Baru-baru ini, pelakon jelita Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyumbang seutas rantai leher bernilai RM120,000 yang menarik perhatian ramai.
Menerusi mesej yang dimuat naik oleh Anzalna di laman TikTok miliknya, dia sekeluarga mengunjungi sebuah kedai emas yang besar dan menyatakan hasrat untuk membeli rantai tersebut untuk ibu tercinta.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen ke ruangan komen, turut sebak kerana Anzalna menghargai jasa ibunya yang sanggup berbelanja besar demi menggembirakan orang tersayang.
Ads
Dalam pada itu, ramai yang merakamkan penghargaan atas pemberian Anzalna kepada ibunya, yakin anak yang sentiasa mengatasi ibu bapanya pasti melimpah ruah pada masa hadapan.
Bagi menghargai usaha dan bakti petugas barisan hadapan, usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof telah menyumbangkan 1700 helai tudung jenama dUCks milik syarikatnya buat mereka semua.
Memahami perasaan petugas wanita yang berhijab, Vivy telah menghadiahkan mereka semua hijab yang diperbuatkan daripada kain kapas agar mereka semua tidak berasa kepanasan sewaktu bertugas.
Saya telah menerima banyak DM untuk menolong barisan hadapan dengan keperluan hijab dan ini membuatkan saya tidak boleh duduk diam. Ini adalah cara paling yang cepat yang saya boleh fikirkan bagi menolong mereka. The Duck Group baru sahaja mendermakan 1,700 dUCks edisi Fluff (100% kapas, jadi mereka tidak akan rasa panas) kepada petugas barisan hadapan melalui Pertubuhan IKRAM Malaysia. Hari ini segala hijab tersebut telah diterima oleh Dr Siti Noor Munirah Ibrahim.
Terima kasih kerana menolong kami melakukan ini dan berharap anda dapat mengedarkannya dengan cara terbaik yang boleh dilakukan. ❤ Kami sayang anda, frontliners! Kami banyak sekali terhutang budi dengan anda. Harap dUCks ini dapat menceriakan anda di waktu-waktu sukar ini. ❤#covid19
Sungguh murni usaha yang dilakukan oleh Vivy ini. Ini membuktikan kita dapat membantu dengan apa cara sahaja sekalipun dan buat segala yang kita mampu untuk meringankan beban petugas barisan hadapan. Sama-samalah kita mendoakan agar urusan frontliners ini dipermudahkan dan wabak covid-19 ini segera lenyap dari muka bumi. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Shella Saukia meraih perhatian ramai sejak perjalanan hidupnya tular di laman sosial. Ketika musibah tsunami Aceh pada 26 Disember 2004, Shella masih di bangku sekolah.
Shella yang kini digelar sebagai ‘Crazy Rich Aceh’ memulakan hidupnya dari bawah.
Sebelum berjaya seperti sekarang, Shella pernah tinggal di rumah bantuan Tsunami Aceh.
“Kebetulan ketika tsunami, saya berada di kawasan Aceh Tengah, bukan di Banda Aceh,” ujarnya yang dipetik dari detik.com
Kisah hidup wanita berusia 33 tahun ini menjadi viral selepas dia memuat naik ke TikTok peribadinya @shellasaukia
Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan masyarakt kita kini terutama golongan muda terdedah dengan penyakit kemurungan atau depresi. Terbaru dilaporkan dalam media sosial di mana seorang lelaki yang cuba bunuh diri di sebuah pusat beli belah. Penyakit ini jika diatasi segera boleh menyebabkan pengidapnya ambil keputusan untuk bunuh diri atau mencederakan anggota badan.
Malah stigma masyarakat yang sering melabelkan mereka ini sebagai ‘orang gila’ dan keadaan ini jadi lebih teruk jika tidak mendapat sokongan ahli masyarakat atau keluarga terdekat.
Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami masalah kemurungan hingga menyebabkan dia mahu membunuh dirinya sendiri. Berkongsi pengalaman itu di laman sosial Facebook Sinar, Nur Balqis Safia, 17 tahun tidak segan silu bercerita.
Menurut Nur Balqis dia mula sedar adanya simptom kemurungan ini ketika usianya mencecah 13 tahun. Tetapi pada tahun ini masalah itu menjadi lebih teruk kerana ada cubaan mahu membunuh diri.
“Punca saya mengalami depresi ini adalah dari kawan-kawan dan diri sendiri yang tidak tahu macm mana nak atasinya. Saya akui sering dibuli dan rajin berpindah sekolah. Waktu itu saya rasa semua orang tak suka saya, mereka macam pulaukan saya. Dan dari situlah saya mula mengalami masalah ini.
“Dalam masa sama saya juga mengalami tekanan ketika belajar. Mahu dapatkan keputusan terbaik. Saya juga pernah bergaduh dengan rakan sekelas yang terdiri dari geng perempuan yang cakap macam-macam dekat saya di kelas. Malah ada kalanya saya rasa macam ada mata-mata memerhati setiap kali lalu di kelas, seolah saya ni macam teruk sangat,” ujarnya bercerita.
Menurut Nur Balqis pada mulanya dia tidak mahu menerima rawatan kerana takut akan ada orang cakap dirinya gila.
“Biasalah stigma masyarakat akan berpandangan begitu. Tapi keluarga cakap buat untuk keluarga dan diri sendiri. Oleh kerana nak sembuh, jadi saya setuju dapatkan rawatan. Ketika terima rawatan di wad itu juga nampak macam diri saya sendiri tengah pegang pisau sambil kelar leher dan kelar tangan.
“Tapi sebenrnya itu cuma bayangan saya dan memang selalu datang. Doktor juga naikkan dos ubat barulah saya dah kurang nampak benda-benda itu. Sebenrnya kalau kita hanya alami depression tak nampak benda itu, tapi kalau penyakit skizofrenia memang akan nampak bayangan begitu. Dan saya memang ada masalah itu, cuma tidak serius hanya pada tahap dua,” jelasnya yang hampir rasa putus asa sepanjang terima rawatan.
Ini kerana menurutnya dia tidak sanggup melihat emak setiap kali datang melawat di wad. Sebelum rawatan Nur Balqis pernah mahu membunuh diri dan selepas rawatan pun sama.
“Saya pernah ada cubaan mahu bunuh diri menggunakan paip di bilik air. Saya rasa saya ini menyusahkan sebab tak sembuh walaupun sudah dapatkan rawatan. Waktu itu terfikir baiklah mati sahaja daripada terus menerus begitu. Dalam keadaan ini, kena ada sesuatu yang alihkan perhatian contoh menonton wayang atau buat sesuatu yang menggembirakan.
“Penyakit ini memang tidak akan sembuh sepenuhnya tetapi dapat kurangkan sikit rasa nak mati dan rasa bersalah. Memang kita keluar bergembira dengan kawan-kawan tetapi bila balik kita akan kembali rasa sunyi. Rasa kosong itu tetap ada walaupun buat perkara menggembirakan. Cuma boleh alihkan pandangan untuk elak jadi lebih teruk,” tambah Nur Balqis yang terpanggil untuk berkongsi pengalamannya ini dengan orang ramai untuk membuka mata.
“Biasalah orang selalu ingat individu yang nak bunuh diri ini tak ada iman, tak ingat Tuhan. Jadi nak jelaskan pada orang lain masalah ini adalah penyakit bukan sebab tak ada iman. Malah orang lain juga boleh terkena walaupun seperti golongan ustaz atau ustazah.
“Benda ini bukan main-main. Jika ada yang mempunyai masalah ini jangan bagi duduk keseorangan. Jadilah sebahagian kawan dan dengar luahan mereka. Selalu tanya keadaan mereka ini ok atau tidak, selalulah ajak tengok wayang atau buat perkara menggembirakan.
“Kadang-kadang merek ini tak mahu berkongsi rasa melalui telefon dan lebih senang jumpa face to face,” tambahnya yang mengingatkan jika ada sipmtom begini terus sahaja mendapatkan rawatan, terutama yang tidak pandai untuk kawal diri sendiri.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.