Sebelum bergelar model yang bagus, seseorang itu perlu bijak berjalan secara ‘catwalk’ di atas pentas peragaan. Cara jalan yang diinspirasikan dari seekor kucing ini menjadi panduan kepada wanita yang berminat untuk bergelar model terutama untuk pentas peragaan. Dengan lengok yang yang betul bagaikan seekor kucing menjadikan mereka yang mampu berjalan seperti ini dianggap sebagai model yang baik dan sempurna. Baru-baru ini viral di mana satu video memaparkan seekor kucing betul-betul berjalan dan berada di atas pentas peragaan.
Acara runaway untuk Esmod International Fashion Show ini berlangsung di Istanbul Turki di mana kucing ini dikatakan sangat bijak dan turut memberi ‘tunjuk ajar’ cara catwalk yang betul bagi seorang model.
Malah kucing ini juga dilihat seronok ‘lepak’ di atas pentas dan ada kalanya kucing ini juga turut mengusik model yang sedang berjalan.
Bagaimanapun model juga bertindak tidak ambil peduli dan meneruskan tugasan mereka tanpa kesilapan sehingga selesai.
Video ini juga mendapat reaksi positif dari netizen. Rata-rata terhibur melihat telatah kucing berkenaan yang mencuit hati.
Ads
Malah penganjur juga dikatakan tidak tahu kucing itu datang dari mana tetapi kehadirannya berjaya mencuri tumpuan ramai.
Salah seorang designer terkenal di Turki bagi jenama Göksen, Hakki Ali berkata, semua penonton yang hadir terperanjat dengan situasi berkenaan.
Dan beliau juga tidak menyangkal sekiranya satu hari nanti haiwan juga ada masa depan dalam dunia fesyen apabila di tanya oleh seorang wartawan yang hadir.
Ads
Dalam pada itu, penganjur turut dipuji kerana tidak menghalau kucing berkenaan dari ‘mengganggu’ model di atas pentas.
Negara Turki juga dikatakan antara negara yang begitu sayang dan bersikap toeransi kepada haiwan jalanan, antaranya adalah kucing.
Solekan dan wanita sudah tidak dapat dipisahkan, malah mereka yang obses tentang solekan sering mencari sesuatu di media sosial. Suapan pelbagai teknik dan godam kecantikan di aplikasi TikTok, membuat ramai wanita pandai bersolek.
Namun adakah ilmu solekan itu sudah memadai dengan belajar di atas talian sahaja. Cukup berbeza hasil sentuhan mereka yang anda panggil jurusolek selebriti dengan ‘mak andam’ (juru solek pengantin). Tetapi adakah taraf mereka sama di mata rakyat atau yang membezakan mereka adalah pengalaman dan hasil sentuhan?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jika dilihat kerjaya juru solek di negara luar, mereka di pandang tinggi di mana keperluan solekan itu penting dalam dalam mewarnai industri.
“Di sini perlu ada kesedaran pada juru solek tempatan untuk meletakkan kerjaya mereka setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya”, ujar Dato Seri Alha Alfa dalam satu majlis menandatangai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MAHSA University (MAHSA).
Kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd (AARLSB) adalah bertujuan untuk memperkasakan kerjasama kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk. Ia turut merangkumi program-program pengajian, pertukaran maklumat dan perkongsian kepakaran.
Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar dan para pelajar di samping penganjuran persidangan kecantikan dan kesihatan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Tercetusnya idea ini dari pengalaman sepanjang penglibatan kerjaya Dato Seri Alha Alfa sendiri sebagai juru solek selama 10 tahun. Beliau beranggapan kerjaya ini berpotensi besar untuk diangkat sebagai sebuah kerjaya profesional seprtimana karier profesional yang lain.
“Kekangan sebelum ini seperti stigma masyarakat yang mungkin melihat kerjaya ini sebagai ‘kerjaya jalanan’ atau mengelarnya sebagai ‘kerjaya mak andam’, perlu diubah sebagai sebuah kerjaya yang stabil dan mempunyai masa hadapan. Kerana itulah saya berpendapat perlunya sebuah pengiktirafan diberikan kepada kerjaya ini supaya dilihat sebagai prospek yang berkualiti demi memenuhi keperluan dan tuntutan industri.”
Menurut pengasas dan Pengarah Eksekutif AARL, Dato Sri Al Halim Bin Al Fadzil (Dato’ Sri Alha Alfa) , MoU yang dimerterai ini adalah merupakan sebuah permulaan ke arah kerjasama yang lebih besar di masa akan datang khususnya antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. Kerjasama ini mempunyai perancangan yang unik iaitu untuk mewujudkan sebuah program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan bagi membantu para juru solek di Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti.
Melalui bakat yang diasah dan berbekalkan pendidikan, metaliti perjalanan kerjaya mereka akan berubah, dengan cara berfikir dan bercakap pastinya lebih profesional. Usaha ini satu langkah menambah keyakinan mereka supaya kerjaya sebagai juru solek mampu pergi lebih jauh dari apa yang mereka jangkakan.
“Selain itu, kita sendiri dapat melihat bagaimana industri kecantikan di Malaysia, telah berkembang dan telah banyak juga menyumbang kepada kemampuan ekonomi negara.”
“Sebagai contoh, daripada AARL telah melahirkan para stokis, ratusan agent dan dropship yang telah mampu menjana pendapatan bulanan sehingga 5 angka. Malah kami juga telah melahirkan ramai anak didik dalam bidang solekan yang kini telah berjaya menjalankan perniagaan masing-masing.”
Ujarnya lagi, sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan di awal rantaian, agar kitaran yang kita hasilkan adalah sebuah kitaran yang mengangkat martabat kerjyaa MUA secara khusus dan kerjaya Konsultan Kecantikan secara am.
Dalam erti kata yang lain, mesejnya adalah jelas kepada masyarakat, bahawa kesihatan dan kecantikan, adalah komponen yang sering berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Atas dasar itu beliau secara peribadi melihat kerjasama dengan Universiti MAHSA adalah pilihan yang tepat.
Sememangnya pengalaman dan kepakaran MAHSA dalam bidang akedemik tidak perlu diragui dan kepakaran itulah yang patut diyakini dalam merangka sebuah akedemi pathaway bagi kesinambungan kerjaya para pelajar.
Menerusi kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Academy ini, anda boleh merencana masa hadapan yang lebih besar. Kerjasama ini bukan melibatkan soal pendidikan semata-mata, tetapi turut membabitkan soal perkongsian kepakaran, pengalaman dan idea, di mana ia akan digunakan dalam urusan penyelidikan pembangunan produk, integrasi pelbagai bidang yang mempunyai manfaat besar kepada industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia.
Menerusi kerjasama ini, pelbagai perancangan telah dirangka oleh kedua-dua belah pihak sebagai usaha memaju dan merancakkan lagi industri kecantikan dan kesihatan negara ini, dan diharapkan menerusi kerjasama ini juga, ia akan membuka peluang untuk meneroka pasaran antarabangsa.
Bersempena dengan kerjasama ini, pihak MAHSA turut mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Alha Alfa sebagai Adjunct Professor bagi menjayakan pengajian Diploma Kecantikan MAHSA University yang bakal bermula pada April 2022.
Sebagai langkah permulaan, pihak Alha Alfa Cosmetics dan MAHSA UNIVERSITY akan mengadakan bengkel-bengkel kecantikan kecil bagi tujuan menjelaskan lebih terperinci tentang program ini di seluruh Malaysia, bermula di Sabah dan Sarawak pada bulan Mac 2021 dan seterusnya ke seluruh semenanjung. Butiran lanjut tentang jelajah ini boleh didapati di platform media sosial Alha Allfa dan MAHSA.
Majlis menandatangani MoU itu telah dimerterai oleh pengasas Alha Alfa Rich Legacy, Dato’ Sri Alha Alfa bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA, Dato’ Dr Shahril, yang disaksikan oleh Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif MAHSA, YBhg Prof Tan Sri Datuk Dr Haji Mohamed Haniffa bin Haji Abdullah dan Pengarah Urusan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd, Mohd Al Fareed bin Mohd Al Fadzil.
Melalui majlis yang sama juga, pihak MAHSA turut melantik Dato’ Dr Norhizan Ismail, mantan Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perubatan, dan Dato’ Eswaran E. Perumal, pengasas Es Tutorial dan Munshi Dewan Bahasa Pustaka sebagai Adjunct Proffesor di MAHSA.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hidayah orang itu hadir tanpa disangka-sangka. Dan sebagai kawan kita pastinya akan memberi sokongan kepada teman yang mahu berhijrah dengan berhijab. Seperti perkongsiaan pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang juga menjadi pendorong dua rakannya yang mahu berhijab. Dalam posting di laman sosial Instagram, Zulin Aziz menyatakan bagaimana dua sahabatnya itu Leyla Krisya dan Puteri Emilia Mohd Hanif tergerak hati untuk berhijab.
Walaupun pada mulanya tidak mahu kerana mahu menunggu tua, tetapi Zulin memberitahu bertudung kena niat ikhlas kerana Allah. Dia juga ketika itu mengharapkan sahabatnya itu akan mendapat hidayah.
Akhirnya temannya itu dibukakan hati untuk berhijab. Dan pastinya dialah orang paling gembira kerana dua orang sahabatnya sudah berhijab. Menurutnya betapa indah melihat zaman nakal dan kemudiannya berubah juga sama-sama.
Pagi2 leyla ajak shopping tudung.Tiba-tiba Menangis . Dia kata .. Zulin,aku mimpi aku mati malam td…aku mimpi aku mati dlm keadaan berhijab.Aku nak pakai tudung terus
Allah..leyla,sejuk hati aku dengar pagi2 ni itu namanya kau dpt hidayah Mula2 saja je zulin suruh dia keluar dgn zulin pakai tudung Dia ckp nnt aku dh kawen aku akan pakai tudung.Zulin cuma senyum kat dia.nak pakai tudung ni kena ikhlas niat kerana Allah .semoga kau dapat hidayah satu hari nanti. Esoknya dia minta tudung lg.Harini aku nak pakai tudung lah zulin.Zulin katalah Alhamdulillah hari2 pun tak apa.Ambik jelah tudung apa ada tu.nampak manis je dia bertudung kan?
Harini dia kata nak beli tudung and ambil keputusan nak terus berhijab.Alhamdulillah. Allahuakhbar.Leyla..zaman kita nakal sama2,bila tengok sorang2 berubah MashaAllah ..indahnya rasa.
Pasti setiap dari kita akan diuji keimanannya.Setan bekerja 24jam setiap saat nak menyesatkan kita hinggalah kiamat.Apa yg buat iman kita kuat,kita jangan tinggal solat,insyaAllah kita sentiasa dalam lindungan Allah swt.
Zulin juga ada menulis dalam posting berbeza mengenai penghijrahan salah seorang lagi sahabatnya ini.
Allahuakhbar. Pagi tadi bila leyla tulis dlm group dia nak pakai tudung.. @emeliehanif_officialpun ckp hati dia sayu,dia kata dia pun nak berhijab. Allahuakhbar.Allahuakhbar.
Doakan kawan2 saya yaaa semua… Indahnya persahabatan kami ni tak tau nak ckp mcmana. InsyaAllah kami saling menyokong antara satu sama lain kearah kebaikkan.Perlahan-lahan,kita belajar jadi baik dari sebelumnya.
Kita susah sama2 Senang sama2 Nangis sama2 Ketawa sama2 Allah jemput kita berdua pergi umrah bersama @emeliehanif_official. Allah beri kita rezeki,beri kita peluang, Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah terus beri kita hidayah.
Semoga Allah bukakan,sucikan hati setiap dari kita. Hidayah milik Allah Doakan semoga @emeliehanif_officialkuatkan iman,kuatkan pendirian dan yakin dengan rezeki Allah swt.
Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab,ramai ckp saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.Tapi saya kuatkan hati,saya percaya pada rezeki Allah.Kalau saya miskin pun didunia ,saya nak kaya dengan pahala di akhirat,insyaAllah.
Alhamdulillah,saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab.Saya dapat mcm2 tawaran yg saya tak pernah dapat masa saya free hair. Kita mencari rezeki dan berkat Allah InsyaAllah Allah permudahkan Sahabatku dunia akhirat. ? @leyla_krisya@emeliehanif_official
Mekap artis yang cukup popular di laman sosial Bella diakui mempunyai pengikut yang ramai. Dia yang mempunyai pengikut sehingga mencecah 1 juta memang rajin berkongsi tutorial mekap secara live. Semalam Bella telah berkongsi cara untuk mekap simple untuk keluar santai dan juga bagi menutup parut jerawat di muka.
Dengan loghat utara yang cukup pekat, persembahan tutorial Bella memang berjaya menarik netizen yang terhibur dengan keletahnya dalam video berkenaan.
Malah perkongsiannya bukan sekadar cakap kosong kerana turut diselitkan dengan tip dalam solekan.
Menurut Bella jika mahu keluar ke sekadar utuk membeli barangan di pasar raya tidak perlu bermekap tebal tetapi cukup sekadar yang simple untuuk menyerlahkah kecantikan wajah.
Pesan Bella lagi, apa sahaja sebelum memulakan mekap perlu memakai moisturize dan juga primer untuk mengetahui kulit jenis berminyak atau tidak.
Jika orang lain memulakan mekap dengan meletakkan foundation sebelum menyolek bahagian lain, tetapi bagi Bella dia menyolak bahagian mata terlebih dahulu dengan peletakan warna natural sahaja. Dia juga tidak menggunakan bulu mata, sebaliknya menyapu maskara di kedua-dua bulu matanya.
Kemudian barulah Bella memulakan mekap dengan meletakkan foundation dengan menggunakan span yang dibasahkan terlebih dahulu dan di dap sahaja di seluruh wajahnya.
Bella juga turut meletakkan di bahagian jerawat berkenaan dan terus parut berkenaan tidak kelihatan. Menurut Bella foundation perlu bermula dari bahagia rahang sebelum menyapu bahagian lain. Dan kemudian barulah di dap dan blend di bahagian lain.
Bagi yang memakai foundation ini adalah untuk menjadikan kulit jadi ‘flawless’ cantik dan juga jadi rata. Namun jika memakai foundation jangan lupa untuk memakai bedak tidak kira jenis ‘loose powder’ atau ‘compact powder’. Ini kerana supaya bila pecah peluh tidak akan mencacatkan solekan. Malah menjadikan wajah jadi gebu.
Dia turut berpesan jika mahu memakai foundation jangan dilupakan setiap ruang atau lubang yang tersembunyi. Malah foundation berkenaan juga turut menutup parut jerawat yang tumbuh di tepi hidung Bella.
Sebelum menamatkan kelas tutorialnya, Bella menyudahkan pemerah pipi dan juga sapuan gincu bibir bagi melengkap penampilan
Video tutorial Bella ini telah dilihat 13K tontonan dan mendapat butang like sebanyak 5 ribu lebih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di