Seronok melihat kebahagian keluarga besar pasangan ini Jozlyn dan Johan, dikurniakan 5 orang anak kesemuanya comel-comel berlaka. Ibu kepada Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq ini sentiasa berkongsi gelagat anak-anaknya di media sosial malah setiap entri penuh dengan kisah menarik sebuah rumahtangga.
Melalui satu posting di instagram @jozlynnhanania pasti ramai netizen tertanya-tanya apa tip Jozlyn menjaga anak-anak mesra selalu. Padu jawapan Jozlyn dan buat anda yang mempunyai anak ramai boleh amalkannya dari kecil lagi.
Ads
Ini antara tip padu Jozlyn menjaga anak mesra satu sama lain:
1. Ajar doa yang baik…
“Ajar dorg berdoa minta yg baik2.. dr kecil amalkan.. nnt akan dgr.. contoh dulu haziq kecik dia doa.. xnk gado dgn abg, adik kena hormat abg, abg jgn buli adik.. kita akan dgr kelakar.. tp tu permintaan dia pada Allah.. lama2 dia sebati dgn doa dia.. smp doa dia jadi lebih specific n matang.. ikut umur
“Semua dari kecik.. amalkan solat jemaah.. lepas solat ayah kena jalankan tanggungjwp bercerita ttg sirah hadith atau apa saja.. mungkin boleh buat ngaji sesama.. so ada aktiviti lepas solat.. bila dia tgk seronok pasti dia xnk tinggalkan solat.. jadikan solat, mengaji ni satu benda yg seronok utk dorg wajib amalkan.. ingat.. dlm mendidik kita perlu membimbing bukan mengarah..”
“Dari usia 2tahun bila dia dh start amik sejadah nak solat sendiri.. time dh abes je.. mesti akan panggil duduk atas riba.. bermanja dan ajar dorg doa minta apa yg dorg nak.. as a parent ke bimbing n didik bagaimana nak berdoa.. dan kenapa perlu berdoa.. dia akan set kt kepala.. slalu 3 tahun tu dorg dh mula pandai doa minta apa yg dorg nak.. contoh akan ada masok dlm doa dorg nak toy, nak kfc.. suh dorg doa kuat.. supaya kita tau apa dorg inginkan.. if let say dorg doa nak toy.. ada pasar mlm bwk g belanja.. bg tau dia.. tgk, u solat, u doa.. Allah bg rezeki kt papa n mama.. trus dpt belikan u toy.. jangan putus doa yg baik2.. as a gift utk dorg yg nak solat n doa.. kena explain ok
Bersama anak lelaki sulungnya Jozlyn kelas arafiah fokus pada surah-surah pendek. Masyallah indah sungguh keluarga ini. Kalau dilihat pada dasarnya pasangan ini sangat sempoi tetapi apabila mendidik keluarga alhamdulilah boleh dibanggakan.
Sememangnya jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur bila harus bertemu, bila harus bersatu, dan bila harus berpisah. Perancangan Allah Maha hebat. Allah tahu apa yang terbaik untuk setuap hambaNYA.
Bagaimana hendak tahu seseorang itu adalah jodoh kita? Soal jodoh memang satu topik yang penuh dengan rahsia dan misteri. Kongsi Heliza Helmi, formula tentang jodoh itu dia perolehi daripada perkongsian Ustaz Salahuddin Harun. Moga ia bermanfaat kepada semua.
Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.
Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.
Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.
Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.
Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.
HIJABISTA: Walau apa pun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk hambaNYA.
Bersolek dan berhias seakan menjadi satu rutin wajib bagi kebanyakan wanita sebelum keluar rumah. Pelbagai jenis solekan serta hiasan digunakan supaya kelihatan cantik dan menarik. Sesetengah wanita bersolek untuk meningkatkan keyakinan diri, manakala sebahagiannya untuk dipandang dan dipuji.
Tanpa sedar, kecantikan serta solekan dipamerkan secara terbuka. Apa yang merisaukan ialah apabila wanita bersolek berlebihan, ia akan memberikan implikasi bukan saja kepada imej sebagai Muslimah, bahkan boleh menyebabkan kemudaratan dalam agama seperti tabaruj atau berhias secara berlebih-lebihan.
Lambakan produk kecantikan dan alat solek di pasaran membuatkan wanita ingin mencuba. Aneka lipstik, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya menjadi item wajib yang mesti ‘melekat’ pada wajah.
Sebenarnya apakah hukum bagi wanita memakai lipstik dan alat solekan yang lain? Adakah perkara tersebut termasuk kebiasaan wanita jahiliyyah? Ramai wanita yang memakai alat solekan kerana tidak mahu kelihatan selekeh dah tidak pandai mengurus diri. Berikut pencerahan yang dipetik dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak akan tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita.
Di antara hak seorang wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” (Surah al-A’raf : 32)
Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, hukum wanita memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain adalah harus sebagaimana umum firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (Surah al-Baqarah : 29)
Walau bagaimanapun, wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja. Tidak harus dia mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka dan sebahagian manusia yang telah disebut di dalam ayat 31 surah al-Nur.
Al-Quran telah meletakkan batas-batas syariat tersebut, sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur : 31)
Syeikh al-Sa’di menafsirkan ‘kecuali yang zahir daripadanya’ pada ayat di atas sebagai pakaian yang zahir, iaitu yang biasa dipakai menurut adat setempat dengan syarat pakaian tersebut tidak membawa kepada timbulnya fitnah. (Lihat Tafsir al-Sa’di, hlm. 566)
Sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain dengan nipis dan sekadarnya (tidak berlebihan), serta tidak tabarruj semasa berada di luar, adalah tidak mengapa, selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Hal ini kerana, agama Islam sangat menekankan soal kekemasan dan kecantikan sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.” (HR Muslim (91)
Selain itu, perkara yang harus diingat dan diberi perhatian juga bagi seorang wanita itu, adalah hendaklah dia mengelakkan diri daripada bertabarruj. Imam al-Syaukani menyatakan bahawa al-Tabarruj ialah menampakkan dan mempamerkan (perhiasan dan kecantikkannya) bagi mata-mata (melihat dan menikmatinya). (Lihat Fath al-Qadir, 4/61)
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.” (Surah al-Ahzab : 33)
Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam kitabnya bahawa larangan untuk mempamerkan perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki seperti yang dilakukan oleh kaum perempuan pada zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 22/6)
Begitu juga, Imam al-Syaukani ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa al-Tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan sebahagian daripada perhiasan dan kecantikannya yang (sepatutnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian (syahwat) laki-laki. (Lihat Fath al-Qadir, 4/320 )
Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’ dalam pembahagian hukum berkenaan tabarruj sebagaimana yang digariskan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan:
“Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 10/62)
Maka, kita ketahui bahawa perbuatan bertabarruj itu adalah merupakan kebiasaan wanita jahiliyyah. Demikian juga, kami katakan bahawa termasuk dalam perbuatan tabarruj itu ialah apabila seorang wanita memakai alat-alat solek secara berlebih-lebihan yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian lelaki ajnabi kepadanya dan menimbulkan fitnah.
Inilah yang dilarang dan ditegah di dalam agama. Adapun, memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi, maka ia tidak mengapa.
Secara umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
Tidak mengapa bagi seorang wanita itu untuk memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain semasa berada di luar rumah dengan syarat tidak berlebihan dan memakai sekadarnya sahaja serta tidak bertabarruj.
Selain itu, perkara tersebut harus selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Lebih-lebih lagi, apabila dia memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain itu sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi.
Hal ini kerana Islam sangat mengambil berat soal kekemasan, kebersihan dan kecantikkan.
Walau bagaimanapun, seorang wanita muslimah itu juga mesti ingat bahawa berlebihan dalam berhias bagi seseorang wanita adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja.
Kami akhiri dengan kata-kata Sayyid Qutb sebagai renungan bersama, khususnya buat para wanita di luar sana:
“Perhiasan itu halal bagi perempuan untuk memenuhi keinginan semulajadinya. Setiap perempuan ingin menjadi cantik dan dipandang cantik. Walaupun perhiasan itu berbeza-beza dari satu zaman ke satu zaman, namun asas perhiasan itu adalah sama sahaja dalam fitrah perempuan, iaitu ingin mendapat dan menyempurnakan sifat-sifat kejelitaan dan menunjukkannya kepada kaum lelaki. Islam tidak menentang keinginan semulajadi ini, tetapi Islam mahu mengatur dan mengawalnya. Islam mahu menjadikan keinginan semulajadi itu menuju ke arah yang terang, iaitu ke arah suaminya yang tunggal selaku rakan kongsi hidupnya, yang dapat memandang bahagian-bahagian badannya, yang tidak boleh dipandang oleh orang-orang yang lain darinya (suaminya).” (Lihat Fi Zilal al-Quran, 4/2512)
Memiliki kulit yang lembut seperti kain sutera tanpa sebarang cela merupakan impian setiap wanita. Saat anda tidur di malam hari, kulit wajah akan meregenerasi sel kulit yang rosak akibat sinar UV, polusi, kelelahan, dan lainnya. Untuk itu, kulit wajah memerlukan nutrisi ekstra.
Hijabista temui 5 langkah kecantikan ini akan beri kesegaran dan manfaat ketika anda bangun keesokan harinya.
Aplikasi krim malam jangan diabaikan kerana ia sama penting dengan krim siang, bezanya krim malam tidak perlu kandungan SPF. Bentuk krim dikatakan sebagai bentuk yang tepat untuk membuat kandungan yang ada pada produk kecantikan bekerja lebih baik pada kulit. Khususnya untuk krim malam yang banyak mengandung bahan kecantikan yang dapat menyihatkan kulit. Krim malam dicadangkan tidak hanya untuk anda yang memiliki masalah kulit kering, tetapi juga untuk yang menginginkan efek anti-aging.
Kepekatan minyak botani yang sangat berkhasiat untuk muka bercahaya dan kelihatan muda. Pekatan krim malam ini dikuasai oleh alga merah dari perairan Jepun yang kaya mineral yang berfungsi semalaman untuk menghidrat dan memancarkan kulit. Alga bukanlah satu-satunya bahan aktif, namun buah zaitun, teh hijau, thyme liar, akar ginseng, akar liquorice, sweet marjoram dan buah jujube aktif menyuburkan kulit dengan sifatnya yang berbeza. Bahan ini berfungsi semasa anda berehat untuk anda kulit berminyak pada waktu pagi.
Sememangnya anda lebih selesa memakai face mask ketika tidur agar segera lena. Pengguna face mask sehingga tidur adalah salah dari segi penggunaan, ia akan mengurangkan khasiat yang terdapat di dalam kandungan face mask. Anda di sarankan memakai masker yang bertindak seperti krim malam di mana anda tidak perlu membasuhnya.
Produk ini memberi pembaikan dan penjanaan semula dengan kesan penyembuhan yang luar biasa melalui ujian klinikal. Terbukti bahawa produk ini memulihkan imbangan penghidratan dan kelembapan dalam kulit, F-Balm ™ Waterfacial Elektrolisis dapat memperbaiki tanda-tanda kerosakan, nada dan tekstur yang tidak sekata.
Dengan gabungan bahan penghalang-penghalang, termasuk niacinamide, sodium PCA, squalane tumbuhan, lima bentuk ceramida, asid lemak omega dan antioksidan yang kuat, F-Balm ™ berkesan menghidupkan semula kulit yang mati, kulit terlalu kering, menjadikannya lembut. Manik-manik kecil yang dimuatkan dengan vitamin F pecah ketika mengaplikasi di permukaan muka yang berfungsi untuk menghantar emollience tambahan dan penghidratan yang menenangkan.
Face oil merupakan salah satu skin care yang sedang banyak diganderungi. Bahan face oil berasal dari minyak alami tumbuhan yang dipercaya bermanfaat untuk berbagai jenis kulit. Asam lemak esensial dalam face oil berfungsi menjaga sel-sel dari kerusakan dan dehidrasi serta menjaga elastisitas kulit. Selain asam lemak, face oil juga mengandung nutrisi serta antioksidan yang baik untuk kulit.
Kulit wajah Anda terlihat kusam? Tingkatkan warna kulit wajah Anda dengan produk yang satu ini. Biossance mengandung vitamin C yang lebih stabil dan larut dalam lemak. Vitamin C ini lebih cepat menyerap ke dalam kulit wajah serta membantu mempercepat meratakan warna kulit Anda.
Squalene memiliki tekstur yang ringan dan dapat mengunci kelembapan di dalam kulit anda dalam jangka waktu lama. Selain itu, ada juga kandungan chios chrystal oil yang berfungsi untuk merevitalisasi dan meningkatkan kekenyalan kulit. Lengkapi perawatan wajah seri squalene lainnya dari Biossance untuk tampilan lebih muda.
Berbeza dengan kulit pipi dan dahi yang memiliki ketebalan 2 mm, kulit di sekitar mata hanya memiliki ketebalan kurang dari 1 mm. Selain sangat tipis, kulit mata juga mudah lelah kerana mata berkedip setidaknya 20.000 kali sehari. Hal itulah yang menyebabkan area di sekitar mata menjadi kendur dan kerutan mudah muncul seiring bertambahnya usia.
Terbaharu dari PIXI eye patches ini mengandungi vitamin C yang berfungsi mencerahkan area bawah mata. Malah mengurangkan bengkak di bawah mata dan lingkaran hitam sambil melembapkan dan menenangkan kulit anda dengan patch mata hidrogel DetoxifEYE Pixi.
Agak sukar melelapkan mata apabila bekerja di rumah. Seumpama anda bekerja 24 jam kerana segala aktiviti tertumpu di dalam rumah. Bagi mereka yang sukar untuk tidur cara ini terbaik dan memudahkan anda lena dan kembali segar keesokan paginya.
Dirumuskan dengan gabungan Ylang Ylang dan Patchouli, yang terbukti mengaktifkan bidang otak yang berkaitan dengan kelonggaran dan kesenangan, semburan bantal ini akan memberi inspirasi kepada anda untuk meletakkan telefon pintar dan lena dengan orang yang anda sayangi, membuka jalan untuk tidur dengan lebih baik. Minyak pati Ylang Ylang dan Patchouli digabungkan untuk membuatkan anda dalam suasana hati, sementara bau tidur yang terendam sedar menggalakkan lebih banyak pemulihan ketika tidur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.