Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Oktovia Manrose,30, telah selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa,31, pada hari Selasa lalu dengan sekali lafaz.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman telah dinikahkan sendiri oleh bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman sambil disaksikan jurunikah Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Ads
Menyingkap kembali detik perkenalan, Oktovia sebenarnya telah berkenalan dengan suaminya sejak tujuh tahun lalu menerusi ahli keluarga sebagai kenalan biasa.
Namun, perasaan terhadap satu sama lain itu mulai timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun yang lalu.
Ads
instagram @raysharizrose._
Jelas Oktovia, keinginan bekas pemain bola sepak Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah SWT menguatkan lagi hatinya untuk bergelar isteri kepada Khairul kerana dia juga mempunyai matlamat yang sama.
Di majlis yang bertemakan taman itu, hari bahagia mereka turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada Iwan sendiri dan juga Datuk Nash.
Ads
instagram @anna.bakry
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan acara pada hari itu termasuklah sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Emma Maembong, Lufya Alana dan ramai lagi.
Baru-baru ini tular mengenai anak perempuan pelakon ternama, Zulkifli Ismail iaitu Puan Zulfati Izazi yang telah berjaya mendapatkan gelaran doktor dan telah bergraduasi sebagai graduan PhD dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Bakal menginjak usia 30 tahun pada bulan Ogos nanti, beliau menjelaskan bahawa ibu bapanya tidak pernah mendesaknya dalam memilih pengajian atau karier yang dimahukan.
Sedang berkhidmat di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) Korea Selatan sebagai pensyarah bahasa Melayu, Dr. Izazi berkongsi bahawa cintanya pada bahasa sudah lahir sejak dari dahulu lagi.
Tambahnya lagi, beliau sentiasa mendapat sokongan padu daripada keluarga dan tidak pernah dimarahi jika mendapat markah corot di sekolah.
Baru saja mendirikan rumah tangga kira-kira tiga bulan yang lepas, Dr. Izazi dan suami, Dr. Md Yushafily Misro terpaksa berjauhan kerana dia masih bertugas di Korea manakala suaminya pula di Jepun.
Setiap daripada kita mesti ada baju kesayangan kan? Tapi apa yang anda lakukan jika baju kesayangan itu menjadi buruk akibat tompokkan ‘tahi lalat’. Nak pakai tak boleh, nak dibuang sayang pula.
Untuk pengetahuan anda, punca utama baju atau fabrik mengalami masalah ditumbuhi tahi lalat ataupun kulat baju ini adalah kerana pakaian itu mempunyai rembesan peluh, sentiasa dalam keadaan lembap dan tidak kering dengan sempurna.
Jadi untuk mengekang masalah baju bertahi lalat ini, disini Hijabista kongsikan empat cara untuk hilangkanya dengan lebih mudah! Tak perlu lagi menyetal baju dengan begitu teruk! Dan tak perlu buang pakaian kesayangan anda jika terdapat tahi lalat.
1. Gunakan Cuka
Pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah dengan ambil secawan cuka dan masukan ke dalam sebaldi air, kacau sebati dan masukan baju yang telah ternoda dengan tahi lalat tersebut, rendam sehingga tenggelam.
Baju berkenaan hendaklah direndam sekurang-kurangnya selama sejam, sebelum di bahagian bertahi lalat itu di cuci menggunakan sabun pencuci.
Untuk lebih mudah menanggalkan kesan tompokkan tahi lalat itu, basuh menggunakan air panas semasa memberus dan membilas.
Setelah itu, keringkan baju tersebut di ampaian. Pastikan baju betul-betul kering sebelum diangkat. Pasti anda akan teruja melihat hasilnya!
2. Atau Baking Soda
Jika kehabisan cuka di rumah, jangan risau! Anda masih boleh menanggalkan kesan tahi lalat pada baju itu dengan mencampurkan sedikit air pada baking soda sehingga berbuih dan tempelkan pes tu pada bahagian baju yang bertahi lalat.
Biarkan baking soda itu meresap ke dalam baju untuk seketika sebelum anda berus dan bilas baju berkenaan.
Jika tahi lalat tersebut masih degil dan sukar untuk ditanggalkan, bolehlah hijabi tambahkan sedikit cuka putih ke dalam campuran serbuk air bersama baking soda tersebut.
3. Jus Lemon Dan Garam Pun Boleh!
Selain dua bahan yang Hijabista cadangkan diatas, boleh juga mengatasi masalah tahi lalat dengan jus lemon dan garam.
Caranya mudah sahaja, perahkan sebiji lemon ke dalam mangkuk dan ambil jusnya sahaja. Kemudian campurkan jus lemon tersebut dengan secubit garam. Gaulkan sehingga garam melarut sebati dalam jus lemon itu. Sapukan pada bahagian baju yang bertahi lalat. Kemudian, berus dan bilas seperti biasa.
Untuk kesan yang lebih efektif, hijabi boleh merendam baju bertahi lalat itu ke dalam baldi berisi air suam dan tuangkan larutan lemon dan garam ke dalam baldi itu. Baju hendaklah di rendam selama satu jam sebelum di bilas.
4. Cecair Peluntur Hanya Untuk Baju Putih
Jika anda terlalu malas untuk menyediakan pelbagai bahan yang tersenarai diatas, cara paling mudah adalah dengan merendam baju bertahi lalat itu dengan menggunakan peluntur (Clorox).
Namun, perlu diingatkan bahawa cara ini hanya sesuai bagi pakaian berwarna putih sahaja! Kerana jika dilakukan untuk pakaian berwarna bimbang warna akan menjadi luntur.
Caranya adalah dengan melarutkan sedikit peluntur bersama air. Rendam baju putih yang bertahi lalat itu dan taburkan sedikit sabun pencuci serbuk sebelum memberus untuk menanggalkan tompokkan tahi lalat yang mencacatkan baju kesayangan anda.
Ulangi langkah sama beberapa kali sehingga tompokkan tahi lalat tanggal dan hilang. Mudah bukan? Selamat mencuba!
Tas tangan sememangnya sahabat karib kepada kaum hawa. Malah, ada dikalangan wanita yang rasa gayanya ‘tidak lengkap’ apabila keluar dari rumah tanpa menggayakan handbag.
Selain itu, tas tangan juga merupakan tempat bagi para wanita meletakkan barang-barang keperluan seperti bedak, minyak wangi, beg duit dan powerbank, sampai kadang-kadang pasangan pun tumpang sekaki.
Tetapi tahukah anda? Jika mahu bergaya pun, perlukan ilmu. Tak boleh main bedal je, nanti tak kena pula dengan gaya dan penampilan. Di sini Hijabista kongsikan enam cara untuk Hijabi memilih tas tangan yang tepat dengan Stail yang digayakan!
1. Majlis
Perkara pertama yang hijabi perlu lakukan sewaktu memilih tas tangan adalah, menentukan tas tangan berkenaan perlu di bawa ke majlis yang bagaimana? Ramai yang pandang enteng perkara ini, tetapi pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis adalah sangat penting!
Pilihlah beg tangan yang mempunyai nila elegan dan berkulit lebih lembut ketika mahu menghadiri majlis, terutamanya majlis-majlis rasmi yang berprestij kerana, ia juga bakal menambahkan pesona diri anda.
Tetapi apa yang penting, biarlah ia bersesuaian dengan acara yang dihadiri.
2. Warna
Tidak ramai hijabi yang berani bermain dengan warna dalam pemilihan tas tangan. Hitam, nude dan coklat adalah warna-warna ‘selamat’ kerana paling mudah untuk dipadankan dengan pelbagai baju.
Namun, sekiranya hijabi mahu menyuntik kelainan, boleh beranikan diri bermain dengan warna-warna vibrant dan fun seperti hijau, pink atau warna-warna terang.
Pemilihan stail tas tangan dan juga bentuk fizikal badan seseorang juga perlu dititikberatkan, kerana jika fizikal badan tidak bersesuaian dengan tas tangan yang digayakan anda, pasti gaya anda tidak akan kelihatan menawan.
Jika anda sememangnya seorang yang berfizikal rendah, anda digalakkan menggayakan tas tangan bersaiz kecil atau medium yang tidak terlalu besar sehingga menghalang tubuh anda.
Bagu yang bertubuh tinggi langsing pula, janganlah membawa tas tangan yang terlalu kecil.
Pemilihan tas tangan haruslah sepadan dan bersesuian dengan ketinggian dan saiz tubuh anda.
4. Harga
Kos yang perlu dikeluarkan bagi memiliki tas tangan idaman juga penting, buatlah tas tangan yang dimiliki itu ‘alah membeli menang memakai’, dalam erti kata lain berpada-padalah dalam membeli tas tangan sebagai pelengkap gaya.
Kata orang, bergaya biar ikut kemampuan, kalau diikutkan nafsu wanita, memang ?mahukan tas tangan berjenama terkemuka seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama baharu yang kurang terkenal tetapi mempunyai kualiti setanding produk berjenama mahal!
Antaranya produk-produk tas tangan yang berada di bawah penjenamaan Sift & Pick! yang baharu sahaja menembusi pasaran Malaysia dan melancarkan kedai fizikal mereka dalam negara baru-baru ini.
Kalau hijabi dah jelak dengan tas tangan di pasaran Malaysia, dan dambakan kelainan atau tas tangan yang digayakan selebriti K-pop dan Thailand.
Hijabista cadangkan satu tempat paling menarik untuk hijabi shopping pelbagai jenis tas tangan up-to-date dari designer ‘lokal’ luar negara yang hanya boleh didapati di Sift & Pick!
Malah, pelbagai tas tangan yang bakal menepati citarasa sis boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan semuanya cantik-cantik belaka!
Tunggu apa lagi sis? Dah tau cara nak pilih tas tangan dengan aplikasikan tips di atas kan? Jom dapatkan tas tangan idaman hati di kedai fizikal Sift & Pick yang baharu sahaja dilancarkan pada Jumaat lalu, bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.