Memiliki kulit yang sihat dan cantik tentulah menjadi impian setiap wanita. Anda pasti teruja jika dapat miliki kulit idaman anda kan? Semuanya bergantung kepada cara penjagaan kulit anda. Pastikan anda lakukan rejim yang sama setiap hari untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
Jika anda tidak tahu produk yang sesuai dengan anda, apa kata cuba amalkan tip yang dikongsi oleh wanita bernama Sara Damia menerusi akaun Facebooknya. Menurut Sara Damia, produk-produk yang dicadangkannya ini memang sudah lama dia guna dan amalkan. Boleh didapati hanya di farmasi biasa sahaja.
Dia juga berharap agar perkongsian ini dapat membantu anda miliki kulit yang sihat dan cantik. Tidak dapat dinafikan, Sara Damia mempunyai kompleksi wajah yang cukup sempurna. Cerah, sihat dan berseri. Nak tahu apa rahsianya? Jom kita baca perkongsian Sara Damia.
Foto: Facebook Sara Damia
1) #Cleanser
Untuk pencuci muka sis pilih Cetaphil, takpelah mahal sikit asalkan puas hati. Sebelum-sebelum ni pernah guna local product, ok juga takde masalah, cuma berminyak, tak boleh tahan. So bila jumpa je cleanser ni alhamdulillah sangat sebab memang berkesan. Banyak function tau, nak guna jadi makeup remover boleh, moisturizer pun boleh.
Tips: cuci muka 2 kali sehari, waktu pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum masuk tidur. Untuk kulit normal boleh guna air suam, lebih cepat serap ke dalam kulit muka. Untuk kulit berminyak pula kena cuci guna air suhu bilik, tak boleh guna air suam tau, skin korang akan jadi lebih cepat berminyak. Sambil cuci tu urut-urut sikit muka, usap menghala ke atas, tu tips awet muda. Pernah jumpa sorang aunty, dia cikgu umur 50++ tapi muka dia satu kedutan pun takde. Dia cakap memang dari muda dia amalkan cuci muka macam tu, jangan sesekali lurut muka ke bawah kalau tak nak kulit berkedut. Lepas dah siap cuci tu, jangan lap muka guna tuala atau apa-apa sekalipun, biarkan muka kering sendiri, duduk lah depan kipas ke aircond ke kalau nak cepat kering
*Cuci muka penting untuk refresh muka dan hilangkan kotoran yang lekat pada wajah, barulah kulit boleh bernafas. Kalau tak bersih, liang roma akan tersumbat dan halang pertumbuhan sel-sel kulit baru seterusnya mengundang kepada pembentukan pigmentasi, hahaha. Dah macam ayat kamus pun ada. Pointya kalau cuci muka pun malas, balik kerja terus tidur, tak disiplin macam sis suatu ketika dahulu, berangan jelah nak flawless, hihi. Ok,next!
2) #Toner
This is my new bae, soothing facial toner for sensitive skin. Toner ni memang sesuai untuk semua jenis kulit. Best tau, wangi pun wangi, lepas pakai muka rasa fresh giteww.
Tips: Lepas dah cuci muka tadi, ambil kapas, tuang toner kat kapas, usap pada muka. Pastu jangan tinggal gitu je, picit-picit muka guna jari supaya toner tu absorb betul-betul dalam kulit. Tunggu lebih kurang 2-3mnit kalau nak apply apa-apa kat muka lepas pakai toner
*Toner wajib ada untuk balance kan balik pH level kulit kita. Toner lah yang menutup semula liang roma terbuka waktu kita cuci muka tadi.
3) #Serum
Ads
Ok, tak kesah lah serum apa pun yang korang guna, tapi serum ni serum paling magic yang sis pernah try, highly recomended. Dia ada dua, lagi satu tu anti-kedut, tapi sis pilih yang ni Bio essence rose gold for glowing skin. Hari-hari guna sampai tak perasan dah nak habis, haha.
Tips: pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit kita. Pakai serum lepas pakai toner tadi, kalau siang sis cuci muka+toner+serum and then baru makeup, malam repeat step yang sama cleanser+toner+serum pastu tidur. Kena konsisten ye syg-syg, buat hari-hari, baru dapat result yang positif. Serum ni kira macam pengganti krim siang dan malam sebab sis tak boleh pakai krim, nanti oily teruk dan naik pimple. Dulu first time try ni sbb ada sorang kakak tu muka dia macam kulit telur even tak makeup sekalipun, dia tak guna apa-apa skincare tau,s erum ni je. Cara apply letak sikit kat tapak tangan, sapu dan ratakan ke seluruh wajah. Buat urutan muka perlahan-lahan sampai serum meresap ke dalam kulit.
*Serum penting untuk merawat kulit kita yang semakin kurang kolagen seiring dengan peningkatan usia. Serum menjadikan kulit muka lebih halus dan lembut. Biasanya MUA akan apply serum sebelum makeup orang untuk dapat effect makeup lebih flawless, untuk makeup tahan lama pulak korang boleh try sapu ais kat muka before makeup.
4) #Scrub
Haa untuk scrub pap pap sis pilih Fresh skin from St Ives. Actually dia ada 3, pilih ikut masalah kulit masing-masing. Yang green tea tu untuk orang yang nak clearkan blackhead & whitehead, apricot blemish control tu untuk kulit berjerawat, so skin yang ada masalah selain daripada tu boleh guna yang apricot fresh skin ni. So far guna ni ok, tak rasa nak tukar.
Tips: scrub muka at least seminggu 1 kali. Kalau macam sis, buat selang seli, minggu ni scrub mnggu depan masker. Kalau rajin dan ada masa buat lah 2 kali seminggu, tapi jangan too much, exfoliate skin memang bagus, tapi kalau over nanti kulit boleh meradang dan semakin nipis. Scrub muka lepas cuci muka guna cleanser, before pakai toner.
*Scrub digunakan untuk menanggalkan sel2 kulit mati, memudarkan parut dan melicinkan kulit. Orang yang sering makeup sangat-sangat memerlukan scrub untuk mencegah pori-pori muka daripada tersumbat.
5) #Masker
Ads
Masker memang sis guna bahan-bahan semulajadi je, hahaha. Ada banyak, tapi ni lah 3 benda yang selalu repeat. Yogurt asli, tomato yang dibekukan dan madu (baru beli semula madunya, maklumlah guna 1 rumah).
Tips: masker ni pakai seminggu sekali dah ok. Kalau rajin set lah hari, contoh ambil hari Isnin & Khamis. Isnin scrub, Khamis masker. So setiap minggu hari Khamis tu tukar-tukar lah, minggu ni yogurt, minggu depan madu pulak. Yogurt tu terus apply gitu je lepas cuci muka, biarkan 15 minit dan bilas, nak campur sikit yogurt dengan soda bikarbonat pun boleh. Selalu berangan kalau ada suami kat rumah, apa yang kita sapu kat muka kita sapu sekali kat muka dia, hahahaha. Ok maaf lari topik. Jom sambung..
Tomato tu pulak sis tonyoh setiap malam kat muka sebelum tidur time datang bulan, hehe. Kalau hari biasa nak jadikan masker, sis campur dengan madu, biarkan 15 minit dan cuci. Kalau nak apply just madu sahaja atas kulit pun boleh. Sis ada kazen muka dia breakout, dia rawat pakai madu je, hari-hari dia sapu madu kat muka sampai sekarang dah gebu gebas dah.
*Kandungan dalam yogurt mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Madu tu pula ada 1001 khasiat, antaranya termasuklah menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit. Keistimewaan tomato pula dapat mengatasi kulit berminyak, melembut dan glowing kan wajah. Masker ni umpama treatment untuk kulit, sama juga macam rambut, kenapa kita kena buat treatment? Sebab taknak rambut rosak, so macam tu jugalah dengan kulit muka kita ye tuan puan.
6) #Agnesia
Jangan terperanjat, korang tau tak bedak ni boleh hilangkan jerawat pasir? Alaa yang tumbuh banyak tapi kecik-kecik tu haa. Ye, boleh hilang! Dulu waktu mula-mula pakai tudung, bila buka tudung ada jerawat kecik-kecik kat bahagian muka yang tertutup dengan tudung, mungkin kulit tak dapat bernafas, gatal-gatal pulak tu, sampai lah satu hari gatal tak menahan sis tepek bedak tu kat bahagian jerawat pasir and then bawa tidur.
Bangun je pagi tengok cermin, suprise sangat sebab dah tak gatal and better. Pastu buat research dan rupanya memang betul pun bedak ni boleh hilangkan jerawat pasir, dalam hati cakap kalau tau dari dulu lagi sis buat gitu, hahaha. So start dari hari tu setiap malam sebelum tidur memang tepek bedak ni kat area yang bermasalah, alhamdulillah brkesan sampai sekarang tak pernah lagi ada jerawat pasir kat muka. Korang kena try!
Ads
*Jangan risau, kulit takkan jadi kasar, lagipun bedak ni just sapu kat sebahagian area je, bukannya satu muka.
7) #Acnegel
Yang ni korang kena ada 1,tak kesahlah brand apapun, tapi sis prefer to oxy, acne pimple medication. Yang ni guna dia kalau korang tumbuh jerawat batu yang besar-besar tu tak memasal, sapu je tebal-tebal kat atas jerawat and then bawa tidur. Insha’Allah esoknya bangun dah okay.
Tips: Kalau tumbuh jerawat jangan picit, ni cakap dari pengalaman, memang akan merebak kecuali jerawat tu dah sampai stage 3, di mana bila kita picit sikit je gunung berapi tu akan meletus dengan jayanya, itu korang boleh usik, sebab dia takkan tinggalkan parut yang kronik. Tapi kalau baru nak tumbuh, gatal nak picit juga, proses baik pulih skin akan jadi lebih lama, jerawat tu akan tinggalkan kesan hitam yang makan minggu baru nak hilang dan lebih teruk boleh tinggalkan lubang kat muka kita. Sama juga dengan blackhead kat hidung, tolonglah jangan picit hari-hari, nanti terkopek-kopek kulit kat area tu, I’ve been there.
8) #Makeupremover
And after all, this is my only choice to remove dirt from face, tak nak lain, haha. Ada dua, 1 lagi colour pink but I choose the blue one, untuk oily skin.
*Sis guna ni before cuci muka balik kerja sebelum tidur, kalau time pagi-pagi nak cuci muka tu tak usah ler, hahaha. Cara dia ambil kapas, tuang sikit pastu usap kat muka, maka akan keluarlah segala kotoran, minyak dan makeup tertanggal kat kapas tu. Makeup remover kena ada sebab cuci muka sahaja memang tak cukup bersih, kalau tak percaya boleh buat testimoni, cuci muka macam biasa, pastu ambil wet tissue and try lap sikit kat muka. Mesti ada lagi kesan minyak dan lain-lain. So kena buang dulu kotoran kat wajah guna makeup remover, baru guna cleanser k.
9) #Vaseline
The last one is vaseline, semua orang wajib ada. Sis guna ni setiap hari sebagai pelembap bibir dan setiap malam sebelum tidur sapu kat bulu mata atas dan bawah. Hasilnya sekarang bulu mata bawah dah ada dan tumbuh dengan lebatnya, hihi. Jarang dah pergi work pakai mascara, adalah sometimes tapi tak selalu, mungkin setiap Ahad baru pakai mascara. Saja melaram sebab pakai baju jalan, hari-hari lain kena pakai uniform. Vaseline ni serbaguna, termasuklah mencerahkan siku dan melembutkan kulit kasar di tumit.
Sekian untuk perkongsian kali ni, semoga bermanfaat untuk semua. Tak perlu habis beribu-ribu untuk dapatkan kulit yang bersih. Jangan lupa minum air kosong at least 1 hour 2 liter untuk kulit yang sihat dan cantik. Mana tau semua sempat flawless sebelum raya, hihi. Good luck gais!
Kita semua tertanya-tanya, “Adakah ini berkesan?” di hadapan cermin selepas mencuba almari pakaian baru. Memakai skirt dengan but adalah contoh yang sempurna. Gabungan skirt dan but mungkin kelihatan mudah, tetapi ia boleh menjadi sukar bergantung pada panjang skirt atau mungkin gaya but.
Anda perlu menggabungkan dua trend fesyen yang berasingan supaya tidak kelihatan seperti anda memakai dua kostum. Sangat mudah untuk memotong kaki anda apabila anda memakai skirt yang terlalu panjang dengan but tinggi. Berikut ialah beberapa pertimbangan penting tentang panjang dan gaya yang perlu diingat apabila memakai pakaian skirt panjang dengan but. Hijabi sentiasa jaga aurat ya!
Untuk menarik padanan gaya but dan skirt, ingat garis panduan berikut dan anda akan menggegarkan gaya anda.
1. Midi skirt dengan slit but
Siapa yang tidak mempunyai sepasang slit but bergaya di dalam almari mereka? Gaya ini mungkin mendapat keuntungannya kerana ia bukan sahaja comel tetapi juga selesa dan boleh disesuaikan. Skirt yang sesuai untuk dipakai dengan booties ialah skirt midi atau apa-apa sahaja yang jatuh tepat di atas lutut.
Anda boleh memainkan sisi genit dan feminin anda dengan siluet A-line atau pastikan ia profesional dengan skirt pensel. Kerana cara skirt pensel menekankan lekuk kaki anda dari peha hingga lutut, but pendek akan menyerlahkan penampilan wanita anda. Ia akan menekankan garisan yang bermula dari buku lali anda ke betis.
2. Skirt perak dengan kasut but paras lutut
Pakai skirt yang sedikit lebih pendek daripada but atas buku lali anda supaya terdapat sedikit ruang antara bahagian atas but anda dan bahagian bawah skirt apabila anda memakai but ultra-bergaya ini.
Ia tidak diingini untuk bahagian atas but anda disembunyikan di bawah labuh skirt anda. Cuba pecahkan gaya anda dengan memakai skirt ini dengan but dengan sepasang seluar ketat legap berwarna. Ini juga akan membantu memastikan anda dilindungi dan hangat semasa anda berada di luar untuk menikmati cuaca musim sejuk.
3. Skirt dengan kasut but klasik
Jika anda ingin menarik rupa skirt midi panjang yang dipadankan dengan sepasang but, apa kata cuba dengan but yang mempunyai tumit padanya. Walaupun memakai but rata dengan skirt midi boleh memendekkan garisan kaki anda, memakai but dengan tumit boleh memanjangkan garisan kaki.
Oleh kerana but secara tradisinya dianggap mempunyai estetika yang lebih maskulin, menambah tumit pada kasut anda boleh memberikan suasana yang lebih feminin pada keseluruhan pakaian anda dan meningkatkan kualiti skirt yang feminin.
Petua Gaya: Cuba sekali untuk tumit blok. Percayalah anda tidak akan menyesal memakainya.
4. Skirt dengan kasut but bertumit
Salah satu cara untuk memakai skirt dengan but pada musim sejuk adalah dengan memasangkan skirt balutan dengan but salji. Ini akan menjadikan kaki anda hangat sambil memberikan anda rupa wanita yang stailo. Anda juga boleh memilih skirt yang cukup panjang untuk menutup but anda. Jika anda ingin melancong ke Negara 4 musim, tambahkan kot bulu atau jaket bertebat untuk kehangatan tambahan.
Apabila memakai skirt musim sejuk, pastikan fabriknya tebal dan cukup berat. Jika tidak, angin boleh meniup melalui skirt dan menyebabkan ketidakselesaan. Jika anda boleh mengurangkan masalah ini, anda mesti memakai skirt panjang dengan but buku lali. Untuk mempunyai lapisan kehangatan, pasangkannya dengan stoking bulu, dan anda sudah bersedia untuk memamerkan skirt anda dengan but.
6. Skirt bercetak dengan kasut but pertengahan betis
Jika anda sedang mencari sesuatu yang sedikit berbeza, cuba padankan sepasang but pertengahan betis yang bergaya dengan skirt pernyataan. But pertengahan betis biasanya cukup panas dan tidak terlalu besar. Pilihan yang baik ialah but yang diperbuat daripada kulit biri-biri atau bahan lembut lain. Anda boleh memasangkannya dengan skirt bercetak, dan terdapat banyak cetakan dan gaya yang berbeza untuk dipilih. Walau bagaimanapun, pastikan but sesuai dan selesa.
Petua Gaya: Gunakan selendang atau jaket, dan akhirnya, nikmati pakaian musim sejuk di Negara empat musim anda dengan penuh bergaya.
Selain itu, anda sentiasa boleh menambah bakat dengan mengakses skirt anda dengan but.
Bagaimana untuk mengakses dengan Skirt?
Apabila mempertimbangkan cara menggayakan skirt, ingatlah perkara berikut: Topi, Tudung, Aksesori Skirt dengan trend but
Tambah tali pinggang
Tali pinggang yang lebih lebar cenderung kelihatan lebih menarik dengan skirt yang lebih panjang, manakala tali pinggang yang nipis kelihatan hebat dengan skirt yang lebih pendek.
Seimbangkan pakaian anda.
Ingatlah untuk mengingati perkadaran ‘ensemble’ anda. Padankan pakaian dengan pakaian yang lebih longgar dengan sehelai yang lebih sesuai dengan bentuk. Sebagai contoh, padankan bahagian atas yang sesuai dengan bentuk dengan skirt yang longgar atau mengalir. Sebaliknya, jika anda ingin kelihatan lebih berpeluk tubuh dengan skirt anda, imbangi dengan memilih bahagian atas yang lebih berair atau yang mempunyai ruffles.
Dapatkan jaket.
Terutama jika anda memakai bahagian atas yang sesuai, kardigan, blazer atau jaket kulit yang ringan mungkin meningkatkan garis skirt anda. Pilihan lain termasuk jaket kulit dan untuk gaya kasual namun disatukan, sarungkan jaket pada bahu anda dan biarkan ia tergantung dengan longgar.
Pastikan memakai kasut yang sesuai.
Pilih sepasang kasut yang sesuai dengan skirt anda. Booties ialah pilihan kasut yang sangat baik untuk dipadankan dengan pelbagai jenis skirt panjang dan pendek. Laraskan ketinggian tumit pada kasut anda supaya sesuai dengan skirt yang anda pakai.
Pastikan pakai sepasang stokin
Sebagai hijabi kita perlu sentiasa menjaga penampilan, padankan dengan sarung kaki setinggi lutut atau pertengahan betis. Anda juga boleh memakai stokin hitam atau putih dengan skirt kotak-kotak dan loafer hitam berkilauan sebagai alternatif. Stokin adalah alternatif langkah berjaga-jaga kalau skirt ditiup angin.
Kini setelah anda bersedia untuk menonjolkan gaya anda dalam salah satu gabungan skirt dan but yang paling bergaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Alah bisa, tegal biasa. Itulah yang menggambarkan seorang gadis yang kelainan upaya ini yang masih tidak berputus asa serta berhempas pulas dalam mencari rezeki.
Dalam hidup ini, tiada manusia yang sempurna. Kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara dan bentuk. Bezanya adalah bagaimana kita mengendalikannya dan menerimanya menjadi sebahagian dari hidup kita.
Gigih mencari rezeki
Seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok, dimana kegigihan seorang gadis OKU (Orang Kurang Upaya) yang mencari rezeki menjual burger telah menarik perhatian, dalam masa yang sama memberikan ‘tamparan’ buat orang ramai.
Wanita yang bernama Jaheerah Nadzri, 29, ini mempunyai masalah pembelajaran slow learner atau disleksia. Pada awalnya, wanita ini mencari rezeki bekerja sendiri dengan menjual kudapan cornflakes berperisa madu dan telur masin.
Namun disebabkan permintaan jualan tidak menentu dan hanya mendapat sambutan pada hari raya, dia telah mencari alternatif lain dengan membuka gerai hamburger berhampiran rumahnya dengan bantuan bapa dan abang-abangnya.
“Ketidakupayaan (masalah pembelajaran) tidaklah ketara sangat. Cuma segala urusan atau aktiviti yang saya lakukan memerlukan bantuan orang terdekat. Ia menyebabkan saya tidak yakin bekerja dengan orang maka saya memilih untuk bekerja sendiri.” katanya.
Difahamkan, Jaheerah bekerja keras kerana menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri memandangkan rumah yang diduduki bersama keluarga sekarang adalah rumah sewa selain berhasrat mewakili negeri atau negara dalam sukan petanque.
Foto Jaheerah bersama bapanya
Tambahan itu, bapa Jaheerah; Nadzri Abd Majid, 66, turut mengakui berat hati untuk melepaskan anak bongsunya untuk bekerja dengan orang lain dek kerana sedar akan kekurangan anaknya yang terhad dalam mempelajari sesuatu.
“Ada juga kawan-kawan Jaheerah yang juga OKU bekerja tetap tapi saya tidak yakin dengan kemampuan anak saya yang masih memerlukan bantuan daripada orang terdekat dalam setiap pekerjaan.”
“Dia ada kemahiran berniaga, jadi saya harap kerajaan dapat bantu dari sudut peluang penempatan di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti gerai atau peralatan yang membolehkannya menerima tempahan jualan dalam skala besar.”
“Sebelum ini, tempahan yang diterima dihadkan memandangkan ia dibuat secara manual,” katanya.
Raih pujian dan doa ramai
Meninjau ke ruangan hantaran tersebut, anak bongsu daripada empat beradik tersebut berjaya meraih pujian ramai serta membuatkan netizen kagum. Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat serta menitipkan doa buatnya. Video tersebut kini telah meraih lebih 8.1 juta tontonan dan 410K kesukaan.
“OKU tiada halangan untuk berbakti demi keluarga.. semoga diberikan rezeki yg melimpah ruah untuk awk.. hidup kita hanya beribadah kpda Allah..”
“Semoga murah rezeki dan sehat selalu,kekuranganmu adalah kelebihan Dimata kami”
“Allahu, sangat bermotivasi buat diri sendiri”
“Walau pun OKU tapi tidak menghalang mencari rezeki dari orang yang sehat…AllahHu akbar…”
MasyaAllah, kekurangan diri tidak melunturkan semangat wanita ini dalam mencari rezeki. Semoga kisah ini dijadikan inspirasi juga buat ramai. Hijabista turut mendoakan agar wanita ini sentiasa dipermudahkan urusan dan dapat menunaikan hasratnya suatu hari nanti.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan wanita yang berasal daripada Korea Selatan iaitu Blackpink. Baru-baru ini, telah menjadi bualan hangat apabila salah seorang ahli kumpulan Blackpink ‘berhijab’ di hadapan Masjid Abu Dhabi.
Untuk pengetahuan hijabi, BLACKPINK terdahulu telah melakukan konsert Born Pink: World Tour di Asia. Abu Dhabi, merupakan bandar keempat di Asia yang telah menjadi destinasi konsert ‘Born Pink’.
Foto Blackpink semasa ‘soundcheck’ konsert di Abu Dhabi (Dari kiri: Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo)
Memandangkan Emiriah Arab Bersatu adalah salah satu negara majoriti Islam, ahli Blackpink telah berpakaian lebih sopan semasa konsert yang telah meraih pujian para peminat. Bukan itu sahaja, Jennie (salah seorang anggota Blackpink) sempat mengunjungi salah satu masjid di Abu Dhabi dan seterusnya menjadi sorotan ramai!
Jennie menyarungkan pashmina hitam
Jennie telah memuat naik beberapa foto keindahan masjid Abu Dhabi tersebut melalui laman Instagramnya. Di dalam hantaran tersebut, terlihat Jennie sedang melawati Masjid Sheikh Zayed; sebuah masjid yang berada di kota Abu Dhabi, ibu kota Uni Emirat Arab.
“Exploring while touring” tulisnya di ruangan kapsyen.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menyarungkan pakaian yang sopan dan tertutup. Dia dilihat memakai kardigan krim serta baju putih di bahagian dalam, yang dipadankan dengan seluar bercorak.
Jennie juga menutupi bahagian kepalanya dengan memakai selendang pashmina hitam. Penampilannya tampak lebih kasual dengan memakai kasut putih hitam serta beg bahu yang disandang.
Difahamkan, masjid tersebut adalah salah satu daripada beberapa tempat yang sempat Jennie kunjungi semasa berada di Emiriah Arab Bersatu. Berdasarkan muat naik di media sosial, Jennie turut dilihat melawat Louvre Abu Dhabi.
Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi foto menaiki ‘roller coaster’ terpantas didunia, Formula Rossa yang terletak di Ferrari World Abu Dhabi.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat di seluruh dunia terutamanya yang beragama Islam berasa teruja dan berseloroh memanggilnya ‘ukhti’. Mereka juga memuji penampilan Jennie yang sopan dan ‘menyantuni’ negara Islam itu.
“Bismillah log in… Asyhadu Alla….“
“Tak pernah terbayang Jennie akan menjejakkan kaki ke masjid. MasyaAllah…Cantiknya Jennie berhijab”
“MASYAALLAHHH JENNIEE YOUU LOOK SOO GOD DAMN PRETTYY”
“Ini bukan KIM JENNIE tapi KIM JANNAH”
“Terima kasih sebab menghormati Islam dan berhijab…”
Sekadar info, pada penghujung Januari yang lalu, BLACKPINK telah mengadakan konsert di Etihad Park, Pulau Yas, Abu Dhabi. Selepas Abu Dhabi, BLACKPINK akan meneruskan jelajah dunia ke Asia Tenggara bermula di Kuala Lumpur, Jakarta, Manila dan banyak lagi pada Mac 2023.
Mendirikan rumahtangga pada April 2024, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kini bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelakinya.Terserlah seri di wajah...