Setiap umat Islam pastinya ingin menjejakkan kaki di tanah suci, Mekah. Pelakon popular, Syifa Melvin juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan umrah bersama-sama dengan keluarga kekasihnya, pemain bola Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid. Difahamkan, kakaknya Syafiqa Melvin turut menyertai menunaikan ibadah tersebut.
Sepanjang Syifa berada di tanah suci, dia sentiasa berkongsi gambar bersama peminatnya menerusi laman Instagram miliknya. Ternyata, kecantikan yang dimiliki oleh pelakon ini ialah kecantikan yang semula jadi! Tanpa mengenakan sebarang solekan pun, wajahnya tampak berseri dan menawan!
Netizen juga tidak putus-putus memuji kecantikan semula jadi pelakon ini diruangan komen gambar. Ada juga yang turut mendoakan agar perjalanan umrah Syifa Melvin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Team Hijabista juga mendoakan agar umrah yang dilakukan oleh pelakon Syifa Melvin ini diberkati oleh-Nya dan dipermudahkan segala urusannya..InsyaAllah Amin YRB!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita, filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani yang juga isteri kepada pengarah terkemuka, Dato’ Yusry Abd Halim (Yusry KRU)
Terbaharu, Lisa sekali lagi meraih perhatian dan menjadi sorotan warganet apabila kelihatan semakin berseri-seri selepas mengenakan hijab, hingga ada yang melabelkannya persis ‘bidadari’.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh rakan artis, Noorkhiriah menerusi sebuah hantaran video di laman Tik Tok miliknya ketik bertemu dengan jelitawan, Lisa Surihani baru-baru ini.
Menerusi paparan video berkenaan, Lisa kelihatan sungguh sopan menegakan jubah dalam rona warna pink lembut dan mengenakan tudung material satin bercorak dan bertanah putih.
Ekoran kebijakkan Lisa dalam menatarias gaya dan memilih pakaian dengan penggayaan tudung yang sempurna, aura serta seri wajahnya begitu jelas kelihatan, ditambah pula dengan peribadi dan tutur kata yang lemah lembut, Lisa kelihatan tak ubah seperti Bidadari.
“MasyaAllah Tabarakallah..Tingginya adab dan akhlakmu adik. Doakan akak ya dik”, tulis Noorkhiriah ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenan, kerana dia juga turut tersentuh dengan keperibadian yang ditonjolkan Lisa.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, Hijabista mendapati, ramai wargamaya turut terpesona dengan penampilan Lisa dan meluahkan rasa kagum dengan penghijrahan aktress itu.
“Lisa..dia sangat humble dan lembut tutur katanya. Dia memiliki kecantikan sejati dari dalam dan luarannya”
“Alhamdulillah..Kalau hatinya bersih 7 sifat anggota pun ikut bersih. Semoga Allah swt berkati dan merahmati setiap urusan mereka berdua..”
“Lisa ni dulu cantik tapi sekarang lagi cantik berseri2..Seri keibuan, sopan santun..Kak Nurkhiriah pun sama”
“Pakej betul Lisa ni. Pandai lawa berharta beragama.”
Anda fikir boleh mengelak dari memakai sebarang krim SPF semasa bekerja dari rumah kerana krisis korona virus? Tidak. Sudah tentu tidak. Di sini, pakar kecantikan menjelaskan mengapa pelindung matahari masih diperlukan sepenuhnya semasa dikuarantin di dalam rumah.
Berbicara mengenai perlindungan matahari, salah satu kesalahpahaman yang paling umum ialah anda tidak perlu memakainya di dalam rumah. Malangnya, itu tidak benar. Dan memandangkan kita semua akan terjebak dalam jangka masa yang panjang untuk mengelakkan penyebaran COVID-19 yang berterusan, sudah tiba masanya untuk kita menetapkan rekod tidak terus bertambah untuk kebaikan semua.
“Ini satu kesilapan yang biasa bahawa anda tidak perlu memakai pelindung matahari ketika berada di dalam rumah,” kata Joyce Park, pakar dermatologi yang berpangkalan di California.
“Tingkap kaca standard menyekat UVB tetapi tidak sinar UVA, yang dapat menembusi lebih jauh ke dalam kulit daripada sinar UVB, [dan] merupakan faktor penyumbang utama kepada penuaan – yang mana perubahannya dilihat sebagai bintik gelap, kedutan, dan tekstur berwarna kulit. ”
Sinaran UVA boleh menyumbang kepada kanser kulit, yang merupakan sebab utama pakar kecantikan mengesyorkan slathering pada SPF semasa di dalam kandungan krim, dan terutama jika anda duduk di tepi tingkap atau di dalam bilik dengan pancaran cahaya matahari.
Joshua Zeichner, ahli dermatologi yang diperakui oleh lembaga dan pengarah penyelidikan kosmetik dan klinikal dalam dermatologi di New York City, menegaskan “Cahaya UVA meresap ke kanan melalui kaca tingkap. Jadi, pelindung matahari pasti bermanfaat walaupun anda berada di dalamnya,” katanya. “Jika anda duduk di dekat tingkap di tempat kerja, atau di sebelah tingkap di gym, anda sebenarnya mendedahkan diri anda kepada cahaya UVA, yang bertanggungjawab untuk penuaan awal dan kanser kulit.”
Zeichner mengesyorkan memakai SPF klasik, atau pelembap yang mengandungi pelindung matahari, dengan sekurang-kurangnya spektrum luas SPF 30. Beberapa pilihan editor Hijabista untuk anda mengekalkan kulit sihat dan cantik ketika bekerja di rumah.
Sunblock untuk kulit kusam, menghindari kulit dari kesan penuaan
Seperti yang anda sedia maklum, pendedahan berterusan di bawah sinaran UV mungkin menjadi penyebab utama pada tanda awal penuaan atau kekusaman. Oleh itu, sunblock dari Hada Labo yang bertekstur krim ini memberi 5 sistem pertahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya buat kulit anda.
Sunblock ini juga mempunyai bahan anti penuaan untuk keperluan kulit agar tampil kekal muda serta bebas dari kedutan dan garis halus. Pastikan anda memakainya secara konsisten untuk memastikan penghidratan dan menenangkan kulit kering akibat pendedahan matahari.
Sunblock dengan hasil kemasan matte, kulit kekal bebas minyak
Bersifat ultra-ringan dan muda meresap apabila bersentuhan pada kulit, L’Oréal Paris UV Perfect Matte & Fresh adalah intipati cecair yang tidak melekit serta bebas minyak. Sunblock ini menawarkan perlindungan sehingga 12 jam bagi melindungi kulit sepenuhnya daripada penuaan, kegelapan dan radikal bebas.
Diperkaya dengan penapis Mexoryl, losyen pelindung ini melindungi kulit wajah agar tampil bebas minyak atau kilat serta tidak menyebabkan kulit mengering. Meninggalkan kulit menjadi lebih lembut, licin dan berseri dari sebarang polusi merbahaya. productnation
Sunblock khas dari Korea tanpa sebum terbaik
Sunblock dari Innisfree yang mengandungi ekstrak Sunflower Oil dan Jeju Green Tea yang berfungsi dengan baik bagi mengawal penghidratan selama 5-6 jam. Krim dari Korea tanpa sebum ini juga mempunyai penapis mineral 100% untuk menguruskan dan menghalang kulit anda daripada berminyak serta peluh untuk memastikan kulit sentiasa tampil berseri.
Sesuai untuk kulit wanita Asia, pelindung matahari Korea ini menggunakan pelbagai ramuan yang lengkap melindungi kulit anda sepenuhnya daripada sinaran UVB dan UVA yang terik.
Sunscreen yang mengandungi perlindungan SPF50
Tanpa anda sedari, aktiviti harian selalunya mendedahkan kulit kita kepada sinaran matahari secara aktif, mengakibatkan kulit menjadi kusam. Ramai orang tidak menyedari kepentingan menggunakan sunblock ketika keluar walaupun, mereka ketahui bahawa sinaran UV dapat merosakkan kulit.
Buat anda yang mempunyai masalah pertumbuhan jeragat, cari produk yang mengandungi SPF tinggi seperti sunblock dari Supergoop ini demi melindungi kulit dari kerosakan sinaran matahari.
Sunblock spray dari drugstore – diuji secara dermatologi
Sunblock daripada Watsons ini mempunyai teknik semburan yang membuatkan ianya amat senang untuk diaplikasi juga sesuai untuk touch-up makeup ketika berada diluar. Dirumus khas untuk kulit sensitif, sunblock ini bersifat lembut dan tidak meriritasikan kulit serta sesuai untuk kulit bermasalah seperti ekzema, proriasis dan rosacea.
Sunblock dengan zinc oxide untuk jerawat, ditambah minyak Tea Tree
Jika anda mengalami masalah jerawat dan cerewet untuk memilih sunblock yang sesuai dengan kulit rawan jerawat anda, cubalah jenama Naruko ini. Sunblock ini mengandungi minyak Tea Tree, asid Salicylic dan zinc oxide yang membantu mengecutkan jerawat. Dengan kemasan matte, sunblock ini juga amat sesuai untuk digunakan hari-hari tanpa berpeluh dan melekit.
Sunblock oil-free yang bertekstur gel dan sesuai untuk kulit berminyak
Inginkan sunblock yang sesuai untuk kulit muka berminyak? Produk sunblock ini sesuai untuk kulit anda kerana teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit. Tambahan pula, anda boleh menggunakan produk ini pada badan atau muka. Kulit akan dilindungi dari sinaran UV dalam jangka masa yang lama, jika anda kerapkali memakainya.
Sunblock bebas minyak ini dapat menghalang kulit anda daripada penghasilan minyak atau sebum berlebihan semasa berpeluh. Kulit anda akan kelihatan segar dan berseri.
Beberapa peraturan yang wajib anda perlu titiberatkan untuk memakai sunscreen ketika di rumah bergantung pada posisi mana yang anda duduk di rumah.
Semua produk yang dipaparkan dari Hijabista dipilih secara berasingan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari ini genap sebulan arwah pelakon popular tahun 90-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Ramai rakan artis seangkatan yang terkesan dengan pemergian beliau dan menitip kata-kata terakhir buatnya di laman sosial. Bukan sahaja mereka, bahkan keluarga Azmil turut bersedih dengan kehilangan pelakon serba boleh ini. Salah seorang adalah anak perempuan arwah, Nur Alya Iman, 17 tahun yang juga merupakan seorang model Muslimah.
Alya sebelum itu, muat turun di laman sosial gambar dia bersama arwah ketika mengerjakan ibadah umrah. Tanpa ‘caption’ tetapi jelas menggambarkan perasaan kerinduannya terhadap seorang bapa. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah.
Sebelum itu foto sama dimuat turun dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati. Itu adalah ucapan sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu.
Dan setelah 11 hari arwah pergi mengadap Illahi, Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Tulisnya dalam laman sosial 25 Febuari lalu dengan memuat turun gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa gadis berusia 17 tahun ini begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya kepada Nona.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Posting yang dimuat turun dua minggu selepas babahnya pergi mendapat hampir 5,000 like. Ramai followernya yang mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat untuk Alya meneruskan kehidupan di dunia ini.
nurmuadz_umarStay strong. Jadi anak yg soleh. Insyaallah, it will make arwah smile. Saya pernah attend kuliah arwah sekali. Saya amat menghormati dan kagum kepada perubahan beliau. Semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.
rozetarepublicMore throwback photo please as we lost ur Father from screen for almost 20 years, rindu sangat and now he had gone forever, more photos can at least heal our heart @alyimn AL Fatihah
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya sekali lagi meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting yang dimuat turun enam hari lalu menyatakan bahawa dia sehingga hari ini masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, selama 17 tahun dia bernafas di muka bumi ini, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Terasa cukup sebak tatkala membaca posting Alya kali ini apabila dia memberitahu bahawa ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan mmemeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat. Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.