Pelakon dan juga ahli kumpulan kpop terkenal, Miss A iaitu Suzy memang sentiasa menjadi perhatian ramai. Bukan hanya cantik, malah lakonannya yang mantap membuatkan drama yang dilakonkan sentiasa mencatat rating tontonan yang tinggi.
Sedang hangat dengan drama bersiri Vagabond di Netflix, fotonya mengenakan hijab di laman sosial mencuri tumpuan peminatnya di serata dunia.
Ads
Khabarnya, dia mengenakan hijab kerana sedang meneruskan penggambaran drama tersebut di Morocco. Ayu sangat!
Foto tersebut ternyata disukai lebih 1 juta peminatnya di media sosial. Bukan itu sahaja, ramai yang terpesona dengan kecantikan aktres berusia 25 tahun itu dan berharap dia terus istiqomah. Hehe, comel je!
Februari 2023 pasti menjadi detik paling diingati oleh Profesor Dr Sharifah Sulaiha Syed Aznal. Detik di mana beliau disahkan menghidap kanser kolon. Hidupnya berubah sekelip mata.
Namun, lima bulan kemudian Dekan Pusat Pengajian Perubatan di International Medical University Malaysia (IMU) ini kembali bertugas selepas berjaya menjalani sebahagian daripada rawatan kemoterapi.
Anak ketiga daripada lima beradik ini dibesarkan oleh ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan aktiviti mereka.
“Ayah saya orangnya tak pernah duduk diam dan tidak pernah berkata tidak,” ujar Prof Dr Sulaiha.
Selain bergelar guru, bapanya juga penolong guru besar dan guru disiplin di sekolah. Bapanya juga pernah memegang jawatan pegawai perhubungan untuk Kementerian Pelajaran.
Prof Dr Sulaiha mempelajari banyak perkara daripada bapanya itu seperti cara mendekati orang ramai, bagaimana membuat keputusan pantas serta cara memimpin projek dan kumpulan pekerja.
Beliau sendiri tidak pernah menjangka akan bekerja dalam bidang perubatan. Memetik kata-kata bapanya, jika mahu membuat perubahan untuk membantu negara dan orang ramai, ubah perkara yang perlu diubah. Itulah permulaan Prof Dr Sulaiha menceburi bidang perubatan.
Selepas tamat belajar, Prof Dr Sulaiha pernah bekerja di Scotland, Kemudian, pada pertengahan tahun 1990-an beliau kembali ke Malaysia.
Tugas pertamanya adalah di hospital besar di Kuala Terengganu. Sepanjang berkhidmat, Prof Dr Sulaiha berusaha melakukan yang terbaik. Beliau merupakan sebahagian daripada komuniti yang menyelia jaminan kualiti di hospital.
Berkat usaha Prof Dr Sulaiha, hospital tersebut menjadi hospital terbaik dari segi jaminan kualiti serta menerima beberapa anugerah terbaik. Mereka turut dijemput ke Konvensyen Kebangsaan Pertama mengenai Jaminan Kualiti di negara ini.
Beliau turut memperjuangkan hak doktor. Sebagai setiausaha SCHOMOS (Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan) di bawah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Terengganu, Prof Dr Sulaiha menyertai kumpulan yang memperjuangkan isu elaun tugas on call untuk doktor muda.
Usaha beliau membuahkan hasil apabila cadangan itu diluluskan dan dilaksanakan di peringkat nasional.
Untuk info, Prof Dr Sulaiha menyertai IMU sebagai pensyarah pada 2004 dan ketika itu Prof Dr Sulaiha berusia 33 tahun. Pada usia 40 tahun, beliau menerima jawatan Profesor Bersekutu. Pada Januari 2023, beliau menjadi Dekan Fakulti Perubatan.
Lapan tahun lalu, Prof Dr Sulaiha mengetuai pasukan untuk mendesak penempatan kerja menjadi sebahagian daripada dasar universiti yang merentasi semua program. Ia bagi memastikan kesediaan bekerja graduan dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Beliau turut mengetuai pasukan petugas bagi mengubah Pusat Kemahiran Simulasi Klinikal IMU menjadi sebuah jabatan bebas dengan kapasiti untuk berkhidmat kepada seluruh universiti sekaligus memberi manfaat kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah.
Terbaharu, di Fakulti Perubatan beliau pemangkin kepada kurikulum baharu yang dilancarkan pada 2021. Ia bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan dan hasil pembelajaran terbaik sambil mewujudkan platform pembelajaran dengan lebih banyak interaksi antara pelajar dan pensyarah.
Pesan Prof Dr Sulaiha, perkara paling penting untuk kita tahu terutamanya wanita ialah kita tidak mampu lakukan sesuatu secara bersendirian.
“Ia adalah mengenai kerjasama. Saya ada apabila diperlukan, dan mereka ada ketika saya perlukan mereka,” katanya.
WANITA DALAM BIDANG PERUBATAN
Menurut Prof Dr Sulaiha yang merupakan pakar obstetrik dan ginekologi, salah satu isu berkaitan ialah pengambilan ujian pap smear bagi mengesan kanser serviks.
“Kita masih bergelut untuk meyakinkan wanita agar melakukannya,” tutur Prof Dr Sulaiha sambil menjelaskan walaupun pihak swasta dan kerajaan mengambil inisiatif menawarkan ujian namun kadar pengambilan ujian tetap rendah.
“Kita perlu menjelaskan kepada golongan wanita bahawa kita ada ahli profesional kesihatan wanita iaitu doktor dan jururawat yang boleh melakukan ujian itu untuk mereka.”
Hijabista mendoakan agar Prof Dr Sulaiha terus sukses dan menjadi inspirasi kepada seluruh wanita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Neelofa telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pendakwah Haris Ismail kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Mula mengenali Haris pada tahun 2017, sekitar bulan Jun, Neelofa bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek pada tahun 2018.
Walau bagaimanapun selepas kolaborasi tersebut, mereka tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula itu, mereka mula mengenali hati budi masing-masing. Akui Neelofa, Haris seorang yang sangat baik, lemah-lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa. Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran/masalah,” ujar Neelofa.
Menyentuh tentang soal zuriat, sama seperti mana jodoh, perihal zuriat juga Neelofa menyerahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, dia menerimanya dengan tangan terbuka.
Meskipun sibuk dengan persiapan majlis pernikahannya hari ini, namun Neelofa nyata masih sempat membalas mesej Ustazah Asma Harun. Berikut perkongsian Ustazah Asma’ Harun
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Selepas subuh pagi tadi, saya ada bermesej dengan Adinda Neelofa tentang beberapa perkara. Sungguh saya tak tahu pagi ni hari pernikahan beliau. Memang ada terbaca rumors tentangnya, namun tak pasti bila, dan Adinda Neelofa sempat reply dengan baik, sedangkan sudah tentu beliau sangat sibuk untuk buat persiapan.
Sunguh baik kamu dik, selalu cuba membalas mesej walau dalam kesibukan. Moga Allah merahmatimu.
Ketika dapat mesej beliau mohon didoakan, tiba-tiba rasa sebak dan menitis air mata bahagia dan gembira. Akhirnya Adinda Neelofa bersatu dengan cinta hatinya. SubhanAllah, semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT, bahagia bercinta sampai ke syurga.
Semoga Puan Neelofa menjadi isteri Solehah dan sentiasa dijaga, disayang, dicintai oleh suamimu Ustaz Muhammad Haris yang soleh. Tahniah buat keduanya.
HIJABISTA: Selamat pengantin baru Neelofa dan PU Riz. Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga.
Pekerjaan yang dimiliki oleh setiap insan itu berbeza, mungkin pada kita apa yang orang lain lakukan itu sukar buat kita. Namun, setiap apa yang kita lakukan itu berpandu kepada kekuatan masing-masing.
Rezeki dicari tanpa ambil kira soal kesusahan yang bakal ditempuhi, seorang wanita berani panjat bangunan untuk memasang pendingin hawa. Usahanya dikagumi oleh kebanyakan warganet.
Keberanian seorang wanita dikagumi ramai apabila dia berkongsi pada laman sosial media TikTok miliknya yang sedang bertugas sebagai pemasang pendingin hawa. Ramai yang terkejut dan juga beri semangat kepadanya meskipun kelihatan sukar dilakukan.
Nora Elyna Elly, 34, tampak bersahaja apabila memanjat bahagian luar bangunan tinggi untuk proses pemasangan itu buat pelanggan yang melanggan khidmatnya. Wanita itu telah mengusahakan perkhidmatan ini bersama suaminya, Abdul Rahman atau dikenali sebagai Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.
Gemar dikenali sebagai Nora telah ditemubual oleh mStar, dia mempunyai empat cahaya mata. Oleh kerana sering ikut suami pergi ke kerja, muncul minat untuk menceburi bidang itu.
“Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja sahaja. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini,
“Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh sahaja duduk kedai, tapi saya tak suka setempat,
“Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang staf setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur,
“Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond,” katanya.
Nora turut berkata ada juga permintaan pelanggan yang inginkan pekerja perempuan yang datang kerana mereka merupakan wanita bujang atau tiada suami di rumah. Boleh diikutkan, adanya perempuan ceburi bidang ini juga membantu keselesaan pelanggan.
Bidang ini sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dia sendiri akui terpaksa ‘menutup mata’ dan teruskan sahaja bekerja dek kerana minat dan ingin mencari pendapatan. Perasaan gayat itu ada tetapi bagi Nora, dia hanya perly fokus dan lupakan perasaan itu.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.