Bekas penyampai berita, Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.
Beliau kini tenang menjalani kehidupan peribadi sebagai seorang isteri, ibu dan nenek.
PANDAI MASAK SEJAK KECIL
“Ketika kecil saya hidup membantu keluarga, melihat bagaimana ibu yang bergelar ibu tunggal mencari wang demi keluarga.
Ads
“Saya melihat ibu seorang yang sangat kuat. Macam-macam usaha yang dilakukan oleh ibu demi mencari sesuap nasi antaranya menoreh getah, berkebun dan menjual kuih-kuih kampung,” jelas PS Normala.
Sebagai seorang yang banyak melalui pengalaman hidup yang sukar semasa kecil, PS Normala turut berpesan kepada kaum Hawa terutamanya para gadis agar berdikari dan tahu menguruskan kerja-kerja rumah.
Ads
“Bagi saya orang perempuan kena ada usaha untuk belajar memasak. Sedap atau tak bukan perkara utama. Yang penting usaha walaupun tak pernah pegang senduk.”
“Saya sendiri sejak usia 9 tahun sudah pandai memasak. Sebagai anak sulung pagi-pagi lagi saya sudah ke dapur untuk masak cekodok dan lempeng pisang.
“Sejak kecil, saya dan adik perempuan diajar untuk tahu memasak Bukan hanya belajar tanak nasi atas dapur kayu dan buat kuih-kuih kampung malah kami juga belajar cara kukur kelapa,” kongsinya.
Ads
NASIHAT BUAT ANAK GADIS
Bagi PS Normala tanpa ilmu seseorang itu sukar untuk pergi lebih jauh. Katanya, wanita juga perlu ada kerjaya.
Bersama anak perempuannya yang cantik.
“Jangan terlalu bergantung kepada duit suami terutama pada zaman sekarang. Harus ada prinsip ‘saya perlu bekerja’.
“Maka setiap anak perlu dididik dengan pelajaran. Sekurang-kurangnya dengan adanya ilmu mereka tahu untuk handle kehidupan yang kian mencabar,” pesan PS Normala.
Kredit Foto: Instagram @normalasamsudinofficial
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apa salah satu produk solekan yang menjadi kegemaran anda? Lipstik? Pembayang mata (eyeshadow)? atau Maskara? Jika pemerah pipi (blush) anda sama macam min! Ya, siapa sahaja tidak suka pemerah pipi, warnanya sahaja sangat menarik.
Kulit yang tampak sugul dan kusam pula akan tampak lebih ceria dan berseri apabila mengoleskan sedikit ke pipi. Penampilan pula akan menjadi lebih manis dan ayu selepas itu.
Pemerah pipi ini adalah satu produk solekan yang harus ada di dalam beg mekap anda. Tanpa pemerah pipi, wajah akan nampak sangat rata dan tiada warna yang menyerikan di kawasan muka selain warna pembayang mata.
Sudah tentu anda tidak mahu kelihatan janggal apabila mengenakan solekan tambahan pula ingin tampil bersedia dan cantik apabila berjumpa dengan khalayak ramai. Bagi min, harus ada pemerah pipi kerana hanya oleskan sedikit sahaja di pipi sudah kelihatan comel dan manis.
Sudah menjadi suatu benda yang lazim buat penggemar mekap untuk memilih warna-warna rona yang sesuai dengan warna kulit. Tambahan pula, ada juga beberapa jenis produk yang berbeza untuk serasi bersama jenis kulit seperti berminyak, kering, kombinasi, dan normal.
Hari ini min nak ulaskan lebih mengenai jenis pemerah pipi dan keserasiannya yang sesuai untuk beberapa jenis kulit wajah. Ada terdapat tiga jenis produk pemerah pipi sebenarnya, antaranya:
Tetapi sering kali kita lihat di pasaran dua jenis pemerah pipi iaitu krim dan bedak. Jadi kita akan lebih fokuskan kepada dua jenis ini dan kesesuaiannya pada jenis kulit.
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering atau sudah matang, di sarankan untuk menggunakan pemerah pipi jenis krim. Ia kerana konsistensi produk itu sangat bagus buat kulit yang memerlukan produk yang melembapkan kulit.
Pemerah pipi jenis krim juga sangat bagus dalam pengawalan warna yang di letakkan pada muka. Anda boleh mengawal kepekatan warna yang anda letak pada kulit. Oleh kerana konsistensinya yang pekat dan pejal, ia tidak mengeluarkan warna yang terlalu pekat malah tampak lebih natural.
Antara produk yang min suka setakat ini adalah:
Pemerah pipi ini datang dengan tiga jenis warna yang menarik seperti Sand Coral, Merry Mauve, dan Summer Peach. Ia juga mengandungi vitamin E dan senang sahaja untuk di gunakan. Mudah juga untuk di bland pada kulit dan tahan lebih lama!
Mempunyai konsistensi yang senang untuk anda oleskan pada muka. Senang di bland dan seolah-olah cair di kulit muka tanpa meninggalkan kesan yang ketara. Sudah tentu tahan lebih lama!
Sis! bukan bedak yang talkum itu, tetapi jenis bedak yang sering menjadi pilihan kita. Ramai yang menggunakan powder blush kerana ianya mudah di dapat di mana-mana sahaja.
Namun, powder blush atau pemerah pipi jenis bedak ini kurang sesuai untuk di gunakan pada kulit yang matang dan kering. Ia boleh membuatkan kulit tampak lebih kering dan senang kelihatan kesan-kesan kulit mati di muka.
Buat anda yang mempunyai kulit jenis kombinasi, normal, ataupun berminyak–ini jenis pemerah pipi khas buat anda. Ia akan memberikan warna yang cantik dan juga membuatkan kulit tanpa lebih matte dan mulus!
Sering menjadi pilihan kebanyakan orang kerana ia sangat ringan dan membuatkan kulit tampak natural sepanjang hari. Senang sahaja untuk bland pada kulit dan memberikan kesan glowing.
Pemerah pipi jenis bedak yang membuatkan kulit tampak mulus dan licin. Ia mampu memberikan warna dan menyegarkan muka tampak lebih anggun.
Cop! Sebelum anda pergi, sebenarnya kedua-dua jenis pemerah pipi ini boleh sahaja di gunakan untuk mana-mana jenis kulit. Apa yang penting adalah base solekan anda harus cantik supaya kulit tampak lebih jelita!
Lama kita tak mendengar khabar penyanyi Hantu atau Buaya iaitu Nana Sheme. Rupa-rupanya, Nana baru sahaja bergraduasi dan lebih membanggakan, dia berjaya mendapat Anugerah Cemerlang Kelas Pertama menerusi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Pembinaan sempena majlis graduasi ke-90 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Alhamdulillah. Secara rasminya saya telah bergelar graduan UiTM. Tak dapat dinafikan, kehidupan ijazah sarjana muda saya merupakan memori paling bermakna dalam hidup saya. Banyak memori pahit dan manis! Saya masih ingat dilema yang dihadapi samada mahu menangguhkan pengajian kerana banyak tawaran menyanyi ketika itu. Waktu raya juga tidak mudah. Bukan itu sahaja, karier nyanyian saya juga menjadi taruhan kerana saya menjadikan pelajaran sebagai perkara utama. Saya menghadapi cabaran, sama juga seperti rakan-rakan saya yang lain.
Tapi saya tak pernah menyesal dengan keputusan yang saya ambil.Saya mungkin kehilangan sedikit, tapi itu tidak bermakna saya tidak dapat apa-apa. Syukur. Anugerah cemerlang kelas pertama. Ini adalah untuk Mummy, Abah, Umi, Qd, Tasya & Nash.
Tahniah Nana! Alhamdulillah, berkat usaha gigihnya dia telah berjaya mendapat anugerah kelas pertama. Bukan calang-calang orang boleh dapatkannya. Moga dirinya terus berjaya. Peminat mesti tak sabar nak dengar karya terbaru daripada Nana kan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pastinya ramai suri rumah yang teringin untuk memiliki mesin Thermomix untuk memudahkan kerja masakan namun terpaksa melupakan hasrat itu dek harganya yang boleh dikatakan agak mahal iaitu dalam lingkungan RM 7,000.
Tak perlu gusar lagi sis, sebenarnya ada pilihan yang tidak kurang hebatnya yang berfungsi lebih kurang sama seperti mesin Thermomix tapi dengan harga yang jauh lebih murah. Para suami pun tak perlulah pening kepala!
Banyak versi rupanya untuk kegunaan masyarakat serata dunia.
Menarik betul mesin masakan pintar ini. Nak masak apa pun mudah je! Rasanya ini adalah satu pelaburan yang baik untuk kegunaan harian kita. Why not beli satu kan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui potongan baju kurung sesuai untuk baju raya mengikut bentuk badan supaya nampak lebih slim, seimbang dan yakin di pagi Syawal. Panduan lengkap pilih siluet, fabrik dan warna.