Vitamin juga terdapat pada produk penjagaan muka bukan sahaja di dalam makanan anda. Jarang kita ketahui fungsi dan nama saintifik di dalam skincare. Sebelum membeli produk,semak dahulu label isi kandungan kandungan bahan di dalam skincare. Supaya tidak tersalah beli dan mempunyai kesan sampingan.

Semak 6 jenis vitamin yang ada dalam skincare untuk panduan anda mendapatkan hasil yang maksima.

1. Vitamin A

Vitamin larut lemak ni ada banyak nama. Antaranya :

  • Hydroxypinacolone retinoate
  • Retinaldehyde
  • Retinol
  • Retinyl palmitate
  • Retinyl retinoate
  • Tretinoin (retinoic acid – prescription only).

Selalunya akan tentera perkataan “retin” maknanya itu adalah sejenis bentuk vitamin A.

Apa Manfaat Vitamin A?

  • Meningkatkan cellular turnover – proses semulajadi yang menggantikan sel kulit mati dengan sel kulit yang sihat
  • Meningkatkan penghasilan kolagen – menegang dan menganjalkan
  • Mengecutkan jerawat
  • Melawan radikal bebas – menyebabkan kedutan dan garis halus
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Mengecilkan pori.

Apa Kesan Sampingan?

1. Iritasi : kalau tak pernah guna, vitamin A boleh buat kulit kering dan iritasi. Jadi mulakan dengan kepekatan yang rendah 1-2 kali seminggu. Kemudian baru 3-4 kali seminggu.
2. Sensitif dengan matahari : Retinol akan buat kulit senang terkena kerosakan matahari, jadi gunakan hanya pada waktu malam dan pakai sunscreen pada waktu siang.

Jenis mana yang patut saya guna?

Hampir kesemua jenis vitamin A (kecuali Hydroxypinacolone retinoate) perlu ditukar ke dalam bentuk retinoic acid sebelum diserap ke dalam kulit.

Retinyl palmitate > retinol> retinaldehyde > retinoic acid.

Biasanya , semakin jauh bentuk vitamin A dari retinoic acid, semakin kurang efektif. Kalau yang ada kulit sensitif boleh gunakan produk yang mengandungi vitamin A bentuk Retinyl Palmitate.
Bermaksud :

IKLAN
  • Hydroxypinacolone retinoate : tak perlu ditukar.
  • Retinaldehyde : 1 langkah
  • Retinol: 2 langkah
  • Retinyl palmitate: 3 langkah
  • Retinyl retinoate: 1 langkah

Siapa yang patut gunakan?

  • Anda yang seius tentang anti-penuaan
  • Anda yang jenis kulit berminyak dan berjerawat ( Jangan guna bersama benzoyl peroxide).

Apa Kesan Sampingan?

  • Anda yang sedang menggunakan benzoyl peroxide
  • Wanita mengandung, cuba untuk mengandung dan menyusukan anak.
  • Anda yang kulit sangat sensitif.

2. Vitamin B3

Apa itu vitamin B3 ?

B3 adalah ahli yang paling banyak buat kerja dalam keluarga Vitamin B. Nama superheronya ialah NIACINAMIDE, mesti ramai yang kenal kan?
Bagaimana Vitamin B3 membantu kesihatan kulit?

  • Mencerahkan kulit kusam.
  • Melembapkan kulit.
  • Mengurangkan parut hitam dan kedutan.
  • Menenangkan (soothes) iritasi dan rosacea.
  • Merawat jerawat.

Apa kesan sampingan?

Berita baik, niacinamide ni selamat digunakan oleh sesiapa saja.

3. Vitamin B5

Vitamin B sebenarnya adalah pantothenic acid. Panthenol adalah bentuk alcohol pantothenic acid. Jangan takut dengan perkataan ‘alcohol’ tu. Panthenol adalah alkohol baik untuk kulit.

IKLAN

Fungsinya adalah untuk:

  • Membantu membaiki kulit.
  • Melembapkan kulit (menarik air masuk ke dalam kulit) .
  • Memastikan penghasilan minyak terkawal.
  • Soothes the skin.

Ada kesan sampingan ?

Tiada, selamat digunakan semua jenis kulit.

Siapa yang patut amalkan?

Semua orang, terutama mereka yang berkulit sensitif.

4. Vitamin C

Adalah sejenis vitamin larut air yang ada banyak nama , antaranya:

• Ascorbic acid polypeptide
• Ascorbyl glucosamine
• Ascorbyl glucoside
• Ascorbyl palmitate
• Ester-C
• Ethyl ascorbic acid
• L-ascorbic acid (pure form)
• Magnesium ascorbyl phosphate
• Sodium ascorbyl palmitate
• Sodium ascorbyl phosphate
• Tetrahexyldecyl ascorbate
Pada dasarnya, kalau ada perkataan “ascorb” dalam senarai kandungan, maka itu adalah sejenis bentuk vitamin C.

IKLAN

Apa Manfaat Vitamin C pada Kulit?

  • Meningkatkan penghasilan kolagen, yang mana boleh buat kulit jadi firm.
  • Mencerahkan kulit , yay! Bagus untuk mereka yang ada parut hitam bekas jerawat.
  • Melawan radikal bebas yang menyebabkan kulit jadi cepat tua.
  • Memudarkan tona tak sekata.
  • Menghalang kerosakan UV ( terutama jika digabungkan dengan Vitamin E dan ferulic acid) .

Apa kesan sampingan?

  1. Iritasi : jika kulit jenis sensitif, vitamin boleh buat ia meradang.
  2. Sensitif pada matahari : Ia boleh buat kulit mudah kena kerosakan matahari, jadi gunakan bersama sunscreen dan pada waktu malam sahaja.

Vitamin C yang mana yang saya patut pakai?

L- ascorbic acid adalah jenis yang paling effektif, tapi ia juga adalah bentuk yang paling tak stabil. Bermakna ia tak efektif dalam jangka masa panjang.

Siapa yang patut gunakannya?

  • Sesiapa yang serius dengan antiaging.
  • Mereka yang ada tona kulit tak sekata.

5. Vitamin E

Adalah vitamin larut lemak yang datang dalam banyak bentuk:

  • D-alpha-tocopherol
  • D-alpha-tocopherol acetate
  • Dl-alpha tocopherol
  • Dl-alpha tocopherol acetate
  • Tocopherol
  • Tocopheryl acetate
  • Tocotrienols

Pada dasarnya, kalau ada “tocopher” itu maknanya vitamin E.
“d” bermaksud vitamin E itu dihasilkan dari sumber semulajadi seperti gandum.
“dl” pulak ada vitamin E sintetik.

Apa yang Vitamin E buat pada kulit kita?

  • Ia melembapkan kulit, menghalang kehilangan air dari kulit.
  • Melawan radikal bebas , punca utama penuaan kulit.
  • Membantu melindungi kulit dari sinar UV ( bila bergabung dengan vitamin C).
  • Memastikan skincare product tahan lebih lama.

6. Vitamin F

Adalah fake vitamin. Dikenali juga fatty acids yang badan anda tidak berkerja. Contohnya:

  • Arachidonic acid
  • Linoleic acid
  • Linolenic acid

Apa fungsinya?

  • Hydrate skin.
  • Membantu membaiki skin’s protective barrier.
  • Melawan radikal bebas yang menyebabkan premature aging.

Siapa yang patut amalkan?

Sesiapa saja, tapi ia sangat terbaik untuk mereka yang berkulit kering.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI