Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
1. Elak Minum Kopi
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
Ads
2. Kunci Jam Untuk Tidur
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
3. Amalan Rutin Sebelum Tidur
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Ads
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
4. Jangan Lupa Mandi
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
Ads
5. Matikan Semua Alat Peranti
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Sejak pulang dari menunaikan ibadah Haji baru-baru ini, pelakon cantik berusia 30 tahun Elfira Loy dilihat semakin berseri-seri. Gelaran Hajah Elfira Loy menjadi turning point kepada kehidupan termasuk penampilan terkininya
ELfira Loy kini lebih menjaga penampilannya terutama dari segi pemilihan pakaian dan gaya tudung yang sesuai.
Berpakaian longgar, bertudung labuh serta berstoking dan mengenakan handsocks itulah yang paling dititikberatkan selain memantapkan lagi ilmu agama dan ibadah.
Ternyata, ibu kepada dua cahayamata ini kelihatan sangat tenang menjalani rutin kehidupannya kini bersama keluarga seperti biasa. Malah, Elfira juga sudah mulai bekerja.
“It surely hard untuk bahagikan masa untuk berada dalam majlis ilmu but you surely can if you want to. Every week is a battle but Alhamdulillah Allah tolong. ( Thank you Aunty for the book, Allahumma Barik )
“Kita banyak korbankan masa untuk manusia, Jadi apa pengorbanan kita untuk Sang Pencipta?”
Elfira turut mengharapkan agar dirinya kekal istiqamah dan hatinya tidak berbolak balik demi menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT seterusnya menjadi Muslimah yang lebih baik.
“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia). Amin.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Elfira menitipkan kata-kata semangat serta doa agar dirinya terus istiqamah.
“Sekarang Elfira punya vibes dah macam Natasha Rizky. I know you can akak El and yang penting niat kita.”
“Jangan pelan2 singkat ya El.. because u salah sorang my inspiration..InsyaAllah u can do it El..Aamin”
“You can do it Hajjah Dr Elfira ku. U can. Just selalu zikir. Insya Allah.”
“Tips boleh guna: Lepas bersiap cuba check pakaian tu boleh bawa solat.”
Disakiti, dikhianati dan dilukai adalah sebahagian daripada perjalanan kehidupan. Segala yang berlaku menjadi pengajaran dalam hidup kita. Pernah tak anda berasa marah akan seseorang sehingga rasa mahu membalas dendam? Sehingga satu tahap anda bahkan tidak boleh memaafkan diri anda sendiri? Jadi bagaimanakah cara untuk anda memaafkan diri sendiri seterusnya orang yang telah melukakan anda?
“Ala, maafkan sahaja. Dia bukannya sengaja”. Pernyataan seperti ini kedengaran mudah tetapi hakikatnya tidak. Memang…memang mudah untuk diungkapkan, namun ianya perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda memaafkan insan tersebut?
Meninjau perkongsian Naluri, ‘kemaafan’ atau istilah lain iaitu ‘memaafkan’ adalah keputusan yang diambil untuk melepaskan perasaan benci atau dendam terhadap seseorang yang telah menyakiti atau mengecewakan anda. Ramai yang tersalah anggap kemaafan ini adalah untuk melepaskan, melupakan atau membenarkan kesilapan. Namun, sebenarnya tidak.. Erti sebuah kemaafan adalah apabila anda mengakuinya dan membuat keputusan untuk melepaskannya.
Sebelum anda maafkan orang lain, anda perlulah belajar untuk memaafkan diri sendiri. Apabila anda disakiti ataupun dikhianati, anda mesti mula berfikir yang semuanya terjadi disebabkan anda, anda sendiri adalah punca. Selepas itu, pasti anda mula membayangkan segala kekurangan dalam diri anda.
Terkadang, kita sukar untuk memaafkan orang lain kerana masih bergelut untuk menerima perasaan dan emosi sendiri. Jadi, langkah pertama untuk meringankan hati adalah dengan memaafkan diri sendiri terlebih dahulu. Lembutkan hati dan berdamai dengan diri sendiri. Anda boleh bermonolog atau mengingatkan diri sendiri seperti “mulai dari hari ini saya akan cuba untuk memaafkan diri sendiri“. Ulang kalimat ini setiap hari. Dari situ akan terbit suatu kekuatan yang lebih besar untuk memaafkan orang lain.
Walaupun masih marah atau sakit hati, cubalah semampunya untuk maafkan. Bukakan pintupengampunankepadamerekayangtelahmenyakitiataumenganiayaanda. Menyimpan kebencian hanya memburukkan dan menghalang anda daripada mencari ketenangan. Islam sentiasa mengajar pengikutnya untuk saling memaafkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199).
Jika anda terlalu benci akan seseorang, anda akan sentiasa berfikir sampai termimpi kejadian yang menyakitkan berulang kali. Tambahan itu, ia juga menguasai dan menjejaskan kesihatan mental dan keupayaan untuk merasai kegembiraan, yang merupakan motivasi untuk memaafkan. Sekurang-kurangnyabukapintu dan berikan ruangsupayaanda berasa lebih tenang.
Memaafkan mereka yang telah menyakiti anda, walaupun mereka tidak “layak” merupakan suatu perkara kebaikan. Walaupun dalam proses memaafkan itu anda masih merasa sedih setiap kali mengenangkan peristiwa buruk yang telah berlaku, sekurang-kurangnya niat baik anda masih terjaga. Jangan pernah mendoakan yang buruk terhadap orang lain. Menurut sumber dari Bahtsul Masail, mendoakan kebinasaan atau keburukan terhadap orang lain menurut Imam Al-Ghazali, adalah perbuatan yang keji dalam syariat Islam sebagaimana dinyatakan dalam kitab Ihya Ulumiddin:
ويقرب من اللعن الدعاء على الإنسان بالشر حتى الدعاء على الظالم كقول الإنسان مثلا لَا صَحَّحَ اللَّهُ جِسْمَهُ وَلَا سَلَّمَهُ اللَّهُ وما يجري مجراه فإن ذلك مذموم وفي الخبر إن المظلوم ليدعو على الظالم حتى يكافئه ثم يبقى للظالم عنده فضلة يوم القيامة
Maksudnya: “Dekat dengan laknat adalah mendoakan keburukan untuk orang, termasuk mendoakan orang yang berbuat zalim, seperti doa seseorang, ‘Semoga Allah tidak menyehatkan badannya,’ ‘Semoga Allah tidak memberikan keselamatan untuknya,’ atau doa keburukan sejenisnya karena semua itu adalah perbuatan tercela. Dalam hadits disebutkan, ‘Sungguh, orang yang teraniaya mendoakan keburukan untuk orang yang menganiaya sampai lunas terbayar, tetapi yang tersisa kemudian adalah kelebihan hak orang yang berbuat aniaya atas orang yang teraniaya pada hari kiamat,’”
Yakinlah bahawa semua yang berlaku ini membantu anda menjadi lebih lebih kuat, lebih matang dan lebih bijak. Semakin banyak nilai positif yang anda tanam dalam diri anda, lebih cepat ia menyembuhkan semua luka di dalam hati. Walaupunkeikhlasan untuk memaafkan tidakmunculdalamsekelipmata,sekurang-kurangnyaandabolehmenjadiorangyanglebihbaikuntukseketika. Tambahan itu, anda juga perlu faham bahawa semua perkara memakan masa, apatah lagi proses memaafkan. Hargaipertumbuhananda.
Jangan hancurkan diri anda dengan amarah, kebencian dan dendam. Semoga hati anda sentiasaterbukaya. Dengan memaafkan,hidupandaakanmenjadilebihbaikdimasahadapandanhatiandaakanberasalebih tenang.
Diuji dengan masalah peti suara, Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella,28, akur apabila tidak dapat beraksi menyanyikan lagu Peluang Kedua pada Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) pada 15 Disember ini, selepas dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
“Bella nak explain banyak pun Bella tak pandai tapi Bella nampaklah video yang ditunjukkan doktor apa yang berlaku di dalam (peti suara). Memang ia satu perkara yang Bella tak boleh pandang remehlah. Kita tak boleh macam ‘oh takpe boleh je nyanyi,suara ada lagi’.
“Tak boleh macam tu. Mungkin benda itu akan mengeruhkan lagi keadaan. Bella tak mahu kerana ini sahajalah aset Bella untuk mencari sumber pendapatan Bella, periuk nasi kita.
“Jadi buat masa ini, banyak benda yang perlu Bella lepaskan dan berkongsi rezeki kita dengan orang lain. Dalam keadaan sekarang ini masing-masing perlukan kerja jadi mungkin Tuhan kata ‘takpelah rehat kejap’.
“Bagi orang lain buat dan Bella buat benda lain dahulu. Pada Bella itu lebih kepada berkongsi rezeki berbanding daripada berfikiran negatif kerana Bella cuba melihat segalanya dari sudut positif. Harapnya lebih banyaklah yang mendatang, InsyaAllah,” jelasnya.
“Alhamdulillah, memang sangat gembira. Walaupun dalam keadaan pandemik sekarang ini, Bella masih lagi diberi rezeki. Bella pun tak tahu apa yang Bella buat lepas satu persatu rezeki datang dan Bella hanya mampu bersyukur dengan apa yang diberikan.
“Semestinya Bella sangat terharu dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Befine dan mewakili jenama ini bagi negara Malaysia,” ujarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.