Bekas anggota penyanyi kumpulan Elite Linda Rafar mengakui bahawa kerjaya seni miliknya masih berjalan seperti biasa, walaupun dilihat sering melakukan aktiviti melibatkan keagamaan.
Linda sekaligus menolak dakwaan bahawa kerjaya seni beliau semakin perlahan, walaupun jarang menghiasi kaca televisyen (TV).
Linda ‘Aktif’ Hadiri Usrah, Tadabbur & Kuliah Agama!
Ads
Selain itu, Linda turut mengiyakan dia sememangnya turut aktif menghadiri dan menganjurkan kuliah agama. Namun perkara itu tidak membataskan kerjayanya sebagai anak seni.
Ini demikian kerana, Linda menganggap bidang seni merupakan salah satu punca rezeki yang halal.
“Saya banyak terbabit dengan majlis agama, tetapi aktiviti seni masih ada. Saya ambil pendekatan seimbang.
“Secara jujur, saya lebih ke jalan agama, tetapi saya masih melakukan kerja yang mendatangkan rezeki halal,” ujarnya.
Ads
“Saya tahu had dan jaga batasan seperti pemakaian. Itu semua tiada masalah.
“Mungkin orang ingat saya tidak mahu berlakon. Hakikatnya, saya masih Linda Rafar yang dahulu, cuma penampilan saya berbeza,” jelasnya lagi.
Siapa tak nak kulit wajah jadi gebu, putih dan licin tanpa sebarang kehadiran jerawat. Wajah kalau dah glowing, hanya dengan sedikit solekan ringkas mampu membuatkan penampilan begitu terserlah.
Biasanya wanita di negara jiran kita iaitu Siam sahaja yang memiliki kulit licin sebegini. Jarang kita lihat wajah mereka mempunyai masalah jerawat atau jeragat.
Rupa-rupanya, wanita di sana mengamalkan penggunaan masker beras pulut yang dibuat sendiri. Kalau sebelum ini hanya dengar sedap dibuat kuih seperti seri muka, tetapi juga boleh dijadikan masker untuk mendapatkan kulit glowing dan gebu.
Jom kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan pengguna di facebooknya, Ella Shaari. Tidak susah untuk membuatnya dan hanya perlu beberapa bahan yang memang ada di dapur rumah sendiri.
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut – 4 sudu besar
2 sudu besar Rose Bud – 2 sudu besar
1 sudu besar susu tepung – 1 sudu besar
Sedikit air mawar / Facemist Bunga Kampung
Cara-cara membuatnya:
1. Blend kering semua satu persatu
2. Blend sampai jadi halus.
3. Kite bancuh ketiga2 bahan tersebut. Bancuh ikut keperluan.
Kemudian baru campurkan air mawar. Agak² tahap kepekatan tu. Janji senang nak sapu.
Sapukan pada seluruh wajah, boleh juga digunakan pada seluruh badan. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulur dahulu sebentar. Siap. Kali pertama buat pun dah rasa best kulit.
Khasiat masker rose + beras pulut
Putih gebu
Glowingkan kulit
Awet muda
Hilangkan parut
Haluskan kulit
Rose bud mengandungi 2x Vit C berbanding buah oren .
Susu tepung pula bagi effect cerah dan melembab .
Lakukan rawatan 2 atau 3 kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Untung² body pun boleh snow white gitew
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Sebagai seorang wanita bekerjaya, kebanyakan masa kita pasti akan dihabiskan di pejabat. Kita akan keluar awal pagi untuk ke pejabat dan pulang ke rumah pada jam 8 malam ke atas semata-mata mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas. Boleh anda bayangkan berapa banyak masa kita habiskan di pejabat berbanding di rumah.
Disebabkan itu, anda perlu berasa bahagia di tempat kerja kerana ia merupakan lubuk kebahagiaan hidup kita. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja, maka bermakna kita juga tidak bahagia. Kadangkala, kerja yang terlalu banyak serta pergaduhan di tempat kita boleh membuatkan kita stress dan akhirnya tidak bahagia dan tiada hati mahu pergi ke tempat kerja.
Kalau anda mahu bahagia di tempat kerja, cuba amalkan 7 perkara yang dikongsi oleh Ashikin Hashim menerusi laman Facebooknya. Menurutnya, tempat kerja merupakan rumah kedua dan tempat kita mencari rezeki. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Ustaz Pahrol pernah kata: Tempat kerja tempat yang lama kita berada. Jika balik rumah, kita balik dan tidur. Di tempat kerja kita jumpa dan berurusan dengan orang. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja maka kita tak bahagia.
Nasihat Dr Fadhilah Kamsah kepada mereka yang mahu berhenti kerja sebab tak boleh kerja dengan orang, sebab rasa tak dihargai, sebab kawan-kawan tak ngam dengan kita:
“Betulkan diri kita dahulu. Betul kan niat kita. Doakan semoga orang-orang yang tiada hubungan baik dengan kita akan menjadi baik dengan kita, doakan untuk bos supaya bos sayang kita, doakan untuk company semoga company sukses.”
Ini pula kata-kata saya: Sebenarnya senang kita nak rasa disayangi di tempat kerja. Sangat mudah nak dihormati, dipercayai dan rasa tenang di tempat kerja.
1. Tanamkan niat kita bekerja kerana Allah. Pasti Allah bantu niat-niat kita yang lain seperti nak bantu keluarga, nak bayar hutang etc.
2. Buat baik dengan semua orang – dengan kawan-kawan sekerja, dengan pembantu, dengan pelanggan, dengan pelawat etc
3. Jangan mengadu domba. Nampak saja kesalahan orang, mudah mahu adu pada boss dan menjadi pula bahan umpatan dengan kawan-kawan. NO! Jangan mulakan. Inilah pembunuh senyap di tempat kerja.
4. Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi di tempat kerja. Tenang itu selalu menang.
5. Ucapkan terima kasih kepada boss dan kawan-kawan.
6. Mohon maaf jika bersalah. Jangan ego.
7. Senyum. Usah mudah sangat berubah muka. Senyumlah kerana senyum itu penawar untuk semua permasalahan.
Tempat kerja adalah rumah ke-2 kita. Tempat kita mencari rezeki. Jika di tempat kerja kita bermain dengan perasaan. Kita tak suka dengan rakan sekerja, kita membenci, bagaimana doa kita mahu dimakbul Allah?
Semoga anda semua menjadi pekerja yang hebat. Orang hebat pasti disayang manusia dan juga Allah.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.