Personaliti media sosial, Norreen Iman meluahkan rasa terharunya apabila dikurniakan sahabat sebaik Hazeman Huzir. Walaupun mereka tidak begitu rapat, namun tindakan Haze yang memberikannya hadiah istimewa amatlah mengejutkannya.
Mahu menjadi insan yang lebih baik, Hazeman atau lebih mesra disapa Haze yang kini lebih aktif di laman YouTube dengan berkongsikan kisah penghijrahannya dan juga aktiviti kemanusiaan telah menghadiahkan Norreen Al-Quran peribadi yang sering digunakannya.
Berkongsi di laman twitternya, Norreen ternyata tersentuh dengan tindakan Haze itu kerana tidak menyangka akan menerima kejutan sebegitu sewaktu Haze berkunjung ke rumahnya setelah sekian lama tidak berjumpa.
Norreen sendiri tertanya-tanya kenapa dalam ramai-ramai orang, dia yang bertuah menerimanya?
Selain itu, Norreen juga turut mendedahkan beberapa minggu lalu entah mengapa hatinya tergerak untuk mencari kedai yang menjual Al-Quran di Instagram. Tiba-tiba, Haze pula yang menghadiahkannya pada minggu ini.
Selepas itu, tanpa disangka pula rezeki Norreen hadir tanpa diduga apabila dia mendapat job baharu. Inilah yang dikatakan rezeki daripada Tuhan.
Ads
Percaturan Allah itu memang indah. Jika Dia mahukan sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia. Beruntunglah kita jika dikurniakan teman-teman yang baik dalam hidup.
Walaupun tidak rapat, namun kita tahu merekalah yang kita boleh harap disaat memerlukan dan juga menolong kita menuju ke arah kebaikan. Oleh itu, hargailah mereka yang ada di sisi anda dengan sebaiknya.
Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.
Amal Makruf, Nahi Mungkar. Dahulukan segala yang wajib dan niat kerana Allah s.w.t.
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali, berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda. Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh dan longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah “gemuk” pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap obesiti kantung pahala anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Amalan membaca Surah Yasin sering dikaitkan dengan malam Jumaat. Harus membaca Yasin pada malam Jumaat. Walau bagaimanapun tidak semestinya Surah Yasin hanya dibaca pada malam Jumaat sahaja.
Sebaliknya Surah Yasin boleh dibaca pada bila-bila masa tidak semestinya pada malam Jumaat. Boleh dibaca sama ada sendirian atau berkumpulan, tidak ada dalil yang melarang membaca Yasin pada malam Jumaat atau malam yang lain.
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan kelebihan (fadilat) surah ini, kebanyakannya adalah hadis palsu yang direkacipta. Ada juga sebahagian hadis yang bertaraf hadis dhaif.
Dalam syariat Islam, kita dididik agar tidak terhad berpandukan kepada hadis sohih semata-mata, tetapi kita dibenarkan merujuk hadis dhaif dengan syarat ianya dirujuk sebagai hal berkaitan fadhilat akan sesuatu amalan dan bukan dijadikan sebagai hujah dalam hal hukum hakam.
“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, hati bagi Al-Quran adalah Surah Yasin, barang siapa yang membacanya seolah-olah membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
“Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada waktu malam, dia akan bangun pagi dalam keadaan diampunkan dosa.”
“Sesiapa yang selalu membaca Surah Yasin pada setiap malam lalu dia meninggal dunia, maka dia dikira mati syahid.”
“Sesiapa yang memasuki ruang perkuburan lalu membaca Surah Yasin, diringankan (azab) bagi mereka (yang berada di dalam kubur), dan baginya (pembaca) pahala kebaikan sebanyak mana orang (mayat) yang berada di perkuburan itu.”
Rujukan berkenaan status hadis ini boleh dilihat di dalam kitab ‘Al-Maudhuaat’ karangan Imam Ibnu Al-Jauzi, kitab ‘Al-Fawaid Al-Majmuah’ karangan Imam As-Syaukani dan risalah yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Amru Abdul Latif (hafizahullah) bertajuk “Hadis Qalbul Quran Yasin, wa Jumlah mimma wuriya di fadhailiha” (Hadis hati Al-Quran Yasin dalam pertimbangan, dan hadis-hadis kelebihannya).
Tidak ada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca Surah Yasin seperti malam Jumaat, ketika kematian mahupun ketika musim menghadapi peperiksaan. Begitu juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.
Maka dalam hal ini, lebih cenderung untuk melihat ianya sebagai suatu amalan ibadah yang baik kerana dalam majlis tersebut itu terhimpun pelbagai amalan kebaikan seperti memupuk budaya membaca Al-Quran paling tidak seminggu sekali, memupuk semangat berukhuwah sesama muslim serta membudayakan melakukan amalan baik secara berjemaah.
Namun demikian, masyarakat kita juga perlu dididik supaya memahami bahawa amalan ini bukanlah suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan bermaksud apabila minggu atau waktu khusus tersebut tidak dilakukan maka boleh membawa kepada dosa.
Jika kesalah fahaman ini yang berlaku dalam masyarakat kita maka ianya perlu kembali diperbetulkan supaya tidak berlaku salah faham dalam menokok tambah perkara yang sedia ada dalam syariat.
Amalan membaca Surah Yasin ini hendaklah dilihat sebagai suatu amalan sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala namun jika ditinggalkan tidak membawa kepada dosa.
Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau Mawar Rashid merupakan figura wanita tabah yang membesarkan tiga orang cahaya mata sendirian, setelah mengumumkan berpisah dengan bekas suami, Raf Yaakob pada November tahun lalu.
Tak dinafikan Mawar Rashid memiliki wajah cantik dan peribadi yang baik. Malah, Mawar disifatkan sebagai seorang wanita yang mesra dan tak lokek dengan senyuman. Selain itu, Mawar dilihat cukup akrab dengan ibu tersayang iaitu Marinee Abdullah atau disapa dengan panggilan Abai.
Setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Bahkan peminat tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibu tersayang, meski dia juga kini sudah bergelar ibu kepada tiga anak.
Menelusuri latar belakang Mawar, ibu kepada Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam.
HIJABISTA difahamkan ibu Mawar, berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid yang meninggal dunia ketika Mawar masih kecil.
Meskipun ibu Mawar kini sudah berumah tangga sekali lagi, bersama sahabat karib jejaka asal Brunei, namun Abai sentiasa berada di sisi Mawar dalam keadaan susah mahupun senang.
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini pernah membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Abai (Mummy), adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati. Abai memang the best mom, the best grandmother..
“Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. Adik tak nak terlambat cause I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.
“Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael. Sampai sakit pinggang Abai. Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, selalu nak masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat CEKAL.
I wanna be like you. Tu pun tak tahu mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari sebab Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu-cucu, keluarga dan semua orang! I love you so much Abai. Doakan bisnes Mawarose berjaya Abai,” titip Mawar di Instagram miliknya.
Untuk rekod, Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Bagaimanapun jodoh mereka putus ditengah jalan apabila sah bercerai pada November tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.