Nama isteri kepada Nedim Nazri, sekali lagi menjadi bualan. Apabila aktres jelita Nora Danish tampil begitu anggun, sopan dan mempersona dalam persalinan jubah patuh syariah berona hijau lumut ketika menghadiri sebuah majlis ilmu baru-baru ini.
Hijabista difahamkan bahawa, majlis ilmu berkenaan dianjurkan oleh rakan selebriti karibnya, Betty Rahmad yang juga merupakan adik kepada seniwati Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.
“Alhamdulillah Syukur. Terima Kasih Tuan Rumah Yang Baik Hati Macam Bidadari” – Nora
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu. Malah, Betty turut menghadiahkan sepersalinan jubah untuk dipakai Nora pada majlis ilmu berkenaan.
“Alhamdulillah syukur ya Allah. Terima kasih tuan rumah yang baik hati macam bidadari untuk semua ini. Masak lagi, bagi jubah lagi. MasyaAllah. Semoga Allah merahmati mu sekeluarga.
Kepada ustazah yang fun, membuatkan setiap ilmu berjaya masuk ke hati, sampai air mata tidak berhenti mengalir. Jangan berhenti doa untuk Nora ustazah ye.”-kapsyen Nora di Instagram
Ads
Peminat Teruja Lihat ‘Kesucian’ Wajah Nora Tika Menutup Aurat Dengan Sempurna
Hijabista sempat meninjau ruangan komen untuk melihat respon wargamaya berhubung isu ini. Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan optimis apabila melihat ibu kepada tiga cahaya mata itu mengenakam busana patuh syariah dan menutup aurat dengan sempurna.
Selain itu, ramai diantara warganet yang turut sama menitipkan doa agar Nora dikurniakan hidayah Allah untuk menutup aurat dimasa hadapan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan wargamaya.
Sama-sama lah kita mendoakan yang baik-baik buat aktress yang pernah popular dengan sitkom ‘Puteri’ ini agar dikurniakan hidayah dan kekal istiqamah menghadiri majlis-majlis ilmu sekaligus mendekatkan dirinya kepada yang maha esa.
Vitamin C memainkan peranan untuk meregenerasi kolagen, mencerahkan wajah, dan menghilangkan parut jerawat. Terdapat pelbagai manfaat daripada vitamin C yang boleh didapati dalam bentuk krim dan serum.
Pemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan amat berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen serta membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit.
Kerosakan kulit boleh diakibatkan oleh pencemaran dan pancaran matahari. Maka sebab itulah selain mengamalkan pengambilan Vitamin C secara oral, anda juga perlu mengamalkan pemakaian produk penjagaan wajah seperti serum dan juga krim yang mengandungi Vitamin C.
Jika anda menginginkan serum yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah, pilih produk yang mudah meresap ke dalam kulit wajah. Pilihlah produk vitamin C aktif dan bahan tambahan lainnya yang membuatkan vitamin C mudah diserap kulit sekaligus terjaga kestabilannya. Anda juga boleh memilih produk yang disertai vitamin E. Vitamin E dapat melancarkan peredaran darah sehingga dapat memberikan efek sinergi dengan vitamin C.
Jika anda memiliki masalah jerawat, pilihlah serum dengan kandungan vitamin C aktif. Vitamin C berfungsi untuk mencegah pembentukan sebum yang menjadi penyebab timbulnya jerawat. Pilih serum vitamin C dengan tekstur yang tidak melekit untuk keselesaan anda.
Vitamin C juga berperanan dalam membantu pembentukan kolagen semula jadi kulit. Kolagen adalah unsur yang menjaga kulit agar tetap anjal dalam proses keremajaan kulit. Jika anda ingin kulit tampak muda, pilihlah serum vitamin C dengan tambahan hyaluronic acid atau ceramide. Campuran vitamin C dengan bahan tersebut akan meningkatkan keremajaan kulit agar kulit lebih anjal.
Walau bagaimanapun bagi anda yang memiliki kulit sensitif atau kulit kering, sebaiknya anda lebih peka dengan bahan-bahan tertentu agar tidak merosakkan kulit anda. Hindari produk dengan kandungan paraben dan alkohol yang berpotensi memberikan beban pada kulit anda. Selain itu, pilih juga produk dengan kandungan asid yang rendah.
KENAPA SERUM VITAMIN C BERTUKAR WARNA?
Krim atau serum wajah yang mengandungi vitamin C memang mudah mengalami perubahan warna, dari putih menjadi agak kuning sampai cokelat. Krim atau serum wajah yang kandungan utamanya adalah vitamin C mengalami oksidasi jika terpapar udara, cahaya, dan panas. Sama seperti buah-buahan yang akan berubah warna kalau sudah dikupas terlalu lama.
Jika krim atau serum wajah berubah kecoklatan, khasiat dan kekuatannya sudah berkurang. Semakin terang warna krim atau serum wajah kandungan vitamin C-nya semakin tinggi. Sementara semakin gelap warnanya, kandungannya sudah semakin sedikit. Jadi jika warnanya sudah coklat gelap, sebaiknya anda tidak menggunakan serum atau krim tersebut.
TIP MEMILIH DAN MENYIMPAN SERUM VITAMIN C:
*Pilih krim wajah atau serum vitamin C dalam kemasan kecil, supaya tidak disimpan terlalu lama dan terpapar udara serta cahaya.
*Jauhkan krim dan serum dari paparan sinar matahari langsung. Setelah memakai serum atau krim, tutup kemasannya dengan rapat supaya tidak terkontaminasi udara atau cahaya. Sambil mengoleskan pada wajah, sebaiknya Anda juga menutup krim wajah, jangan dibiarkan terbuka.
*Simpan krim wajah atau serum vitamin C Anda di tempat yang sejuk.
PILIHAN SERUM VITAMIN C YANG BOLEH ANDA PILIH:
ALPHA-H Vitamin C Serum
Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen.
PURITO Pure Vitamin C Serum
Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit.Berfungsi untuk melawan kedutan, kembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta kesan parut jerawat hilang dalam masa beberapa minggu sahaja.
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop
Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik. Serum vitamin C ini sesuai digunakan oleh semua peringkta usia dan semua jenis kulit kerana formulanya yang tidak merengsakan.
Wardah C-defense with Vitamin C Serum
Serum ini memiliki kandungan utama Hi-Grade Vitamin C 10% dengan tambahan aloe vera dan biosaccharide. Produk ini memiliki tekstur yang ringan dan dapat meresap dengan mudah. Tahap vitaminnya akan membantu mencerahkan kulit anda, menjaga keanjalan kulit, memperbaiki struktur kulit, dan melembapkan.
The Body Shop Vitamin C Skin Boost
Produk ini mengandung glycerin dan ascorbic acid yang akan memberikan kelembapan dan berperanan sebagai antioksidan. Serum ini sesuai dipakai pada waktu pagi dan malam hari sebagai langkah terakhir perawatan kulit harian anda. Dengan pemakaian yang teratur, hasilnya kulit anda lebih cerah dan berseri hasil kandungan mineral glowing dalam serum ini.
HIJABISTA: Terdapat banyak produk serum vitamin C yang boleh anda pilih dengan tekstur yang berbeza-beza. Anda boleh memilih tekstur yang ringan atau kenyal sesuai dengan keinginan dan keperluan kulit.
Kemunculan parut jerawat dan jeragat di wajah sedikit sebanyak melunturkan tahap keyakinan diri kita. Kadangkala malu rasanya hendak berswafoto kerana ia jelas kelihatan di wajah. Oh tidak!
Jeragat dan parut jerawat ini boleh hilang sebenarnya dari kulit wajah kita samada lambat atau cepat sahaja. Banyak jenis krim pencerah di pasaran yang boleh dicuba namun kita haruslah selidik bahan kandungannya terlebih dahulu untuk lihat ia sesuai atau tidak dengan kulit wajah kita.
Satu produk pencerah berkesan dan selamat yang boleh dicadangkan kepada semua semestinya adalah Hada Labo Premium Whitening Water Gel. Ia mengandungi Niacinamide, Vitamin C & α-Arbutin yang mana seperti kita sedia maklum merupakan tiga agen pencerah berkesan untuk kulit dan memberikan tiga kali kuasa pencerahan bagi hilangkan jeragat dan parut jerawat. Wow!
Selain itu, ramai yang menganggap produk pencerah akan mengeringkan kulit tetapi tidak sama sekali untuk Hada Labo Premium Whitening Water Gel ini. Kalau nak tahu, ia akan membuatkan kulit kita menjadi lembap dan lembut kerana ia mengandungi dua jenis Hyaluronik Asid yang sekaligus membuatkan kulit menjadi cerah berseri.
Bukan itu sahaja, masalah kulit berminyak juga dapat diselesaikan kerana bahan ekstrak tumbuhan yang terkandung di dalamnya dapat mengawal sebum berlebihan dan menghaluskan liang pori wajah. Barulah nampak flawless gitu!
Tidak seperti kebanyakan produk pencerah lain yang bertekstur krim, Hada Labo Premium Whitening Water Gel ini mempunyai tekstur gel ultra ringan yang dapat menembusi secara mendalam ke dalam kulit tanpa rasa melekit supaya anda berasa selesa sepanjang hari walaupun dalam keadaan cuaca panas. Nak pakai topeng muka pun tiada langsung rasa rimas. Untungkan?
Bagi anda yang selektif mengenai bahan kandungannya, anda tidak perlu risau kerana ia langsung tidak mengandungi alkohol, sumber haiwan, pewarna, pewangi dan minyak mineral. No worries, ia semestinya selamat di kulit wajah anda dan tidak akan merengsakannya.
Setelah mengetahui jawapan di atas anda pasti faham dan yakin dengan krim pencerah jenis ini. Mana lagi nak cari produk yang pencerah yang berbaloi-baloi seperti ini? Nak cantik sekarang ke tak? Kalau terlambat nanti menyesal! Segeralah dapatkannya di Watsons (https://www.watsons.com.my/premium-whitening-water-gel-50g/p/BP_27708) untuk miliki kulit yang bebas jeragat dan parut jerawat bermula hari ini. Jangan cakap sis tak bagitahu pula!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dunia seni hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan kematian penyanyi legenda, Saleem yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi jam 6.15 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Cheras. Berita kehilangan penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu ini turut dikongsi oleh anaknya yang juga penyanyi Syafiq Farhain dalam laman instagramnya. Menurut Syafiq, bapanya telah menghembuskan nafas terakhir dan berdoa supaya Allah memberi rahmat serta sejahtera, mengampuni dosa dan memaafkan dia.
Posting itu juga turut disertakan sekeping gambar penyanyi berkenaan bersama dia serta dua orang adiknya yang masih kecil. Dia turut memberitahu mungkin itu sahaja kenangan bersama ‘Abah’ yang tinggal untuk diingati.
Dalam pada itu lapor Sinar Harian Online, Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majid terbabit dalam kemalangan 21 September lalu hingga mengakibatkan tulang rusuknya patah.
Ramai rakan artis serta netizen turut mengucapkan takziah dan turut berdoa agar Saleem ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Ketika hayatnya, Saleem yang juga bekas ahli kumpulan Iklim antara penyanyi legenda tahun 90-an yang mempunyai suara cukup unik.
Antara lagu-lagu popular kumpulannya hingga kini masih sedap didengar selain Suci Dalam Debu adalah Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Gerhana Cinta Luka, Di Pintu Mahligai dan banyak lagi.
Takziah dari Hijabista buat keluarga penyanyi legenda ini.
Tester lipstick boleh tercemar dengan bakteria dan virus seperti HSV-1. Ketahui risiko sebenar, fakta saintifik serta cara lebih selamat mencuba lipstick sebelum membeli.