Ads

“Rezeki Itu Milik Allah”, Noor Kumalasari Sanggup Tolak RM100,000 Demi Pertahankan Hijab

Bukan mudah untuk melepaskan tawaran lumayan, apatah lagi apabila nilainya mencecah enam angka. Namun, bagi seniwati legenda Noor Kumalasari, prinsip dan keyakinan terhadap Allah SWT jauh lebih bernilai daripada wang ringgit.

Pelakon berusia 70 tahun itu mendedahkan pernah menolak tawaran lakonan bernilai lebih RM100,000 selepas pihak produksi meletakkan syarat supaya dirinya membuka hijab bagi menjayakan sebuah drama bersiri televisyen.

Keputusan tersebut bukan sahaja memperlihatkan ketegasan beliau dalam mempertahankan prinsip hidup, malah membuktikan bahawa tawaran lumayan tidak semestinya mampu mengubah pendirian seseorang yang berpegang teguh pada keyakinan agama.

“Rezeki Itu Milik Allah”, Noor Kumalasari Sanggup Tolak RM100,000 Demi Pertahankan Hijab

Noor Kumalasari Enggan Gadai Prinsip Demi Tawaran Lumayan

Mengakui perjalanan untuk kekal istiqamah bukan sesuatu yang mudah, bintang filem Mira Edora itu bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus mempertahankan hijabnya.

“Mula-mula berhijab memang banyak cabaran. Malah, saya pernah dapat satu tawaran bernilai lebih RM100,000 untuk drama bersiri televisyen tetapi tolak begitu sahaja.

“Pihak produksi suruh buka hijab dan katanya perlukan saya buka tudung. Saya terus kata minta maaf, tidak akan buat demi apa-apa pun kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah,” katanya.

Ads

Noor berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Tribute Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara bersama Datuk Yusof Haslam sempena Festival Filem Malaysia (FFM).

Jadi Inspirasi Kepada Pelakon Wanita Muda

Lebih menyentuh hati, ketegasan Noor mempertahankan hijab turut menjadi inspirasi kepada seorang pelakon wanita muda yang berdepan situasi sama selepas mengambil keputusan untuk berhijab.

Menurutnya, pelakon berkenaan pernah mendapatkan pandangan daripadanya sebelum membuat keputusan mengenai tawaran lakonan yang diterima.

Ads

“Saya beritahu dia bahawa saya tidak akan sesekali membuka hijab demi apa jua perkara. Akhirnya dia ambil keputusan sama dan walaupun terlepas watak itu, sekurang-kurangnya dia puas hati kerana wang bukan segala-galanya berbanding reda Tuhan,” jelasnya.

Sudah Tiada Keinginan Kembali Berlakon

Dalam perkembangan lain, Noor mengakui masih menerima tawaran lakonan sehingga kini, termasuk watak sampingan yang hanya memerlukan penggambaran selama dua hingga tiga hari.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa hatinya sudah tertutup untuk kembali aktif dalam industri seni meskipun masih mengikuti perkembangan drama dan filem tempatan.

“Tetapi kalau Allah sudah tutup pintu hati, memang tiada langsung rasa nak berlakon semula. Keinginan itu langsung tidak ada, cuma saya masih menonton drama televisyen dan filem-filem lama,” katanya.

Ads

Kisah Noor Kumalasari menjadi inspirasi buat wanita Muslimah bahawa istiqamah bukan sekadar tentang penampilan, tetapi juga kekuatan hati untuk mempertahankan prinsip ketika berdepan ujian.

Sesungguhnya, ada kalanya sesuatu yang dilepaskan demi menjaga prinsip jauh lebih bermakna daripada kemewahan yang ditawarkan.

BACA LAGI : Ramai Ikut Trend, Mufti Ingatkan Bezakan ‘Pakai Tudung’ Dengan ‘Tutup Aurat’

Sumber : Kosmo

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Yang lain

Dilahirkan Tanpa Bola Mata Kiri, Nur Fadhilah Tetap Yakin Diri &...

Nur Fadhilah Rahmat dilahirkan tanpa mata kiri, namun kisah ketabahan, keyakinan diri dan kejayaannya membina kerjaya menjadi inspirasi.