Menjadi idaman setiap wanita mempunyai wajah yang berseri tapa sebarang masalah kulit, bagi membina keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Ada individu gemar menggunakan produk-produk kecantikan namun ada juga menggunakan petua traditional.
Untuk wajah tampak cantik tanpa solekan dan lebih berseri-seri, anda boleh cuba petua tradisional yang senang dan selamat. Perkongsian wanita ini Saleha Maarof di laman sosial, facebook memberitahu cara membuat kulit muka jadi berseri-seri hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Bukan senang bagi seseorang yang baru berhijab itu untuk menyesuaikan diri dengan fasa baru penampilan sebagai seorang wanita Muslimah. Ia mungkin mengambil masa dan ketika itu pelbagai perasaan yang bermain dalam fikiran. Begitu juga yang dialami oleh penyanyi Siti Sarah Raissuddin di awal kemunculannya berhijab. Mengambil masa hampir beberapa minggu sebelum berhadapan dengan situasi sebenar bahawa dirinya kini sudah berhijab.
“Sebenarnya Sarah masih orang yang sama lepas balik umrah tempohari. Cuma ketika itu Sarah rasa tak nak tunjuk rambut dan lebih selesa berhijab.
“Dalam masa sama pula ketika itu masih tercari-cari stail bersesuaian memandangkan kita juga adalah seorang penghibur.
“Sarah tak nak penampilan yang ‘sememeh’ bila kita berhijab. Kalau boleh mahukan gaya yang bersesuaian dengan imej Sarah.
“Pernah satu masa Sarah memang rasa janggal untuk berhadapan dengan orang ramai masal awal-awal berhijab,” jelas Sarah yang mengakui niat untuk berhijab sudah lama ada dalam dirinya.
“Hampir beberapa minggu jugalah Sarah bermain dengan perasaan yang macam-macam. Bukan kerana hijab yang dipakai, tetapi ketika itu seperti tiada kekuatan untuk berhadapan dengan orang ramai.
“Sampai pembantu Sara datang rumah tanya Sarah masih menyanyi atau tidak. Sarah akhirnya terpaksa push diri untuk keluar.
Dan Sara akhirnya berjaya mengatasi segala perasaan yang tidak menentu itu, lebih-lebih apabila selesai menjayakan ‘showcase’ lalu,” tambahnya yang tetap mahu jadi seperti dirinya sendiri.
Menurut Sarah tiada keperluan untuknya delete gambar-gambar tidak berhijab di Instagram kerana itu adalah kisah sejarah hidupnya yang lama.
“Biarkan saja gambar-gambar itu kerana kalau delete sekalipun orang masih boleh google diri kita yang dulu. Lagipun itu history Sarah. Dulu Sara rasa diri ini tak layak berrhijab. Sembahyang pun qada-qada. Takut nanti dilabel macam-macam.
“Tapi sekarang Sara selesa dengan penampilan Sara. Masih lagi mencari kesesuaian dan stail bersesuaian dengan penampilan sekarang.
“Jujurnya Sara tidak ada penata gaya pun dan hanya belajar lilit dan reka sendiri. Cuma kalau untuk pergi ke event ada mintak tolong stylist gayakan hijab,” tambah Sara yang suka melihat stail pelakon Rozita Che Wan dan juga Neelofa.
“Sebenarnya Sarah ni seorang yang simple orangnya. Hanya selesa t-shirt dengan jeans sahaja. Jadi bila penampilan sudah berhijab, nak cari gaya yang kena dengan diri kita ini agak sukar sedikit.
“Oleh kerana saiz badan kecil Sarah memang tak sesuai dengan gaya hijab lilit yang keterlaluan. Sara sukakan gaya simple dan tak peningkan kepala. Kalau cuba tudung lilit-lilit tu ibarat ‘Sara hilang entah di mana”
“Kalau tak kemana-mana Sarah gemar sarung tudung macam khimar sahaja. Tapi tidaklah Sarah nak tunjukkan semua dalam instagram,” ceritanya lagi yang pernah memgambil masa bersiap lebih lama dari proses ‘blow’ rambut.
“Sarah masih ingat waktu mula-mula berhijab dan kebetulah nak hadir majlis buka puasa. Bayangkan Sarah try and error tudung yang digayakan lebih lama dari proses blow rambut.
“Sampaikan Sarah terpaksa buka puasa dalam kereta. Waktu itu Shuib macam nak marah tapi tak marah.
“Dia memang cukup supportive dengan Sarah yang baru berjinak-jinak nak berhijab,” tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini yang tetap akan menyanyi kerana itu adalah jiwanya.
Setiap wanita impikan mata yang galak. Salah satu cara untuk memiliki mata yang galak adalah dengan memiliki bulu mata yang panjang dan lebat. Jadi, antara kaedah lain untuk memilikinya adalah dengan memakai maskara dan bulu mata palsu.
Tentunya anda tidak rajin untuk memakai bulu mata palsu setiap hari. Seiring dengan teknologi moden, terdapat cara baru untuk memiliki mata yang galak iaitu dengan melakukan eyelash extensions. Jika dilihat, kebanyakan hijabi turut melakukan eyelash extensions dan ia seakan sudah menjadi trend masa kini.
Tunggu dulu! Sebelum anda lakukan eyelash extensions, anda perlu tahu hukum dari sudut agama. Seorang wanita bernama Nurul Elya Mua telah berkongsi pendapat dan pandangannya tentang perkara ini. Posting ini telah mendapat lebih 10 ribu perkongsian oleh para pengikut di Facebook.
Melalui postingnya di akaun Facebook, kalau nak cantik pun perlulah berpada-pada. Jangan halalkan benda yang haram. Menuruntnya, extension itu menggunakan bulu nylon (plastik) yang tidak menyerap air. Jadi, ia akan buat wuduk serta mandi hadas anda tidak sah. MasyaAllah, begitu beratnya perkara ini tetapi dianggap ringan oleh anda di luar sana.
Jom kita baca perkongsian Nurul Elya Mua dan semoga ia bermanfaat untuk hijabi di luar sana. Ingat, boleh nak cantik tetapi perlu utamakan agama dahulu.
Posting balas kenapa saya mengatakan EYELASH EXTENSIONS adalah HARAM.
Yang selalu bubuh kat pengantin tu pun haram, walaupun ianya boleh tanggal boleh cuci boleh bersuci. Ini melekat 1-3 bulan kat mata.
NAH ni gambar zoom lagi supaya jelas. Hasil dan kesan ke atas bulu mata asal dan kenapa ianya menjadi bahan asing (kalis air) yang coated bulu mata asal.
YA ianya hanya sebahagian bulu ja. Ala hujung ja pun. Nak tanya hampa, kalau hujung tu jadi punca wuduk dan mandi hadas korang tu TAK SAH! APA CITA?
Ohoi 2-3 bulan duk atas mata siang malam pagi petang oi. Bukan kata sebulan 2 minggu sekali pun. Sanggup ka hampa?
Yang mana kita dalam keadaan suci pon banyak lagi dosa-dosa lain yang tak tertanggung oi. Yang tinggal hanya SOLAT untuk kita sucikan diri. Tup tup eh TAK SAH WUDUK korang.
Konon laaa korang pakai la kannn. Extension ni guna bulu nylon tau (plastik) means tak dissolve – pastu tengah pakai, korang mati. Yang tukang bagi mandi ni tak tahu pasal benda ni. Yela macam asli kan melekat sehelai-sehelai. Tup tup terus kena tanam. Duk laaa kat mata korang tu. Ngeri.
SANGGUP? Barang yang digunakan memang halal sebab tak ada bahan terlarang. Tapi cara penggunaan tu yang tak betul. Lya akan tagging kawan-kawan FB Lya yang fasih dalam agama untuk bagi ulasan hal ini.
S/N- hakak bukan maksum tak pernah buat salah. Tapi issue berhadas dan bersuci ini adalah besar.
Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam bulan Zulhijjah, ini demikian kerana ia merupakan hari kemuncak bagi jemaah yang melaksanakan ibadah haji dan melakukan wukuf di Arafah bermula pada waktu terbenamnya matahari pada waktu Zuhur 9 Zulhijjah hingga terbitnya fajar pada 10 Zulhijjah.
Namun, bagi umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji adalah disunatkan kepada mereka untuk berpuasa pada hari Arafah kerana ia mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Namun, bagi wanita-wanita yang sedang datang bulan (Haid) dan terlepas peluang untuk berpuasa di hari Arafah. Jangan khuatir sis! Anda masih berpeluang merebut ganjaran pahala dengan memperbanyakkan doa dengan memohon ampun serta meminta apa sahaja yang diingini kepada ALLAH.
Ini demikian kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda dalam Hadis Riwayat Tirmizi dan baginda menjelaskan bahawa “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
Justeru, disini Hijabista mengesyorkan dua doa yang sesuai untuk anda pohon di Hari Arafah, kerana dua doa ini merupakan antara doa yang acapkali dibaca oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda:
(La ilaaha illaAllah wahdahu la syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syai’in Qadiir)
Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA, milik-NYA segala kekuasaan dan bagi-NYA segala pujian, dan DIA-lah Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Doa kedua ini merupakan doa tambahan kerana ia merupakan doa yang jarang-jarang dibaca, namun ia adalah amalan Rasulullah SAW ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ في قَلْبِي نُورًا، وفي بَصَرِي نُورًا، وفي سَمْعِي نُورًا، وعَنْ يَمِينِي نُورًا، وعَنْ يَسارِي نُورًا، وفَوْقِي نُورًا، وتَحْتي نُورًا، وأَمامِي نُورًا، وخَلْفِي نُورًا، واجْعَلْ لي نُورًا
Maksudnya: “Ya ALLAH, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, dan di pandanganku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya, dan dari kananku cahaya, dan dari kiriku cahaya, dan di atasku cahaya, dan di bawahku cahaya, dan di depanku cahaya, dan di belakangku cahaya, berilah aku cahaya.” (Sahih Bukhari, no. 6316)
Kedua-dua doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa, terutamanya untuk mengisi jam-jam terakhir yang berbaki sebelum tamatnya hari Arafah pada 10 Zulhijjah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.