Berikutan video yang tular semalam mengenai seorang usahawan, Carl Samsudin yang dikatakan telah menengking seorang warga emas berstatus gelandangan, ramai rakyat Malaysia yang telah menyuarakan perasaan sedih dan simpati mereka terhadap warga emas tersebut selain kesal dengan tindakan usahawan terbabit.

Biarpun Carl telah memohon maaf dan menyatakan ia adalah caranya memberikan motivasi, rakyat Malaysia nampaknya tidak boleh menerima alasan tersebut kerana tingkah lakunya yang biadab.

Turut kecewa dengan situasi tersebut, influencer yang juga usahawan berjaya, Syifa Melvin berasa sangat sedih dengan apa yang telah berlaku dan memberi peringatan bahawa kifarah Allah bila-bila saja boleh berlaku.

“Jangan sesekali hina orang, especially yang kau sendiri tak kenal tapi tanpa rasa berdosa hina macam-macam. Kifarah Allah kalau tak balas kat kita, dia balas kat anak cucu cicit kita.

IKLAN

“Mai la perasaan tak tenang tu, hidup jiwa tak tenang asyik nampak salah orang sampai jadi mata lalat yang nampak buruk busuk je.

“Nikmat yang Allah bagi untuk hidup sampai harini pun dah nikmat sangat sangat dah. Lagi ada rasa besar kepala nak hina orang, siapa kita?

“Apa jaminan masa depan kita bahagia? Kalau kaya ada tiket untuk hina ke? Ingat Allah sentiasa memerhati, tiada yang lebih berkuasa dari Al-Malik,” luah Syifa di laman instagramnya.

IKLAN

Dalam pada itu, apa yang membuatkan Syifa lebih terkesan adalah kerana dia juga pernah ke pusat gelandangan tersebut pada tahun lepas bagi memberikan sumbangan peribadi bersama rakan-rakan yang lain.

IKLAN

FEBRUARY 2020:- Di tempat yang sama keadaan yg berbeza, Sekitar tahun lepas February, Syifa turun bagi sumbangan peribadi pada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan KL, Ye mereka tak bernasib baik mcm kita tapi tugas kita utk jaga mereka setakat mana yg mampu dengan hulurkan bantuan, mereka pun punya childhood macam kita, zaman kanak2 happy mcm kita,tapi takdir mereka mcm tu..

Bukan tiket utk kita maki cerca.. Ingat, jadilah manusia yg member manfaat kepada manusia lain,walaupun pada org kurang waras.. Jadi manusia yg baik! Bukan rasa diri tu baik lepastu cakap ujian!

Mana student2 dalam gambar2 ni? Komen jom! Thank You Abg @ahmadfaizrasid ajak Syifa buat charity kongsi rezeki dgn mereka.. Ada peluang dan ruang kita buat lagi nanti.. ☺️ #Adab

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SM (@syifamelvin)