Alat solek dan kaum hawa memang tidak dapat dipisahkan, rata-rata kaum wanita pasti gemar menghias wajah agar kelihatan lebih menawan serta menyerlahkan penampilan mereka.
Tapi, pernah tak anda alami masalah kulit seperti jerawat, liang pori tersumbat, kulit berminyak akibat tidak membersihkan solekan pada ajah dengan sempurna sehingga benar-benar bersih?
Ini dia penyelesaian terbaik untuk anda! Bersihkan solekan dengan pantas, tanpa perlu mengambil masa yang lama. Solekan dapat ditanggalkan dengan sempurna, sekaligus memberikan inginkan kulit wajah yang bersih, cerah dan sihat!
Muka Bebas Mekap Dengan Satu Cucian
Dirumus khas dengan ‘Japan Brightening Micellar’ khusus untuk menanggalkan sehalus kotoran pada kulit muka seperti solekan, sebum dan sel kulit mati secara menyeluruh, menanggalkan solekan kini lebih mudah dengan Biore Perfect Cleansing Water + Refill!
Lebih menarik lagi, Biore Perfect Cleansing Water juga diperkaya dengan bahan White Tea Extract dan kolagen yang dapat memulihkan kulit sis dari dalam, menjadikan tona kulit lebih cerah berseri, licin, halus dan sekata secara semulajadi tau. Wow!
Ads
Pantas Dalam ‘Nyahkan Solekan’ Pada Muka
Selain itu, waktu terbaik untuk menggunakan Biore Perfect Cleansing Water ni, bila anda dah penat bekerja seharian dan nak berehat dengan cepat, kerana dengan penggunaan produk ini, mampu menaggalkan solekan pada wajah dengan tuntas dan pantas.
Tambahan pula, formulasi Biore Perfect Cleansing Water ini sangat lembut dan mesra pada kulit, ianya bebas minyak, alkohol, pewangi, pewarna dan anti-komedogenik. Jadi, tak perlu sental muka dengan kuat untuk tanggalkan solekan dan mengakibatkan kulit muka mengalami kerengsaan.
Ads
Malah, solekan dan sel kulit mati pada wajah, mata dan bibir dapat ditanggalkan secara menyeluruh dan kulit akan menjadi lebih cerah, segar and lembap.
Selain itu, anda tak perlu rasa risau untuk menggunakan Biore Perfect Cleansing Water, walaupun mempunyai pelbagai jenis masalah kulit. Ini kerana Biore Perfect Cleansing Water telah dirumus mengikut kesesuain kulit wanita Asia. Justeru, Biore Perfect Cleansing Water didatangkan dalam tiga jenis variasi khas untuk merawat kulit kering, kulit berminyak dan kombinasi serta kulit berjeragat dan berjerawat serta boleh diganakan mereka yang mempunyai kulit bebas masalah.
Ads
Keistimewaan Berbanding Produk Lain
Istimewanya produk Biore Perfect Cleansing Water ini boleh menanggalkan solekan dengan ‘effortless’ sahaja. Untuk memudahkan pengguna, produk ini juga turut didatangkan dalam paket isian semula agar dapat membantu mengurangkan penggunaan plastik.
Seronok kan? Bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah wajah, tapi dalam masa yang sama membantu memelihara alam sekitar sebagai langkah pertama ke arah kelestarian alam. Paket isian semula Biore Perfect Cleansing Water yang direka secara ‘mesra alam’ mampu mengurangkan sebanyak 69 peratus penggunaan plastik bagi setiap pembelian.
Fuhhh! Banyak betul keistimewaan Biore Perfect Cleansing Water ni! Tunggu apa lagi sis? Jom bergegas dapatkan produk pelbagai manfaat ini segera! Anda boleh dapatkan secara fizikal di Watson dan Guardian atau boleh juga beli secara online dengan melayari laman beli belah Shopee dan Lazada.
Kalau hijabi berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Biore Perfect Cleansing Water ni, anda boleh layari laman Facebook, Instagram dan Tik Tok rasmi Biore.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Badan mula terasa lesu dan ‘lemau’ apabila tibanya hari Isnin–mana tidaknya, sudah sakan menikmati percutian hujung minggu kini terpaksa kembali kepada realiti. Tetapi fenomena Monday Blues ini sememangnya suatu perkara yang tidak asing tidak kira bagi yang bekerja atau sekolah.
Jadi adakah anda antara mereka yang tertanya fenomena Monday Blues ini hanya rekaan semata-mata? Ataupun ianya sekadar alasan untuk bersikap malas pada permulaan minggu yang baru?
Kenapa hari isnin tiap kali menjadi satu hari yang sangat di benci oleh ramai orang? Adakah ia berpunca di sebabkan permulaan minggu baru buat semua kerana bakal menghadapi mesyuarat tak menentu, kerja yang semakin bertambah, bahkan, perlu memikirkan soal kehidupan seharian?
Ada perkongsian di Hellodoktor yang menerangkan lagi mengenai keadaan Monday Blues ini. Menurutnya, terdapat kajian yang di jalankan oleh laman web Gallup pada tahun 2015 menunjukkan peratusan sebanyak 32% pekerja di Amerika Syarikat yang di percayai komited dengan pekerjaan mereka. Melalui kajian ini mereka membuat kesimpulan bahawa jika seseorang itu tidak suka akan pekerjaan mereka, kebarangkalian mereka akan mengalami Monday Blues.
Hal ini di percayai kerana fenomena tersebut merupakan fenomena dari segi psikologi. Jadi bagi setiap hari yang anda lalui tetapi merasakan ia merupakan perkara yang sama berulang kali, mungkin itu merupakan satu tanda buat anda untuk mencari kerja yang anda suka dari meneruskan dalam pekerjaan yang anda ada sekarang.
Tunggu dahulu!–Fenomena ini juga ada di kaji oleh pengeluar makanan Marmite di United Kingdom, mereka mendapati kebanyakan ‘mangsa’ kepada fenomena ini adalah mereka yang berusia di antara 45 hingga 54 tahun. Monday Blues ini juga boleh di lihat dalam pelbagai cara berpandu kepada kelakuan pekerja itu seperti selalu datang lambat ke pejabat, menjadi kurang produktif sepanjang hari, dan ada juga yang hanya terukir senyuman mereka pada waktu tengahari.
Meski pun ia di anggap sebagai fenomena yang mengacau dari segi psikologi, tetapi anda boleh mengubahnya dengan niat permulaan dalam diri anda. Anda boleh cuba untuk mulakan perubahan itu dengan beberapa cara, sepertinya:
Kondisi ini boleh menjadi dengan lebih teruk jika anda kerap menerapkan dalam diri untuk sentiasa stres dan tidak suka dengan kehidupan yang anda hadapi. Ingat–perubahan diri janganlah di paksa, pastikan anda pentingkan soal kepentingan mental anda terlebih dahulu. Jangan lupa makan coklat juga!
Coletahnya biasa kita dengar dan lihat di media sosial. Malah ada sahaja informasi berguna di sampaikan kepada pendengar. Mengenali dengan lebih dekat hos televisyen dan platform digital di stesen Media Prima ini nyata dapat membayangkan dirinya seorang yang happy go lucky.
Tidak susah untuk mendapatkan slot temubual dengan Sarancak memandangkan tidak bertindih dengan jadual tugasannya. Biarpun ada sedikit masalah sebelum penggambaran, namun Sarancak tetap tenang dan akhirnya berjaya melaksanakan sesi fotografi ini.
Nama saya Sara Zulkifli tetapi lebih dikenali sebagai Sarancak dan tahun ini saya berusia 28 tahun (2018). Saya bekerja sebagai hos televisyen dan hos digital. Seorang yang tidak reti untuk duduk diam. Sebenarnya sewaktu di sekolah dulu orang kata asyik ‘rancak’. Selepas itu, ada trend di mana kita menggabungkan nama kita dengan cinta hati. Tetapi disebabkan saya tidak tahu untuk gabungkan nama dengan siapa jadi kita gabunglah nama sendiri hinggakan tanda nama pun saya buat sendiri nama ‘SARANCAK’. Nasib baiklah cikgu tidak marah dan nama itulah yang dibawa hingga sekarang.
Saya sebenarnya mempunya ijazah Sarjana Muda dalam Zoologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Banyak sangat perkara yang saya minat dan ingin saya lakukan. Saya mahu kerja di zoo, jadi pelakon, bomba dan lain-lain lagi. Semualah saya mahu. Jadi selepas saya belajar bidang Sains, saya rasa apa kata kita cuba dulu bidang hiburan? Kalau ada rezeki adalah, kalau tiada kita boleh kerja di Zoo yang lebih kepada soal penjagaan haiwan.
Waktu mula-mula saya menghadiri uji bakat sebagai hos dalam Projek 3R di USM, saya hampir menarik diri. Tetapi rakan sebilik saya tetap memaksa saya meneruskan langkah dan menemani saya. Di situlah segalanya bermula. Saya berjaya masuk dalam rancangan itu sehingga peringkat final.
Selepas tamatnya program itu, saya ada juga terlibat dalam iklan komersial sebelum menyertai Hot FM Zoomers. Dari situlah saya diambil menjadi hos digital. Pada waktu itu, dunia digital masih baru, masih bereksperimen dan tidaklah seperti sekarang.
Dunia digital kemudiannya terus meningkat naik dan alhamdulillah rezeki saya di situ. Saya juga turut menjadi penerbit dan juga pengarah untuk program digital saya.
Dari dahulu saya memang tidak berhijab hinggalah lama kelamaan saya merasakan tiada apa lagi yang saya hendak buat sebagai remaja. Saya merasakan mungkin ini masanya untuk berhijab. Tetapi saya tetap ada perasaan takut dan berdebar kerana banyak kisah artis yang membuka tudung. Jadi bagi saya kita ‘belasah’ sahajalah!
Bermula pada raya dua tahun lepas, saya mula memakai selendang sewaktu berada di konti. Waktu itu memang tidak ramai yang bekerja kerana semuanya masih bercuti jadi saya mencuba seorang kerana tidak mahu orang tahu lagi. Saya cuba berhijab untuk seminggu. Saya fikir, tidak mengapa kalau rasa tidak selesa, nanti boleh buka dan kalau masih ada rasa hendak tutup kepala, pakailah semula.
Selepas itu, apabila saya cuba untuk tidak bertudung sewaktu berjalan keluar, saya rasa pelik. Alhamdulillah, jadi saya rasa memang sudah sampai waktunya untuk bertudung.
Saya tidak mahu mulakan penghijrahan ini terlalu ketara dengan bertutup litup kerana takut apabila perubahan saya begitu mendadak, nanti hal itu akan berbalik kepada saya. Bimbang nanti akan ada kisah yang mengejutkan rakyat Malaysia!
Saya cuba dengan stail ringkas dan longgar dahulu dengan memakai selendang. Pada awalnya memang kena kecam kerana netizen mengatakan gaya saya itu masih nampak leher. Akan tetapi saya fikir tidak mengapa yang penting saya selesa dan tindakan ini bukan untuk orang lain. Ramai yang mengecam di Instagram, sama ada di akaun saya mahupun Hot FM, di Facebook dan juga YouTube.
Kalau yang mengecam itu hanya sekadar mengecam saya maka saya boleh menutup mata sebab bukan mereka yang bayar bil-bil saya dan memberikan kerja. Tetapi, apabila ada yang mengecam menggunakan perkataan yang kasar seperti ‘betina’, saya akui ia agak terkesan di hati. Tipulah kalau tidak kan?
Susah untuk menjangka kehendak masyarakan tentang kandungan digital.Contohnya, jika kita dapat satu idea mengenai cinta pada awalnya mungkin okay tapi lama kelamaan mereka sudah tidak mahu kerana trend itu sudah berlalu.
Jadi saya harus fikirkan lagi. Memang susah. Dahulunya, pada awal tiga bulan pertama sahaja idea saya bagai mencurah-curah selepas itu ‘kering’. Oleh itu, saya mencari idea dengan membuat kajian menonton video dari luar negara. Boleh ambil idea mereka dengan syarat kita tukar sedikit supaya ia relevan dengan masyarakat kita.
Jika masih tiada idea, saya akan pusing satu pejabat dan berborak dengan rakan sekerja. Saya akan berkongsikan video dengan mereka. Saya tidak mahu mendengar pujian daripada mereka sebaliknya mahu dengar dari sisi yang berbeza supaya saya boleh membaiki dari sudut itu.
Boleh dikatakanlah saya ini seorang yang workaholic. Saya bersyukur tawaran itu sentiasa ada. Cuma yang peliknya, apabila seharian sudah bekerja saya mahukan cuti, tetapi apabila sudah bercuti dua hari, saya rasa bosan pula dan mahu kembali bekerja.
Pernah kerana dalam industri ini mereka mahukan orang yang cantik, kurus, seksi dan mempunyai figura yang ideal di mata rakyat Malaysia. Mereka akan mengatakan, ‘kenapa ambil dia ni, sudahlah gemuk, tidak cantik, tidak senonoh pula mulut dia!’
Tetapi, saya selalu fikir bahawa peratus yang benci itu lebih sedikit daripada mereka yang sukakan kita. Saya selalu letakkan yang bakat saya itu lebih besar daripada saiz badan saya. Tidak perlu untuk menyorok.
Sememangnya ramai pelajar sekolah yang bertanya saya di Instagram bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri. Perkara sebeginilah yang membuatkan saya untuk terus melangkah. Ada di antara mereka yang rasa tidak cantik lalu memuat naik gambar sambil menutup muka.
Mereka tidak sepatutnya rasa begitu kerana usia mereka masih muda. Kalau begitu pun mereka sudah rasa tidak yakin, bagaimana di masa akan datang nanti? Dari situlah datangnya rasa tanggungjawab saya untuk menolong mereka. Tidak semestinya gemuk itu hodoh. Jika ada bakat tunjukkanlah pada semua.
Garang. Benci tikus. Kalau belakang kamera saya bukanlah bising 24 jam. Saya tidak pandai untuk berfesyen dan yang terakhir saya seorang yang sangat mementingkan keluarga.
Saya sukakan stail dan gaya seperti Kaka Azraff dan Scha Alyahya. Mereka pandai suai padan dan bermain dengan warna. Saya suka bila sesuatu fesyen itu pelik misalnya apabila orang bertanya pada saya fesyen apa yang saya pakai ini? Saya akan rasa ya, baju ini lain daripada yang lain!
Sara rasa cantik bila…Bila Sara happy!
Fuyooo! Kalau dari segi banyak bercakap itu sama sahaja. Dulu saya tidak pernah mahu duduk diam. Dekat rumah pun mesti bising. Tetapi sekarang saya lebih introvert. Suka buat hal sendiri. Dahulunya sentiasa mahu ‘memekak’.
Kulit saya juga tidak gelap seperti dahulu. Dahulunya saya aktif bersukan. Masa saya dengan kawan-kawan juga tidak lagi banyak seperti dahulu.
Sekarang ini saya tidak boleh membuat apa-apa tindakan sesuka hati saya kerana harus memikirkan persepsi daripada masyarakat juga.
Kebanyakan pengikut saya juga banyak daripada kalangan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja dari golongan VIP pun ada juga. Jika di luar, yang sudah bergelar nenek pun ada menegur saya. Saya macam ‘Wow, nenek pun tonton video! Kenapa nenek? Nenek buat apa di rumah, tengok YouTube?’
Memang sekarang saya lebih berhati-hati. Bukan fake, cuma menjaga imej. Takut jika kita tidak senyum, nanti orang akan fikir kita sombong pula. Penat sekalipun tetap senyum sahaja pada semua.
Saya melakukan rutin penjagaan asas. Saya akan pastikan setiap malam untuk cuba memakai topeng muka. Dahulunya sebelum bergelar isteri saya memang rajin memakainya tetapi apabila sudah makin sibuk saya tidak sempat pula untuk melakukan semua itu.
Saya mementingkan kelembapan kulit kerana hydration is everything. Jika kulit kering banyak masalah akan timbul nanti.
Perasaan itu sebenarnya hanya bermain dalam minda dan otak kita. Padahal orang lain yang melihat kita tidak memikirkan apa-apa pun mengenai diri kita. Jadi, jika tiada keyakinan diri, cubalah untuk membina keyakinan itu. Jangan peduli kata orang asalkan prinsip kita betul, menjaga batas dan kita juga perlu tahu apa yang kita mahukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memiliki kulit yang sihat bukan hanya memfokuskan kepada penggunaan produk yang bersesuaian tetapi rutin penjagaan yang rapi juga membantu untuk menjadikan kulit anda sihat dan cantik berseri.
Tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak serta tidak mengambil waktu yang lama, rutin penjagaan ini hanya boleh dilakukan di rumah sahaja. Nak tahu apa dia? Jom baca dan jangan lupa amalkan ya sis!
Sinaran UV sememangnya memberikan kesan buruk kepada kesihatan kulit. ramai juga yang tidak mengendahkan tentang hal ini. Malah, produk pelindung sinar UV diketepikan dalam aktiviti harian.
Oleh itu, untuk kebaikan kulit yang berpanjangan, anda disarankan untuk menggunakan pelindung sinar sekurang-kurangnya SPF 15. Hindari sinar dari jam 10 pagi higga 4 petang, waktu ini pancaran matahari berbahaya untuk kulit.
Percaya atau tidak, merokok bukan sahaja memberi kesan kepada organ-organ dalam seperti paru-paru mahupun jantung, malah ia juga tidak memberi kesan baik kepada kulit. Kesan rokok membuatkan kulit tampak tua dan berkedut. Merokok bukan sahaja merosakkan kolagen dan elastin kulit, malah ia mengecilkan saluran darah bagi kemasukan oksigen dan nutrien penting untuk kesihatan kulit.
Tahukah anda, mencuci muka dengan kerap ataupun mencukur boleh memberikan kesan buruk kepada kulit. Oleh itu, usah mandi terlalu lama, bercukur dengan berhati-hati, tekap tuala dengan perlahan semasa mengeringkan badan supaya fungsi pelembap masih ada pada badan. Usah lupa, sapukan pelembap mengikut jenis kulit.
Apa yang anda makan, itulah yang akan memberi kesan kepada tubuh badan anda. Jangan ketepikan khasiat buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Makan buah-buahan, sayur-sayuran juga bijiran penuh dan protein tanpa lemak. Pengambilan Vitamin C menggalakkan kulit kelihatan lebih muda.
Stres tidak terkawal pencetus jerawat dan masalah kulit lain. Ambil tindakan mengawal tekanan. Tetapkan had dan kembali kepada to-do-list dan lakukan perkara yang menyeronokkan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.