Siapa yang tak mahu memiliki bentuk badan yang ideal menawan? Pastinya semua inginkan pinggang yang ramping serta paha yang kecil. Bukan sahaja boleh meningkatkan keyakinan diri, malah mudah saja jika ingin memilih pakaian yang dijual di pasaran! 

Sumber gambar: Videohive

Usah risau, amalkan rutin latihan yang betul dan diet yang sihat, pasti impian anda itu aka tercapai! Apa yang penting, semuanya harus dimulakan pada awal pagi dan diakhiri hingga malam hari! Berikut merupakan beberapa tip penting yang harus anda amalkan untuk mendapat bentuk badan yang menawan.

Sumber gambar: Total Shape

1. Pastikan anda memeriksa kuantiti kalori yang diambil setiap hari. Untuk memudahkan anda, lakukan perbandingan berat badan dan ketinggian anda. Makan hanya karbodinat kompleks, sayur-sayuran, buah-buahan, lebihkan serat dan makanan berprotein tinggi. Elakkan alkohol, gula dan makanan goreng.

2. Untuk jumlah kuantiti pemakanan, pastikan anda makan beberapa hidangan kecil dua atau tiga kali dan elak makan makanan dalam jumlah yang besar. Ini akan memberi masa untuk badan anda memproses dan mencerna makanan sebelum bertukar menjadi lemak.

Sumber gambar: Karolina

3. Bukan sahaja air panas, tetapi air sejuk juga memberi banyak kebaikan pada tubuh badan. Untuk memastikan kalori banyak dibakar, minum sekurang-kurangnya satu liter air sejuk setiap hari agar dapat membakar kalori dan menyesuaikan diri dengan suhu badan anda. Banyak meminum air juga membantu anda mencerna dengan betul, mengepam lemak dan mengelakkan kembung.

IKLAN

Baca juga: Baju Sudah Tidak Muat Petanda Berat Badan Naik Mendadak! Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Kurus Dengan Cepat!

4. Untuk mengatasi masalah perut buncit pula, anda boleh amalkan rutin mandi dengan air panas setiap hari. Ia dapat mengatasi masalah buncit dan menghapuskan cecair berlebihan daripada badan.

IKLAN

5. Luangkan beberapa waktu anda dengan membuat senaman ringan seperti brisk walk atau joging sekurang-kurangya setengah jam setiap hari. Sebenarnya,senaman kardio juga penting untuk mempercepatkan kadar dengupan jantung bagi membakar kalori. Latihan kardio boleh menguatkan otot dan membentuk badan.

6. Bukan hanya senaman kardio, malah latihan pengukuhan seperti push-up, bicep dan tricep curls dengan barbells, hammer curls dan bench presses untuk menguatkan dan membentuk lengan dan dada. Namun elak penggunaan pemberat yang keterlaluan supaya bahagian atas tubuh tidak kelihatan besar. Sebaliknya, anda perlu melengkapkan latihan dengan pemberat yang bersesuaian.

Baca juga: Tak Susah Pun Nak Hilangkan Masalah Perut Buncit. Amalkan 7 Langkah Bijak Ini, Boleh Kurus Dengan Cepat!

IKLAN

7. Lakukan senaman abdomen untuk mendapatkan flatter stomach. Anda boleh mencuba latihan sit-ups yang berbeza supaya mendapat efek berlainan. Lengkapkan tiga hingga enam set dengan lapan hingga 10 kiraan setiap senaman.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI