Solat Tahajud atau solat malam merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, peluang seakan terbuka di depan mata untuk melakukan solat Tahajud.
Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat Tahajud. Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat Tahajud.
Ini perkongsian Nur Aliah ohd Nor
Dulu susah sangat nak bangun Tahajud. Alhamdulillah sekarang Allah izinkan rasai nikmat solat Tahajud dengan mudah. Tahu tak, antara solat sunat yang paling nikmat tapi paling susah nak buat adalah solat 2/3 malam solat Tahajud!
Bangun solat Tahajud itu pun salah satu rezeki. Malaikat akan turun ke langit dunia waktu 2/3 malam hanya untuk mengaminkan doa-doa kita. Tapi sayangnya kita tidur.
Firman Allah:
*Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. *Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan. *Dan siapa yang yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.
Ads
Kalau kita terjaga 2/3 malam tapi liat juga nak bangun ambil wuduk, duduklah atas katil dan tadah tangan BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH pada Allah. Itu pun Allah makbulkan.
Allah sedang dengar doa-doa kita. MashaAllah. Baiknya Allah kan. Namun lebih terbaik jika kita dapat buat solat sunat Tahajud.
Dikongsikan 7 tip mudah supaya kita semua InshaaAllah mudah untuk bangun solat sunat Tahajud.
Tip 1 Ambil wuduk sebelum tidur. Cuba amalkan tidur dalam keadaan yang berwuduk.
Ads
Tip 2 Tidur awal pada waktu malam. Sebaiknya selepas solat Isyak atau sebelum pukul 10.00 malam. Tidur jam 11 malam pun masih okay lagi.
Tip 3 Sebelum tidur, minta doa pada Allah dan bisik pada diri sendiri dengan sebut nama kita 3x, “Lia, Lia, Lia, jom kita bangun tahajud ya.. kita set 4.00 pagi je terus bangun, ambil wuduk dan solat. Lia yakin dan percaya Lia boleh!”. (Belief system kita mula aktif).
Tip 4 Sambil tadah doa, baca Ayat Kursi 3x dan Surah Al-Ikhlas 3x. Kemudian hembus kat tapak tangan sambil habis nafas dan sapu dekat seluruh badan dengan niat ‘Allah kejutkanku bangun Tahajud ya’.
Ads
Tip 5 Sentiasa kerap muhasabah diri. Jauhkan diri daripada melakukan dosa atau maksiat sebab ini juga salah 1 penghalang terbesar untuk bangun di tengah malam!
Tip 6 Buat Affirmation, Visualization dan Feelings (AVF). Cakap dekat diri sendiri kita berjaya bangun tahajud, bayangkan kita bangun tidur ambil wuduk, solat dalam keadaan gelombang Alpha dan kita bersyukur sangat-sangat sebab Allah pilih kita untuk kita berborak denganNya.
Tip 7 Minum air kosong sedikit sebelum tidur. Amalkan juga posisi tidur kita mengiring ke kanan. (Sunnah Nabi). Supaya dapat kurangkan tekanan jantung, tingkatkan waktu penyerapan zat makanan dan dapat melindungi saluran pernafasan kita.
Didoakan, semoga hari ini menjadi titik tolak untuk kita semua terus istiqamah bangun di tengah malam. Yakin dan percayalah, ganjarannya juga sangat besar!
HIJABISTA: Sungguh, ketika PKP inilah peluang terbuka luas untuk kita bangun menunaikan solat Tahajud. Jika sebelum ini mungkin kita fikir kita mengantuk dan perlu bangun awal untuk pergi kerja tetapi kini kita boleh atur masa kita dengan lebih baik ikut keselesaan diri sendiri.
Sejak dari hari Isnin yang lalu, kisah mengenai kebaikan almarhumah Siti Sarah tidak henti-henti dikongsikan oleh mereka yang mengenali dirinya. Satu persatu amalan rahsianya ‘terbongkar’ hingga membuatkan kita semua terinspirasi untuk menjadi sepertinya.
Terbaharu, Ustaz Nizar Nadzir telah mendedahkan bahawa almarhumah bersama suami tercinta, Shuib Sepahtu pernah menyumbang kopiah untuk dipakai oleh imam dan juga bilal.
Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri ini juga sentiasa bertanya mengenai bantuan yang boleh mereka berikan lagi kepada masjid kerana faham ramai yang terkesan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sememangnya kisah ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua agar sentiasa bersedekah dengan ikhlas dan tidak berkira-kira sewaktu memberi. Percayalah, rezeki yang akan dikurniakan Allah buat kita akan datang dengan lebih banyak lagi selepas itu, InsyaAllah.
“Ustaz, saya ada seorang anak, tetapi tak cukup kaki tangan nak urus. Kadang-kadang tertekan sangat. Menjerit, marah, macam-macam emosi uruskan anak seorang diri”
Luahan hati ibu 2;
“Saya jadi murung kerana anak agak aktif. Saya penat. Selalu memangis. Selalu tertekan hingga tindakan jadi tak tentu hala. Saya marah anak terlebih-lebih, lepas tu menangis seorang diri. Saya rasa macam dah tak betul.
Hebat penangan dan tugas seorang ibu. Bukan mudah rupanya dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil. Jika seorang anak pun sukar diurus, bagaimana pula yang punya anak 4 atau 5 atau 6 atau lebih lagi.
Memang betul seperti kata ibu kedua, rasa boleh jadi tak betul kerana nak urusan hal anak-anak. Dengan urusan rumah dan layanan sebagai seorang isteri lagi. Memang cukup tertekan.
Tetapi jawapan Ustaz Ebit Lew ini admin rasa sedikit sebanyak akan melegakan hati kaum Ibu yang menyambut Hari Ibu hari ini. Bagi admin, jasa dan pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya hanya akan terbalas jika si anak taat, patut dan menghargai ibu bila mereka dewasa kelak.
Sebelum saya nak sambung kelas. Seorang wanita menangis. Tanya pada saya. Ustaz, ustaz selalu ke sana sini ceramah. Selalu tinggalkan wifekan? Ustaz selalu sibuk. Anak ustaz 4 orang. Macam mana bidadari ustaz uruskan semua anak-anak tu seorang diri. Ustaz tiada bibik kan..saya ada anak seorang tapi rasa tak cukup kaki tangan nak urus. Kadang-kadang tertekan sangat. Menjerit, marah, macam-macam emosi uruskan anak seorang diri…saya nak menangis kuat-kuat rasa dengan soalannya. Kasihan bidadari saya di rumah.ampunkan dosa saya ya Allah……saya tak sempat jawab soalannya wanita ini kerana kelas dah nak bermula…saya cuba jawab umum dalam kelas saya.
Tiba-tiba masa on d way nak pergi buat persiapan program prokids esok di upm. Di kedai makan tadi ada seorang wanita bawa 2 orang anak tanya soalan yang sama. Dia menjadi murung kerana anaknya agak aktif. Dia rasa terlalu penat. Selalu menangis. Selalu tertekan. Dan tindakan jadi tak tentu hala. Marah anak terlebih-lebih sampai lepas tu menangis seorang diri. Dia jadi dah macam tak betul katanya..
Saya menangis dalam perjalanan tadi. Teringat betapa susahnya bidadari saya di rumah. Begitulah pengorbanan seorang ibu. Benarlah hari-hari ialah hari ibu. Sebab hari-hari mereka berkorban. Hari hari kita kena hargai mereka. Hari hari kena terima kaseh dan doakan mereka. Saya ada 4 orang anak. Macam manalah dia uruskan semuanya seorang diri saat saya tiada di rumah. Anak-anak semuanya masih kecil. Saya terus tadah tangan, ya Allah yang maha kaya yang maha pemurah maha penyayang. Yang hidup dan maha menguasai berdiri sendiri. Berilah kekuatan dan ketabahan buat bidadariku. Ibu kepada anak-anakku. Beri kekuatan iman, ketenangan, sakinah dalam hatinya. Berilah bantuan ghaibmu. Dengan rahmat dan kasih sayangmu..
Terus whatsapp bidadari saya. Maafkanlah suamimu. Maafkanlah suamimu. Kerana selalu berjauhan dengan dirimu… Jika bukan kerana Allah pasti abang lebih bahagia menemani sayang di rumah. Kasihan sayang urus rumahtangga seorang diri. Anak-anak yang 24 jam bermain. Lepas tu menangis. Lepas tu menjerit. Rumah tempat bermain. Makan cara anak-anak. Lepas tu nak buang air besar air kecil. Lepas tu main semula. Terima kaseh sayang kerana sudi setia menanti abang. Menjaga anak-anak di rumah. KerjaMu kerja paling mulia di dunia. Benarlah tangan yang menghayun buai menggoncangkan dunia. Abang pergi lagi mencari bekal buat kita untuk kehidupan di sana.
Bidadari saya reply. Takper abang. Untuk Allah semuanya berbaloi. Sayang bersyukur di beri suami macam abang. Penyejuk hati sayang. Abang buat dakwah baik-baik. Semoga setiap langkah abang, perkataan abang tepat dan menjadi asbab hidayah buat semua orang. Setiap orang dapat kenal Allah. Menyejukkan hati Rasulullah saw.
Buat semua suami,hargailah isteri. Hargailah ibu. Hargailah wanita dalam hidup kita. Mereka sangat kuat dan luar biasa. Allah memuliakan mereka. Tetapi mereka juga seorang manusia. Seperti kita. Ada hati perasaan. Jagalah hati mereka. Tawan hati mereka. Doakan mereka. Pohonlah pertolongan Allah buat mereka. Ya Allah wanita yang baik dan yang amat ku kasihi ini jagalah mereka. Bahagiakanlah hati mereka.
Ramai wanita jadi stress. Ada yang sampai murung. Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini. Jika ke mana-mana cepatlah balik rumah. Saat di rumah beri perhatian pada mereka. Dengar cerita mereka. Pandang muka mereka. Tutup phone. Mereka tiada siapa lagi nak luah isi hati mereka. Bantulah isteri. Ringanlah kerja mereka. Peluk mereka. Tolong buang sampah. Tolong mandikan anak-anak. Beri mereka rehat. Ambil giliran jaga anak-anak. Jaga anak-anak. Beri bidadari kita dapat makan dulu. Usahalah yang terbaik dalam bahagiakan hati mereka kerana Allah.
Ya Allah jadikanlah semua kesedihan dan susah yang sedikit ini asbab hidayah buat peserta Prokids esok di UPM. Beri anak-anak ini jadi daie , cemerlang dunia dan akhirat-ebit lew
Tiada insan yang sempurna di dunia ini, begitu juga saudari Nik Suriyati yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Tidak mempunyai tangan dan kaki seperti orang lain tetapi itu tidak memberi halangan buat Nik untuk meneruskan kehidupan mencari rezeki dan menjadi tukang jahit yang berjaya!
Sumber daripada Astro awani
Pasti sukar buat diri Nik yang merupakan seorang OKU yang ingin mencari sumber pendapatan buat dirinya. Malah, Nik dilahirkan dengan tidak mempunyai kaki dan tangan tetapi dia tidak pernah berputus asa. Nik kini berumur 38 tahun dan perjalanan kisah hidupnya bermula seawal 14 tahun.
Oleh kerana impian ingin menjadi tukang jahit, Nik memberanikan dirinya pada umur 14 tahun untuk memasuki bengkel jahitan anjuran (KEMAS) iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat di kawasan rumahnya. Menurut Nik, cikgu yang mengajar disitu juga merasakan was-was untuk menerimanya sebagai pelajar tetapi berkat usaha, Nik dapat mengikuti kelas itu.
Sumber Astro awani
“Guru tersebut memberi saya peluang untuk mengikuti kelas jahitan selepas melihat kesungguhan saya ingin menyertai kelas jahitan itu,” kata Nik kepada pemberita di Felda Chiku 5, Kelantan.
Berkat dari usaha dan kesabaran Nik, dia dapat menggunakan mesin jahit dengan baik dalam masa sebulan sahaja. Ternyata, itulah bukanlah penghalang buat dirinya itu. Kerana itu, jahitan pertama Nik merupakan baju sekolahnya sendiri. Segala barang jahitan tersebut disediakan oleh pihak bengkel jahitan KEMAS.
Kini dengan kejayaannya Nik sangat berbangga dan tersenyum lebar kerana dia sudah bergelar sebagai tukang jahit sepenuh masa yang beroperasi dirumahnya. Dia juga menerima banyak tempahan lebih lebih lagi sewaktu musim perayaan. Nik juga ada memberikan kata semangat kepada golongan sepertinya di luar sana agar teruskan perjuangan walaupun dalam keadaan OKU.
“Kita perlu kekal tabah dalam menjalani hidup dan jangan mudah berputus asa kerana di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang tersembunyi,” katanya.
Nik juga telah menarik perhatian orang ramai dan juga kerajaan Kelantan dan telah dianugerahkan sebagai tokoh usahawan OKU, sempena hari OKU Muqarrabun 2022 pada April lalu. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat Nik Suryati!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...