toilet’ Ini Untuk Digunakan Sewaktu Kecemasan!

Pasti ramai yang suka apabila menyebut tentang negara Jepun. Mempunyai kemajuan negara dengan pelbagai ciptaan-ciptaan teknologi maju dan produk yang banyak memberi manfaat kepada rakyat di negara cantik itu. Tapi tahukah anda, Rakyat Jepun hanya menggunakan tandas yang dilipat dalam poket sewaktu kecemasan?

Maka, tidak hairanlah jika ramai orang menyukai negara Jepun dan pakar-pakar di sana mampu mencipta tandas yang kecil boleh disimpan. Lebih menarik lagi apabila ia boleh disimpan dan dilipat di dalam beg serta dibawa ke mana-mana. Jadi bagaimana ingin menggunakannya? Mari ikuti langkah di bawah.
Jepun mencipta ‘pocket toilet’ sendiri yang boleh dilipat dan guna ketika kecemasan.
Pocket toilet ini sama seperti “echiketto bukuro” iaitu merupakan beg plastik yang beretika di mana ia khas untuk digunakan untuk bertujuan membuang air kecil atau besar pada waktu kecemasan dan terdesak. Sebagai contoh, anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang sangat lama, di dalam hutan, di tempat yang jauh menyediakan tandas, waktu berkhemah dan sebagainya.
Artikel Berkaitan: Hijabi Wajib Ada Toilet Seat Cover Bila Nak Guna Tandas Awam, Barulah Boleh ‘Melepas’ Dengan Selamat
Beg ini direka khas supaya bau dari “bahan buangan” anda tidak tersebar keluar. Ia mempunyai jangka masa iaitu boleh tahan selama seminggu. Kalau anda, lepas dah selesai pasti akan buangkan. Dari segi saiz pula, sangat mudah kerana boleh di bawa ke mana-mana tau!
Bagi pencipta beg echiketto bukuro atau pocket toilet ini tidak diketahui lagi sehingga kini. Kedua-dua barang ini mudah sangat apabila dalam kecemasan. Jadi tidak rugi untuk ada benda ini.

Menariknya, gambar di atas ini adalah toilet emergency di mana orang jepun mencipta ia untuk kegunaan sekiranya berlaku bencana alam. Ianya diperbuat daripada kadbod yang keras dan mampu menampung berat sehingga 200kg.
Dikatakam, lubang tandas tersebut akan terus ke open manhole. Seperti yang kita tahu, Jepun merupakan negara yang selalu terjadi bencana alam. Ini lebih membuatkan rakyatnya menjadi lebih proaktif dalam mencipta benda.

Menurut portal Kosmo, sebuah syarikat Jepun, Kokenawa Inc., telah mencipta tandas yang paling kecil di dunia. Ia boleh dibawa kemana-mana, malah boleh disimpan dalam poket seluar. Malah, pengasas syarikat tersebut, Yoshinori Kokenawa telah mendapat inspirasi pada 2019 ketika dia menjadi sukarelawan di bandar Nagano yang terjejas dengan ribuat taufan Hagibis. Jadi itu merupakan hasil pocket toilet yang dilakukan sejak kejadian tersebut.

Menurut Kokenawa, perkara yang paling sukar yang dihadapi setiap rakyat Jepun pada waktu itu adalah apabila orang ramai mengalami kesulitan menggunakan tandas kerana perlu beratur panjang. Ada yang terpaksa beratur sehingga 30 minit atau lebih hanya untuk menggunakan tandas. Jadi dia mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Pocketoilet ini diperbuat daripada gentian khas, tahan lama dan boleh dipasang pada mangkuk tandas atau tong sampah yang digunakan untuk membuang. Ujian yang dilakukan, mendapati bahawa tiada bau yang dihasilkan oleh beg tersebut apabila dibiarkan bertutup selama seminggu yang berisi najis.
Sangat mudah kan? Terutama sekali buat para wanita yang sukar untuk membuang apabila berada di luar. Best sungguh lah duduk Jepun ni!
Artikel Berkaitan: Lengkap Seperti Dalam Rumah, Netizen Teruja Lihat Set Khemah Betty. Siap Ada Tandas Lagi!
Sumber: Facebook Zunita Ramli dan Kosmo
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Inilah 15 Jenama Hijab Paling Trending Buat Gaya Anda BETUL-BETUL RAYA Mesti DiMiliki Syawal Ini

Menjelang Syawal ini, pastinya selain baju, pemilihan tudung juga turut diberi perhatian. Lambakan hijab pelbagai jenama menyebabkan kita rasa keliru yang mana satu sesuai untuk digayakan di pagi lebaran. Namun, sebenarnya 15 jenama hijab yang ada di pasaran ini boleh melengkapi gaya BETUL-BETUL RAYA yang akan datang tak lama lagi.

1. Naelofar Hijab
Mendominasi hijab kekinian sama ada instan atau long shawl.
A post shared by Naelofar Hijab Official ( HQ ) (@naelofarhijab) on
2. Radiusite
Paling awal bertapak dalam industri hijab sejak 9 tahun lalu. Mempunyai signature sendiri dengan mengeluarkan selendang panjang yang ditambah batuan atau flora mengikut keadaan semasa.
3. Ariani
Harganya memang mahal dan cukup eksklusif buat penggemarnya. Mempertaruhkan duta seperti Bella Dally dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan koleksi Ariani sangat istimewa.
4. Duckscarves
Apa sahaja limited edition pasti jadi dambaan hijabi. Misalnya tema kuih tradisional, rama-rama atau travel around the world. Peminatnya memang sering tertunggu-tunggu koleksi terbaru brand ini. Terbaru keluar dengan edisi khas bertemakan Doily Duck.
5. Fareeda
Mencetus fenomena apabila ramai yang sanggup beratur untuk mendapat koleksi terkini. Harganya memang mahal tetapi tetap menjadi pilihan penggemarnya hingga kini.
6. Aidijuma
Mendominasi hijab bawal yang cukup mudah digayakan. Harganya memang berpatutan dan mampu milik. Juga sering hadir dengan rekaan terkini yang cantik dan menarik.
7. Sugarscarf
Ramai menggemari instan dengan inner yang cukup selesa. Inner bersilang jadi signature tudung ini yang memang mudah sekali untuk digayakan.
8. Tudung People
Diasaskan oleh seorang blogger/influencer cantik manis, Fazrena Abdul Aziz. Antara usahawan muda yang memulakan bisnes secara dalam talian.
9. Alhumaira
Antara yang mendapat tempat di hati hijabi hingga kini. Mengetengahkan selendang panjang dengan pelbagai rona menarik. Juga menjual inner yang sangat selesa dan juga menjadi signature Alhumaira.
10. Shawlbyvsnow
Tidak kalah untuk bersaing dalam industri hijabi. Pemliknya bersaudara dengan Sugarscarf hijab. Koleksi tudung bercorak dan kosong yang dihasilkan menarik minat ramai penggemar hijab.
11. Tudung Ruffle
Diperkenalkan oleh Anis atau nama di media sosial Nonones. Pernah viral kerana tudung rekaannya lain dengan mengetengahkan elemen ruffle. Namun kini, semakin banyak rekaan yang menarik boleh dijadikan pilihan menjelang Syawal nanti.
12. Ameera Zaini
Lebih kepada hijab cetak yang cukup menarik. Dari masa ke semasa, Ameera Zaini semakin mendapat tempat di hati pencinta hijab.
13. Sofearose
Hadir dengan pelbagai rekaan dan warna yang menarik. Menggunakan fabrik satin lembut menjadikan hijab Sofearose antara pilihan terkini penggemarnya. Turut digayakan oleh pelakon Siti Saleha dan juga Aida Khaleeda dalam drama Bila Aidil Ada Fitri di Astro Ria.
14. Sherry Scarves
Rekaan hijab ini punya keunikan tersendiri. Datang dengan pilihan warna pastel dan terang membuatkan hijab ini menarik untuk digayakan. Diperkenalkan oleh pelakon Sherry Ibrahim yang memang cantik sejak berhiijab dua tahun lalu.
15. Cakenis
Pemiliknya adalah pelakon, pengacara Hanis Zalikha. Memperkenalkan hijab tanpa pin yang pertama seumpamanya di sini. Amat selesa di pakai kerana hijab akan selamat tanpa tercarik.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
“Sekali ‘pi’ (meninggal dunia) sampai empat (orang) Saya memang betul-betul sedih….”- Mohd Hazman, Anak Lelaki Tunggal Mangsa Kemalangan Empat Sekeluarga

Berita kemalangan yang melibatkan empat sekeluarga yang terkorban dalam nahas jalan raya yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Perak, semalam, begitu meruntun jiwa.
Kemalangan di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ipoh itu membabitkan enam kereta dan sebuah treler dan empat mangsa tersebut dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Hanya dengan sekelip mata, dua beradik, seorang lelaki dan seorang perempuan yang merupakan waris mangsa yang terkorban kehilangan kedua ibu bapa dan saudara kandung.
Jenazah pesara polis Rahim Ramli, 60, dan isterinya Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan mereka Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27, tiba di Masjid Tuan Haji Abdul Latiff, Permatang Pasir kira-kira 1.30 pagi, selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.
Ratusan ahli keluarga dan rakan-rakan hadir sejak pukul 11 malam tadi bagi memberi penghormatan terakhir dan menanti urusan pengebumian empat jenazah tersebut yang dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan masjid itu kira-kira pukul 3 pagi.
ANAK LELAKI TUNGGAL MASIH TERKEJUT
Anak lelaki tunggal pasangan itu Muhamad Hazman Rahim, 20, berkata beliau masih terkejut dan sedih kerana bukan sahaja menjadi anak yatim piatu sekelip mata, namun turut kehilangan dua kakak kesayangan.
Katanya beliau hanya mengetahui mengenai kemalangan maut membabitkan empat ahli keluarganya itu selepas dimaklumkan oleh seorang lagi kakaknya Nor Fatini, 22.
“Sekali ‘pi’ (meninggal dunia) sampai empat (orang), bukan satu, bukan dua dan bukan tiga. Saya memang betul-betul sedihlah kerana empat ahli keluarga meninggal sekelip mata macam tu (kemalangan).
“Waktu kakak telefon cakap ayah dan mak dah meninggal, saya memang terkejut sebab semalam (Isnin) saya balik jumpa (mereka), cium tangan apa semua. Tengok-tengok hari ini (petang semalam) tak ada dah,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian.
Muhamad Hazman berkata beliau kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di Perlis memang mengetahui ibu dan ayah serta dua kakaknya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nor Hadirah yang bekerja di sana.
“Saya dah tahu yang mereka semua akan ke Kuala Lumpur untuk menghantar kakak (Nor Hadirah) ke tempat kerjanya setelah lama bercuti dan saya pun macam biasa akan cium tangan mak ayah sebelum balik semula ke Perlis, dalam masa sama saya maklumkan akan pulang ke rumah apabila saya cuti.
TINGGAL DUA BERADIK
“Apabila jadi macam ini (kehilangan empat ahli keluarga serentak), saya sedih tak tahu nak cakap macam manalah. Tinggal saya dengan seorang lagi kakak (Nor Fatini),” katanya yang beberapa kali menahan sebak dan menangis.
Muhamad Hazman yang pada mulanya kelihatan dapat mengawal emosi, ‘tewas’ apabila jenazah ahli keluarganya dibawa masuk satu-persatu ke dalam masjid untuk diberikan penghormatan terakhir.
Manakala Nor Fatini yang sejak awal dilihat sangat sedih sering menyeka air matanya sambil ditemani saudara mereka.
Pengebumian empat beranak itu berlangsung dalam hujan renyai dan diselubungi suasana hiba apabila ramai saudara, kenalan serta penduduk setempat turut menghadiri upacara berkenaan.
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan itu telah selamat dikebumikan di Permatang Pasir, Permatang Pauh awal pagi ini.
Sumber kredit: BERNAMA Sumber gambar: BERNAMA
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.