Selain masalah jerawat, kita juga sering terdedah dengan masalah jeragat. Kehadiran jeragat boleh menyebabkan kita rasa sedikit kekurangan, lebih-lebih lagi jika banyak tumbuh di pipi dan sekitar hidung. Namun sebenarnya masih ada cara untuk menghilangkannnya dengan menggunakan cara petua tradisional.
Perkongsian wanita ini Eja Safar di laman sosial Facebook memberitahu cara mudah untuk menghilangkan jeragat dan juga parut jerawat. Dengan hanya modal tak sampai RM5 dan menggunakan tiga jenis bahan saja, masalah ini dapat diatasi.
Namun begitu syaratnya kena dilakukan secara konsisten dan kalau boleh dibuat sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah lama kelamaan jeragat akan pudar.
Ads
Tips hilangkan jeragat & parut tak sampai RM5. Hanya guna 3 bahan je.
Sebenarnya nie petua orang dulu. Tapi berbaloi sangat. Janji KONSISTEN ye. Eja buat masa cuti je. Kalau hari biasa eja tempek herv essence je. Lagi cepat.
Caranya : Gaul semua bahan sampai sebati & apply di muka. Sebaiknya buat 3 kali seminggu. Eja pakai sejam je. Lepas tu bilas. Kulit rasa lembut je. Jeragat pun makin pudar.
‘Ke mana saja wassini, apapun jua wassini, segalanya, wassini..’ Masihkah anda ingat kepada penyanyi bersuara lunak merdu yang melantunkan lagu popular berjudul Wassini sekitar 23 tahun yang lalu?
Pasti ramai di antara hijabi hari ini yang dahulunya pernah meminati dan mengenali penyanyi bertudung litup Norwahidah Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Waheeda Wasini.
Haaa.. rupanya Waheeda masih belum melupakan minatnya dalam bidang muzik. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.
Terdahulu menerusi sebuah laporan berita, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik, namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga.
“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).
“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.
“Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.
“Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.
Menurut Waheeda, kebanyakkan lagu karyanya dilancarkan di laman Youtube dan Spotify, malah ia adalah adalah hasil terbitan syarikatnya sendiri, Clef Empire.
Kini bergiat aktif di belakang tabir, penyanyi itu akui dirinya lebih selesa bekerja di bidang seni sebagai penerbit dan komposer lagu.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira apabila akhirnya mereka dapat mengikuti kembali perkembangan terkini penyanyi kesayangan mereka itu satu ketika dahulu.
“Bila dapat lelaki yang tepat.. Subhanallah hebat perubahan Waheeda.”
“Ya Allah, rindu Waheed tambah-tambah dulu membesar zaman dia kerap berlakon cerita kelakar-kelakar tu.”
“Cantik! Niqab dia panjang ke bawah 🥰”
Kini hantaran video berkenaan sudahpun mencecah lebih 600,000 tontonan dengan 32.6 ribu tanda suka daripada pelayar TikTok.
Terdahulu, pada 2009 Waheeda memutuskan untuk menamatkan kariernya sebagai anak seni dalam industri hiburan, sejak bergelar isteri dan suri hati kepada penyanyi serta pendakwah bebas, Akhil Hayy.
Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.
Namun jika sudah Allah tetapkan rezeki itu, walaupun kita tidak menginginkannya, maka rezeki ini akan datang sendiri kepada kita dengan tidak disangka-sangka. Allah sudah sediakan rezeki yang cukup untuk setiap orang.
Selalu orang tanya “boleh kaya ke jadi doktor?”. Jawapannya boleh kalau doktor tu jadi pakar atau doktor tu berbisnes dan saya tak ada kedua-duanya tu. Kalau orang tanya saya doktor apa, saya jawab je saya doktor perubatan biasa dan tiada klinik sendiri. Part paling saya suka ialah tengok reaksi mereka lepas saya bagi jawapan sebegini. Lagi best bila saya tambah yang saya doktor freelance je, terus dunia seakan-akan membisu seketika.
Well peeps doktor freelance are still doctors. Tak dinafikan kami tak sehebat pakar dan pendapatan kami jauh lebih rendah but maybe this is what we want in life. At least this is what i want yakni tiada stres perlu ber-oncall. Saya boleh pilih bila saya nak bekerja + bila saya nak berehat dan paling penting i get to be around my son watching him growing up. If satu hari saya decide saya nak buka klinik sendiri atau nak belajar ilmu perubatan dengan lebih mendalam i can always do so.
Awal-awal parents saya agak kecewa bila saya bagi tahu mereka yang saya tak mahu sambung kepakaran tapi bila mereka tengok saya boleh sustain kehidupan sendiri, ada banyak masa bersama keluarga, tiada stres bekerja, mereka turut gembira untuk saya. All in i am grateful as to where i am today. Syukur alhamdullilah bagi saya, sangat-sangat mencukupi.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa berbaloi dari segi masa dan tenaga tatkala kejayaan telah pun di dalam genggaman.
Pelajar Malaysia yang merupakan seorang gadis kelahiran Sabah, Afiqah Izzati Sundusin mencipta sejarah sekaligus mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti di Hungary dengan nilai gred kumulatif (CGPA) 4.99 (4.99/5.00) sehingga melayakannya dirinya menerima anugerah ‘top of cohorts’.
Gadis manis berusia 24 tahun ini turut menarik perhatian dunia apabila diktiraf sebagai pelajar Malaysia pertama menjadi wakil graduan berucap di acara penuh bermakna itu disaksikan ribuan graduan lain serta keluarga di University of Szeged.
Selain berjaya menarik perhatian ramai dengan kecemerlangannya itu, Afiqah Izzati turut membuatkan ramai terpesona dengan penampilannya ketika itu. Tampil manis dengan busana warisan suku Bugis iaitu baju Bodo atau turut dikenali sebagai baju Tokko.
Graduan kejuruteraan pertanian ini turut memilih untuk memulakan ucapan dalam bahasa Melayu.
“Ucapan pembukaan dimulakan dengan peribahasa ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ yang bermaksud kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha. Peribahasa ini cukup signifikan dengan saya kerana kejayaan tidak datang bergolek tetapi selepas usaha, doa dan tawakal.
“Ada perkara tercapai dan ada perkara diingini tetapi tidak menjadi, namun itu bukan kegagalan sebaliknya cuba lagi dan berserah kepada Allah SWT. Memang banyak cabaran selama di sini (Hungary) tetapi itu tidak mematahkan semangat saya demi menimba ilmu,” ungkap Afiqah Izzati kepada Bernama.
Ditemani ahli keluaga, anak sulung daripada enam beradik ini percaya budaya dan identiti sebagai gadis Bugis serta rakyat Malaysia tidak akan pudar biarpun menetap lama di negara luar. Justeru, dia nekad memilih busana tradisi pada hari bermaknanya itu.
Keputusannya bersama keluarga untuk menggayakan busana Bugis mencetuskan minat ramai, tidak hanya di kalangan rakan-rakan bahkan turut mendapat liputan meluas media di Hungary.
“Saya bangga menjadi anak Malaysia (yang terkenal dengan) masyarakat majmuk selain turut sama bangga dengan warisan dimiliki. Saya memilih memakai baju tradisional ini bukanlah sekadar fesyen semata mata tetapi ini juga cara saya memperkenalkan keunikan kepelbagaian etnik di Malaysia kepada dunia.
“Baju rona hijau ini dengan kain, songkok recca, tali pinggang (pa’bekkeng) ditempah dari Indonesia. Penghantaran ke Sabah ambil masa dua minggu dan dijahit oleh penjahit tempatan di Sandakan. Proses keseluruhan membuat baju Bodo ini lebih kurang tiga bulan,” katanya.
Ketika ditanya perancangannya selepas ini, gadis kelahiran Tawau dan membesar di Sandakan ini berkata akan ke Switzerland bagi menjalani sesi ‘research intern’ di pusat penyelidikan di negara itu selama empat bulan bermula April hingga Julai.
“Saya berpeluang menimba pengalaman di Switzerland.Peluang ini tidak akan disia-siakan untuk melakukan yang terbaik,” katanya.
Menyimpan impian untuk bergelar saintis penyelidikan dan pembangunan pertanian, Afigah Izzati berharap kejayaannya itu menjadi inspirasi dan contoh terbaik buat adik-beradiknya.
Menghargai pengorbanan kedua ibu bapanya, Afiqah Izzati menjadikannya sebagai pegangan untuk terus berjuang menggapai impian.
Selain itu, dia turut berpegang teguh kepada pegangan agama.
“Jasa umi dan ayah cukup besar. Mereka banyak berkorban dan jika saya berasa ‘down’ saya akan kenang penat lelah mereka,” kongsi Afiqah Izzati.
Untuk info, bapanya merupakan pegawai kesihatan persekitaran di Sandakan manakala ibunya adalah pengurus di syarikat berkaltan kerajaan.
Afiqah Izzati sebelum ini mendapat pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pui Gin dan kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan.
Afiqah Izzati kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia.
Semoga Afiqah Izzati terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.