Pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, kita-kira jam 9.35 malam, Jumaat lalu dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat dan teman media. Bagi majlis penuh bersejarah itu, Eyra menggayakan persalinan hasil rekaan sendiri yang dijahit ibunya, Qhuzie Johari.
Akui Eyra sememangnya dia mahu ibunya sendiri ‘memberikan sentuhan’ untuk baju nikah di hari paling bersejarah dalam hidupnya.
Tulis Eyra di laman Instagramnya:
Syukur Ya Allah. Mummy siapkan baju and veil eyra dalam masa seminggu saja. Thank you so much Supermom, @qhuzie ❤️. I love you so so so much
Namun kejutan paling istimewa pada majlis resepsi merpati dua sejoli ini ialah apabila abang kandung Eyra membuat kejutan pulang dari Jepun bagi meraikan hari bahagia adik tercinta.
Ads
Terdahulu, Eyra dan Haziq bertunang pada 1 Disember lalu selepas setahun menjalin cinta.
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Baru-baru ini lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.
Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuam dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.
Pengasas jenama hijab Henna & Hijabs, Hilal Ibrahim telah bertungkus lumus mencari tudung yang sempurna sejak sekolah menengah lagi. Sebagai sebahagian daripada bekerja di barisan hadapan, menjaga kesihatan dengan memakai hijab adalah satu cabaran tambahan ketika mereka berusaha menjaga kebersihan diri mahupun tudung mereka.
Menangani satu lagi cabaran yang timbul dalam menghadapi pandemik corona virus, pereka fesyen yang berpusat di Minneapolis, Hilal Ibrahim telah merancang untuk menghasilkan tudung yang dapat dicuci dengan mudah dan dapat digunakan kembali.
Hilal membuat hijab ini ketika dia melihat pesakit menggunakan selimut hospital untuk menutup kepala mereka kerana hijab tidak disediakan di hospital. Hilal sendiri memerlukan hijab untuk dipakai ketika bekerja di bidang perubatan.
Sama ada dia merancang menghasilkan hijab untuk pekerja dan pekerja barisan hadapan atau untuk pakaian harian, tujuan Hilal adalah konsisten untuk membuat aksesibiliti melalui hijabnya melalui bahan, warna dan rekaannya yang sesuai.
Pemilik Henna & Hijabs, sebuah butik yang mengkhususkan bahan organik dalam produknya, telah memiliki banyak pengalaman bereksperimen dengan bahan baru untuk memastikan tudung tetap bersih dan steril. Sejak memulakan inisiatifnya, pereka ini telah menyumbangkan lebih dari 700 tudung kepada doktor dan jururawat di barisan hadapan corona virus, tidak hanya di Minneapolis, tetapi di seluruh negeri.
Peluang untuk bekerjasama dengan Nordstrom, dia tahu ia akan membuka pintu melebarkan jenamanya. Koleksi ini telah tersedia di laman web Nordstrom sejak 28 Jun dan beberapa 16 kedai di Amerika Syarikat dan Kanada.
Tersedia dalam pelbagai warna, termasuk hitam, coklat dan biru, tudung bertaraf hospital dirancang untuk memudahkan pekerja barisan hadapan yang memakai hijab dengan menambah mobiliti mereka di tempat kerja, tanpa menimbulkan ancaman terhadap kepatuhan terhadap nilai-nilai agama. Dicipta dari bahan jersi, potongannya ringan dan bernafas juga sempurna untuk persekitaran kerja yang menuntut kepantasan mereka. Yang paling penting, tudung ini dihasilkan sesuai untuk mesin basuh perindustrian.
Bagi Hilal, Henna & Hijab sebenarnya mendapat lebih banyak pendedahan semasa wabak tersebut. Hilal pertama kali mencipta Henna & Hijab pada tahun 2017 ketika dia mula membuat tudung sendiri dengan bahan dari kedai kain tempatan.
“Saya sangat berterima kasih perniagaan yang bermula dari rumah, bekerja dengan rakan membuatnya secara dalaman. Kami meenyedari menghasilkan sesuatu yang berkualiti tinggi, itu penting. ”
Hilal mengatakan bahawa dia tidak dapat mendedahkan butir-butir kewangan Henna & Hijabs, tetapi hijab khas ini mencipta daya tarikan yang telah membawa perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan pengalaman selama 11 tahun menjadi sukarelawan di hospital dan bekerja sebagai ahli phlebotomist, Hilal menyedari perlunya hijab yang selamat dan senang dipakai oleh pekerja hospital di tempat penjagaan kesihatan. Tudung juga untuk keselesaan bagi pesakit. Menurut Hilal, memasuki ruang runcit terkenal yang tidak pernah memakai tudung sebelum ini seperti langkah logik seterusnya.
“Harapan saya adalah untuk meneruskan usaha ini, membuat aksesibiliti, menyakinkan orang ramai bagaimana rasanya menjadi wanita Muslim Hitam,” kata Hilal.
SUMBER: VOGUE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini pelakon dan pengacara Zulin Aziz telah berjaya menurunkan berat badannya kepada berat ideal. Namun sebenarnya tidak mudah untuk kita ‘maintain’ saiz sebelumnya memandangkan banyak godaan terutama dalam bab makan. Walaupun sebenarnya dia sudah kurus, tetapi Zulin kini dalam proses menurunkan lagi berat badannya setelah hampir sebulan enak menikmati jamuan sempena Syawal lalu. Tiddak sentuh nasi sebaliknya menggunakan diet telur dalam proses menurunkan berat badannya. Zulin juga turut berkongsi cara masakan telur yang betul dan menu dicadangkan untuk tempoh seminggu.
Zulin mensasarkan 30 hari dan semalam sudah masuk hari ketiga dia diet telur. Hasilnya berat Zulin sudah turun 2 kg dan masih ada 27 hari untuk ditempuhinya.
Dia juga turut memohon followernya mendoakan agar dia kuat untuk menempuh 27 hari mendatang. Selain dari diet menu telur, Zulin juga membertahu dia turut minum teh hijau setiap hari. Menurutnya tidak kira apa jenama asalkan tiada gula.
Di samping itu Zulin juga turut memberitahu petua dalam diet telur yang diamalkannya. Caranya ialah dia hanya memgambil putih telur dan membuang bahagian kuning berkenaan.
Walaupun pengacara berbakat ini turut mengingatkan mereka di luar sana untuk berdiet mengikut cara tersendiri dan paling penting megikut kemampuan badan sendiri. Jika was-was boleh terus bertanya kepada yang pakar.
Ayuh kita kongsikan menu diet telur untuk tempoh seminggu yang dicadangkan oleh Zulin Aziz. Untuk tempoh itu (2 minggu) tiada pengambilan nasi dan jika dilakukan berterusan boleh turun sehingga 10 kg. Paling penting tiada gula dalam pengambilan diet berkenaan.
Jadi bagi yang mempunyai masalah berat badan boleh mencubanya untuk mendapatkan tubuh langsing seperti anak dara. Yang penting kena disiplin dan bersungguh-sungguh.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.