Mereka yang berniat untuk segera mendirikan rumah tangga pastinya sedang berusaha gigih mengumpul duit bagi menghalalkan perhubungan bersama kekasih hati.
Banyak cara yang boleh diusahakan sebenarnya mengikut pilihan masing-masing. Jika anda masih buntu bagaimana hendak melakukan simpanan, tidak kiralah untuk kahwin mahupun sebagainya, bolehlah mengikut cara yang dicadangkan oleh Naqib Hashim ini. Dalam 3 tahun boleh simpan sampai RM 51 ribu tau!
Jalan pintas ke gerbang perkahwinan~
Ads
Jangan jeratkan diri dengan ambil loan pula!
Ads
Ads
Memang berguna betul tips yang diberikan ini. Untuk mereka yang baru hendak mula menyimpan, bolehlah bertindak segera. Lebih cepat lebih bagus!
Bagi yang kaki shopping, destinasi ibukota Kuala Lumpur sememangnya ibarat syurga bagi anda. Baik barangan berjenama, barangan borong, barangan cenderahati atau apa sahaja, Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat membeli-belah yang menarik untuk dikunjungi. Boleh juga di labelkan Kuala Lumpur merupakan destinasi membeli-belah yang paling lengkap di Malaysia.
Terletak di bawah Menara Berkembar Petronas ini juga menawarkan banyak lot kedai yang majoritinya produk barangan jenama. Terdapat medan selera yang boleh menampung pelbagai pengunjung dengan hidangan yang pelbagai selera dan lebih menarik, ianya hanya bersebelahan dengan KLCC park yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.
Pavillion Kuala Lumpur yang sering dikunjungi oleh pelancong ini mempunyai 400 lot kedai pelbagai kategori dan juga mempunyai meddan selera yang agak besar di aras 7 bangunan. Pasaraya yang terletak di Bukit Bintang ini juga mepunyai pelbagai stor fizikal barang berjenama.
Terletak di Bukit Bintang Pasaraya ini juga tidak kurang popular di kalangan pelancong dalam dan luar Negara. Menariknya pasaraya ini ada sebuah hotel yang berkongsi bangunan dengan pasaraya ini, juga terdapat sebuah taman tema indoor yang menempatkan beberapa permainan yang sangat menraik untuk anak-anak seperti roller coaster.
Pusat membeli-belah ini terletak di sepanjang jalan Ampang yang sibuk, bertentangan dengan Menara Berkembar Petronas yang ikonik di mercu tanda Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal di dunia. Begitu mudah untuk pengunjung ke sisini kerana terdapat beberapa alternatif pengangkutan awam sama ada melalui perjalanan melalui LRT, bas atau menaiki teksi. Stor pakaian seperti HnM dan SEPHORA menjadi tarikan anak muda untuk berkunjung di sini
Robinsons Kuala Lumpur, sebuah destinasi pasaraya baru yang menarik, menjadi induk kepada lebih daripada 500 jenama, 110 daripadanya eksklusif untuk Robinsons Kuala Lumpur dan 65 menjadikan debut Malaysia mereka yang pertama.
Pembukaan Robinsons Kuala Lumpur adalah kemuncak yang sempurna pada ulang tahun ke-160 syarikat ini. Ia benar-benar merupakan projek mercu tanda yang menunjukkan minat dan dedikasi bagi memberi pengalaman membeli-belah terbaik.
Di samping label antarabangsa seperti Alexander Wang, Chloe, Needle & Thread, Whistles, Tara Jarmon, Dune London, Kendall & Kylie, dan banyak lagi, pereka kreatif negara Nurita Harith, Nala Designs, Fiziwoo dan Fern serta neelofa hijab juga tersenarai dalam pilihan jenama yang dipamerkan di sini.
Ekslusif boleh didapati di Robinsons Kuala Lumpur adalah Perkhidmatan Perunding Gaya atau lebih dikenali sebagai personal shopper. Sama ada rundingan fesyen, idea hadiah atau home makeover, Perunding Gaya bersedia untuk membantu mana-mana pelanggan. Para pelanggan dijemput untuk berehat dan bersantai di dalam keselesaan Perancang Pembeli Peribadi (Personal Shopper) manakala pasukan perunding menggunakan pengetahuan mendalam mereka untuk memilih penyuntingan produk dengan teliti, unik kepada permintaan tersebut.
Menempatkan ratusan lot kedai dengan pelbagai pilihan jenama, pasaraya ini juga menjadi salah satu tumpuan rakyat Malaysia kerana terdapat juga panggung wayang dan tidak pernah berhenti dengan pelbagai aktiviti promosi sesetengah jenama.
Akhir sekali pusat membeli-belah yang boleh anda pilih ialah NU Sentral. Terletak di KL Sentral, NU Sentral bukan sahaja tempat yang strategik malah ia dikelilingi kemudahan awam yang mudah. Anda boleh menaiki apa bentuk kemudahan kerana di NU Sentral ada Putra LRT, Monorail, KTM, bas dan juga teksi. Pusat membeli-belahnya tidak perlu dikatakan lagi kerana pelbagai kedai menarik. Antaranya panggung wayang, ayam penyet, Butik Cosry dan lain-lain. Jadi jom membeli-belah secara berhemah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita memang akan selalu nampak kelibat bridesmaids atau pengapit sewaktu di majlis perkahwinan. Kebiasaannya bridesmaids ini terdiri daripada kenalan atau teman rapat pengantin sendiri yang sepatutnya berperanan bagi membantu pengantin di hari istimewanya.
Tapi, betul ke sebenarnya bridesmaids ini kebanyakannya langsung tidak menolong pengantin sebaliknya hanya tahu melaram sahaja?
I had the best bridesmaids for my wedding. Alhamdulillah. Dorg sama-sama ketibas dengan tuan rumah malah lebih teruk ? Dari preparation, berinai, nikah sampai selesai majlis resepsi, they helped me alot! They came early balik lambat. Makesure barang-barang keperluan pengantin cukup. Siap ada checklist. Tolong gosokkan baju yang besar dan berat tu. Remind me to eat, to have a good rest. Tolong family i prepare mana yang patut. Atleast sesiapa of them mesti ada near me masa majlis just incase i needed anything. Jagakan barang. Siap tolong nyahhh kan orang-orang atau perkara-perkara yang boleh buat i moody ? I cuma sediakan baju, tudung utk dorg, yang lain dorang buat sendiri sebab taknak i pening kepala uruskan dorg pulak. Paling penting dorg buat i sentiasa tenang, tak bagi i overthinking pada hari kejadian by saying — “This is your day, cherish every moment. Kita dah plan sebaik mungkin, now you relax. Dont worry, part kau dah setel, sekarang ni kau kahwin je, kitorang pulak buat our part”. Thank you! :’)
Kita pn sbnrnya tak boleh harapkan bridesmaids utk buat kerja sbb dorg bukan amah. Tp kawan baik selalunya akan offer utk bantu. Sbb dorg nak raikan kita, nak feel moment tu dengan kita. Thats why selalunya bridesmaids adalah dari kalangan kawan baik. Tapi kalau boleh kawan tu pilih yang tak ada komitmen kerja/anak kecil, yg sihat, yg duduk pun area berdekatan atau yg boleh adjust mengikut kesesuaian, sbb kita taknak sampai kita pulak membebankan dorg. So sama2 kena saling memudahkan. _ Tipu la kalau kita buat majlis kita tak nervous. Kot ada apa-apa yang jadi luar jangkaan kan. Tapi doa byk-byk Allah mudahkan, cukupkan. Kita cuba sediakan yang terbaik untuk tetamu ikut kemampuan kita, niat nak jamu nak sedekah makan, nak kongsi berita gembira, inshaAllah majlis akan lancar. Tetamu-tetamu yang hadir pun inshaAllah berlapang hati, happy dan doakan kebahagiaan pengantin. Tu paling utama. Terima kasih tak terhingga kepada @restuayahandaevent@royalepalace dan semua yang terlibat sebab beri kerjasama terbaik dan dah sama-sama usaha utk sediakan yang terbaik untuk majlis saya haritu! ✨
Betullah apa yang Tasha sampaikan itu. Rakan seharusnya menolong memudahkan urusan rakan lain. Jika kita membantu mereka, pasti urusan kita akan dipermudahkan juga nant i!
Dikongsi Fauzi di Instagram sambil menghantar Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Tanah Suci menunaikan haji tahun ini.
Fauzi yang kelihatan sebak walaupun bertopengkan muka hanya menjawab, “Baiklah.” Malah, pelakon Anak Halal itu turut berkongsi kapsyen berupa doa untuk isterinya.
“Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, lepas tu saya kemas rumah, saya masak,” kata pelakon Lisdawati, 45, kepada suaminya, rakan pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 51.
“Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya.
“Aku serahkan segalanya padamu Ya Allah..@lisdawati15 Selamat jalan sayangku,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Menerusi perutusan itu, ramai rakan terkenal dan warga maya mendoakan keselamatan Lisdawati di Tanah Suci dan mendapat haji yang mabrur. Ucapan tahniah juga diberikan kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji ini.
Dia turut menyemak pertukaran Lisdawati di Instagramnya, menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangannya masih belum berakhir. Katanya doakan yang terbaik untuk orang lain.
“Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.
Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.
“Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,” tulisnya.
Sekadar info, pasangan suami isteri Fauzi dan Lisdawati telah berkahwin pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana 15, Nur Aina Fazneesya 14, Ahmad Nur Fyrdaus 9 dan Ahmad Nur. Fayyad, 4.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.