“Aku dah gemuk!’

“Berat badan aku makin naik!”

“Baju aku dah tak muat!”

Situasi diatas seringkali terjadi kepada anda yang menghadapi masalag berat badan. Biarpun sudah cuma makan ubat-ubatan yang kononnya mampu untuk mengurangkan berat badan, namun berat badan semkin bertambah dan sama sahaja.

Sumber gambar; Andres

Hal ini membuatkan sesetengah individu hilang keyakinan diri, malu untuk bersosial dan paling teruk, ia menganggu masalah mental yang disebabkan depresi. 

Sebenarnya, untuk mengurangkan berat badan dan tampil kurus merupakan sebuah proses yang panjang. Untuk memiliki bentuk badan yang kurus, ramping dan ideal bermula dari diri kita sendiri. Jika semangat anda kuat dan teguh pendirian, pastinya anda bisa menurunkan berat badan dengan jayanya. Ikuti langkah-langkah di bawah yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan hanya dalam jangka masa yang pendek! Apa yang penting, ada harus konsisten, fokus dan rajin! Selamat mencuba!

Sumber gambar: Andres

1. Suku-suku separuh

IKLAN
Sumber gambar: Geraud

Ramai yang menganggap jika ingin kurus semuanya harus bermula dari bentuk senaman, sedangkan 80 peratus ialah daripada pemakanan. Jadi, amalkan konsep suku-suku separuh untuk menjadikan pemakanan anda lebih sihat dan berkhasiat. Contohnya:

Pagi:

  • Roti 3 keping+ Green Ttea
  • Air suam

Lunch:

  • Nasi dua senduk
  • Ayam atau ikan (sumber protein yang wajib diambil untuk tenaga)
  • Sayur hijau rebus/ kukus

Dinner:

IKLAN
  • Buah epal hijau (tidak lebih jam 8 malam).

2. 2-3 Air suam selepas bangun tidur

Sumber gambar: Vovaflame

Jadikan rutin setiap pagi sebelum gosok gigi, minum air kosong dalam 2 hingga 3 gelas untuk membersihkan usus perut. Lebih disarankan untuk minum air suam yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan.

3. Tidur yang cukup

IKLAN
Sumber gambar: Monstera

Tahukah anda, orang yang tidak tidur dengan secukupnya boleh mengalami masalah berat badan? Ini adalah kerana apabila tidur tidak cukup, ia menjadikan metabolisme akan berkurangan dan sukar untuk membakar kalori serta lemak. Bukan itu sahaja, rutin tidur lambat akan menyebabkan kuantiti makanan yang diambil akan meningkat apabila anda makan ketika masih berjaga di tengah malam. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan berat badan malah ia juga boleh menyebabkan penyakit lain.

4. Kurangkan pengambilan gula

Sumber gambar: Suzy

Mereka yang menghidapi kencing manis atau diabetis, pengambilan gula dengan kerap amat tidak digalakkan. Bukan untuk mereka sahaja, malah penting juga untuk semua peringkat umur. Elakkan minuman bergas yang bergula tinggi seperti Coke, Pepsi. Lebih baik minum air kosong. Jika anda terus mengambilkan pengambilan air bergula tinggi, nescara harapan anda untuk kuruskan badan tidak akan berjaya. Buang dan lupakan tabiat ini.

5. Bersenam dengan lebih kerap

Sumber gambar: Cotton Bro

Ini juga satu cara untuk kuruskan badan dengan cepat dan selamat. Bersenam tidak semestinya anda pergi ke gim yang mungkin memerlukan kos keahlian. Berjogging ataupun senaman kardio yang lain juga boleh menurunkan berat badan. Apa yang penting, anda harus sentiasa lakukan aktiviti fizikal. Contohnya, jika di pejabat, apa kata sekali-sekala gunakan tangga pula. Lebih menyihatkan badan. Ambil masa 30-45 minit untuk bersenam. Selain itu, aktiviti bersenam dapat membantu peredaran darah yang lebih cantik, dapat buang lemak dan menaikkan stamina badan. Perhatikan perbezaan selepas dua tiga kali anda lakukan aktiviti ini, pasti rasa lebih ‘fit’. Tidak lagi tercungap-cungap bila naik tangga. Badan pun lebih ringan dan otak lebih cerdas.

Untuk lebih menyeronokkan, ajaklah keluarga atau kawan-kawan untuk berjogging bersama di taman. Hubungan lebih akrab, peluh pun keluar, badan pun lebih kurus!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI