Noryn Aziz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Shaik Rizal Sulaiman dalam majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana yang sangat sederhana. Majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat seramai 30 orang jemputan .
Pada malam akad nikah (13 Oktober 2020) yang diadakan di kediaman suaminya di Bukit Damansara, Noryn menerima mas kahwin sebentuk cincin. Pada mulanya Noryn dan suami merancang untuk melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Oktober ini.
Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober hari ini, majlis tersebut akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal. Ini kerana, Noryn dan suaminya mahu hari bahagia mereka dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat.
Segala persiapan dilaksanakan dengan baiknya dalam jangkamasa 24 jam dengan pertolongan padu kaum keluarga terdekat, sahabat handai dan juga ahli ‘team’ Noryn.
“Alhamdulillah, hajat dan keinginan itu tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.
Ads
“Majlis akad nikah itu juga diadakan dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP),”kata Noryn.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana permulaan perkenalan Noryn dan suaminya jelas Noryn mereka mula berkenalan pada penghujung 2019. Perkenalan itu atas dasar kawan kenalan perniagaan.
“Cuma pertengahan 2020 kami mulai rapat dan serius yang akhirnya membawa kami ke alam rumahtangga. Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih.
“Hubungan kami benar-benar secara profesional namun suami saya banyak mendorong saya untuk lebih berjaya dalam industri seni sehinggalah lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal amat menyenangkan saya dan juga keluarga terdekat.
“Keperibadiannya memikat saya. Dia seorang yang sangat positif dan banyak memberi sokongan moral yang padu kepada saya dalam segala urusan bisnes saya. Untuk makluman, suami saya adalah seorang ahli perniagaan dalam industri pembangunan dan pembinaan,”jelas Noryn.
Selepas beberapa bulan, Noryn dan suaminya menjadi lebih akrab (terutama sekali dalam waktu MCO bermula Mac lalu). Mereka banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya mereka sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci.
“Pada usia saya 44 tahun dan suami 48 tahun, tiada apa lagi yang kami harapkan selain majlis pernikahan kami dirahmati oleh Allah SWT dan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua.
Ads
“Bagi saya adalah penting persahabatan cinta kita harus dihalalkan secara betul kerana ini bukan main main buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah SWT telah makbulkan hajat kami ini.
“Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu. Ia amat memberi makna buat kami,”jelas Noryn.
Untuk info, wajah manis Noryn di hari bahagianya ini adalah hasil sentuhan Sheila Mohamad, Tym Fatimah stylist dan busana pengantin daripada air tangan Rizman Ruzaini.
Aura figura ini begitu kuat sekali tarikannya. Bukan sahaja di negara kelahirannya, Indonesia tetapi melewati bumi Malaysia. Jika tidak masakan beliau berjaya mengumpul followers di laman sosial Instagram hingga 25 juta.
Pemilik nama Laudya Cynthia Bella, 31 tahun ini nyata mempunyai tarikan tersendiri. Bukan sahaja dianugerahkan oleh Illahi seraut wajah jelita, tetapi juga punya personaliti cukup menyenangkan. Sikapnya yang merendah diri, mudah mesra dan tidak lokek senyuman menjadi pakej lengkap bagi anak kelahiran Bandung, Indonesia ini.
Perkahwinannya dengan personaliti dari Malaysia, Engku Emran sekitar tiga tahun lalu turut memberi impak kepada pengikutnya tidak kira di Indonesia atau Malaysia. Malah perkahwinan keduanya yang dianggap ‘wedding of the year’ ini turut memberi petanda baik hubungan dua hala antara negara berjiran.
Biarpun mempunyai tugasannya sendiri di tanah kelahiran, namun anak keempat dari empat orang adik beradik ini tidak sedikitpun rasa lelah berulang alik dari Bandung ke Kuala Lumpur. Memahami tugas sebagai isteri yang perlu berada di samping suami, Laudya Cynthia Bella atau mesra dipanggil Bella berkata jarak tidak jadi penghalang untuk menghangatkan cinta mereka.
Ketika kunjungan ke Malaysia baru-baru ini, Hijabista sempat membuat temujanji untuk sesi fotografi dan temubual bertanya perkembangan terkininya sambil mencungkil sisi peribadi beliau yang ramai tidak tahu.
Untuk perkembangan terkini, Bella masih lagi sibuk menguruskan kerja dan dalam masa sama menunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan juga turut bergelar usahawan.
Kita boleh lihat Bella kini semakin aktif bergelar usahawan dengan permulaan membuat kek Makuta, menjual hijab dan kemudiannya pula mahu mengeluarkan jenama baju sendiri. Apakah Bella sudah tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan?
Sebenarnya Bella masih lagi aktif berlakon. Cumanya Bella hadkan aktiviti seni dengan hanya menerima tawaran satu filem dalam setahun. Ini kerana sebaik saya berkahwin, priority memang lebih kepada keluarga saya.
Terus terang Bella akui, travel ini sedikit pun tidak menyusahkan. Malah Bella sangat enjoy menikmati travel antara kedua buah negara. Ini kerana Bella memang suka travelling, jadi perkara itu tidak menjadi masalah. Lagipun tidak jauh, hanya beberapa jam sudah sampai ke destinasi. Kita andaikan, jika breakfast di Bandung, makan tengah hari dan malam di Kuala Lumpur.
Alhamdulillah Bella sudah empat tahun berhijab. Memang Bella rasa sangat tenang apabila dapat menyarung hijab di kepala sejak empat tahun lalu. Alhamdulillah sehingga hari ini Bella masih kekal berhijab.
Bella mula mengenakan tudung pada 28 Januari 2015. Bella memang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan ketika itu terfikir mudahnya Allah beri rezeki untuk ke rumahNya. Dan setiap kali pulang dari mengerjakan umrah, stail rambut terbuka dan dipertontonkan kepada umum. Jadi terasa begitu banyak kongsi dosa kepada orang lain yang mengikuti stail saya. Dari situ saya terfikir untuk berubah. Kenapa kalau sebelum ini saya hanya menuruti kata orang lain, tetapi suruhan Allah yang wajib ini kita jauhi. Akhirnya saya nekad untuk berhijrah dan terus belajar mendalami agama Islam. Bagi Bella agama Islam itu sangat indah dan sempurna sekali. Bella bersyukur kerana mendapat sokongan dari keluarga dan teman-teman.
Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang isteri dan wanita muslimah. Dalam hal ini Bella suka gaya Lfashion. Sejak berkahwin, Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan suami Bella gemar Bella memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh.
Pandangan Bella bagi mereka yang berhijab tetapi tetap boleh bergaya on point dan tetap cantik secara luaran dan dalaman.
Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan celana atau skirt labuh. Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih berusaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
Tidak dinafikan memang payah bagi seseorang itu untuk kekal istiqamah, tetapi Bella masih mampu melakukannya. Boleh beri 5 tip mudah untuk berhijab.
1. Niat 2. Istiqomah 3. Yakin apa yang dilakukan hanya untuk Allah 4. Pada masa nak memakai niat dalam hati, “Saya lakukan ini hanya untuk Allah SWT”. Tolong berikan kenyamanan yang MashAllah”. 5. Memakai hijab yang fabriknya bagus, jadi akan membuatkan kita rasa selesa.
Dikurniakan wajah yang cantik dan halus adalah anugerah dariNYa, untuk kekalkan keindahan yang diberi olehNya Bella juga seperti hijabi di luar.
Memang Bella sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia adalah anugerah dari Allah. Biasanya kalau tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap malah tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka. Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah. Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda.
6 barang yang memang wajib ada dan dibawa oleh Bella dalam beg
Sebenarnya sekarang ini Bella memang banyak hadkan masa untuk berlakon. Lebih fokuskan kepada urusan bisnes dan sudah mula menjual tudung dengan membuka butik di Malaysia. Di sini urusan kerja hanya 20 peratus sahaja tetapi selebihnya memang banyak diluangkan di Indonesia. Ini kerana segala aktiviti kerja banyak tertumpu di Indonesia.
Ramai hijabi muda di luar sana yang mahu menjadi seorang usahawan seperti Bella. Ini tip yang boleh Bella kongsikan untuk hijabi jadi usahawan berjaya seperti Bella.
1. Berdoa dan minta doa kepada orang tua.
2. Rajin amalkan sedekah
3. Jujur dengan produk yang dijual
4. Menyukai dan memakai produk dijual.
5. Sentiasa fokus
Tahun ini tahun ketiga berpuasa bersama suami, suasanaanya di Malaysia dan Indonesia
sangat berbeza berpuasa di kedua-dua buah negara ini. Bagi Bella, kalau di Malaysia memang Bella fokus melakukan ibadah. Jika di Indonesia pula, Bella perlu menghadiri banyak acara atau jemputan berbuka puasa bersama keluarga serta teman-teman. Jadi Bella memang lebih senang berpuasa di Malaysia.
Bercerita mengenai hasratnya melangkah ke tahun 2019, tentu sahaja Bella dan suami ingin menimang cahaya mata insyallah rezeki Allah Bella terima dengan hati terbuka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita sering alpa untuk melakukan perkara-perkara yang di syorkan dalam Islam sebelum tidur. Misalnya, seperti baca doa, ambil wudhuk, dan sebagainya supaya tidur kita juga menjadi satu ibadah.
Jadi jangan lengahkan masa untuk tidak tahu dan buat-buat tak tahu ya sis. Ayuh kita kenali pengamalan surah Al-Mulk sebelum tidur.
Al-Quran merupakan sumber panduan kehidupan buat manusia yang mengandungi pelbagai surah-surah titipan nasihat. Setiap surah juga adalah satu pesanan daripada Allah SWT buat kita sekalian hambaNya.
Jadi sebelum tidur, terdapat amalan yang di anjurkan supaya di amalkan sebelum tidur. Surah Al-Mulk di anjurkan untuk di jadikan sebagai amalan sebelum tidur untuk menjaga diri dan juga penghalang daripada seksaan kubur.
Dalam surah Al-Mulk terdapat satu ayat yang cukup istimewa yang menegaskan tentang usaha yang optimum. Tambahan lagi, ia menyuruh supaya umat manusia untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai amalan yang lebih baik dalam kehidupan.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” (Surah Al-Mulk, 67:2)
(Ahsanu ‘amala)
Kita di syorkan untuk tidak boleh duduk diam dan terlalu selesa dengan amalan yang di lakukan sekarang. Jadi buat dahulunya yang tidak pernah solat, usahakanlah diri untuk mendirikan solat. Jika tidak pernah membayar zakat, cubalah untuk menunaikan tuntutan zakat–begitu juga dengan jika tidak pernah menyentuh Al-Quran dengan agak lama, ringankanlah tangan untuk membaca Al-Quran. Perubahan perlu di ambil mengikut kebolehan anda, sama ada lambat atau cepat, terpulang pada anda.
Ibnu Taimiyyah pernah menjelaskan bahawa orang yang faqih (faham) bukanlah hanya berlandaskan kepada orang yang hanya dapat bezakan antara baik dan buruk, malah, dapat bezakan secara ketara apa yang lebih baik dan paling buruk. Ini bermakna mereka dapat membezakan perkara yang mustahak dan mendahulukan apa yang lebih penting berbanding yang kurang penting.
Rasulullah SAW pernah bersabda untuk mementingkan hal yang lebih berfaedah dan kurangkan kepentingan terhadap perkara yang tidak bermanfaat.
Dari Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat” (HR. Tirmidzi no. 2317, Ibnu Majah no. 3976. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).
Apa yang boleh menjadi iktibar adalah kurangkan perkara yang tidak berfaedah sepertinya bergaduh tentang sesuatu perkara yang tidak berfaedah di sosial media. Sanggup menghabiskan masa dengan perkara yang berunsurkan mengata orang dan sebagainya. Jadi anda perlu pentingkan perkara yang bermanfaat dan lebih berfaedah.
Nur Aisyah Muhamad Azuan yang memperoleh gred A- (Cemerlang) bagi subjek Kimia yang mana sebelumnya pada peperiksaan akhir hanya mendapat 9 peratus.
“Real comeback is possible” Demikian kata penyanyi MK K-Clique yang ditujukan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. MK, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
“Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar
SPM, PTTI. Difahamkan pada peperiksaan akhir subjek Kimia gagal. Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan.
“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya,” katanya.
MK yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.
Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor juga lulus dengan gred B bagi mata pelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.
MK juga berkongsi, pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM 2023 boleh mendapatkan buku percuma SPM eksklusif dsripada PTTI dengan menghubungi mereka secara DM di Instagram.
Terdahulu, MK selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.
Kemudian, pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah wanita berhijab seperti rambut leper, kulit kepala berbau dan jerawat boleh diatasi dengan solusi mudah. Ketahui 7 cara praktikal untuk kekal segar dan yakin setiap hari.