Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Ramping Di Usia 44 Tahun! Ini ‘Rahsia’ Zizie
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Ads
Rajin WORKOUT Dan Senaman Adalah Kuncinya!
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Ads
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA!
Puasa sunat semata-mata kerana Allah bukan kerana sakit atau ingin berdiet mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw. Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu.
Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah SAW. Sempurnakan dahulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Mereka yang ingin mengamalkan puasa sunat ini yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala Niat puasa enam syawal dalam bahasa melayu: Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala.
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi) maksudnya: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”
(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.”
– Muslim no: 1151
Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan kelebihan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata:
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.
– Al-Bukhari no: 2840
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
– Muslim no: 1164
A. Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
B. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.
Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.
Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.”
– Al-Bukhari no: 1991
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:
1. Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amalyang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arahmendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yangdisediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
– Surah Ali Imran:133
2. Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Men-qadha Puasa Ramadan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan yang belum diqadhanya?
Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat:
Pendapat Pertama:
Boleh melakukannya
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya‟ban yang akan datang.
Aisyah ra berkata:
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya‟ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw.
[Muslim no: 1146. Al-Bukhari, no: 1950]
Penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa’id
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal.
Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadan pada bulan Sya‟ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.
Pendapat Kedua:
Tidak boleh melakukannya
Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini.
Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.
Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadannya. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan.
Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan:
Qadha puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”.
-Syarah Sahih Muslim 8/22
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadan melakukan puasa sunat”.
[Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub al-Ilmiah, Beirut].
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ella satu nama yang tidak asing lagi hingga mendapat jolokan Ratu Rock. Menjayakan sebuah konsert di malam pembukaan berkonsepkan unplugged ini ternyata memberi kelainan pada pengikut setia buat penyanyi yang hampir dua dekad berada dalam industri muzik.
Namun kali ini untuk pertama kalinya, Ella tampil dengan konsert berkonsepkan akustik. Ia adalah sebuah konsep segar yang pertama kali dibawakan oleh Ella. Konsert ini dihadiri tetamu kehormat Baginda Permaisuri Nur Zahirah isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin dan ibu Ella sendiri dan kedua ibu bapa mertua.
Ratu Rock kesayangan ramai ini membuat persembahannya dengan memberi 200% tenaga seperti dalam konsert-konsertnya yang lalu. Aksi lincah dan bersahaja memang menambat hati peminat untuk tidak berganjak dari tempat duduk.
Dalam dalam sidang media sejurus lepas habis konsert, Ella ditanya soal batas dan pengerakannya dalam menyanyikan lagu-lagu rancak walhal sudah bertudung. Adakah ianya menjadi penghalang untuk memberi satu persembahan yang energetik?
Ternyata Ella menjawab dengan tenang dan sudah pasti dia membuat beberapa kajian luar sebelum memberikan persembahan terbaik. Bagi Ella berhijab bukan penghalang untuk dia memberikan yang terbaik pada penonton yang datang ke Istana Budaya.
Patut juga diberi kepujian dari segi pemilihan baju dari pereka-pereka terkenal seperti Ezzati, Syomir & Kit. Pada persembahan pembukaan Ella menyarung dress hitam dengan diikuti baju kedua yang diberi sentuhan tradisional sesuai dengan segmen kedua dan persalinan ketiga pula mendapat suntikan rock n roll yang sinonim dengan ratu rock negara ini.
Konsert akustik ini diberi 3 segmen yang berbeza di mana membabitkan segmen peace, love dan rindu. Satu kejutan yang akhirnya memberi satu impak baik di mana pihak pengurusan mewujudkan segmen khas untuk konsert kali ini. Segmen pertama peace mewakili lagu unplugged, love mewakili lagu-lagu asli dan rindu lagu-lagu rock Ella.
Konsert ini tampil berbeza lagi apabila Ella sendiri mendendangkan lagu-lagu asli dan diiringi dengan penari-penari cilik dari PERMATA. Mungkin lagu-lagu seperti Layar Impian, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Permata Pemotong Permata sudah biasa menjadi siulan peminatnya namun ramai yang tak sedar lirik lagu seperti Sujud membawa kita dekat kepadaNya. Ia juga berunsur kerohanian dan di dalam album terkini peace, love dan rindu lebih menceritakan tentang keamanan.
Konsert kali ini dianjurkan oleh PROJEK ELLA dengan kerjasama MOTAC. Konsert yang berlansung selama tiga hari bermula semalam 29,30 dan 3i di Istana Budaya. Konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dengan ASWARA di mana pihak ASWARA telah diberi peluang bekerjasama dengan PROJEK ELLA melibatkan alumni dan pelajar tahun akhir dalam perancangan serta pengendalian pengurusan pentas sebelum dan selepas konsert berlangsung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi memang obsess untuk cerahkan wajah. Namun untuk mencerahkan muka kini tidak perlu menggunakan krim pelindung, malahan kulit yang mati harus dinyahkan melalui proses pengelupasan supaya dapat membentuk kulit baru yang lebih segar.
Hijabista senaraikan 6 produk kecantikan terbaru di pasaran bagi hijabi yang ingin kulit cerah dan lembab berseri sentiasa. Efekknya juga boleh jadikan kulit kemerahan seperti kulit bayi.
Dual fungsi masker dan pembersih dengan fungsi memulih serta mencerahkan wajah. Pembersih enzim ini dan masker pengelupasan secara perlahan-lahan dapat mencerahkan dan hidrat tanpa iritasi kulit bersisik.
Minyak Argan organik, Minyak Safflower dan Diglucosyl Gallic Acid meningkatkan cahaya kulit dan melindungi dari gangguan alam sekitar. Manakala Molekul Hyal asid uronic dan Cassia Benih Angustifolia Polysaccaride pula bertindak mengekalkan tahap kelembapan dan menyuburkan kulit.
Produk ini popular di Australia dan kaya dengan bahan-bahan antioksidan, Caviar Lime and Kakadu Plum untuk membantu mencerah dan mengembalikan semula keanjalan kulit serta menjadikannya lebih jelas dan kulit berseri.
Caviar Lime: Ekstrak exfoliating yang kaya dengan AHA yang membantu mencerahkan dan melembutkan kulit. Kakadu Plum: Superfruit antioksidan yang menawarkan 50x lebih banyak Vitamin C daripada oren.
Penggunaan harian membantu memberi hasil dengan cepat ia juga bersesuaian dengan semua jenis kulit terutamanya mereka yang menitikberatkan garis halus, tona tak sekata dan tekstur kulit wajah.
AHA 10% membantu melonggarkan dan menyahkan sel-sel kulit permukaan mati yang menghasilkan kulit lembut dan berseri. Produk ini mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) yang boleh meningkatkan sinaran rona kulit yang menyerlah.
Krim ini langkah pertama dalam setiap rawatan wajah di klinik!. Tidak kira jenis kulit, pengelupasan adalah kunci untuk mengubah membuang sel-sel kulit permukaan yang kusam dan membantu penyerapan pada produk penjagaan kulit. Diformulakan untuk kegunaan semalaman apabila kulit paling mampu menyerap rawatan topikal, pembaikan sendiri, dan mempercepat pergerakan sel kulit. Hasilnya? Kulit jadi bersinar, bahkan lebih menjadikan tekstur lembut dan licin.
Serum yang cepat menyerap yang dirumuskan untuk memperbaiki kedutan, ketegaran dan kecerahan kulit. Kekuatan THD Ascorbate-standard emas mega-kuat Vitamin C yang 50 X lebih berkuasa daripada bahan tradisional Vitamin C. Keberkesanan serum ini dikuatkan oleh Penambahan dua antioksidan ultra-kuat (3% Vitamin E dan 2% Ferulic Acid), membantu anti penuaan yang lengkap, pengukuhan dan rawatan pencerahan.
Krim ini manfaatkan kulit anda dalam dua cara; Tekstur dalam warna merah jambu semulajadi yang menyegarkan kulit; Penjagaan oksidan yang membantu menyelesaikan masalah kulit yang kusam. Produk ini yang menggunakan cahaya Rosy™ dan warna merah jambu semulajadi berasal dari Calamine. Ia telah diuji untuknya memelihara dan menyegarkan serta fungsi tambahan untuk anti-kedutan.
Memperkenalkan revolusi penjagaan kulit yang mampu membekalkan kesegaran dan kuasa vitamin C tulen, yang cuma perlu diaktifkan di tapak tangan. Inovasi kepingan kecil mudah larut ini adalah yang pertama dalam industri penjagaan kulit dan hanya boleh didapati daripada Mary Kay. Kecilnya muat sempurna di hujung jari, kuasanya mampu meningkatkan keberkesanan serum anda dengan pelbagai khasiat.
Kepingan segi empat ini larut di tapak tangan anda, dan menjadi eliksir vitamin C tulen yang segar dan poten yang meningkatkan keberkesanan apa sahaja serum Mary Kay® untuk kuasa anti-penuaan yang lebih hebat. Bayangkan, vitamin C tulen yang sentiasa segar!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.