Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka tambahan selapis lagi untuk lebih meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19.
Jelasnya, perkara itu digalakkan selepas eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).
Hasilnya, pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua mengurangkan lagi risiko pemakai kepada pendedahan virus.
“Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.
“Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.
Ads
“Jika saya ke hospital, double mask membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan,” jelasnya.
HIJABISTA: Mungkin ramai yang merasa ‘lemas’ apabila perlu berpakai berlapis-lapis pelitup muka. Namun, mencegah itu semestinya lebih baik daripada merawat bukan? Seboleh-bolehnya kita semua duduk sahaja di rumah dan elakkanlah ke luar jika tiada urusan yang penting. Sayangilah dirimu!
Mereka yang berniat untuk segera mendirikan rumah tangga pastinya sedang berusaha gigih mengumpul duit bagi menghalalkan perhubungan bersama kekasih hati.
Banyak cara yang boleh diusahakan sebenarnya mengikut pilihan masing-masing. Jika anda masih buntu bagaimana hendak melakukan simpanan, tidak kiralah untuk kahwin mahupun sebagainya, bolehlah mengikut cara yang dicadangkan oleh Naqib Hashim ini. Dalam 3 tahun boleh simpan sampai RM 51 ribu tau!
Viral di media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan barangan mewah yang dirampas di kediaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu Razak. Ramai marah dengan situasi berkenaan kerana pemimpin terdahulu mampu hidup mewah sedangkan rakyat bawahan hidup dalam keperitan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau dikenali dengan Dr Maza juga turut memberikan pendapatnya berhubung isu gila jenama ini.
Beliau turut memuat naik statusnya di laman sosial memberikan pandangan mengenai isu berkenaan. Menurutnya seseorang itu dinilai bukan pada jenama barangan yang dipakai, sebaliknya pada budi yang diamalkan.
Kualiti diri bukan pada jenama yang kita pakai, tapi pada budi yang kita amal. Kelebihan kita bukan pada hiasan mahal yang kita ada, tapi pada kemampuan dan kebolehan baik yang kita usaha.
Ramai manusia, khususnya wanita tertipu dengan dunia fantasi hingga merasa diri mereka istimewa pada jenama yang mereka bawa. Padahal dalam masa yang sama, rendahnya nilai diri di sudut kemanusiaan insani. Mereka mencari-cari bahagia pada barangan berjenama. Malangnya yang mereka temui ialah keresahan diri, ketamakan, kesombongan yang membawa kepada rasa tidak puas yang berpanjangan. Syaitan menipu mereka dengan katanya ‘dapatkan lagi yang baru, agar kehendak nafsumu dapat dijamu. Selepas ini kau puas”. Kemudian mereka melihat orang lain miliki yang lebih hebat. Produk istimewa dilancarkan nobat. Kembali keresahan melanda. Demikianlah sejenis penyakit gila. Gila jenama!
Kebahagiaan hakiki sumbernya dari nikmat Tuhan dalam jiwa hamba. Jika kita memiliki QANA’AH, kita akan mendapati nikmat SAKINAH yang melimpah. Sekalipun barangan kita dibeli di pasar yang murah.
Sungguh mendalam pandangan yang dilemparkan oleh mufti ini berkenaan isu gila jenama. Walaupun tidak merujuk pada sesiapa, tetapi ibarat ‘siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’.
Lebih bagus jika kita hidup secara bersederhana. Rasanya lebih baik banyakkan ilmu pengetahuan mengenai agama daripada asyik mengumpul dan mengira berapa barangan berjenama yang kita ada.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak lama lagi pasangan Fizo Omar dan Mawar akan menerima kehadiran cahaya mata sulung dalam hidup mereka. Pasti peminat keduanya tidak sabar untuk menantikan kehadiran si kecil ini. Apatah lagi teman artis lain telah selamat menimang anak pertama mereka. Dalam satu posting dimuat turut, Fizo dan Mawar mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Ramai netizen mengucapkan tahniah setelah mengetahui jantina bayi dikandung Mawar.
@itsmeika_js Wahhh baby girl..mest cute ni..semoga selamat semua nya.
Mawar kini berada pada trimester terakhir kehamilan dan seperti pasangan lain, mereka juga tidak terkecuali membuat rutin check-up di hospital. Seperti yang kita maklum, pasangan ini memang membuat rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat.
Dalam setiap pertemuan pasti akan diselitkan beberapa tip dan panduan berguna kepada yang pertama kali bergelar ibu dan bapa. Pasangan ini juga tidak terkecuali menerima nasihat berguna daripada pakar sakit puan tersohor ini.
Dalam rutin check-up mereka, Fizo dan Mawar mengucapkan terima kasih kepada Doktor Hamid atas segala perkongsian tip berguna yang diberikan kepada mereka. Malah keterujaan bergelar ibu menyebabkan Mawar turut berkongsi tip yang disampaikan oleh doktor berkenaan di laman Instagramnya yang boleh dijadikan panduan buat mereka di luar sana.
Mawar memberitahu setiap bakal ibu perlu mendidik anak sejak dalam kandungan lagi. Bakal ibu perlu bercakap dengan bayi mereka apa yang kita buat. Misalnya kalau bangun atau mahu tidur, beritahu pada bayi semoga menjadi anak yang soleh/solehah dan mendengar kata ibu bapa.
Ini kerana menurut Mawar, setiap percakapan itu akan direct pada pendengaran bayi yang di kandung. Oleh sebab itu jika bakal ibu itu mengalami stress, bayi juga akan turut terkena tempiasnya.
Juga Mawar mengingatkan agar bakal itu menjaga percakapan mereka dan anggap bayi itu sudah ada depan mata (walaupun masih dalam kandungan). Dan jangan lupa untuk bercerita setiap perjalanan yang dilalui agar bayi itu tahu bagaimana keadaan sebenar ibunya.
Perkongsian Mawar ini juga turut mendapat respon positif dari followernya. Ada yang turut berkongsi pengalaman mendidik bayi melalui tip yang diberikan oleh Doktor Hamid.
@ffaizura76Alhamdulillah..masih sihat lg Prof..sy juga pernah alami mslh yg sama spt mawar..alhamdulillah, slps jumpa Prof sy mengandung..saat tau mengandung rutin sy berubah..msa lebih di beri pd ank dlm kandungan..setiap hari sy mendgr, amalkn surah2 maryam, yusuf n bbrp surah2 lain..no tv no music..sy bnyk berckp dgn baby di dlm perut..alhamdulillah, segalanya di mudahkn..now umur ank sy dh nk masuk 11 thn..n 2 thn lps sy berjumpa prof utk cuba 2nd baby..namun Allah blm nk bg rezeki lg..selain faktor umur..in shaa allah jika kita berusaha, berdoa n bertawakal, pasti akn di izin olehNya..semoga Allah permudahkn segala urusan mawar n suami..aamiin..
Nampaknya pasangan ini seperti sudah bersedia untuk memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka. Kedua-duanya dilihat sudah bersedia mental dan fizikal untuk menjadi ibu dan bapa kepada ‘anak mami’ yang dikongsi bersama. Walaupun sarat hamil tetapi Mawar tetap nampak comel dan dia juga aktif bekerja menguruskan kerja di butik.
Pastinya ramai tak sabar untuk melihat anak mereka berdua. Mesti akan comel dan cantik seperti ibu dan ayahnya nanti. Admin doakan dipermudahkan urusan kelahiran bayi ini nanti. Semoga segala pesanan dan panduan dari Doktor Hamid Arshad akan terus kekal diingatan.