Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai selebriti yang mengambil langkah untuk berhijab. Ini adalah satu perubahan yang sangat baik dan pastinya diberi sokongan penuh oleh netizen.
Seperti pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Eyra Hazali, dia kini telah tampil dengan bertudung dan telah memadam semua fotonya yang tidak berhijab di akaun instagramnya.
Eyra telah mengumumkan penghijrahannya secara rasmi pada siaran langsung program MeleTOP pada hari Selasa yang lalu.
Sudah dua bulan bergelar tunang kepada penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia iaitu Haziq Nadzli, pelakon drama Mr.Grey ini juga mendapat sokongan padu daripada para peminatnya yang turut mendoakan untuknya.
Lain orang lain kisah penghijrahannya. Ini kerana hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk berbeza. Begitu juga dengan pelakon berdarah kacukan Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau nama komersialnya Catriona Ross antara selebriti yang turut melakukan penghijrahan. Kisahnya sedikit unik kerana faktor sayangkan kos ‘hair extension’ menyebabkan dia belum terbuka hati untuk berhijrah. Menceritakan kisah penghijrahanya lima tahun lalu itu dalam laman sosial facebook Zayan FM dan ditonton hampir setengah juta pelayar medium ini.
Menurut Cat selepas dia mengalami kemalangan pada 2007, kira-kira 11 tahun lalu dia mula mencari siapa dirinya yang sebenar setelah sembuh dari kemalangan ngeri berkenaan. Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu telah menyebabkan dia mengalami patah dua belah kaki, tangan kanan dan terpaksa berehat di atas selama katil.
“Pada tahun 2008 saya mula rasakan jiwa saya ketika itu sudah mula kosong. Rasa macam apa yang saya nak buat ini. Tetapi waktu itu saya sudah mula kembali kepada industri ini dan mula shooting semula. Dan alhamdulillah saya memang ada banyak projek.
“Ketika itu saya rasa Allah dah bagi jalan balik dan saya sudah merasakan diri saya cukup sempurna. Waktu itu saya sudah boleh berjalan dan boleh berlari balik. Saya terfikir ketika itu takkan nak pakai tudung sekarang memandangkan usia saya masih muda. Baru 26 tahun 27 tahun,” ceritanya tenang.
Menurut Cat ketika itu daripada mencari kekuatan untuk memakai tudung, dia memilih untuk pergi ke salun.
“Saya pergi salun dan tanya saya nak pakai ‘hair extension’ dan mahukan ia dari rambut semulajadi. Rambut semulajadi ini maknanya rambut yang berasal dari rambut manusia yang mereka potong dan sambung balik menjadi ‘hair extension’.
“Saya tak nak pakai yang sintetik sebab keras, tak cantik, payah nak jaga dan sebagainya. Jadi saya pun mula pakai ‘hair extension’ dan rambut tiba-tiba panjang sampai pinggang. Saya rasa penampilan sangat meletop ketika itu,” tambah ibu kepada tiga orang cahayamata ini.
Namun penghijrahan yang dilalui oleh Catriona bermula sedkit demi sedikit. Ketika itu sudah sampai satu tahap persoalan yang berlegar di fikirannya bagaimana kalau mahu bersolat.
“Saya fikir dengan rambut begitu bagaimana saya mahu solat. Saya bukan tak tahu hukum hakam agama mengenainya. Saya tahu tetapi untuk ‘mengenyangkan’ jiwa yang kosong ketika itu mungkin saya mahukan sesuatu yang baru untuk diri saya.
“Hampir setahun saya pakai ‘hair extension’. Dan sepanjang tempoh itu saya tahu kalau saya solat pun memang tidak akan sah dan tak akan diterima. ini kerana wuduk tak sampai dan sebagainya,” tambah Cat yang rancak bercerita tentang pengalaman ‘hair extension’ yang dipakainya.
Sepanjang memakainya memang Cat tidak nafikan dia mendapat pujian dari teman-temannya.
“Mereka puji rambut kita nampak sangat sihat, lebat dan panjang. Sudahlah harganya mahal. Bayangkan satu ‘extension’ berharga RM85 dan ada sebanyak 35 ‘extension’. Takkan saya nak buang macam itu saja.
“Dan saya anggap ini seperti satu perlawanan. Perlawanan tentang apa yang sebenarnya saya nak buat dengan hidup ini. Dengan keadaan sekeliling yang mana orang masa itu seakan-akan menyokong apa yang anda buat,” katanya.
Menurut Catt juga perbuatan dia membuat ‘hair extension’ turut mendapat perhatian ibunya.
“Tapi ibu saya memang tahu. Orang tua memang tahulah. Dia datang rumah dan saya nampak dia perhatikan rambut saya dan kata “Lebat lain macam rambut anak aku yer. Panjang sangat” Kemudian dia tanya saya “Dah sembahyang” Saya pandang dia dan nak jawab dah sembahyang memang tak buat pun,” jelasnya lagi.
Daripada situ sampai satu tahap Catriona rasa segalanya sudah cukup baginya. Dia mula buang semua itu (hair extension) dan cari kekuatan untuk memakai tudung.
“Saya mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat. Emak saya , emak mertua dan juga suami. Sampai suami saya tanya saya “Memang bersedia itu pakai macam ni?. Saya jawab ‘Betul dan pasti. Bila dia tanya “Macam mana nanti nak kerja” saya katakan pada suami, “Adalah itu rezeki Allah bagi,” katanya lagi.
Dia yang kini aktif semula di bidang seni setelah empat tahun menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
Sebelum mengakhiri pengalaman hijrahnya, Cat turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berubah agar lakukan sahaja.
“Siapa yang ingin berubah, lakukan sahaja. Sebab kalau kita fikir silap langkah kita mungkin akan tangguh benda itu. Jadi jangan tangguh benda itu dan buat saja. Tapi cari rakan-rakan positif yang boleh kuatkan jiwa anda,” jelasnya lagi.
Dalam kekecohan masyarakat Malaysia berteka teki bilakah Neelofa akan melangsungkan pernikahan bersama PU Riz, kini adiknya mencuri perhatian warga maya seketika. Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, Ameera Khan atau terkenal dengan nama Little Miss Khan memuatnaik gambar dirinya yang dilihat sudah mula berhijab.
Tampil anggun dan sopan dalam persalinan putih dan berselendang rona kelabu, tulisannya bersama hantaran itu berbunyi هذا اليوم الأولً فانشاءالله atau jika diterjemahkan ke bahasa Melayu ia bermaksud ‘Ini adalah hari pertama, InsyaAllah’.
Tinjauan Hijabista ke InstaStory Neelofa pula kelihatannya usahawan dan selebriti terkenal itu cukup gembira dengan penghijrahan adik perempuannya, dalam salah satu hantaran dia menulis, Alhamdulillah syukur, semoga Allah sentiasa memilih adikku sayang dan doakan Ameera selalu.
.
Ameera yang kini berusia 20 tahun merupakan seorang pempengaruh media sosial yang cukup popular dan juga seorang usahawan yang mengikut jejak langkah seperti ibu dan juga kakaknya. Semoga Ameera istiqamah dalam perjalanan baharu ini dan sentiasa dijaga imannya oleh Allah SWT. Kami di Hijabista mengucapkan tahniah!
Sumber gambar: Instagram Ameera Khan & Neelofa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika pelakon Emma Maeombong kembali tidak berhijab, tetapi seorang lagi selebriti, Nonny Nadhirah atau dikenali dengan Nonny AF tampil untuk berhijab dengan mengenakan tudung sepenuhnya. Apa yang lucunya, Nonny turut menceritakan pengalaman jari ditusuk jarum gara-gara mahu cepat menyarung tudung di kepalanya.
Menurut Nonny yang menulis dalam posting di laman instagramnya memberitahu dia baru balik dari mengerjakan umrah dan ketika itu masih lagi tidak berhijab.
Tetapi kemudiannya dia terdetik hati untuk membeli tudung dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.
Sebelum itu Nonny juga ada merujuk pada ibunya yang turut memberi nasihat padanya untuk terus dengan niat yang satu itu dan segala urusan akan dipermudahkan Allah.
Menurut Nonny lagi, hidayah itu milik Allah dan kita sendiri perlu kuatkan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kini Nonny dalam proses untuk terus istiqomah dengan pemakaian hijabnya.
Buat masa ini dia hanya memakai hijab untuk keluar shooting sahaja dan dapat rasakan cabaran bagi mereka yang berhijab kerana turut berpengalaman jari ditusuk jarum peniti kerana mahu cepat bersiap.
Belum lagi katanya tudung dipakai senget ke kiri dan kenanan serta ketika makan hijab dipakai pula sentiasa ke depan. Semua itu menurut Nonny beri satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan
Kita doakan semoga Nony terus kekal istiqomah dan walaupun berhijab masih boleh lakukan aktiviti sihat dan aktif walau di mana anda berada.
Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi,pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sblm ini hanyalah utk dipakai semasa shooting.
sy mengadu dgn mak sy,”hmm..mama kalau nak bertudung,baju semua mcm mana? sebab byknya baju2 sy tidaklah sesuai utk dipakai dgn tudung dan mcm mama sendiri maklum sy bukannya ada byk tudung.byk dibeli sblm ni pun hanyalah utk mama. sy risau ni ma.
mama pun jawab dgn nada yg tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik utk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.hidayah mmg milik Allah dan dpd Allah tapi kita sendiri yg kena paksa diri kita utk menguatkan hati kita utk berubah ke arah yg lebih baik. berbalik kpd Allah dan minta dgn Allah utk permudahkan urusan kita dan jgn dibolak-balikkan hati kita. Keesokan harinya sahabat sy telah menghadiahkan bbrp helai tudung kpd sy dan sorg lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kpd sy. Allah dengar doa sy.
Sy masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kpd diri sy utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala. Terima kasih kpd ygmendoakan,keluarga,peminat,kwn2..siap ada yg email dan dm private kat sy,doa2 dan kata2 semangat korang membuatkan airmata sy mengalir x henti. akan tetapi jgnlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri sy. kita semua manusia biasa.
mungkin harini sy keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari sy dah boleh memakai tudung dgn sempurna.. doa yg baik2…
Utk pengetahuan anda,its not easy gais. sblm ni pakai hanya waktu shooting,skrg nie baru sy rasa betapa mencabarnya utk si pemakai2 tudung & hijabers.
Sblm nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. sy takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2.
Nonny juga turut menerima respon cukup baik dari netizen. Rata-rata gembira dengan penghijrahan dilakukan dan mahu dia kekal istiqomah dengan perjalanan hijrahnya itu.
itsselnie Alhamdullillah.. cantik luar dan dlm insha Allah…
shanurdiyana_sh Smga dipermudahkan sgala urusan nony. Dan semoga istiqamah. aamiin
honey13759 @nonnynadirah inshallah bykkan bersabar dan terus istiqomah… nak berubah memerlukan pengorbanan hehe saya dah melalui saat2 tu..
azierah_93 Alhamdulillahh… tahniahh nonny… smoga Allah peggkn hati nonny agar terus istiqomah… smoga Allah pgg juga hati sy agar sama2 istiqomah dan sama2 kita perbaiki diri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di