Niat Nak Survey Je, Tapi Mangsa Scam Ini Akhirnya Kena ‘Paw’ Gara-Gara Button & LCD Phone Didakwa Rosak

Share

Telefon merupakan gajet yang sangat penting buat masa kini. Kalau rosak ibarat patah kaki sebelah. Kalau boleh mahu cari kedai yang berpatutan harganya untuk membaiki gajet yang satu ini. Tetapi hati boleh jadi sakit jika menjadi mangsa tipu di kedai berkenaan. Seperti perkongsian lelaki ini yangmendakwa dirinya telah menjadi scam ketika mendapatkan perkhidmatan membaiki telefon di Plaza Low Yat hingga mengakibatkan kerugian.

Dia yang membawa Iphone5 memberitahu button

tidak dapat berfungsi dengan baik. Setelah berurusan, dia bersetuju untuk dibaiki dengan harga RM80 tetapi beberapa minit kemudian apabila kembali semula, pekedai itu berkata bukan saja button rosak, tetapi juga LCD pecah.

Dia jadi pelik kerana sebelum diserahkan tidak ada masalah lain berlaku dan dia akhirnya bersetuju dengan harga RM100 untuk membaiki telefonnya semula.

Menulis thread di twitter menggunakan akauan @ZunairHusain menceritakan pengalamannya dan berharap warga twitter tidak akan menjadi mangsa di kedai membaiki telefon berkenaan.

Jangan sesekali baiki telefon di sini.

Bagi tahu telefon dalam kondisi baik cuma button
saja yang rosak.

Pada mulanya hanya datang untuk survey tukar button sahaja dan kedai tawarkan caj RM150

Setelah tawar menawar akhirnya dapat harga RM80 dan datang balik dalam 30 minit.

Datang balik selepas itu, tengok kondisi telefon seperti di bawah.

Katanya bukan sahaja button rosak, tetapi juga LCD. Beritahu sebelum ini LCD tiada masalah. Kedai berkenaan tawar whole set RM300 untuk repair. Cakap tak payah repair sebab tak guna telefon berkenaan.

Tapi kedai itu mintak RM130 disebabkan sudah tukar ‘button’ berkenaan dan minta bayar juga

Memang boleh rasa macam scam

Akhirnya bayar juga RM100 pada kedai berkenaan.

Jadi nak ingatkan kalau nak repair telefon di Low Yat supaya berjaga-jaga. Walaupun ada juga orang lain yang bagus dan tawarkan harga lebih murah.

Inilah kondisi telefon sekarang.

Fakta menarik di sana tiada Lokal atau Ori, semuanya sama iaitu lokal. Malah ada juga pekedai di sana yang betul-betul cari rezeki.

IKLAN