Mendebarkan! Tak Rugi Ditonton, Filem SCREAM Buatkan Penonton Tak Senang Duduk

Share

Memang mendebarkan! Itulah perasaan yang dirasai penulis sewaktu menonton tayangan perdana filem Scream semalam. Setiap detik membuatkan penonton tak senang duduk kerana aksinya yang padu dan membuatkan rasa nak menjerit selalu. Seram!

Langsung tidak membosankan, anda tidak akan berasa ketinggalan walaupun anda tidak pernah tengok francais filem ini sebelumnya.

Dua puluh lima tahun selepas Billy Loomis dan Stu Macher mengganas bandar Woodsboro, pelajar sekolah menengah Tara Carpenter berada di rumah sendirian apabila Ghostface

menceroboh masuk dan menyerangnya.

Kini diburu pembunuh baru yang bertopengkan Ghostface, penonton pastinya tertanya-tanya siapakah pembunuh kejam di dalam kisah ini dan apa motif disebaliknya.

Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, filem ini semestinya untuk anda yang meminati genre thriller. 

Tak rugi ditonton, anda bolehlah mengajak sama rakan-rakan untuk menonton sekali pada hujung minggu ini. Selamat menonton!

 

 

IKLAN