Masalah perut buncit seringkali menjadi punca utama untuk kita tampil tidak yakin dihadapan khayalak ramai. Bukan sahaja ia nampak jelas apabila memakai baju, malah kita berasa tidak selesa apabila perut sudah mula menjadi buncit. Pasti ramai yang buntu untuk mencari solusi terbaik menghilangkan masalah buncit ini!

Sumber gambar: Andres

Sebenarnya, untuk menghilangkan masalah buncit ini, memerlukan rutin sihat yang konsisten untuk memastikan lemak di perut dapat berkurangan sekali gus memberi anda bentuk badan yang ideal! Nak tahu apa caranya? Jom lakukan langkah-langkah berkesan ini!

1. Makan Sikit Tapi Lebih Kerap

Sumber gamabr: Tim

Tidak salah untuk makan dengan kerap. Tetapi anda harus memastikan pengambilan makanan yang diambil itu haruslah dalam kuantiti yang sedikit dan juga mempunyai sumper khasiat yang tinggi. Contohnya, sekiranya seseorang itu mempunyai keperluan kalori yang besar, contohnya, 1800 ataupun 2000 atau 3000 kalori, agihkan setiap makanan itu sedikit demi sedikit seperti 5-6 kali makan. Tidak digalakkan terus makan 2 atau 3 pinggan sekaligus untuk cukupkan keperluan kalori. Ini dapat membantu untuk menghilangkan buncit di bahagian perut.

2. Kurangkan Garam dalam Makanan

IKLAN
Sumber gambar: Cotton Bro

Ramai diantara kita yang seringkali lupa untuk mengawal kuantiti garam dalam makanan. Bukan sahaja ianya bagus untuk seluruuh tubuh badan namun langkah ini juga dapat mengurangkan masalah buncit di perut. Elakkan makanan macam chips ataupun makanan seperti snek kerana kandungan garam sangat tinggi. Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebab air bertakung dalam badan dan sekaligus menaikkan lemak kita.

3. Masa Makan yang Lebih Teratur

Sumber gambar: Monstera

Anda harus bijak menyusun waktu makan anda! Tidak susah sebenarnya untuk menyusun jadual makanan anda. Apa yang penting, pastikan anda makan pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Tahukah anda, jika tidak menjaga waktu makan, kebarangkalian untuk naik berat badan dan perut itu lebih tinggi? Jadi pekalah dengan waktu makan anda! Contohnya, sarapan sebelum jam 9, makan tengah hari sebelum jam 2 dan makan malam sebelum jam 9 malam.

IKLAN

4. Kurangkan Pengambilan Gula

Sumber gambar: izgubljenausvemiru

Pengambilan gula yang berlebihan juga dapat menjadikan perut anda buncit dan tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan! Cuba untuk kurangkan pengambilan gula contohnya minuman yang manis. 

IKLAN

6. Kurangkan Stres

Sumber gambar: Karolina

Stres juga memainkan peranan penting dalam memastikan perut anda tidak buncit! Nak tahu kenapa? Apabila tidur tidak cukup, automatik akan mendatangkan stress. Ini juga boleh menyebabkan perut kita senang membuncit. Jadi, pastikan tidur kita cukup dan salurkan stress kita ke jalan yang betul. Ini sekaligus, kita akan senang turunkan perut kita.

7. Bersenam

Sumber gambar: Cottonbro

Sudah pasti bersenam juga faktor utama untuk menghilangkan perut buncit! Untuk senaman, bagi mereka yang tidak mahu nampak buncit, disarankan untuk membuat 2 jenis senaman yang biasa. Pertama kardio dan keduanya ‘resistance’ ataupun ‘weight training’. Kebaikan ‘weight training’ bukan sahaja melatih jantung tetapi turut membakar lemak.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI