Seronok melihat kebahagian keluarga besar pasangan ini Jozlyn dan Johan, dikurniakan 5 orang anak kesemuanya comel-comel berlaka. Ibu kepada Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq ini sentiasa berkongsi gelagat anak-anaknya di media sosial malah setiap entri penuh dengan kisah menarik sebuah rumahtangga.
Melalui satu posting di instagram @jozlynnhanania pasti ramai netizen tertanya-tanya apa tip Jozlyn menjaga anak-anak mesra selalu. Padu jawapan Jozlyn dan buat anda yang mempunyai anak ramai boleh amalkannya dari kecil lagi.
Ads
Ini antara tip padu Jozlyn menjaga anak mesra satu sama lain:
1. Ajar doa yang baik…
“Ajar dorg berdoa minta yg baik2.. dr kecil amalkan.. nnt akan dgr.. contoh dulu haziq kecik dia doa.. xnk gado dgn abg, adik kena hormat abg, abg jgn buli adik.. kita akan dgr kelakar.. tp tu permintaan dia pada Allah.. lama2 dia sebati dgn doa dia.. smp doa dia jadi lebih specific n matang.. ikut umur
“Semua dari kecik.. amalkan solat jemaah.. lepas solat ayah kena jalankan tanggungjwp bercerita ttg sirah hadith atau apa saja.. mungkin boleh buat ngaji sesama.. so ada aktiviti lepas solat.. bila dia tgk seronok pasti dia xnk tinggalkan solat.. jadikan solat, mengaji ni satu benda yg seronok utk dorg wajib amalkan.. ingat.. dlm mendidik kita perlu membimbing bukan mengarah..”
“Dari usia 2tahun bila dia dh start amik sejadah nak solat sendiri.. time dh abes je.. mesti akan panggil duduk atas riba.. bermanja dan ajar dorg doa minta apa yg dorg nak.. as a parent ke bimbing n didik bagaimana nak berdoa.. dan kenapa perlu berdoa.. dia akan set kt kepala.. slalu 3 tahun tu dorg dh mula pandai doa minta apa yg dorg nak.. contoh akan ada masok dlm doa dorg nak toy, nak kfc.. suh dorg doa kuat.. supaya kita tau apa dorg inginkan.. if let say dorg doa nak toy.. ada pasar mlm bwk g belanja.. bg tau dia.. tgk, u solat, u doa.. Allah bg rezeki kt papa n mama.. trus dpt belikan u toy.. jangan putus doa yg baik2.. as a gift utk dorg yg nak solat n doa.. kena explain ok
Bersama anak lelaki sulungnya Jozlyn kelas arafiah fokus pada surah-surah pendek. Masyallah indah sungguh keluarga ini. Kalau dilihat pada dasarnya pasangan ini sangat sempoi tetapi apabila mendidik keluarga alhamdulilah boleh dibanggakan.
Tidak dinafikan jodoh itu rahsia Allah. Namun sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik dan boleh membimbing kita hingga ke jannah. Seperti perkongsian Prof Muhaya yang mengingatkan supaya mencari calon suami yang menjaga solatnya untuk dijadikan sebagai Imam kita.
Menurutnya melalui posting di laman instagram, Prof Muhaya memberitahu sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah sekiranya tidak bersolat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
“Pada semua yang tidak solat, sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, maka hidupnya akan sia-sia,” ujarnya.
Tambahnya lagi beliau turut mengingatkan wanita agar elakkan dari mencari lelaki yang malas dan hanya mahu mencari isteri yang berkerjaya dan rajin berdikari.
Lelaki jenis ini dibimbangi malas menjalankan tanggung jawab dan sekaligus tidak memberi nafkah sepatutnya pada isteri.
Perkongsian ini turut mendapat respon positif dari followernya. Masing-masing bersetuju apa yang dipesan oleh pakar motivasi ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pesta Halloween di Riyard Boulevard telah berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat lepas, kecoh di media sosial apabila satu video TikTok tular, dikatakan Arab Saudi sudah mula menerima dan menyambut perayaan Halloween secara besar-besaran. Malah pihak berkenaan hanya membenarkan pengunjung untuk masuk jika berpakaian menakutkan sahaja.
Terkejut dan tergaman, antara negara yang dikenali sebagai negara Islam menyambut perayaan yang diraikan penganut kristian. Hari Halloween disambut bagi memperingati orang yang telah mati, juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saint’s Eve. Biasanya sambutan ini dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan.
Menerusi satu posting di Facebook, Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil bersuara, meluah rasa dengan situasi terkini. Perasaan yang amat sangat kecewakan kerana negara itu sudah mula menerima pengaruh dan budaya barat yang sememangnya bercanggah dengan akidah Islam.
“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini kita melihat pesta Halloween seolah menjadi suatu budaya yang sedang dinormalisasikan. Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri, sudah mula tular di media sosial gambar-gambar anak muda Melayu Islam yang bertudung litup turut menyambut pesta ini,” luahnya.
Memperagakan kostum dan tata rias wajah seumpama hantu yang menyeramkan, tampak ianya satu pesta yang menyeronokkan. Lebih menyedihkan lagi perayaan ini juga disambut baik di negara ini apatah lagi mereka yang menyambut parayaan ini juga dikalangan penganut agama Islam. Sebagai seorang pendakwah, Ustazah Asma tampil menerangkan sejarah pesta Halloween, dengan harapan agar mereka lebih faham, di dalam Islam ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah Islam yang sebenar, bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Quran.
Halloween adalah perayaan sebahagian daripada penganut Kristian yang dirayakan setiap kali tibanya 31 Oktober. Bagi mereka ia bertujuan untuk memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints) dan pejuang-pejuang agama (martyrs) dalam kalangan orang Kristian.
Berasal daripada istilah All Hallow’s Eve iaitu malam sebelum all hallow yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.
Perayaan Halloween juga asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno, ia berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.
Hari ini, Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh pergi rumah ke rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram.
Hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. Rasulullah SAW juga telah melarang umat Islam menyerupai kaum kafir.
Daripada Rasulullah SAW Ibn Umar r.a.,berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Telah berkata Rasulullah SAW: sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.(HR Abu Daud, hadis hasan)
Berdasarkan hadis di atas, seorang Muslim itu dilarang untuk berkelakuan, meniru gaya atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.
Sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam. Dan yang cukup merisaukan juga saat melihat anak-anak di negara kita turut terlibat sama merayakannya. Pesta sebegini bukan sahaja dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang kafir, tetapi juga kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan pendedahan aurat yang tidak terkawal dalam kalangan mereka yang menyambutnya. Ustazah Asma Harun agar mereka semua renungi sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman;
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR Muslim)
*Dhob – biawak padang pasir
Tugas sebagai seorang pemimpin amat besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT. Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau, bukan sahaja kepada pesta Halloween yang berlaku di Arab Saudi ini.
Pendakwah bebas ini berharap dengan perkongsian ini akan dipandang pihak berkenaan supaya negara dibimbing para pemimpin Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, Allah SWT memelihara kita dan seluruh zuriat keturunan daripada segala fitnah akhir zaman.
Sepotong doa agar kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan.
Tidak dapat dinafikan setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, mulus dan berseri. Pelbagai jenis produk boleh didapati di pasaran tetapi anda perlu tahu dahulu jenis kulit anda sebelum membeli sesuatu produk itu. Bimbang tidak sesuai dan akhirnya menimbulkan masalah lain pula.
Seperti pemilik Tudung Ruffle, Hanis Arif atau lebih mesra disapa sebagai Anis, dahulu dia pernah tersilap langkah kerana tersalah memakai produk.
Ini kerana terpengaruh melihat wajah rakannya yang licin apabila menggunakan produk tersebut. Akibatnya, Anis terpaksa berhadapan dengan masalah kulitnya yang ditumbuhi jerawat.
Menurut Anis, kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Anis untuk terus berhati-hati dalam memilih sebarang produk untuk kulit. Kini, alhamdulillah kulitnya sudah pulih.
Tidak dinafikan bahawa Anis sangat teliti dalam penggunaan produk pada wajahnya. Jangan terkejut jika dikatakan Anis hanya menggunakan pencuci muka sahaja untuk mencuci mukanya.
Tiada toner, moisturizer atau sebarang serum. Agaknya macam mana nak dapatkan kulit yang cantik macam Anis ya?
“Sebelum tidur, Anis akan pastikan Anis bersihkan makeup terlebih dahulu jika ada makeup yang Anis pakai pada hari itu. Jika tidak, Anis akan cuci muka seperti biasa menggunakan pencuci muka.
“Anis memang tiada pakai sebarang produk muka lain kecuali sabun pencuci muka sahaja. Agak trauma juga nak pakai sebarangan produk kerana bimbang kejadian lama berulang,” ujar Anis sambil tersenyum manis.
Hijabista turut bertanya Anis tentang petua untuk memiliki kulit yang cantik sepertinya. Katanya, sebelum tidur perlu pastikan wajah dicuci dengan bersih. Jika tidak, pasti akan tumbuh jerawat pada keesokan harinya.
Selain itu, Anis juga kerap melakukan facial dan hanya akan gunakan produk yang beautician cadangkan kerana hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk kulit kita. Anis akan melakukan facial sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Jangan sangka Anis hanya menggunakan rawatan moden sahaja dalam penjagaan kulit. Anis tetap menggunakan petua tradisional untuk menghilangkan parut jerawat pada wajahnya satu ketika dahulu.
Rahsianya, hanya gunakan serbuk kulit kayu manis. Anis akan letakkan serbuk kulit kayu manis pada parut jerawatnya dan dalam masa lebih kurang seminggu, parut tersebut akan pudar dan hilang.
Wow, petua yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kalau anda ada masalah seperti Anis dahulu, boleh cuba lakukan petua ini.
Hijabista sendiri kagum dengan tubuh langsing yang dimiliki Anis. Rupa-rupanya, sejak dari kecil lagi keluarga Anis memang sudah mengamalkan pemakanan yang sihat serta mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bersantan.
Malah, Anis juga amalkan memakan ulam dan sayur-sayur yang direbus. Jadi bila sudah terbiasa daripada kecil,cara pemakanan ini terus dibawa hingga kini. Patutlah Anis maintain kurus dan cantik walaupun sudah punyai seorang cahayamata.