Sebagai umat manusia, kita pastinya tidak dapat lari dari kesilapan. Kesilapan itu seringkali terjadi sesama kita, samaada dengan ahli keluarga, rakan-rakan ataupun orang lain. Oleh kerana itulah, kadang-kala kesilapan membawa kepada kebencian. Dalam dunia ini, pastinya kita tidak dapat lari dari kejahatan orang lain yang mungkin kadang kala tidak berpuas hati dengan kehidupan kita.
Kadang-kala Allah S.W.T menguji kita dengan dugaan yang datangnya dari kejahatan orang lain, namun percayalah setiap dugaan yang diturunkan kepada kita itu pastinya sesuai dengan kekuatan diri kita. Maka, kita sebagai umat Islam selalu disarankan untuk berdoa kepada Allah S.W.T untuk terlindung dari kejahatan manusia.
Kamu boleh membaca doa pendek untuk meminta dijauhi dari kejahatan fitnah. Doa tersebut merupakan petikan dari Surat Yunus Ayat 85-86.
Ads
Doanya ialah:
Rabbana la taj’alna fitnatan lil qaumidz dzalimin. Wa najjina birahmatika minal qaumil kafirin.
Ads
Ertinya,
Ads
” Ya Tuhan kami. Semoga Engkau tidak menjadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim (buruk amal perbuatannya), dan pastinya Engkau pun berkenan menyelamatkan kami dengan rahmat-Mu dari (tipu daya) orang-orang yang kafir (mengingkari dan memusuhi ajaran-ajaran-Mu).”
Semoga doa pendek ini dapat melindungi kita dari segala kejahatan yang ada di atas muka bumi ini dan akan terus dipelihara oleh Allah S.W.T. InsyaALLAH! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat Subuh merupakan salah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya tertinggal, wajib diqada’.
Kita sering terlepas melakukan solat Subuh kerana ia dilakukan bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Pada waktu orang sedang solat Subuh, kita pula tengah sedap tarik selimut.
Kadangkala, kita berazam untuk bangun solat Subuh tetapi tidak juga bangun. Keadaan ini sering terjadi pada hujung minggu. Oleh itu, kami paparkan 5 tip agar anda tidak lagi terlepas solat Subuh bermula hari ini.
Kebiasaannya, mereka yang tidur awal akan bangun awal, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berborak kosong serta membuang masa selepasnya sehingga tidur lewat.
“Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamulail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh.”
(Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim)
Kunci kedua untuk mudah bangun Subuh ialah memelihara amalan sunah ketika tidur pada waktu malam. Antara amalan sunah yang boleh diamalkan adalah berwudhu’ dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Bagi anda yang sukar bangun pagi, mohon pertolongan ahli keluarga atau kawan untuk membantu menggerakkan anda untuk bangun di awal pagi. Atau sediakan jam loceng.
Keimanan merupakan pendorong utama untuk seseorang individu melakukan amalan yang sukar. Contohnya, mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di masjid adalah amalan yang sukar dan tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala.
Bagi meningkatkan keimanan, anda hendaklah banyak melakukan kebaikan kerana dengan hati yang suci dan bersih sahaja dapat menyuburkan Iman seseorang individu itu. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan ia merupakan penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah.
Maksiat adalah salah satu penghalang untuk anda bagun solat Subuh. Oleh itu, jauhi segala maksiat iaitu maksiat mata seperti melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, maksiat lidah iaitu mengumpat dan mengata, maksiat telinga seperti mendengar hiburan yang haram serta umpatan dan fitnah. Kebiasaannya, mereka yang melakukan maksiat sukar untuk bangun solat Subuh kerana ia melemahkan naluri untuk beramal soleh.
Antara punca jiwa menjadi lemah adalah bangun lewat dan meninggalkan fardu Subuh. Oleh itu, syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya bangun pagi. Hukuman meninggalkan solat Subuh adalah anda akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. Ngeri kan?
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sangat memelihara waktu tersebut dengan memenuhkannya dengan zikir. Baginda selalu berzikir sehingga terbit matahari dan terus melakukan solat sunat Dhuha.
Jika kita lihat, kebanyakan orang yang berjaya dalam urusan dunia seperti orang berniaga kerana mereka memulakan kerja mereka pada awal pagi. Pada awal pagi, rezeki terbuka luas. Selain itu, bangun awal juga mempunyai kebaikan daripada sudut kesihatan kerana udara yang dihirup pada waktu Subuh adalah udara yang segar. Ia mampu mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergaskan fizikal.
Sekiranya anda berjaya bangun solat Subuh, ia adalah bukti kekuatan iman anda kerana anda menang dalam peperangan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur
Sumber: khalifahmedia.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Figura ini sering kita lihat menggayakan hijab pada majlis-majlis tertentu dan juga sebagai penghormatan kepada bulan Ramadan yang mulia. Malah, ramai tetamu pastinya terpukau dan terpesona melihat kejelitaanya ketika menggayakan hijab.
Meski belum sempurna mengenakan hijab, Daphne Iking tetap memanjatkan rasa syukur kerana sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jadi sama-samalah kita doakan Daphne agar dikurniakan hidayah menutup aurat sepenuhnya kelak!
Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab.
Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.
Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab dia mahu melakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Daphne menegaskan bahawa dia mahu berubah memakai hijab secara perlahan-lahan, ini demukian kerana, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja masih diterima seperti biasa.
Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini berkata dia tidak pernah menetapkan terhad untuk satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini, lebih kepada mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.
Daphne akui merasa terharu, apabila dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah ketika dia mengenakan hijab.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu.
Daphne turut menuntut orang ramai agar menerima keputusanya seadanya dan teruskan mendoakan serta memberikan sokongan moral, bukan sahaja kepada dirinya, malahan kepada mereka di luar sana yang masih berusaha untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Bukan mudah untuk seseorang itu mengecapi kejayaan. Pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi sebelum berjaya dalam bidang diceburi. Seperti juga perkongsian dari Pengasas Kosmetik Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau dikenali dengan nama Alha Alfa yang menulis posting di laman instagram miliknya baru-baru ini. Sebelum berjaya seperti hari ini, beliau pernah menempuh pengalaman dugaan maha hebat.
Beliau yang berpengalaman sebagai jurusolek selebriti popular seperti Jihan use, Amy Mastura, Nelydia Senrose dan Fasha Sandha berkongsi amalan sedekah yang dilakukannya, namun bukan bertujuan untuk riak tetapi sekadar berkongsi manfaat sedekah kepada netizen.
Menurutnya setiap amalam baik tidak kira kecik akan Allah gandakan. Beliau memberitahu dulu sebaik habis pengajian di UITM, tidak bekerja dan duit simpanan juga cepat habis. Malah keluarganya juga tidak pernah membeli kereta baru sebaliknya ayah hanya mampu memakai kereta second hand.
Namun selepas memberi rezeki pada ibunya walaupun ketika itu tidak mempunyai wang mencukupi, tetapi keesokan harinya tanpa disangka dia mendapat rezeki berlipat ganda.
Bermula dari situ Alha percaya jika mampu berkongsi rezeki yang sedikitpun pasti akan digandakan oleh Allah SWT.
Alha nak share smthg..hrp korg sudi baca..alhamdulillah segala nikmat yg allah dh bg pd kite harini.posting ni bkn nk menunjuk2/ riak or ape sekali pun..sepatutnya tgn kanan menderma tgn kiri di sorokkan..tp alha nak share skit je dgn followers n sahabat2.MAGIC bersedekah..n amalan2 kecik yg kite blh buat n ALLAH ganda kan..
alha nak share dgn korg..pengalaman yg alha xleh lupa..lps habis UITM,alha mmg xkeje..keje pun m.up yg xnmpak simpanannya..duit mmg dpt habis dpt habis..family alha xpnh dpt beli keta baru..ayh beli keta mesti 2nd hand..so lps hbis uitm alha cabar diri amik keta baru.. ALZA tau! bangga nya allah yg tau.. zero deposit n pakcik alha bantu dptkn keta tu guna mcm2 cara..bg alha nak byr sbln rm700 tu dgn baru lps blajar n xkeje sgt ssh..tapi xnk tnjuk kat ibu ayah..ada satu tahap ni, alha igt lagi..
alha bwk keta minyak nak hbis nk isi minyak xde dah duit..lalu plk kat BUKIT DAMANSARA..ada cendol mamak..teringin mcm org mengidam tu kot,.alha stop tepi..tgk lori cendol tu..duit xde tapi xtaw nape benti..korek2 celah2 keta dlm beg ada duit syiling sen2..alha kira2 adalah dlm rm1.80 xsilap..gi kat mmk tu tany dlu brpa satu? xsilap mmk tu ckp rm2 kot..msuk blik keta korek2 selagi ada lubang dlm keta tu dlm beg alhamdulillah jmpa 20sen.tp nak g beli usha dlu org xde..baru cpt2 lari kat mmk td..acah2 “mmk i ada byk duit syiling..u mau duit kecik ke? padahal itu je yg ada ..alhamdulillah mmk tu amik! berlari ke keta sedutttt laju2..
ya allah time tu rasa mcm nikmatnya..pas2 tersandar kat keta mula sedih..smpi mcmni nak beli cendol pn duit xde.. ALLAH bg alha rasa sendiri susah..nk mkn duit xde..tp dpn org dpn family xleh tunjuk..nmpk tak EGO tu camne! haha.
1hari magic brlaku..alha ada rm50 je dlm wallet..blik umah ibu tnya ada ke wet ckit..hehe alha pun jwb ada..nah…rm50..lps bg tu berfikir lagi..esok camne nak g keje ni? xpelh nantilah pikir..ibu doakn balim murah rzki tau.esk tu karangkraf call! rupanya ada 3 cheque xamik ag! dpt la rm600!! strt tu alha pcaya allah akan gnda n gandakn.cara plg snang,g mkn nmpk org susah,g counter byrkn.doa 1hari klu kite kt tmpt die,ada org bantu kite.alha bkn ustz tp ni je mmpu share.korg try ok! i.allah~
Trnyata kisah kejayaan Datuk Alha Alfa ini sangat beri inspirasi buat hijabi di luar sana. Kata orang bersusah-susah dahulu dan bersenang kemudian. Dan ingatkan dengan setiap amalan sedekah yang kita lakukan walaupun sedikit, pasti akan dibalas berganda oleh Allah SWT. Insya-Allah…
Fabrik tudung yang sesuai dengan bentuk wajah boleh membuatkan gaya lebih kemas. Ketahui material terbaik untuk wajah bulat, oval, panjang, petak dan hati.