Dalam Islam, keredhaan Allah S.W.T ialah fokus utama kita dalam menjalani kehidupan seharian. Tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun, kita dinasihatkan untuk sentiasa memohon keampunan dari Allah S.W.T supaya kita berada dalam lindungan-Nya dari perkara-perkara yang keji.
Apabila kita sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T, maka dengan itu, kita akan terhindar dari amalan-amalan yang menyesatkan yang boleh membawa kita ke lembah maksiat yang sememangnya dibenci oleh Allah S.W.T. jadi, apakah doa yang harus dibaca untuk kita sentiasa dipelihara oleh-Nya?
Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.”
Ads
Seperti mana yang tertulis dalam Al-Quran, mencari keredhaan Allah S.W.T adalah misi utama kita sebagai hamba-Nya yang hidup di atas muka bumi ini. Biarpun dihujani dengan pelbagai kemewahan, kesenangan, malah diberikan pelbagai bentuk cabaran dan dugaan, janganlah kita lupa tentang matlamat utama kita bernafas hari ini.
Seperti mana Allah berfirman dalam Surah al-‘Ankabuut, ayat 69 yang bermaksud:
Ads
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.”
Oleh yang demikian, kita haruslah memperbanyakkan doa kepada Allah SWT supaya sentiasa dipelihara daripada akhlak buruk. Oleh sebab itu Nabi SAW selalu berdoa kepada Allah dengan doa berikut yang bermaksud:
Ads
” Ya Allah, sesungguhnya aku mohon berlindung dengan-Mu daripada segala kemungkaran akhlak, amalan dan nafsu.” (Riwayat al-Tirmidhi)
Usaha untuk menjadi baik dan berakhlak. Akidah dan doa saja tidak cukup untuk mengubah seseorang menjadi baik selagi ia tidak disusuli dengan usaha yang kuat. Tuntasnya, berusaha untuk melawan hawa nafsu sangat perlu kerana titik mulanya adalah di situ.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Umum sedia maklum, pelakon jelita yang juga pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih mesra disapa sebagai Mira Filzah kini sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen selepas mendirikan rumahtangga.
Malah, sejak bergelar ibu kepada seorang cahaya mata pelakon dan pengacara popular berusia 30 tahun itu dilihat cuba menyeimbangkan masa diantara karier dan juga keluarga kecil yang dimilikinya.
Kemunculan semula Mira dalam drama yang pernah menjadi fenomena tahun ini, berjudul “Imam Instant Ustazah Scammer” boleh diibaratkan sebagai ubat rindu kepada para peminatnya dan mendapat sokongan penuh keluarganya.
Dalam temu bual bersama Hijabista, Mira melahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan kerja dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga.
Perkahwinan dengan Wan Khair Emir selama tiga tahun ini sedikit sebanyak mengubah kerjayanya. Di tambah pula dengan kehadiran anak sulungnya, Wan Khair Amir yang kini mencecah usia setahun lebih.
Ternyata ibu dan ibu mertuanya memberi reaksi berbeza terhadap idea Mira berlakon semula.
“Mak mertua dan mak Mira ni dua-dua berbeza sedikit, sebagai contoh Mak mertua career driven, dia macam takpe ambil je shooting mana-mana, lama-lama pun takpe jangan risau about Amir siapa jaga dia, don’t worry go achieve, dia suka kita busy, kita kerja” ujar Mira.
Ibu mertua Mira, Datin Mastura Yazid, memberikan sokongan penuh kepada Mira agar dia dapat meneruskan kerjayanya dan tidak perlu risau tentang anaknya.
Pelakon yang mula popular dengan drama Cinta Si Wedding Planner ini berkata, sebelum menerima tugasan berlakon drama terbarunya itu, dia bercakap dengan ibunya dan bertanyakan pendapatnya.
“Masa mula-mula Mira dapat job lakonan terbaru, balik-balik Mira bincang dengan mak Mira, okay ke nak ambil ni? Amir masih kecil lagi
“Kalau macam mak, mak akan support je apa Mira nak buat, apa pun keputusan Mira dan kalau perlukan bantuan mak, maklumkan
“Kalau mother-in-law Mira, just go for it. It’s time for you to shine,”Katanya.
Mempunyai reaksi yang berbeza tetapi kedua-duanya akan sentiasa menyokong kerjaya Mira walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sekadar info, Mira berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki Wan Khair Emir yang dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu.
Usahawan selebriti terkemuka, Noor Neelofa Mohd Noor yang juga isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail sering menjadi sorotan netizen dan para peminatnya dalam setiap ‘tindak takduk’ dan perilaku yang dipaparkan kepada umum.
Terbaharu, penampilan selebriti jelita itu sekali lagi menjadi ‘buah mulut’ apabila dilihat semakin berisi dan mengenakan dress bertali belakang, persis wanita yang sedang hamil.
Sehubungan itu, timbul beberapa spekulasi liar oleh netizen yang mengesyaki bahawa bekas pengacara MeleTOP itu kini sedang hamil anak kedua.
Spekulasi tersebut timbul sebaik sahaja tular video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @seorangnur memaparkan selebriti berusia 33 tahun itu sedang ‘shooting’ bersama suaminya Haris Ismail.
Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu memaparkan Neelofa yang kelihatan anggun dalam dress hijau yang mempunyai tali seperti baju khusus bagi wanita hamil, malah pertambahan berat badan Neelofa yang ketara juga dilihat sinonim dengan perawakkan ibu hamil.
Selain itu, gerak tubuh Neelofa yang dilihat
kekok serta agak sukar untuk duduk sewaktu menghulurkan secawan air kepada Haris juga menimbulkan lebih banyak persoalan.
Hijabista berkesempatan meninjau keruangan komen pada hantaran video tersebut untuk melihat reaksi peminat Neelofa dan juga wargamaya.
Hasil tinjauan mendapati, rata-rata netizen meninggalkan komen bersetuju bahawa ibu kepada Muhamad Bilal itu kini sedang hamil anak kedua, dan Bilal bakal menjadi abang kelak. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet.
“Dr sudut bentuk bdn. Mmg mcm.. InsyaAllah semoga Allah jaga ya… Aaaamiiin.
“Betui ka….Bilal nk dpt adik tu…..Aamiin….. yd blkng tu sungguh2 kipas awat lofa panas sgt ka……😂😂🥰🥰🥰.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.